Saturday, 30 March 2013

:Bau BILIK TIDUR Selepas Berkhawin:

AssaLamualaikum
Happy weekend guys! Terjumpa picture ni di FB. Senyum-senyum sendiri juga baca. Betul kah ni? cuba kongsi pendapat you all...hehe;)
Kita pula macam mana agak nya? Step pertama dan kedua tu rasanya dah ramai yang lalui. Hehe. Walau apa pun yang berlaku dan tak kira berapa lama kita ber rumahtangga, semoga ikatan yang terbina sentiasa BAHAGIA hingga ke syurga. Amin! :)
WasSaLam^_^

Friday, 29 March 2013

:Tidur Berbantalkan Lengan Suami:



AssaLamualaikum
Korang suka tak tidur berbantal kan lengan suami? hehe. Erm! aku ada juga lah sesekali, tak selalu pun. Lepas ni nampak nya kena rajin-rajinkan diri tidur dibawah lengan Kulingku. Haha! 

*Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. 
*Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.
*Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. 
*Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
*Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.
*Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.
*Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. 
(pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya) FAKTA:)
*Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
*Peringatan untuk lelaki/suami, janganlah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

*Pada isteri-isteri semua, adakah anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?
*Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?
(adakah blogger2 lelaki yang nak jawab ni..haha).                            
                                                                                Kredit : SINI   
Boleh di praktikkan ya bagi sesiapa yang mahu. Dapat juga menambah kemesraan suami isteri kan? Lebih manja gamak nya sekaligus bermanfaat untuk kesihatan para isteri.
** Sabah Public Holiday (Good Friday) hari ini. So, kami cuti-cuti di rumah sahaja:)
WasSaLam^_^

Thursday, 28 March 2013

:: Be Happy ::

AssaLamualaikum
Mood nak happy-happy sahaja sekarang walau pun hati tak seceria mana. Hehe.
Moga keputusan yang kami ambil adalah yang terbaik demi kerjaya dan masa depan bersama sahabat-sahabat se opis ku. Pasti ada hikmah disebalik nya! kan?
sumber: FB
Doakan yang terbaik buat kami. "Be Happy"!
WasSaLam^_^

::Kami yang Comel::

AssaLamualaikum
Sebenarnya tengah stress, tapi kami semua tetap comel. Haha! Dua tiga hari ini kami ada sedikit masalah dengan pihak pengurusan atasan. Terasa kami semua yang menjadi mangsa keadaan dan membuat sedikit kecewa. Akhirnya kami semua terima dengan redha.
Inilah rakan-rakan sepejabat ku yang comel-comel belaka. Haha! Rakan-rakan yang sudah dianggap seperti saudara sendiri. Semua baik hati dan amat memahami antara satu sama lain. Masalah pengurusan yang menimpa, membuatkan kami menjadi lebih rapat. Thanks friend! :)
WasSaLam^_^

Wednesday, 27 March 2013

:: JOM Ketawa ::

AssaLamualaikum
Tajuk ntah apa-apa kan? Suruh orang ketawa pula. Bukan nak suruh ketawa tak tentu pasal tau! hehe..
Nak ketawa lebih-lebih pun tak elok juga, kang tak pasal-pasal orang kata 'tak betul' haha. Apa yang pasti aku memang suka ketawa. Kawan-kawan sekeliling memang dah tahu perangai aku. Suka gelak.. memang orang tak akan tahu bila masa aku ada masalah. Tapi tak lah ketawa berlebihan.

Picture : FB
Ketawalah untuk menghibur hati dan menceriakan suasana. Sambil-sambil tu bolehlah dapat manfaat yang lain. Moga hidup kita akan sentiasa ceria ya. Petang-petang ni kena ketawa untuk hilangkan ngantuk. Haha! Senyum dan tawa penawar duka:)
WasSaLam^_^

Tuesday, 26 March 2013

:: Tiada Mood::

AssaLamualaikum
Sorry ya kawan-kawan, hari ini langsung tiada BW. Ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. Yang membuat mood down. Hari ini sangat tidak best. Kepala pun asyik pening-pening dan rasa nak pitam. Terima kasih pada yang sudi singgah di blog yang tidak seberapa ini. InsyaAllah esok-esok saya balas jejak kawan-kawan ya. Miss you all.
WasSalam^_^

