Monday, 31 December 2012

:: Pisang Goreng suka-suki ::

AssaLamualaikum..
Cerita Pisang Goreng petang-petang ni memang best.. lagi-lagi musim hujan..best makan panas-panas... Petang semalam ada kawan a.k.a GENG KARAS datang rumah.. 
Saja lepak & sembang-sembang petang..
Hubby memang ada beli pisang hari sebelum tu.. plan nak goreng tapi tunggu masak sikit... So, petang semalam buat lah pisang goreng suka-suki...adakah nama menu macam tu..hehe..
Pisang goreng suka-suki:)
Kawan aku ni siap bagi tip lagi.. menurut beliau kalau nak buat pisang goreng tu jadi rangup, bancuhan tepung gandum tu kena campurkan sedikit dengan minyak masak yang dah panas tu.. so, pisang goreng tu akan jadi rangup dan sedap dimakan!... orang lain dah tau ke petua ni?? kot-kot aku je yang ketinggalan.. Kami memang suka makan pisang goreng ni...minum dengan Teh O panas.. Pa'e pun suka.. dia kalau pisang, bagi je conform dia makan... sama macam Ibu dia ni... selain hantu coklat, juga HANTU PISANG :)
Entry lain berkenaan dengan pisang BACA SINI jenis pisang yang digunakan adalah sama. WasSaLaM ^_^

::Tip Memupuk Minat Membaca pada anak-anak::

Assalamualaikum...
Membaca?? ULAT BUKU?? Sesiapa yang pernah baca ENTRY INI, pasti tau yang aku juga salah seorang penggemar buku.. suka sangat dengan buku.. tapi sejak akhir-akhir ini masa untuk membaca amat terhad... Zaman sekarang plak, kanak-kanak lebih terdedah dengan pelbagai gadjet canggih... Kemungkinan buku-buku akan terpinggir....
Jom pupuk minat membaca di kalangan anak-anak kita...
sumber :FB
Besar nya kebaikan membaca ni :)
Aku sebenarnya amat mengharapkan agar Pa'e boleh menjadi PENCINTA BUKU.. InsyaAllah!... Walau pun tak boleh jadi ULAT BUKU, cukup lah sekadar hari-harinya ditemani oleh buku-buku yang disukai nya.. Dan akan menemani aku membaca bila aku sudah tua nanti... tetiba mood sedih!..akan adakah hari itu? :(
WasSaLam^_^
                                                        *(eh! mcm nak sama plak dgn entry Mama JJ :)*

Sunday, 30 December 2012

:: Krismas Di Rumah Office Mate ::

AssaLamualaikum
Sambutan Hari Krismas di Sabah memang meriah.. maklum pelbagai suku-kaum terdapat di sini.. Tak terkecuali di Lahad Datu.. terdapat ramai suku kaum Kadazan, Dusun, Sungai dan lain-lain yang menyambutnya. Rakan sepejabat aku ada tiga orang menyambut Hari Krismas. Dua daripada mereka memang orang Lahad Datu dan seorang lagi asal Sandakan. So, tiap-tiap kali Krismas kami (geng-geng office) memang akan mengunjungi rumah kawan aku yang tinggal di Lahad Datu ni…DIANA GUSTIN.. gadis Dusun ala-ala Korea..hehe..Ampun! jangan marah pok!..Memang tiada keraguan untuk mengunjungi rumah kawan aku ni, sebab tiga orang daripada kakak nya convert to ISLAM dan berkhawin dengan orang Semenanjung juga…(erm 1 geng dgn babah Pa’e) hehe..
Tuan rumah berbaju merah:)
anak buah tuan rumah yang cute & anak office mate
Kami & the geng :)
Kuih Raya
with Tuan Rumah:)
Tiap kali sambutan Hari Krismas juga kakak-kakak dia akan balik ke sini..dan mereka lah yang akan menyediakan makanan-makanan yang dihidang kan kepada tetamu.. Apa yang paling best makanan yang disediakan ialah seperti rendang ayam, rendang daging, nasi himpit, kari ayam dan sebagainya. Kuih-muih pun semua beli dari Semenanjung..Memang terasa macam suasana Hari Raya Aildil Fitri pula. Thanks to Diana kerana saban tahun mengundang kami :)
WasSaLam^_^

