Thursday, 31 January 2013

:: Komputer Vs Teng-teng ::

AsSaLamualaikum..
Jika dibanding kan budak-budak dulu dan sekarang.. Budak dulu-dulu main teng-teng, main getah, main pondok-pondok.. Budak-budak zaman millenium main komputer, tablet, PS dan segala macam game-game canggih. Sungguh jauh berbeza dengan zaman kita dulu.. apa pun itu adalah teknologi... Tapi bila terlalu menghadap alatan canggih ni, susah jugak kan?.. Risau pun ada! Kalau boleh kena seimbang kan antara aktiviti bak kata Doktor di bawah:
sumber :Fb
Macam kami ni seminggu sekali dapat lah bawa Pa'e keluar jalan-jalan.. Sabtu atau Ahad. Hari lain dua-dua sibuk kerja. Balik rumah dah petang.. Pa'e main dalam pagar rumah je lah.. Bila sesekali buat aktiviti di luar rumah mesti seronok kan? walau pun sekadar berjalan-jalan di Taman Permainan bersama anak-anak.. dapat juga dedah kan mereka dengan persekitaran luar dan tahu cara nak bergaul.. Minda anak-anak pun akan lebih terbuka.
WasSaLam^_^

:: TQ Allah 33 ::

AssaLamualaikum..
Today it's my birthday.. Syukur pada Allah atas segala nikmat kurniaan-MU. Alhamdulillah!
kredit to Google
Doakan semoga aku menjadi insan yang lebih baik seiring dengan peningkatan usia ku. Semoga aku dapat menjadi anak yang berbakti pada Ibu ku, kakak yang baik pada adik-adik ku, isteri mithali pada suami ku dan Ibu yang dapat mendidik anak-anak ku ke jalan Allah.. InsyaAllah! amin...
WasSaLam^_^

Wednesday, 30 January 2013

:: Coto Makassar ::

Assalamualaikum..
Menu lunch bersama teman-teman offce.. Coto Makassar ni  adalah salah satu makanan popular juga kalau di daerah Lahad Datu atau di Tawau. Di Tawau terkenal dengan Coto Banjar. Di Lahad Datu,  tempat makan coto paling sedap adalah di Jalan Dam. Sederet gerai makan di sana mempunyai banyak jenis makanan. Salah satu nya menjual coto Makassar ni. Memang terkenal tempat ni kalau nak makan Coto. Gerai Coto Makassar.
My menu nasi putih+coto campur = RM 6
Terdapat pelbagai jenis coto seperti coto Ayam, daging ataupun coto campur. Makan bersama nasi putih atau burasak (tau tak? makanan suku kaum Bugis). Perah limau dan tambah lada bagi pedas sikit.. nyum-nyum!...cuma nak habaq, dulu kuah banyak sikit.. sekarang kuah macam makin berkurangan.. Tapi rasa tetap umphh! 
WasSaLam^_^

Tuesday, 29 January 2013

:: SATE Kenangan ::

AssaLamualaikum..
Hero kecil yang sorang tu dah pandai request nak makan apa.. Selalu nya Babah dia rajin tanya " anak Babah nak makan apa? ".. Baru-baru ni tanya dia jawap " Abg Pa'e mo makan sate''... Bila dia cakap macam tu laju je Babah dia tu drive pergi beli sate... Erm anak Babah betul! Di Lahad Datu ni tak ramai yang jual sate.. ada dua tiga tempat je yang aku tahu. Salah satu nya Gerai Sate Kenangan yang terletak di Bandar Batu 1, Tanabak Lahad Datu. Gerai pun terletak di tepi jalan, senang nak cari.
Sate Kenangan
1 cucuk = rm 0.70
Sedap juga sate ni. Besar-besar lagi.. Masalah nya sekarang Pa'e ni cakap je nak makan, tapi bila dah beli dia makan 2 cucuk je.. yang lebih Ibu dan Babah ni hah yang habis kan.. selalu macam tu! sekarang ni nafsu makan Pa'e merudum lagi.. request je nak makan itu ini tapi bila dah buat atau belikan..takde makna nya... masuk tekak kami juga:)
WasSaLam^_^