Monday, 25 March 2013

:MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara:

AssaLamualaikum
Bagi menyahut cabaran daripada blogger MIA yang sudi tag diriku ini, aku sekali lagi join segmen yang dianjurkan oleh blogger terkenal Mak Dara. Beliau bukan calang-calang blogger tau! Glamer gitu. Bukan apa kekadang segan nak join segmen dah sebab terasa diri ini belum layak bergelar blogger dan diri ku hanya picisan. Blog pun ntah apa-apa! 
(eh! panjang pula mukadimah.hehe).
Syarat-syarat penyertaan:-

1. Follow Blog Bicara Mak Dara
2. Buat entri dengan tajuk 
"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini 
4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.
5 .Tag 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GA Ini. Aku memilih 
Anda semua ditag :)

6. Setelah selesai sila tinggalkan Url link entry di kotak komen segmen bicaramakdara tu.....

Tarikh tutup : 31hb Mac 2013

Satu Giveaway, 30 Penaja, 
58 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara

Mari lah kita menambah kenalan alam maya kerana diri mu begitu berharga! haha:)
WasSaLam^_^

::PANTANG LARANG Dalam Hubungan Suami Isteri ::

AsSaLamualaikum
Siapa suka tengok rancangan 'Kalau sudah Jodoh'? Rancangan yang dihos kan oleh Ustaz Kazim Elias. Aku selalu juga tengok rancangan ni. Gaya penyampaian Ustaz Kazim memang mudah difahami. Di selang seli dengan nada gurauan. Memang menarik sampai membuatkan kita tertawa. Banyak yang boleh kita pelajari bila menonton rancangan ini terutama bagi pasangan yang sudah berumah tangga. Bagi yang belum berkhawin tu boleh juga tengok, buat tambah ilmu di dada sebelum melayari bahtera rumahtangga (ayat skema).
Sumber : FB 
Jom Ibu-ibu, bapa-bapa (macam lagu dangdut plak..haha) kita pakat-pakat tengok rancangan ini. Sambil hilangkan bosan boleh menambah ilmu didada. Maklum setiap hari adalah hari untuk kita belajar. Semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke syurga. Amin! :)
WasSaLam^_^

Saturday, 23 March 2013

:: EARTH Hour 2013 ::

AssaLamualaikum
Jom sejukkan bumi kita selama 1 jam.
Mari semua bersama-sama memadamkan lampu selama satu jam bermula pada pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam (23 Mac 2013) sebagai menyokong usaha World Wide Fund for Nature (WWF) menerusi program Earth Hour. 
Kredit : SINI 
Tiap tahun kami ikut aktiviti ini. Mengajar untuk lebih menghargai bumi kita. Dalam masa yang sama jimatkan bil letrik selama 1 jam. Hehe. Sesiapa yang join nanti kongsi tau :)
WasSaLam^_^

:: OPS Daulat- Celcom ::

AssaLamualaikum.
HAppy weekend semua! Dapat mesej ni dari Celcom (20/03/13). Tak pasti pula sama ada semua pengguna Celcom dapat sms ni atau tidak. Ataupun hanya pengguna-pengguna Celcom di Sabah yang dapat. Apa pun satu peringatan yang baik. Bukan apa, bila terlalu percaya dengan khabar-khabar angin diri sendiri yang risau dan tension. Hehe.
Baik simpan nombor telefon balai polis berhampiran. Bila ada sesuatu yang meragukan, telefon dan tanya lagi puas hati. Apa-apa pun doakan yang terbaik buat bumi Sabah amnya dan Malaysia keseluruhan nya. Jangan mudah percaya pada khabar-khabar angin tau! :)
WasSaLam^_^

Friday, 22 March 2013

:: Pujian Gaya Nabi ::

AssaLamualaikum
Jumaat yang mulia ini kita share sesuatu untuk mengisi minda. Jangan boring tau! :)
Pujian mesti kena dengan gaya. Nak memuji ikut cara Nabi? :
sumber : FB
Lepas ni kena belajar memuji dengan cara yang betul. Terutama dalam bab-bab memuji anak sendiri. Kadang-kadang pujian ini boleh memotivasikan kita. Tapi jangan pula timbul sifat riak bila dipuji. Puji biar ikhlas. Bila ikhlas baru dapat PAHALA :)
WasSaLam^_^

