Friday, 30 November 2012

:: Renungan JumaaT III ::


AssaLamuaLaikum
SaLam Jumaat… berjumpa lagi kita di pagi yang mulia ini…AlhamdulillahJ.
Istimewnya Jumaat

Setiap daripada kita tidak lepas daripada melakukan kesilapan.. tapi sekurang-kurang nya kita berusaha untuk sentiasa muhasabah dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik seiring dengan peningkatan usia kitaJJJ.
Siapa pun kita dan di manapun kita berada sentiasa lah mengingati Allah.. kerana Allah sentiasa memerhatikan hamba-hamba-NYA..

Sesungguhnya kita adalah SAMA di sisi ALLAH S.W.T 
All picture kredit to FB

WasSalaM^_^

Thursday, 29 November 2012

:: JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS ::


AssaLamualaikumJ 
Sekadar nak share tentang Hadis-hadis di bawah:-

Baginda Rasulullah S.A.W bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun..

Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat 
LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).

Baginda Rasulullah S.A.W. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan-Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi-nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah S.A.W. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya.
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Jadi kepada ibubapa atau bakal-bakal ibubapa haruslah mempunyai kesabaran dalam mendidik dan membimbing anak-anak yang masih kecil…
Sumber : FB MyLuvFamily
Babah tegur tak reti duk diam dlm kereta :(
Ibu tegur coz suka sgt main2 lappy Ibu :(
Mogok- tak mau gunting rambut di salon 
Macam aku ni, kekadang pandai juga hilang sabar dalam melayan karenah c kecil Pa’e..
Bila dah lepas marah tu, pandai plak aku kesian dengan dia.. selalu nya mesti aku akan peluk dia & say sorry… (kadang2 time dia tidur, aku bisik kan perkataan maaf tu kat telinga dia).. "Ibu mintaf maaf sebab marah Pa'e tadi".. pandai plak aku sedih!… ye lah, Pa’e kan budak lagi… mana lah dia tau apa kan… bila dimarah dia akan pandang je muka aku… minta kasihan kot LLL

Ya Allah! semoga aku akan menjadi IBU yang lebih baik pada anak aku.. AMIN!
WasSaLam ^_^

:: Mini Gempak Giveaway by Mibz,Amercorner,EzzatieBrahim::

AssALamuaLaikum..

Salam Pagi Khamis..
Mood down lah pagi ni.. ada yang di nanti, tapi tak dapat lagi...huhu:(
Adik manis JUE Jyanee tag akak untuk join Give Away ni...
kita cuba lah ya dik... mana tau rezeki... hehe...


 Klik SINI untuk mengetahui syarat2 dan JOIN..
Jom Kawan2 kita memeriahkan....

Aku tag Kak HainomOKje yang sporting, Mama Sally yg ayu & Mama vouge Ayu ...
WassaLam ^_^

Wednesday, 28 November 2012

:: Kes Culik Di Tawau ::


AssaLamualaikum

Salam Pagi Rabu..
Dalam minggu ini ada dua tiga kes culik yang berlaku di persekitaran ku… terutama di Daerah Tawau.. eeee!..menakut kan bahL.Dengar cerita dari Blogger Mia lagi menakut kan.. pembunuhan remaja di Kota Marudu.. ceritanya diSINI ..Risau sebenar nya… kes culik melibat kan kanak-kanak… risau lah sebab kita ni kan ada anak kecil…
Sumber : FB MyTawau-
So, kawan-kawan yang ada anak TOLONG berhati-hati… sentiasa lah perhatikan mereka dan ambil tahu ke mana mereka pergi..Bagi Ibu, Ummi, Mama, Mummy yang nak bawa anak-anak membeli- belah untuk keperluan Back to School berhati-hati ya.. Kalau boleh tak perlu lah kita bawa anak-anak kecil kita… kalau yang dah besar OK lah sikit.. coz depa dah tau nak menjerit atau melawan… umur 1, 2 @ 3 tahun plak masih merisaukan.. coz kemungkinan depa belum tahu membezakan perkara-perkara baik dan buruk..           
Walaupun kes culik ni berlaku di Tawau Sabah, tapi diharap kawan2 seluruh Negara berhati-hati.. kita tak mau lah nanti dah “terhantuk baru terngadah..
JAGA keselamatan anak-anak kita
SAYANG anak-anak semuaJJJ

WassALam ^_^                             

Tuesday, 27 November 2012

:: Pa'e.. BOLA & BeLoN ::

AssaLamuaLaikum..
Mood hari seperti dalam picture kt bawah ni kot…hahaJ.