Saturday, 29 December 2012

:: Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun::


AssaLamualaikum..
Segmen dihujung Minggu..
Mungkin yang terakhir untuk tahun 2012 ini (mungkin lah:) segmen ini dianjurkan oleh MISS BANU.. Tarikh tutup penyertaan adalah hari ini 29/12/2012..Dah nama Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun.. 
so, aku pun join diakhir2 tahun ni lah..hehe..
Harapan agar penyertaan masih diterima..
Saja nak join last-last minitJ
Untuk join, KLIK SINI..

Jumlah Follower buat masa ini : 337
Target Follower di masa hadapan : 500 keatas kot:) 

Sekian,
WasSaLam ^_^

Friday, 28 December 2012

:: 25 Tips Untuk KeSihatan Jantung ::

Assalamualaikum..
Jantung atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata dan berulang-ulang. 
sumber : FB
Bila Jantung berhenti berdegup, maka tiada lah kita...
Sama-sama lah kita menjaga kesihatan JANTUNG kita dengan mengamalkan cara hidup hidup SIHAT..
WasSalam^_^

Thursday, 27 December 2012

:: Bukan Burger Bakar ::

AssaLamualaikum
Oleh kerana terliur tengok burger bakar yang famous kat Semenanjung sekarang ni, kami pun terasa nak makan burger juga....ni semua gara-gara tengok post MAMA ILA & AIZU.. punyalah buat hati meronta-ronta nak makan burger....adakah patut! hahaha:D
Burger Daging..bukan burger bakar..haha:D
Burger daging RM3
Tak pedas
Burger daging versi pedas
Ini budak mau keluar beli burger...:)
sila jgn pandang mata sy yg besar..hihi..
So, aku pun cakap dengan hubby nak makan burger..Pa'e pun sama.."mo makan burger juga Ibu"..Erm budak kecik ni memang pantang dengar ckp kita.. dia akan ajuk...hihi... pada hari kejadian, kami pun keluar lah beli burger seperti diatas... keluar beli time hujan-hujan lagi.. Kalau ikut kan burger kat sini memang sedap.. ramai juga customer beratur nak beli .. Ada satu jenis lagi burger yang depa jual.. Burger OBLONG.. Roti John pun ada!.. Abg tu buat sambil senyum-senyum melayan pelanggan nya.. kejap je tunggu dah siap.. walaupun bukan BURGER BAKAR, tapi OK lah...sedap! :)

Lokasi :Restoran Ceria,
        Bandar Seri Perdana
        Lahad Datu.
WasSaLAm ^_^

:: Tablet for Pa'e ::

Assalamualaikum
Hero aku yang sorang ni selalu kacau laptop Ibu dia ni... dah lah benda ni dah nak usang.. usia pun dah masuk 5 tahun.. ni lah harta aku satu2 nya masa mula-mula kerja 5 tahun yang lalu.. banyak sangat jasa nya... Pa'e plak hari- hari suruh buka laptop Ibu ni... nak tengok kakak2 mengaji lah, nak tengok Upin Ipin lah, nak dengar lagu lah.. semua nya guna laptop buruk ni.. sampai naik rongak keypad Ibu ni dek Pa'e.. habis di kopek huruf-huruf tu... sedih tau!
Last2 member sepejabat tolong search di internet ada tak Tablet murah untuk kanak-kanak.. ye lah daripada dia rosak kan laptop dan HP aku, baik cari alternatif lain... hehe...
Jumpa seperti gambar di bawah...
Ini Pa'e punya
RM 210/set
Order dengan kawan2- macam2 colour ada
Made In Taiwan
Layan tablet murah..haha:D
Hah! tgk Upin Ipin lah tu..:)
Beli pun online.. order 3 hari baru sampai Sabah. Suka lah si budak kecil ni... tapi aku tak install game banyak tau.. takut nanti dia kemaruk game plak.. So, nak selamat install Educational learning for kids.. hah! hari2 lah dok ngadap Aliff Ba Ta, ABC & 123... macam versi ada.. banyak kat Play Store & Black Market tu...download je...haha... kartun pun just ada Upin Ipin, Boboy Boy.. lega sikit hati Ibu.. takde lah dia sibuk nak buka laptop & HP Ibu..  Tablet ni boleh guna untuk online juga tau.. Siap boleh FB dan update blog lagi... kadang-kadang Ibu pinjam juga Pa'e punya.. tapi Pa'e dok jeling-jeling kalau Ibu pegang... haha... Gadjet murah pun berguna kalau pandai di manfaatkan :)
WasSaLam^_^