::SaLam Jumaat 22 Mac 2013::

AssaLamualaikum
Sekadar nak sharing aktiviti kami hari ini.
Sama-sama kita doakan keselamatan anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan bumi Malaysia ini. Moga mereka diberikan kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi musuh negara. Dan kami sentiasa percaya bahawa Sabah adalah milik Malaysia buat selama-lamanya. Amin! Kita 1 Malayasia. :)
WasSaLam^_^

Thursday, 21 March 2013

:: Tips Mengajar Anak supaya IKHLAS::

AssaLamualaikum
Ikhlas juga bermakna kita bersikap jujur dan tidak berpura-pura. Telus dengan diri sendiri dan orang lain serta mengakui kelemahan diri sendiri. Bayangkan jika diri tidak ikhlas. Ia hanya membuatkan anda pincang. Bagaimana mungkin anda boleh menjadi orang yang lebih baik jika tidak telus dengan diri sendiri? Bagaimana mungkin mengharapkan untuk mendidik anak menjadi ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?
Cara-cara mudah untuk mendidik anak bersikap ikhlas:
Terapkan dalam mindanya. Ulang dan ulang lagi. Bila anda menghantar anak ke sekolah atau sebelum dia melangkahkan kaki ke sekolah, ingatkan "Ajim, ikhlaslah dengan apa sahaja yang Ajim buat." Tanya dia "Kenapa Ajim mesti ikhlas?" Katakan "Sebab, itulah satu-satunya cara untuk hati menjadi tenteram. Jika kita tidak ikhlas, semua usaha kita sia-sia kerana Allah tidak akan menerimanya. Jika anda ulangi setiap hari, kata-kata ini akan tertanam di dalam kotak fikiran anak anda. 

Jangan salahkan orang lain. Meskipun orang lain tidak tahu kesilapan anda, akuilah jika anda yang bersalah. Jangan sekali-kali menganggap diri terlalu mulia untuk meminta maaf kepada suami atau isteri, anak, rakan, jiran atau ibu bapa sendiri. Tanyalah "Apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?"

Jangan harapkan balasan untuk kebaikan yang anda lakukan. Ini penting, lebih-lebih lagi jika orang yang anda bantu langsung tidak menghargai usaha anda atau lebih teruk, membalasnya dengan kata-kata kesat.Yakinlah bahawa Allah akan memberi anda ganjaran bagi kebaikan yang anda lakukan. 

Bergembiralah jika orang lain lebih baik daripada anda. Tunjukkan kepada anak anda bahawa anda gembira bila sahabat, saudara-mara atau adik-beradik anda lebih senang hidupnya. Doakanlah untuk kesejahteraan mereka seperti anda mendoakan untuk diri anda dan keluarga sendiri.
Kredit : SINI  

Marilah kita sama-sama belajar untuk IKHLAS dalam perkara setiap yang kita lakukan. Betapa besar pahala yang kita perolehi bila kita ikhlas kan? Walau pun kekadang agak susah untuk kita terima, lama-lama kita akan redha bila sesuatu perkara itu berlaku (baik atau buruk). Sharing is charing:)
WasSaLam^_^

Wednesday, 20 March 2013

:: Budak Kacamata ::

AssaLamualaikum
Tengok ni hah! budak pakai kaca mata terbalik. Kita nak betulkan dia tak bagi. Bila kita pakai kaca mata, dia pun sibuk nak pakai. Dia punya dah dipatahkan. Jadi sekarang dok sibuk nak pakai Ibu punya tiap kali kami keluar. Ibu pun terpaksa mengalah. 
Ikut gaya Babah lah ni, tiap kali drive kena pakai kaca mata. Basuh kereta kat luar rumah pun pakai kaca mata. Silau kata nya. Baru-baru ni dok pujuk-pujuk Ibu nak beli kaca mata baru. Erm! nak beli pun, bukan nya murah. Hehe. Kalau hati Ibu baik, boleh lah beli. Hihi (jahat tak?). 
WaSSaLam^_^

Tuesday, 19 March 2013

::Budak Tumpis Berminyak::