Oleh kerana sekarang ni mood Bola Sepak Piala Suzuki AFF, so aku nak cerita tentang bola juga..hehe..mcm tau sgt bola!..
Buta bola juga sebenar nya....
(adakah istilah buta bola tu?? Hahaha)…
Minat bola sekadar minat.. 
tak lah sampai berebut-rebut channel dgn hubby..hehe..
Tentang My hero tu lah…Pa’e & bola….. semua budak2 memang sukakan bola kan?? Tak kira lah bola kecik ke,besar ke.. semua depa mau… Macam Pa’e lah, kalau berjalan kt pasar raya.. comform dia akan minta beli bola... semua dia nak... kalau 10 kali pegi kedai dalam sehari, 10 kali juga lah dia akan minta beli bola…haha.. sabar je lah!..
Seingat-ingat aku, kecik2 dulu (umur belum sampai setahun) Pa’e suka sgt dengan belon..hah! ni pun mcm dia addict tau..byk sgt koleksi belon dia masa dia baby dulu.. tapi biasa lah.. tak sampai 2 hari comform belon2 tu akan pecah.. Pa’e akan pecahkan..haha.. tak kira lah guna ape… gatal je tangan dia tu nak pecah kan...pastu dia akan mintak beli lagi klu ternampak belon di mana2… bila tak beli pandai juga meraung...
Sekarang dah besar sikit.. belon dia dah kurang.. beralih cinta nya (ceh!) pada bola… dia sibuk nak tendang bola bila ada depan mata.. . Pa’e tendang bola guna kaki kiri tau…
KIDAL
Lebih kurang mcm ni lah bola2 Pa'e kt rumah:)
TQ google
Pa'e ada mcm ni- tapi colour merah:)

Bola kanak2 di Afrika...kesian kan?
Sumber : Google
Yang ini pun ada- 2 hari pastu pecah! haha..
ihihiihi..Picture Pa'e 11 bulan dgn belon..
Entah lah.. sekadar minat kot.. budak2 kan… kalau  diikut kerjaya pemain bola ni boleh tahan lah juga… Cuma depa ni kekadang banyak dipalit kontrovesi lah plak 
(bukan semua lah)..itu yg tak mau tu…J.


cute!




WasSaLam^_^

Monday, 26 November 2012

:: Bila Abg Pa'e Meragam pagi2 ::


asSAlamualaikum
Hari ni pagi-pagi dah strest.. adui.. My Pa’e ni dah beberapa kali tiap kali hantar ke rumah pengasuh dia asyik tak mau turun dari kereta.. tak mau tinggal umah pengasuh plak.. adui! Hari2 dengar ayat “abg Pa’e tak mau tinggal di rumah abg Izar” (Izar-anak pengasuh sebaya Pa’e)…
Isk..risau betul lah…nak kerja pun tak senang hati dok terbayang-bayang muka dia yang tengah menangis tu.. siap hentak2 kaki..memberontak dengan air mata yang berlinangan tu…erm..sob..sobLLL….
Tu lah kan, bila Sabtu Ahad Pa’e suka sangat coz dapat duduk dengan Ibu dan Babah dia ni…tapi dari Ahad malam lagi dia akan pesan siap-siap “ Ibu, Pa’e tak mau pegi rumah abg Izar”...aku mengiyakan je lah..sedap kan hati dia!..
Dilema betul lah!..Kalau Pa’e duduk rumah nenek dia (di Tawau) jauh sgt lah..tak sanggup menahan rindu plak nak dgr suara dia yg banyak cakap tu..heheJ
Muka start2 nak meragam...:(
Tengok tu..klu dah nangis..huhu
Kalau tak nangis, comel lah jgk..haha..comel ke??
Dengan nenek,  dia tak nangis bila tgk aku gi kerja.. 
selamba dia salam Ibu then kata “ babai Ibu”…..
Kasih nenek kan…maklum nenek Pa’e sangat manjakan dia.. siap marah aku lagi kalau aku naik suara kt dia..heheJ.