Wednesday, 26 December 2012

:: KITARO & MuziK ::

AssaLamualaikumJ
Kawan-kawan tau tak dengan pemuzik instrumental KITARO??
Dulu2 masa zaman study suka sangat dengar muzik dia (zaman muda2)…siap ring tone HP semua dari muzik Kitaro... sambil layan-layan boring bolehlah dengar muzik ni… sampai sekarang aku masih meminati beliau... 
KITARO
Kredit : Google
Ini antara muzik KITARO yang aku minat:

Biodata:
Nama: Masanori Takahashi
                                    
Nama "Kitaro" diberikan kepadanya oleh teman-temannya dari tokoh film kartun Jepun, "Kitaro".
Tarikh Lahir : Toyohashi, Prefektur Aichi, Jepun, 4 Februari 1953
Genre muzik : Instrumental Elektronik, New Age, Folk.
Pekerjaan : Musician, composer, record producer, arranger.
Instruments : Keyboards, guitar, bass, Japanese flutes, percussion.
Terlibat dlm Muzik : Tahun 1995- skrg..
Menurut sumber beliau kini bermastautin di pinggiran Boulder, Colorado (AS) di sebidang tanah yang luasnya 730,000 m²). Beliau mengarang lagu-lagunya di studio rumahnya "Mochi House" yang luasnya 230 m² (cukup luas untuk menampung sebuah orkestra dengan 70 orang pemain). Besar kan rumah beliau? ... tak dapat bayangkan mewahnya walaupun beliau pada mulanya hanya anak seorang petani Shinto. Info lanjut baca di SINI .                                                                                                                 
Layan Muzik dulu :)
WasSaLam ^_^ 

::Petua Islam Untuk Mengatasi Kelupaan::

AssaLamualaikum..
Lupa?? mengapa kita sering lupa... 
Kalau sampai mcm ni,  kes berat dah ni..hehe
Kredit to :Google
1. Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa.
2. Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
3. Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewarasan otak.
4. Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).
5. Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.
6. Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa.
7. Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.
8. Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk otak.
9. Terlampau banyak meminum minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
10. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.
11. Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.
12. Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
13. Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran.
Sumber : SINI

Semoga dapat dijadikan panduan untuk mengatasi masalah lupa di antara kita..
Dalam satu-satu masa, aku kadang-kadang jadi pelupa bangat! tak tau kenapa?? Berapa balance duit dalam dompet aku pun boleh lupa... lepas tu mula lah garu-garu kepala bila rasa duit tinggal sikit.. eh! mana duit aku??? haha:D
WasSalam^_^

Tuesday, 25 December 2012

:: Berbohong Pada Diri Sendiri ::

AssaLamualaikum..
Sharing is caring...
Banyak sangat keburukan bila kita suka berbohong..
Sebaik-baiknya hindari sifat seperti ini..
Berbohong pada diri sendiri???
Sumber: FB
Ya Allah!.. masih banyak diantara kita yang berbohong kan??? 
Sama2 lah kita memperbaiki diri.. peringatan untuk diri sendiri & semua insan-insan yang aku sayangi..
Entry berkaitan BOHONG, baca SINI.
WasSaLam^_^

Monday, 24 December 2012

:: TOP 10 ANTI-AGING Foods ::