AssaLamualaikum
Cerita dua tiga hari lepas. Ibu tengah tengok berita jam 8.00pm. Tetiba budak kecik ni panggil "Ibu, cuba tengok abg Pa'e ni". Ya Allah! Pa'e...Pa'e.. habis muka dia sapu baby oil (johnson & johnson). Adui! sampai berkilat-kilat muka. Rambut pun dah jadi skema. Pastu siap duduk dalam bakul. Haha..:)
Aku tengok pun ketawa. Ada sahaja budak ni. Pa'e memang suka guna baby oil. Pandai dah letak kat rambut, tangan dan kaki dia (tengok Ibu lah tu). Tapi yang tak bestnya sampai muka pun dia letak minyak. Dah beberapa kali dia buat macam tu. Isk! Ibu memang tak berapa suka bila Pa'e letak baby oil kat rambut dia. Babah pun sama. Entah! macam comot plak ada minyak-minyak ni. Haha :)
WasSaLam^_^

:: Sifat Positif & Negatif pada Anak::

AssaLamualaikum
Jangan pernah bosan untuk belajar ilmu ke ibubapaan. Sentiasa belajar dari masa ke semasa untuk mempertingkat kan ilmu di dada (ceh! :).
sumber: FB
Orang kata didikan bermula dari rumah. Sangat bangga bila ada ibu ibu yang berjaya mendidik anak-anak mereka. Mereka yang selalu ku jadikan inspirasi. Semoga Allah S.W.T membantu kita dalam mendidik anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat. Amin! 
WasSaLam^_^

Monday, 18 March 2013

:: Dialog Ibu & Pa'e Part 6::

AssaLamualaikum
Dah lama hubby & Pa'e tak hantar Ibu pergi kerja. Waktu kerja dah tak sama, jadinya Ibu pergi kerja naik kereta sewa jak lah. Baru-baru ni Babah cuti, dapat lah hantar Ibu. Abg Pa'e pun sibuk nak ikut. Pagi-pagi buta dah bangun, basuh muka semua terus masuk kereta. Takut kena tinggal. Hehe. Kebetulan jalan dari rumah ke tempat kerja ada PGA & Polis buat pemeriksaan (semenjak ada isu pencerobohan Lahad Datu ) Perbualan kami dalam kereta:

Babah : Anak Babah besar nanti nak jadi apa?
Pa'e    : Abg Pa'e kan mo jadi askal (askar)!
Babah : Mau tembak orang jahat kah?
Pa'e    : Butan (bukan), abg Pa'e mau tembak raksasa..
Ibu & Babah : Haha..
Nak jadi askar tapi untuk tembak raksasa. Haha! adakah patut! Bila Pa'e cakap macam tu, kami explain dengan dia yang raksasa tak wujud lagi di muka bumi. Harap-harap dia faham lah. Pengaruh kartun Ultraman lah ni. Apa tidak nya kalau dah tiap masa tengok Ultraman memanjang. Pening Ibu, nak tengok cerita lain pun dah tak boleh. Siap bergaduh lagi. Pening juga nak explain yang cerita Ultraman tu bukan setiap masa ada di channel 611 (memang tak langgan pakej kartun dan mungkin tak akan langgan. hehe)!  
WasSaLam^_^

::Office Tercinta::

AssaLamualaikum
Happy monday! Pernah terbaca entry Kiera' Sakura tentang suasana tempat kerja nya. Kesian juga kat dia. Suasana persekitaran kerja yang tidak seronok sebenarnya boleh mempengaruhi emosi dan kualiti kerja seseorang. Aku plak Alhamdulillah sepanjang 5 tahun bekerja di sini amat menyeronokkan. Mengharungi suka duka di alam pekerjaan. Oleh sebab aku bekerja di sini lah aku menjadi pemastautin daerah Lahad Datu ini. Membawa diri dari bumi kelahiran Tawau, Sabah. Kalau ikut memang lebih suka tempat sendiri kan, tapi apa boleh buat rezeki kami Allah tetapkan di sini. Saja nak kongsi dengan kawan-kawan suasana office tercinta dan rakan-rakan sepejabat:
Kami satu unit hanya ada 18 orang. Dua orang pegawai dan penolong pegawai. Boleh dikatakan hubungan antara kami sangat erat. Saling memahami antara satu sama lain dan konsep 'team work' tu memang kami praktikkan. Tak timbul sebarang isu. Kami juga selalu habiskan masa bersama dan saling mengunjungi antara satu sama lain. Tiada jurang antara kami. Aku plak, boleh di katakan salah seorang senior juga (antara pekerja paling lama dan juga antara paling tua..hehe). so, adik-adik office memang menghormati. Itu lah yang membuat kan office kami sentiasa ceria, penuh dengan gurau senda. Happy working! :)
WasSaLam^_^