WaSsAlam^_^   
hati still tak tenang,teringat budak tumpis tu 

Saturday, 24 November 2012

:: Jangan Suka BerBohong ::


 AssaLamuaLaikum
Happy weekend semuaJ
Kalau ikut kan malas nak update entry hari ni….
entahlah “Hari Malas Sedunia”..haha..
Tapi terjumpa ini di FB… so, aku share kan untuk kita semua…
Kredit to: FB Maafkan sy kalau terkasar bahasa
::Akibat suka berbohong::.
- Cepat tua - wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
- Hilang keberkatan usia dan rezeki.
- Hilang seri muka.

- Kurang daya tahan mental.
- Lemah fizikal dan mudah dapat penyakit.

::Tanda orang berbohong::
- Tidak mahu melihat atau bertentang mata dengan kita.
- Lambat menjawab soalan kita.
- Berfikir sebelum menjawab.
- Tergagap-gagap memberi alasan.
- Teragak-agak menjawab fakta.
- Berbuat lain dari apa yang dikatakan    

BOHONG SUNAT?? kalau bohong untuk kebaikan macam mana ya??
Wallahualam...                                   

Jangan suka BERBOHONG tau…
Pa’e cakap nanti Tuhan MarahJJJ.
WasSaLam^_^                

::Segmen : Jom BW sambil Follow !::


Klik sini utk Join :)







AssaLamualaikum ^_^

Aku belajar2 join segmen (maklum mak budak baru belajar blogging).... so, ini segmen 1st yg aku join:)

Syarat-syarat penyertaan:
1. Buat satu entry tentang Segmen "Jom BW sambil Follow sampai Lebam"
2. Tempek banner tu
3. Letak link entri lu olls kat bawak kotak komen cik adik ni -*link entri taw bukan link blog
4. Terakhir follow lah blog - Macam biasa ,semua peserta akan difollow back..
WasSaLam ^_^

Friday, 23 November 2012

:: SaYang... KAMU ::


 AssaLamuaLaikumJ
Mood ceria… coz esok lusa cuti weekendJ.
Pagi tadi masa dalam kereta nak pi kerja terdengar lagu ni…
Baru dua kali kot terdengar.. macam best plak! Sampai opis sibuk tanya kawan2, depa tau tak lagu ni.. semua pun jawap TAK TAU!..heheJ
Penyanyi dia SHAE..
Aku pun tak kenal siapa SHAE ni coz memang jarang dengar lagu ni..Nama dia pun aku tak familiar sgt… cantik SHAE ni.. kacukan kot!..pandai2 buat telahan sendiri.
Tapi apa yang pasti SHAE ni pun tak kenal dan tak akan kenal akak…hahaha..:p..


Lirik Lagu Sayang - Shae

Sayang apa khabar dengan mu

Di sini ku merindukan kamu

Ku harap cinta mu takkan berubah

Kerna di sini ku tetap untukmu
Sayang apa khabar dengan mu

Cobalah kamu telepon diriku

Ku rindu dengar suara indahmu

Kerna dirimulah semangat hidupku
Sayang dengarlah permintaan ku

Jangan ragu kan cintaku

Sayang percayalah apa kataku

Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku

Jaga hatimu untukku

Sayang dengarlah bisikan hatiku

Kerna ku sayang kamu

Sumber : sini

Di tuju khas buat en Hubby (Mr Yusof a.ka. Babah Pae).
(erm.. sesekali je en hubby baca tulisan2 isteri dia niL)        
DAN juga buat teman2 blogger yang di kasihi walaupun kita hanya jumpa di alam maya..
yang pastinya AKU SAYANG KAMU Indahnya Ukhuwah yang  terjalinJ.

 dah ada kot yang tahu lagu ni.. I jer ketinggalan..hehe   
WasSaLam ^_^                                                      

:: Renungan JumaaT II ::