:: 40 KESILAPAN Ibu Bapa ::


AssaLamualaikum..
Semua daripada kita mengharapkan yang terbaik buat anak-anak kita. Namun kadang-kadang tanpa kita sedari terdapat kesilapan dalam mendidik mereka. Sama-sama kita memperbaiki diri dalam mengurangkan kesilapan dalam mendidik anak-anak anugerah Illahi ini.
picture from Google
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Sumber : Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

Walaupun kita pernah melakukan kesilapan-kesilapan di atas, kita masih boleh memperbaiki diri agar ianya tidak berulang. Semoga kita diberikan KESABARAN yang tinggi dalam mendidik anak-anak kita. Aku sebenar nya amat TAKUT! TAKUT tidak dapat mendidik anak seperti yang diharap kan (cemerlang dunia & akhirat). TAKUT tidak dapat menjadi IBU terbaik buat hero kecil ku itu. TAKUT membesar kan nya di zaman serba mencabar ini.. Ya ALLAH bantu lah aku!
WasSaLam^_^

Monday, 28 January 2013

:: TQ Mama ILA ::

Assalamualaikum..
Dapat hadiah lagi dari MAMA ILABlogger Terengganu kita yang lemah lembut dan ceria. Sesiapa yang nak tahu kenapa aku dapat hadiah ni boleh baca SINITerima kasih bebanyak Ila.. Sy amat-amat menghargai nya.. Moga ukhuwah yang terjalin berpanjangan ya.
Mama ILA dan Hannani yang cute.
Culik picture dari Blog Ila..sorry:)
Suka sangat kitchen glove ni... Walau pun jarang masak dan tak reti sangat masak tapi bila masak nanti mesti teringat kat Ila dan anak dia yang comel tu.. Hannani @ Adik yang cute! suka blog Ila, tengok keletah anak perempuan dia yang comel. Sesiapa nak berkenalan dengan Mama Ila, boleh terjah blog beliau ya. TQ..TQ Ila...:)
WasSaLam^_^

:: Think Positive ::

AssaLamualaikum..
Mulakan hari Isnin dengan senyuman.. Sentiasa lah berfikiran positif.. fikir yang baik-baik.. jangan suka berprasangka buruk!.. InsyaAllah sebarang keputusan yang diambil pun adalah yang baik-baik sahaja. Betul tak? 
sumber : FB
Kita memang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan, tapi kita boleh elak atau kurang kan dengan berfikiran positif. Jangan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan. Mulai hari ini, sentiasa lah fikir yang baik-baik ya:)

*Weekend di rumah sahaja, line BBand Celcom sgt lah bermasalah! tu yang sepi. Hari ni cuba balas jejak ya:)
WasSaLam^_^

Friday, 25 January 2013

:: Boy Friend Baru Ku ::

AssaLamualaikum...
RINDU anak di rumah.. bagi memenuhi permintaan Kakak Jna cantik, Ini picture terbaru Boy Friend I.   Cinta Hati Ibu dan Babah.
Dengan gaya yang amat menghiburkan hati.. Rambut dah panjang..Tak mau pergi Saloon.. Pa'e cakap "sakit lah Ibu kalau gunting rambut di Saloon".. mana ada sakit! alasan semata..Kalau Babah yang gunting alamatnya botak sahaja. Ibu tak mau! Kadang-kadang penat melayan pertanyaan.. Masa tidur baru diam.... KAK OKje pernah tanya.. apa maksud TUMPIS?.. hah! Kak, tumpis tu maksudnya banyak cakap @ becok.. Pa'e sekarang macam tu lah.. Tumpis sangat... Kadang-kadang pertanyaan yang tak masuk akal..haha:)
WasSaLam^_^

Wednesday, 23 January 2013

::OTW Tawau - Lahad Datu::