AssaLamualaikum..
Umur dah makin meningkat.. kena lebih peka terhadap makanan yang diambil.. bukan apa, selain daripada menjaga kesihatan ia juga penting agar kita sentiasa awet muda...
Awet muda?? aku ni TAK tergolong dalam kategori itu kot... haha:D 
Kalau Kak Hainom OKje memang awet muda ...kaya senyuman kot!.. 
Mama Jelita pun awet muda.. slim lagi... Tak percaya??? 
cuba TERJAH blog mereka...
Ampun puan-puan yg disebutkan nama di atas ye...hihi:)
sumber : FB
Sebenarnya tujuan asal nak kongsi tentang 10 jenis makanan awet muda diatas... boleh lah kita jadikan panduan kan... untuk sentiasa awet muda!... semua makanan diatas aku suka kecuali no 6 tu kot.. no 3 tu pun kurang makan... itu lah kulit tak cantik langsung!... memilih bila makan sayur... nasib baik Pa'e pandai makan sayur.. ikut Babah dia...:)
WasSaLam^_^

:: Cara Menangani Stress ::

AssaLamualaikum..
Welcome Monday!...
Stress?? ermm..semua orang pernah rasa stress kan?.. termasuk lah aku... Kadang-kadang tensen sangat tau..sampai tak tau nak buat apa dah.. makan tak lalu.. mood pun kejap OK kejap tak OK... selalu nya yang buat aku stress adalah sebab kerja atau pun family problem.. Aku ni, senang je nak tau tengah stress atau tak.. kalau aku diam dan tak banyak cakap tu, makna nya tengah ada masalah kat kepala lah tu... huhu.. diam je...sepatah orang tanya sepatah aku jawap.. sebenarnya kat pejabat memang kawan-kawan tau yang aku ni 'agak bising' orang nya..adakah istilah mcm tu?.. gila-gila pun ia.. suka gelak.. ceria selalu.... sampai kena gelar kanak-kanak ribena... percaya tak??? hahaha:D
sumber :FB
You all kalau tengah stress macam mana?? Jom sama-sama kita belajar cara menangani stress dengan betul.. semoga bermanfaat! ... aku sentiasa percaya pada satu ayat "SESUATU YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK NYA"...
Ada tak yang berubah jadi "singa" kalau tengah stress??.. hahaha:D
WasSaLam^_^

Sunday, 23 December 2012

Saturday, 22 December 2012

:: "Photo Contest : Be Yourself ! by Hanna Nabiella " ::

AssaLamualaikum..
Join photo contest yang dianjurkan oleh adik Hanna Nabiella.sweet nya dia...
Selalu join segmen.. hati tertarik nak join photo contest plak...
Lain dari yang lain....:)
Klik SINI untuk mengetahui syarat2 penyertaan ya..
Dear Hanna.. ini 2 gambar yang kak suka :
1. Senyum Tak Perlu kata apa-apa:)
2. Penyejuk hati Bonda.
Lambang Kasih Ibu & Babah..
Kehadiran mu membawa BAHAGIA..
Kasih ku padamu hingga ke akhir hayat....
Hanna,
Picture 1- Akak & kawan2 sepejabat... tudung kuning tu kakak lah..:D
Picture 2 - Anak Akak tau!.. bukan anak org lain...hehe.
WasSaLam ^_^

Friday, 21 December 2012

:: Ustaz Irshad.. Amin! ::

AssaLamualaikum...
Ceritera Muhammad Irshad @ Pa'e di ptg hari Jumaat..:D
Jalan-jalan hari tu belikan dia Mukaddam.. ekarang ni kalau bangun tidur rajin lah ambil Mukaddam dia tu.. konon2 belajar Aliff, Ba, Ta... nak tergelak tgk dia... siap suruh pakai kan kopiah dia tu.. Bila tanya besar nanti nak sekolah di mana?.. Pa'e cakap nak sekolah gama (sekolah agama).. dulu2 kalau tanya nak sekolah mana nanti dia jawap nak sekolah Cina... skrg dah berubah plak.. budak2 kan..
Aliff, Ba, Ta, Sa :)
Ustaz dah penat lah ibu :)
Hari2 suruh Ibu buka lap top bila balik keja..nak tgk kakak2 mengaji katanya :)

Kakak2 mengaji yang dimaksudkan oleh Pa'e adalah spt video di bwh ini.
Suka sgt Pa'e tgk video ni.. dua tiga kali juga dia ulang tayang:)

Aku dan hubby memang ada NIAT nak hantar dia ke sekolah agama nanti.. mudah-mudahan niat itu akan terlaksana.. InsyaAllah... amin!
WasSaLam^_^

Thursday, 20 December 2012

:: Hadiah Dari ACIK_ TQ ::

AssaLamualaikum...