AssaLamualaikumJ
SaLam Jumaat…
Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari memikirkan perkara-perkara yang di luar jangkaan… kadang-kadang kita cuba untuk tidak memikirkan nya tetapi ia tetap berlegar-legar diminda J.
all picture : Kredit to FB

Segala dugaan yang datang hadapi nya dengan tenang..  
SUKA& DUKA dalam kehidupan pasti akan mematangkan dan menjadikan kita insan yang lebih BAIK dan tahu menghargai....
Apun yang terlintas difikiran kita, cuba lah untuk  selalu bersangka baik..
InsyaAllah yang datang pun akan baik-baik sahaja…JJ

WassALam ^_^

Thursday, 22 November 2012

:: Kudapan Petang ::


AssaLamuaLaikumJ
Salam pagi Khamis…
Dah breakfeast kawan-kawan??.Kalau diikutkan aku ni memang dok reti masak..haha..mengaku awal-awal…semua dh tau ke?? heheJ
Tapi sesekali masak kadang-kadang Mr hubby PUJI jg..hahaha..angkat bakul sendiriJ..Ahad lepas adalah buat kudapan utk minum petang..seperti yang semua sedia maklum kt Sabah ni terdapat banyak suku-kaum…makanan pun terdiri drpd pelbagai jenis dan rasa..so, aku masak lah “Sanggar Pappek”makanan suku kaum Bugis.. memang favourite kami sekeluarga..
makan plak cecah dengan sambal belacan..
Picture from en google
Kami panggil ni pisang sanggar..
tak pasti plak pisang ada tak kt Tanah Malaya??
Proses menggoreng pisang
taraa.. ni lah hasil nya...:)
BAHAN-BAHAN:
Pisang mentah/muda(mcm dlm picture)..
Minyak utk menggoreng
Bahan utk Sambal:
Cili padi
Tomato
Bawang
Sedikit Belacan
Sedikit Garam,serbuk perisa & Gula

Cara-cara (utk Pisang):
* Kupas pisang spt biasa..bulat2 tu (tak perlu belah)
* Panaskan kuali, goreng pisang sehingga kekuningan (rasa2 dh masak sikit)
* Angkat pisang dr kuali,sejuk kan sebentar..then lenyek kan pisang guna anak
  lesung/pinggan kaca (bagi nipis2-tekan je bg pisang tu rata)
* Last sekali goreng pisang yg sdh di lenyek td sekali lg..bagi rangup!
* Angkat... boleh lah makan...:)

Cara-cara membuat sambal belacan (family versi):
*Goreng bawang merah+tomato (sekejap je)
*Tumbuk cili (bersama2 bwg merah & tomato yg telah digoreng td)
*Masuk kan belacan,
*Perisa kan dgn garam,gula+ajinamoto
(Kalau sesiapa yg suka tumis semula sambal ni boleh jg-agar tak mudah basi)..

Sedap dimakan pagi/petang bersama teh O kosong ataupun teh tarik..
Sorry lah ya kawan2..aku memang tak reti nak explain kalau bab masak-memasak ni.. memang failed bah! yang aku tau campak-campak, masak & makan…haha…

WasSaLam ^_^(entry terpaksa diedit..coz ada kwn2 minta share resepi..hehe)

Wednesday, 21 November 2012

:: My Only One ::


AssaLamuaLaikumJ
SaLam Rabu… 
moga hari ini penuh dengan senyumanJJJ..
Pagi semalam office mate ada bawa anak ke-2 nya..baby lagi, baru 5 bulan..so cute lah baby ni…sempat lah snap picture dengan dia…
Baby name : Ainul Mardhiah
Teringat masa Pa'e masih baby lagi..  moments tu memang indah..
Dulu selalu juga bawa Pa’e ke office.. kadang2 ada kerja yang memerlukan aku utk berada lama di office.. masa tu lah aku angkut Pa’e sekali..heheJ.
Syukur lah Pa’e ni bukan jenis yang cerewet dan tidak banyak meragam…cehh! Puji anak sendiri nampak…
1st time bawa ke opis..umur Pa'e 3 bulan lbh kot :)
excited tgk web cam:)
Muka penat!
haha..mcm pompuan dahh..:)
Gigi tak penuh lagi..
shopping2 with Ibu & Baba..
muka serius
suka nya senyuman:)
Picture dalam 1 @ 2 bulan lepas kot:)
 Just nak kongsikan koleksi picture2 Pa’e yang aku suka… muka dia berubah dari masa ke semasa….mula2 lahir memang sebijik muka macam babahnya… anak babah lah katakan Sekarang ni dah ikut muka aku sikit kot….terutama tang mata tu!…betul ker?? kawan-kawan yg selalu ckp mcm tuJJJ.
Pa'e ;