Sunday, 17 March 2013

:: Wanita dan Shopping::

AssaLamualaikum
Happy Weekend semua! Ada sesiapa yang pergi shopping hari ini? Terapi terbaik buat wanita adalah shopping. Haha.. siapa yang setuju? ada terbaca di mana ntah ayat ni..lupa dah! Kalau tak shopping, 'window shopping' pun jadi lah kan? Tapi sebenarnya bila pergi shopping ada juga beberapa masalah yang kita hadapi. Contoh macam di bawah ni:
sumber : FB
Erm! Aku suka juga shopping. Tapi tak keterlaluan lah. Selalu nya beli apa yang perlu sahaja. Sebelum pergi shopping, dah senaraikan siap-siap benda yang nak dibeli. Ada juga sesekali melencong, lain yang ditulis, lain yang dibeli. Haha! Macam barang dapur plak, selalu nya akan beli sebulan sekali manakala barang basah beli seminggu sekali (babah yang beli). Bab baju pula, memang jarang beli. kalau beli selalu nya 3 atau 4 bulan sekali. Tapi sekali beli memang akan beli 2 atau 3 pasang sekali tak campur tudung lagi. Hehe. Jarang beli on9, takut size tak ngam. Korang shopping baju macam mana?

*Teringat UmmuAidan yang tengah shopping2 di Bumi Fiji:)
*MAMA JJ pun dok cerita shopping untuk Jelita :)
WasSaLam^_^

Saturday, 16 March 2013

::Amaran Fenomena Air Merah #RedTide::

AssaLamualaikum
Ingatkan dah berakhir fenomena Laut Merah ni. Rupanya amaran Fenomena Air Merah #RedTide masih berkuatkuasa sepanjang Pantai Tuaran ke Sipitang, Sabah. Erm! nampak nya kena 'puasa' lagi lah dari makan seafood. Sabar jak lah! Teringin sebenarnya nak makan kerang. Hehe. Baik tak makan kalau nanti nya boleh membahayakan nyawa. Walau pun kami berada di Lahad Datu, tapi lebih baik berjaga-jaga.
Kredit: SINI 
Korang kemana hari ini? Nampak nya kami di rumah sahaja hari ini. Layan anak bujang ni lah jawab nya. Rempit basikal & layan kartun Ultraman. Haha! Happy Weekend you all! 
WasSaLam^_^

Friday, 15 March 2013

:: Waktu SHOLAT, Aura Warna & Hikmahnya::

AsSaLamualaikum
Terjumpa info di SINI. Kaitan antara waktu sholat, warna, pengaruh dan hikmah nya pada tubuh badan kita. Tersangat besar kebaikan bila kita mematuhi perintah Allah S.W.T yang satu ini. 
**Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

**Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

**Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur lah tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

*Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

**Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Sholat tiang agama. Aku pun masih memperbaiki diri dari masa ke semasa. Sedang cuba untuk selalu awal kan sholat bila masuk waktu. Sedang cuba memperbaiki bacaan-bacaan surah dalam sholat. Sedang cuba untuk tidak lalai dalam melaksanakan perintah Allah. Ya Allah! semoga kita TIDAK tergolong dalam kategori orang-orang yang lalai. Amin! 
WasSaLam^_^

::Renungan Jumaat 17::

AssaLamualaikum.
Allah Maha mendengar. Allah maha mengetahui segala sesuatu.
Allah sentiasa memerhatikan kita kerana Allah S.W.T TIDAK pernah tidur..
Percaya lah! Allah amat menyayangi para hamba-hamba-NYA.
Dari itu jangan pernah berputusa harap untuk mendapatkan keredhaanNYA. Amin!  :)
WasSaLam^_^