Assalamualaikum..
Weekend baru-baru ni kami balik ke Tawau lagi.. Bumi Peladang dan tanah kelahiran ku!
Sabtu dari Lahad Datu dan balik semula subuh Selasa.. Babah Pa'e ada urusan di Tawau, so kami pun ikut menumpang kasih.. sesekali balik bersama, selalu nya balik asing-asing sebab cuti tak sama... Tiga hari di Tawau tak dapat berjalan ke mana-mana sebab hujan setiap hari.. cuaca memang tidak mengizin kan untuk berjalan-jalan walau pun sekadar windows shopping.. selamat duit aku! haha...
Mengikut inspirasi dari blog Ummu Aidan suka sangat gambar-gambar pemandangan yang selalu dikongsikan di blog beliau.. Aku kongsi kan pemandangan dari Tawau ke Lahad Datu pagi kemarin :)
Persimpangan Kunak- Lahad Datu
Sekitar Madai. Gua yg kelihatan ialah GUA MADAI
Melepasi kawasan Tingkayu
Penuh dengan pokok-pokok sawit yang di tanam
Dulu nya penuh Pokok Getah, skrg ni diganti dengan Sawit
Rumah staff/ pekerja di tengah-tengah kebun sawit
Suka tengok Awan itu.
Sekitar kawasan Dewata-LD
Awan yang membiru
Perjalanan untuk ke Tawau mengambil masa 2 jam 30 minit (kereta). Dulu nya hutan-hutan sepanjang perjalanan Lahad Datu-Tawau ini dipenuhi oleh tanaman getah. Kini semuanya ditebang dan digantikan dengan Sawit. Jalan raya yang bengkang-bengkok dan adakalanya mengalami kerosakan kadang-kadang amat bahaya. Kena sentiasa berhati-hati kerana kemalangan jiwa selalu terjadi. Nauzubillah! Apa pun baik pulih jalan sentiasa di lakukan dari masa ke semasa. Menikmati pemandangan hijau sepanjang jalan adalah amat menyamankan. Hijau dan saujana mata memandang :)
WasSaLam^_^

Tuesday, 22 January 2013

:: Kari Ayam di Taman ::

AssaLamualaikum...
You all makan apa lunch tadi?? Dah petang baru nak tanya..haha:)
Hari tu ada update tentang SUP TULANG Di TAMAN kali ni nak update tentang KARI AYAM di Taman plak.. makan di tempat yang sama, cuma menu tukar kepada Kari Ayam.. sesekali makan kari ayam sedap plak.. maklum kalau buat sendiri selalu rasa ada yang kurang..(dah tak reti masak!..haha)..
 Set Nasi Putih + Kari Ayam = RM6
Hari tu masih blur nama gerai ni..sekarang dah di pastikan betul-betul... nama gerai ialah Gerai Selera Taman.. maklum terletak ditengah-tengah taman yang menghijau.. sesiapa nak makan SUP TULANG & KARI AYAM di TAMAN sila datang Lahad Datu.. I belanja..haha :)
WasSaLAm^_^

::10 Website untuk Kanak-Kanak::

AssaLamualaikum..
Terjumpa di FB.. 10 website yang dicadang kan untuk anak-anak kita.. boleh lah bagi mereka tengok..  macam Pa'e kecik lagi kot..simpan dulu.. Kadang-kadang susah juga nak kawal apa yang anak-anak kita tengok bila mereka buka PC atau lap top..  Kalau umur 1-5 tahun tu mungkin kita boleh pantau lagi dan perhati.. tapi kalau umur 7 - 12 tahun tu mereka dah pandai sendiri. Selalu nya layan kartun di You Tube lah paling banyak kan?.... So, bolehlah cuba set kan laman web di bawah untuk anak-anak kita tengok.. semuanya memberi input yang baik pada perkembangan minda mereka..

1. http://www.starfall.com/ This delightful website is perfect for kids who are learning to read, or getting ready to read. With simple and fun books, games and activities that inspire imagination.

2. http://www.nga.gov/kids A wonderful site from the National Gallery of Arts that has many unique ways for kids to dive into art appreciation through interactive games and activities. 

3. http://progressivephonics.com/ This site is perfect for kids who are learning to read or who are expanding their reading skills.

4. http://storynory.com/ StoryNory has been publishing a free audio book on its website for more than seven years, creating one of the largest and most diverse story collections found anywhere. 