Terima kasih Acik.... Mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin akan berpanjangan... walau pun kenal hanya di alam maya.. Best dapat kenal Acik... Taraaaa.... 1 st time aku dapat hadiah dari kawan blogger.. Adik ACIK!
Untuk tahu kenapa aku dapat hadiah comel ni, sila baca DI SINI.

Cantik kan?? :)
Alamat lengkap terpaksa di rahsiakan..
takut rumah acik kena serbu plak...hihi
 Ini lah Tuan Punya Blog yang manis & pemalu...
Jgn marah Cik.. akak ambil pic ni dari blog acik..hehe:D
Tuan punya blog yang manis:)
Jom terjah dan berkenalan dengan ACIK.
WasSaLam ^_^

:: Kiat Mendidik Anak ::

Assalamualaikum..
Sharing is caring...
Banyak lagi  yang perlu aku pelajari untuk menjadi Ibu yg terbaik pada Pa'e.. semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala nya.. selalu berdoa agar aku diberi KESABARAN yang tinggi dalam mendidik satu-satunya putera hati kami ini... 
Sumber: FB

4 Tips Didik Anak:
TIPS 1
Banyakkan bercerita dengan anak berkaitan
perkara yang baik. Anda boleh ambil cerita
dari Al-Quran, kisah Rasul dan para sahabat.
Malah ibu bapa boleh mereka cerita sendiri
asalkan ia boleh menjadi teladan.
TIPS 2
Selalu bersoal jawab dengan anak secara
istiqamah. Tanya hal yang dilalui oleh
mereka sepanjang hari dan berusaha menjawab
soalah mereka secara hikmah.
TIPS 3
Mengasuh anak melalui nasihat dan teguran
tetapi ia perlu dibuat sesekali sahaja untuk
mengelakkan anak tidak cepat bosan
TIPS 4
Luaskan ruang lingkup pembacaan anak-anak
serta ajar mereka cara membuat keputusan
dengan baik.

Sumber :FB
Mari sama-sama kita amal kan dalam mendidik anak-anak kita.. moga bermanfaat pada semua..
WasSaLam^_^

Wednesday, 19 December 2012

:: Nasi Ayam Di Nasi Ria ::

AssaLamualaikum..
Macam pening je tgk tajuk tu...haha:D
Sambungan dari entry Darvel Bay_LD.. Lepas jalan-jalan tgk soft opening tu kami singgah makan di Nasi Ria... Restoran Nasi Ria ni terkenal dengan menu Nasi Ayam nya... memang orang-orang LD ni suka lah makan nasi ayam di sini selain dari Sabah Chicken Rice... Cuma kalau nak bandingkan nasi ayam di sini dengan di Tanah Malaya (chewahh) memang berbeza... LD punya nasi ayam tiada salad & tomato bagai... :) ada timun & daun sup.. makan dengan sup, lada & sambal kicap.. Biasa lah sementara menunggu menu sampai acara snap2 picture pun bermula.. 
Encik hubby siap tegur 
" klu tak bergambar, tak boleh ke??"...hahaha:D
Picture dari luar..
Lokasi: Bandar Sri Perdana -Lahad Datu
Alamat lengkap?? tak ingat!..sorry:)
Babah & anak..serupa tak?? haha..
Ibu & anak..suka pic ni..tp syg blurr...
We are family
Lovely sis & mum
taraa..Nasi Ayam Nasi Ria...sedap!
Nasi ayam goreng paha..
RM 6.00/set
Sedap!puas hati!senyum2 lepas makan. ALHAMDULILLAH!
Tak baik mencelah makanan (sentiasa belajar bersyukur dgn makanan yg terhidang)...
Mood : Rindu Nasi Ayam di Bumi Semenanjung..ada sesiapa nak belanja? :)
WasSaLam^_^