Thursday, 14 March 2013

:: Tips Memudahkan Anak Tidur Tengah hari::

AssaLamualaikum.
Lambat bersiaran hari ini. penyakit 'M' sudah datang. Mood suam-suam kuku kot! Haha.
Selalu nya kita akan tidur kan anak-anak kita pada sebelah tengah hari. Masa mereka tidur ni lah baru kita dapat buat kerja rumah dengan senang. Kalau tidak, jangan harap lah. Ada sahaja suara merengek minta perhatian. Betul tak?
Tidur tengah hari atau kata lainnya 'nap time' dikalangan anak-anak berumur 4 tahun dan ke bawah adalah amat penting. Kajian membuktikan anak-anak yang tidur tengah hari lebih kreatif dan emosi mereka lebih stabil & tenang. Atas faktor inilah kenapa di taska, rutin tidur anak-anak kecil adalah di antara jam 12 - 3 pm. Bagi memudahkan proses 'nap time' ini buat ibu-ibu di rumah, praktikkan tips yang diberi :

Kredit : SINI
Anak bujang ku Pa'e memang sampai sekarang masih wajib tidur siang. Kalau tidak mesti dia sedikit cerewet. Ada je benda yang tak kena. Sikit-sikit merengek. Selalu nya aku dah boleh agak, kalau dia asyik-asyik merengek atau nangis walhal aku tak tahu apa mahu nya conform lah tu dia mengantuk atau kurang tidur. Buatkan susu then tanya nak buai atau 'bobok tilam'? (tidur atas katil). Bagi Ibu-ibu yang berada di rumah bolehlah amalkan tips-tips diatas. Hanya sebagai panduan, selebihnya terpulang pada cara masing-masing. Mana yang baik kita ikut :)
WasSaLam^_^

Wednesday, 13 March 2013

:: Aksi Spontan C Tumpis::

AssaLamualaikum
Semalam tengah dok layan "Rindu Bertamu di Abu Dhabi", budak tumpis ni pun sibuk pusing-pusing basikal dia depan TV. Suka sangat dia buat macam tu. Ibu tengok tv pun tak khusyuk. Haha. Dua tiga kali tegur baru lah dia duduk tepi. Tapi tengok lah gaya dia ni. Spontan jer buat muka.
Susah sangat nak snap gambar dia sekarang. Memang dia akan sorok kan muka dan kata " jangan lah tangkap gambar abg Pa'e bah Ibu". Erm! pemalu lebih-lebih plak. Sekarang ni memang Pa'e akan rempit basikal dia dalam rumah. Kadang-kadang pening kepala Ibu. Biasa lah kan budak tengah aktif:)
WasSALam^_^

Tuesday, 12 March 2013

::Dialog Ibu & Pa'e part 5::

AssaLamualaikum.
Lagi perbualan sang Ibu dan c tumpis Pa'e.
Sedang sibuk pusing-pusing naik basikal dia..Pa'e datang kepada Ibu..

Pa'e : Ibu..Abg Pa'e sayang Ibu..
Ibu   : Betul kah sayang Ibu??
Pa'e : Betulll...
Ibu   : Babah, awak sayang tak??
Pa'e : Ndak payah lah sayang Babah.. Babah busyuk...
Ibu   : Haha...
(terus datang bagi kiss kat Ibu :)
Muka pun sama:)
Pa'e dan Babah amat rapat. Mungkin sebab Babah pernah jaga dia sepenuh masa (waktu babah belum kerja). Sampai kan aku rasa sedikit cemburu sebab sikit-sikit cari Babah bukan Ibu. Tapi bila dia dah makin besar, Pa'e dah mula rapat dengan aku. Bila nak tidur mesti cakap " Ibu dodoi lah abg Pa'e".. kalau tak pun mesti dia cakap "Ibu peluk lah abg Pa'e" :)
WasSaLam^_^

::Tips Bercakap Dengan Anak::

AssaLamualaikum.
Budak-budak zaman sekarang nak bercakap kena ada cara. Tak sama dengan budak-budak zaman dahulu yang senang nak 'handle'. Orang kata cabaran nya lebih besar dalam mendidik anak zaman sekarang.
Sumber: FB
Aku pun kadang-kadang hilang kawalan juga bila bercakap dengan budak tumpis tu. Kadang-kadang bertukar juga jadi 'ibu singa'...haha! Cuma aku seboleh-bolehnya mengunci mulut dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang tak elok. Perkataan itu kan satu DOA. Sama-sama lah kita menjaga perkataan yang kita ucapkan pada anak-anak kita. Amin! 