5. http://kids.usa.gov/ This website from the US government acts as a portal to other government run sites for kids--showcasing an endless array of great educational activities, coloring pages, posters, videos and project ideas.

6. http://www.treetures.com/ Here kids enter a magical world that will teach them about the importance of the natural environment. 

7. http://www.nasa.gov/audience/forstudents NASA has put together some stellar resources and interactive demonstrations for kids and their families.

8. http://kids.islamweb.net/english Is also available in Arabic. A must visit for Muslim kids.

9. http://www.spellingcity.com/ is site allows you to enter your child's spelling words to help them enjoy their spelling homework and achieve a perfect score in spelling tests. 

10. http://mathrun.net/ A simple game aimed at helping students become quicker at solving mental algorithms.

Semoga bermanfaat pada anak-anak kita. Sesekali kena juga pantau apa yang mereka tengok demi kebaikan :)

*Ada yang tanya kemana weekend ni.. entry baru pun senyap. No BW.. kami baru sampai dari Tawau.. Subuh tadi gerak, terus masuk office*
WasSaLam^_^

Sunday, 20 January 2013

::Nutrien untuk Rambut ::

AssaLamualaikum..
Rambut makhota wanita.. semua kita menginginkan rambut yang cantik.. banyak juga kita dengar tentang masalah rambut.. tak kira lah lelaki atau perempuan.. masing-masing ada masalah dengan rambut seperti masalah rambut gugur, kelemumur, rambut bercabang, botak (bagi lelaki) dan rambut nipis... kadang-kadang stress dibuat nya.. Bagi wanita yang bertudung sebenar nya kena lebih penjagaan... Ini kerana terkadang rambut masih basah, tapi dah kena pakai tudung (macam aku lah tu!).. gara-gara kes kelam kabut dah nak pergi kerja atau nak berjalan.. penggunaan hair dryer yang kerap juga tak elok untuk rambut
(betul kan? kalau salah, tolong betul kan..). Di bawah ini aku kongsikan nutrien-nutrien yang penting untuk rambut kita. Semoga bermanfaat pada kita semua dalam memelihara rambut.
sumber : FB/organic India
Dulu-dulu simpan juga rambut panjang tapi sekarang dah tak boleh.. sebab bila panjang sikit mula lah gugur dan rambut menjadi nipis.. so, memang dah tak simpan rambut panjang sekarang ni.. takat bahu tu boleh lah... korang ada masalah tak dengan rambut??
WasSaLam^_^

Saturday, 19 January 2013

:: Jinbara Feat FiQ ::

AssaLamualaikum...
Lagu lama yang diberi nafas baru.. MILIK SIAPA KAH GADIS INI.
Lagu asal oleh Allayarham Sudirman Hj Arshad..
Minat juga dengan Fiq (penyanyi kelahiran Sandakan, Sabah)
bila di gabungkan dua figura ni memang best sangat..

Vokal yang mantap dari Kumpulan Jinbara berpadu suara dengan Fiq..
Dengar lah ya... kot-kot ada yang terimbas kenangan dulu-dulu:)
HappY weekend semua..
WasSaLam^_^

Friday, 18 January 2013

:: Bila Suami Ke Pasar ::

AssaLamualaikum..
Berkongsi cerita tentang KULING ku ni hah! Korang percaya tak kalau aku katakan..cehh! yang aku sebenarnya jarang ke pasar.. Tak normal kan?? haha... selalu nya kaum isteri yang akan ke pasar membeli keperluan dapur.. tapi kami, Babah Pa'e yang ambil peranan ni.. entah lah mungkin sebab dia lebih tahu tentang selok-belok pasar di sini dan segala macam yang dijual di sana, so memang babah yang akan ke pasar.. bukan lah bermaksud aku tak pernah pergi pasar, tapi kalau dihitung-hitung memang Babah lebih banyak pergi...
Tulisan babah Pa'e- senarai barang2 yg dibeli..
Lagipun kalau Babah yang ke pasar memang sekejap je.. Tak lama lepas tu dia akan balik dengan semua barang yang dipesan.. jarang juga dia tersalah beli... Al-maklum sang Ibu Pa'e ni kadang-kadang nama ikan pun boleh failed...rupa ikan pun tak kenal...haha..(teruk nya kan!)... Sekarang ni aku banyak belajar dari DIA tentang masak, tentang barang dapur, tentang jahitan dll. Banyak kekurangan aku tapi kami saling melengkapi.. Alhamdulillah! Terima Kasih ALLAH kerana jodoh ini...;)
WaSSaLam^_^