WasSaLam^_^

Tuesday, 20 November 2012

:: Ajari AkU ::

AssALamuaLaikumJ
Mood ceria hari ini + jiwang-jiwang ….hehe..
Tengah buat kerja di office… tetiba terdengar lagu ni…
Wahh.. tangkap cintan you!…haha.. Tambah2 aku memang minat dengan pendendang lagu ini… Jejaka Malaya ANUAR ZAINsuara dia memang power...
(sapa2 yang tak minat tu, buat2 lah tak tau ye..haha:p)…


So…. Layan lah lagu ni ya…
dituju khas buat semua teman-teman blogger yang di kasihiJJJ.
Ajari aku!... Mak budak yg baru belajar berblogging…ekekeJ.
Sebenarnya aku minat juga dengan pelakon dalam video klip ini..
Si cantik manis @ mama hot Nora Danish & Dato Rahim Razali (idola dlm bidang lakonan)..

WassALam^-^ 

Monday, 19 November 2012

:: BiaSa TerJadi ::

AssaLamualaikum
Berjumpa lagi kita hari ini… (Mood tak berapa OK sebab hari2 tengok perkembangan GAZA, Palestin).. amat menyedihkan LLL!.
Celoteh kali ini adalah tentang situasi-situasi yang selalu terjadi dalam kehidupan kita seharian.. bagi aku lah, perkara2  macam ni pernah kita alami sama ada sedar atau tidak… tak tau lah korang perasan atau tidak??... 
Di antara situasi2 tersebut adalah (ayat skema..haha):
1) Dulu2 masa sambung study ada suara2 bercakap..” apesal lah nak belajar jauh-jauh, keluarga dah lah susah!”... sampai mcm tu org bercakap L.  Nasib baik arwah bapa seorang yg sangat pentingkan pelajaran... teringat kata2 arwah bapa “ pergi lah belajar, bukannya kita minta beras @ duit dengan orang pun”…….
     2) Bila dah habis belajar (sempat jadi penganggur sekejap)… orang2 bercakap plak.. “ dah belajar tinggi2 tak kan tak kerja??”… walhal masa tu kita masih menunggu mana2 tawaran pekerjaan yang bersesuaian….. sabar jak lah! 
3   ) Dah bekerja…. Orang tanya “bila nak khawin”?? 
umur dah tua.. haha…tak kan asyik kejar pangkat je….
kucing pun boleh stress kalau tanya soalan2 mcm ni...haha:p
Walau apa pun yg terjadi kaki akan terus melangkah :)
(picture tiada kena-mengena..haha)
Alhamdulillah..pelengkap kehidupan ku... pic dolu2:)
4)   Bila dah khawin orang asyik tanya “ belum ada anak ke? tak nak beranak ? sibuk cari duit je..aduii... part ni yang paling tensen bila dengar..huh! (kesian kan?…sebenar nya ini semua di luar bidang kuasa kita.. Allah yang menentukan.. apalah daya kita nak tentukan semua tu)… ada seorang hamba Allah pernah menuturkan kata2 ini pada aku dulu… masa aku belum mengandungkan Pa’e… 
ermm, tak apa aku dah maafkan org itu walaupun hati pernah terguris…huhu.. 
    5) Lepas 2 tahun lebih khawin Pa’e lahir ke dunia… bila jumpa member-member ada juga bertanya.. "anak seorang je"?? "tak nak menambah ke"??...hehe… bukan tak nak menambah, tapi Allah belum nak bagi lagi.. nak buat mcm mana… belum ada rezeki… nasib baik suami seorang yang amat memahami… 
boleh juga dia tolong jawab kan soalan2 maut ni…hahaJ.     