*Masih belajar dari masa ke semasa menuntut ilmu keibubapaan*
WasSaLam^_^

Monday, 11 March 2013

::RAHSIA ISTERI- Setiap SUAMI PERLU TAHU::

AssaLamualaikum
Khas buat suami-suami kita. Erm! beruntung lah kalau depa baca entry-entry kita kan? (Babah Pa'e mau setahun sekali baru buka blog Ibu ni..haha!). Tak banyak yang kita inginkan dari suami. Apa yang paling penting ialah pengertian dan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Betul tak?  
" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "
" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "
" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "
" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "
" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "
                                            Copy paste dari FB SINI

Kaum wanita atau isteri diciptakan dengan penuh kelembutan. Dicipta dari tulang rusuk kaum Adam untuk saling melengkapi. Sayangilah wanita sesuai dengan fitrah semulajadi yang Allah S.W.T ciptakan.
WasSaLam^_^

::Dialog Ibu & Pa'e part 4::

AssaLamualaikum.
Ceritera c tumpis Pa'e sekali lagi. Semalam tengah tengok TV dengan Pa'e... Maklum ceritera Lahad Datu kan tengah 'hot' sekarang. Selalu lah juga gambar-gambar perwira kita dipaparkan tak kira lah polis atau pun tentera. Perbualan kami :

Pa'e : Ibu, nanti besar abg Pa'e mo jadi askal (askar)..
Ibu   : Betul kah mo jadi askar?
Pa'e : Betul.. Abg Pa'e mo tembak orang jahat..
Ibu  : Siapa orang jahat?
Pa'e : Mundu... Abu Sayaf..
(lari ambil senapang mainan dia dan buat bunyi.. peng..peng..peng! seolah menembak)
Ibu   : Haha.. mana-mana lah nak :)

Tak tahu dari mana dia dengar perkataan "Mundu" (lanun) tu.. Abu Sayaf tu pun!.. Bila fikir-fikir mesti Babah  dia ni.. maklum darah bekas tentera mengalir dalam darah Pa'e.. Pak Lang sebelah Babah dia pun sama, tentera juga (Sarjan). Erm! tak hairan lah kalau budak tumpis ni pun berkobar-kobar nak jadi Tentera (budak kecik kan, selalu berubah cita-cita.haha). Babah selalu juga tanya Ibu, kalau Pa'e nak jadi tentera aku bagi ke tak? erm! selalu nya jawapan aku.. "Boleh je ling". Janji dia kena belajar tinggi dulu baru masuk tentera. Tapi bila Babah dia cakap kalau masuk Skuad Komando macam mana? aku fikir banyak kali juga baru jawab. Bukan apa, seperti tak sanggup pula bila mengenangkan cara latihan mereka. Ya Allah! tapi aku tau mereka dilatih begitu agar mereka KUAT MENTAL dan FIZIKAL bila berhadapan dengan musuh. Betul tak?
Tengok tu! rambut pun dah gaya askar.. Babah punya kerja:)
* Sangat BANGGA dengan perwira-perwira kita yang berjuang menggadai nyawa demi tanah air tercinta. DOA ku moga mereka sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T..amin! 
WasSaLam^_^

Sunday, 10 March 2013

::5 Rules to be Happy Life::

AssaLamualaikum.
Hidup lah dengan GEMBIRA. Boleh stress tapi kena lah tahu cara menanganinya dan PERCAYA bahawa itu adalah UJIAN dari Allah S.W.T kerana DIA menyayangi kita.
Gambar :FB
Hidup tanpa masalah memang boleh membuat kita gembira. Tapi bila tiada masalah langsung, terasa hidup tak mencabar plak kan? hehe. Selalunya setiap masalah yang menimpa akan membuat kan kita lebih matang dalam hidup dan kita akan lebih relevan dalam membuat sebarang keputusan :)

*Hari minggu yang sunyi!
WasSaLam^_^

Saturday, 9 March 2013

:: 8 Application for Health ::