Thursday, 17 January 2013

:: Green Up Your Diet ::

Assalamualaikum....
DIET??? ramai di antara kita yang selalu berazam nak diet.... sama macam aku! kalau rasa badan dah berat mula lah kurang kan makan dan diet lah konon... tapi aku ni senang sikit nak turun kan berat badan, TAK MAKAN MALAM dalam beberapa hari terus susut.. hehe.. Alhamdulillah! Tapi lain orang, lain plak cara mereka kan?.. apa pun biar lah kita DIET secara sihat.. jangan sampai tak makan langsung nanti penyakit lain pula yang datang... Untuk diet secara sihat cuba rujuk picture di bawah:)
Sumber: FB
Terasa seperti semua tanaman hijau diatas ada di kebun kecil Ummu Aidan..Best nya ada kebun sendiri.. Tak perlu beli dan risau akan bahan kimia yang digunakan, semuanya segar dari kebun...kan Ummu??...:)
WasSaLam^_^

:: Cristiano Ronaldo 7 ::

AssaLamualaikum...
Siapa tak kenal dengan Cristiano Ronaldo? Aku yang tak seberapa minat bola ni pun kenal akan beliau..     Kehebatan CR ni tidak perlu dipertikai kan lagi.. lincah dan pantas di padang sehingga kan pernah memenangi hadiah KASUT EMAS.. disebalik kelincahan beliau di atas padang, terselit sifat-sifat beliau yang amat murni... (eh! tetiba cerita tentang pemain bola plak.. ala-ala pengulas sukan..haha:)
Sumber : FB
Walaupun berlainan bangsa & agama, tapi sifat-sifat yang ada pada CR ni memang patut dijadikan teladan buat kita semua.. sifat yang menyayangi sesama insan di muka bumi ini.. Semoga sifat dermawan  yang ada pada beliau boleh di jadikan contoh buat kita semua.
WasSaLam^_^

Wednesday, 16 January 2013

:: Sup Tulang di Taman ::

Assalamualaikum...
Petang ni Lahad Datu mendung.. Cuaca sangat lah menyuruh aku untuk melelapkan mata di atas meja ku yang tidak seberapa ini..haha... pssstt! Lunch semalam aku makan Sup Tulang tau... Hari tu ada cerita tentang SUP TULANG ini... semalam pergi cuba SUP TULANG di tempat lain plak.. Di Lahad Datu juga lah.. tempat ni dekat je dengan office aku, lebih kurang 5 minit drive dah boleh sampai.. tapi bukan aku yang drive tau...aku mana reti drive lagi!...haha... Nak lawan Kak OKje yang makan LAMB CHOP dan Mama JJ yang dok mengidam nak makan Kuih Lompat Tikam.. sampai hari ni dok tau lagi kuih tu macam mana rupa nya??...haha.
1 set - Sup Tulang = RM 6
Nasi Putih
Sky Juice
sila abaikan tangan owner blog tu..haha..:D
suasana gerai ni..sejuk mata memandang sambil menjamu selera;)
Terletak berdekatan dengan Jabatan Imegresen Lahad Datu. Apa yang best kawasan gerai ni (Gerai Taman kot namanya..punya lah lupa!) terletak didalam taman .. kami gelar Taman Katak (tak tau nama sebenar) hijau mata memandang. Sambil makan boleh jamu mata melihat pemandangan yang hijau. Taman ini kalau waktu subuh dan petang-petang memang ramai orang jogging dan beriadah di sini.. siap ada tempat untuk kanak-kanak bermain.. best kan??..
WasSaLam^_^