So, kawan-kawan … ada tak yang pernah mengalami situasi mcm aku ni??..kadang-kadang perkara-perkara ni membuatkan kita stress..
Dalam hidup ini….  ada sahaja perkara-perkara yang tidak memuaskan hati…  Walau apa pun cuba lah belajar untuk BERSYUKUR dengan apa yang kita adaJ.
WasSaLam ^_^                                                                                                                    

Sunday, 18 November 2012

:: Jalan2 Sandakan Part II ::


AssaLamuaLaikumJ
Happy weekend semua..
Nak sambung story-mory tentang  jalan-jalan ke Sandakan hari tu…
 Jangan jemu ya!.. 
part II dan yang terakhir…hehe…
Second day aku dan Pa’e di Sandakan tu, tak dapat nak jalan-jalan sebab family kawan aku tu (Cikgu Risa) ada datang ke rumah dia dari Lahad Datu coz ada family dorang yang buat kenduri khawin hari tu.. So, kawan aku tu sibuk sikit dan tak dapat bawa kami jalan2…tak apa coz lain kali pun boleh datang lagi kan.. petang tu sempat pegi Butik Busana Alyah.. tempat tu dekat je dengan rumah member tu (Batu 4 Bandar Kim Fung).. menyelinap sekejap keluar rumah.. Dapat lah beli 2 helai tudung dengan harga diskaun coz member tu kenal dengan owner butik..untung kan??..
(takde picture tudung baru coz dah guna J)…..
Hari ke-3 di Sandakan baru dapat jalan-jalan cari pasal…eh! Cari makan..hehe.. 
itupun sebenarnya plan asal nak pegi Taman Buaya & Rumah Agnes.. tapi dah tak sempat sebab kesuntukan masa lah plak.. so, kami decide pegi Bandar Sandakan sahaja.. 
Harbour Mall Galleria, Ground Floor, Lot 54-55,
Sandakan Harbour Square, 

90000 Sabah, Malaysia. 
Ni hah..nak panggil apa?? hehe..
Pa'e suka sgt tgk ni :)
Enterprem:)
tengok Pa'e tu..meragam!
Ikut ibu shopping kain+tudung+ kasut :)
susah nya mo snap picture budak tumpis ni :)

Ice cream_Restoran Tom Yam
Gambar Tom Yang yg kami order tak sempat snap dah masuk mulut :)
Destinasi kami ke Harbour Mall… shopping complex ni sebenar nya baru  juga siap.. tak silap dlm tahun ni juga buka.. Tingkat atas Hotel Sheraton & tingkat bawah kompleks membeli- belah… Cuma lot-lot kedai masih ada yang kosong.. so, kurang pilihan nak membeli … selamat duit aku! …hahaJ. Apa yang menarik nya dihadapan Harbour Mall ni ada air.. alah nak panggil air apa ya?? Kering idea nak ingat nama..ahaha…korang tengok gambar lah ya…Pa’e suka sangat tengok air tu sampai merengek2 tak mau balik.. siap suruh beli lagi air  mcm tu dengan dialog dia yg selamba..
”  nanti Ibu beli kan air macam tu ya”..mana ada jual tu nak oii.. haha:)
Habis ronda-ronda Harbour Mall, kami lunch di Restoran Tomyam.. bersebelahan bangunan shj.. menurut kawan aku restoran ni pun baru buka.. menyediakan makanan ala Semenanjung .. terutama menu Tomyam… mcm2 jenis Tom Yam yg ada… tinggal pilih sahajaJ. Harga?? Boleh tahan lah…
Hari ke-4, subuh-subuh lagi kami dah bertolak balik ke Lahad Datu:)
APa pun sesekali jalan-jalan ni best juga.. menghilangkan stress kerja sekaligus membuka minda bila melihat tempat orang…. Bak kata pepatah 
“ Jauh berjalan Luas pandangan”…  betul kah pepatah aku ni?? HeheJ.
 WasSaLam  ^_^