AssaLamualaikum.
Bila tengok gambar di bawah baru sedar yang bukan saja gadjet-gadjet canggih yang perlu aplikasi-aplikasi canggih tapi badan kita pun sama. Kalau untuk gadjet semua kita ambil tahu, segala macam  perisian seperti Android kalau boleh nak diguna. Tapi pernah kah kita terfikir yang badan kita juga memerlukan itu semua. Bukan lah nak kata badan kita perlu Android bagai..haha! Cuba lihat gambar di bawah dan fikir kan.
sumber : FB
Moga dapat memberi inpirasi pada kita agar lebih menjaga kesihatan demi kebaikan dan kesejahteraan hidup kita (ayat skema). Sharing is caring :)

*Kalian buat apa hari ini? kami di rumah sahaja sebab Babah kerja! Melayan karenah budak tumpis tengok cerita "Ultraman & Geng bas sekolah plak".*
WasSaLam^_^

Friday, 8 March 2013

::Khadijah Ikan Bakar - Lahad Datu::

AssaLamualaikum
Sebelum berlaku nya peristiwa 01.03.2013 tu sebenar nya kami pergi makan di luar dengan Babah, Pa'e dan seorang kawan baik. Malam sebelum kejadian lah kira nya (dah seminggu entry ni di draf) baru publish. Maklum situasi tak berapa nak mengizin kan untuk cerita makan-makan sedang kan perwira-perwira kita sedang berjuang menggadaikan nyawa. Hari ini, dah rasa sedikit damai boleh lah cerita makan-makan lagi. Sekadar makan-makan biasa bersama keluarga kecil ku:)
1. Sup Tulang 2. Ayam masak halia 3. Sayap ayam panggang 4. Manggo Juice + Sky juice
Kami makan di Khadijah Ikan Bakar yang terletak di tepi jalan Taman Aman 3, Lahad Datu. Lokasi nya memang senang nak cari. Tempat makan ini memang terkenal juga di Daerah Lahad Datu walau pun belum lama dibuka. Makanan nya pun sedap-sedap dan majoriti nya masak ala-ala Semenanjung. Harga  pula memang berbaloi. So, takde lah nak menyesal bila bayar bil makan. Haha. Hari tu bila Bos dari Semenanjung datang kami bawa makan di sini juga. Puas hati kata nya sebab harga makanan murah dan berbaloi. Alhamdulillah, kenyang! :)
WasSaLam^_^

::Renungan Jumaat 16::

AssaLamualaikum
Hari yang damai di Bumi Lahad Datu. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari hari semalam.
Sumber gambar : FB

Betapa besarnya nilai KEAMANAN. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita kecapi hari ini. Semoga kita menjadi insan-insan yang sentiasa bersyukur. Amin! 
WasSaLam^_^

Thursday, 7 March 2013

:: C Tumpis dan Basikal ::

AssaLamualaikum..
Majoriti dari anak-anak kita sudah terbiasa dengan basikal dari kecil lagi kan? tak kira lah anak perempuan atau lelaki seperti menjadi satu kemestian. Mesti ada basikal kat rumah. Termasuk lah c tumpis Pa'e.. baru umur 1 tahun macam tu kami dah sibuk belikan basikal kecik buat dia. Ya lah dok tengah excited katakan, semua yang ada kat anak orang lain kita pun nak juga (bukan dengki tau!) Haha..
Basikal Umur 1-3 thn
Apek naik basikal. Basikal 3 thn ke atas:)
Basikal baru c Tumpis
Masa harijadi Pa'e baru-baru ini, Babah dia secara senyap-senyap pegi belikan basikal buat dia. Babah bawa Pa'e sekali ke kedai basikal dan suruh anak bujang dia tu pilih sendiri. Erm! kan dah kata depa geng!. Masa tu Ibu kerja, balik rumah je basikal baru dah ada depan mata. Ibu tak boleh nak kata apa, sebab dah beli. So, Ibu diam-diam je lah. Haha. Biar lah janji hati c anak gembira. Lagi pun setahun sekali baru dapat belikan dia hadiah yang agak mahal sedikit sebagai kenangan di setiap harijadi nya:)
WasSaLam^_^