Tuesday, 30 April 2013

:CARA MENGATASI TANTRUM ANAK:

AssaLamualaikum
TANTRUM? First time dengar dan baca ni tau (lemah nya ilmu keibubapaan ku). JOM belajar!
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Sumber : FB
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

*Kenali Apa Itu Tantrum?

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak. 

*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

Moga bermanfaat untuk kita menangani tantrum yang mungkin terjadi pada anak-anak kita. Banyak yang aku pelajari daripada artikel ini. Sharing is caring.

*Sorry kawan-kawan, semalam dan hari ini amat busy. Ada majlis makan malam Hospital LD hari ini.
Terima kasih pada semua yang berkunjung:)
WasSaLam^_^

Monday, 29 April 2013

:: Faedah Bila Memeluk Isteri ::

AssaLamualaikum
Besarnya kebaikan bila suami memeluk isteri. Kena buat selalu ni. Haha. Ops! untuk pasangan suami isteri sahaja tau. Yang halal!  bagi adik-adik yang belum berkhawin tu tunggu lah saat bergelar suami isteri nanti ya. Hehe!

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Abg Pa'e sekarang dah pandai cemburu bila Babah dekat-dekat dengan ibu. Siap cakap "babah jangan dekat-dekat dengan Ibu abg Pa'e"... Haha. Sabar lah! Kesimpulan nya tak boleh nak romantik-romantik bila depan anak. Haha. 
WasSaLam^_^

Sunday, 28 April 2013

::Lawak di Hari Minggu...

AssaLamualaikum
Saja buat lawak di hujung minggu. Tergelak juga tengok picture ni di FB.
Babah Pa'e ada FB. Tapi password semua aku tahu, yang create pun aku. Haha. Babah minta buat FB, tapi buka nya  jarang. Kalau buka pun masa ada aku. Sebab banyak benda yang dia tak tahu. Suruh dia belajar FB, tak mahu pula. Bukan apa, sekadar menjejak sahabat-sahabat lama nya. Peringatan buat diri ku jua, di harap situasi ini tidak terjadi pada kita semua. Sekadar gurauan semata-mata:)
WasSaLam^_^

:: Rezeki Nuffnang ::

AssaLamualaikum
Alhamdulillah. Ada juga rezeki dari Mr/Mrs Nuffnang. Syukur! tak pernah mengharap sebenarnya. Tapi Nuffnang dah nak bagi, terima sahaja. Rezeki jangan ditolak. Haha. Walaupun tak banyak, tetap bersyukur dan menginspirasikan.
Cuma yang hairan, tak pernah pula perasan yang iklan Women tu menari-nari di blog picisan ni. Tup-tup sudah kredited. Erm! apa pun, Alhamdulillah! TQ Nuffnang, TQ kawan-kawan yang tak bosan-bosan berkunjung ke sini dan sudi klik-klik iklan yang menari tu :)
WassaLam^_^

Saturday, 27 April 2013

:: Sabtu @ Opis again....

AssaLamualaikum
Uwaaaa... Hari ini bekerja lagi walaupun sepatut nya bercuti-cuti dengan Hero Malaya di rumah. Apa boleh buat, tuntutan tugas. Erm! ada kerja yang menanti dan perlu disiapkan. Sambil-sambil tu layan Video Gwiyomi oleh Bobo dulu. Haha. Lawak lah dia ni.
Makin popular Bobo ni. Peminat pun makin ramai. Mana tahu boleh jadi PSY Malaysia. Haha! Bukan apa, bila tengok video-video parody nya memang menghiburkan. Bolehlah hilangkan boring. Happy Weekend guys!
WaSsaLam^_^

Friday, 26 April 2013

:: Do & Don't ::

AssaLamualaikum
Tips untuk kita bersama. Jom sama-sama kita amalkan. 
picture : FB
Semoga bermanfaat. Sentiasa belajar untuk menjadi Ibu terbaik. Sentiasa muhasabah diri tentang betapa beratnya tanggung jawap kita sebagai ibu bapa. Betapa besar tanggung jawap membesarkan anak-anak di zaman millenium ini. Ya Allah! bantulah kami. Amin! 
WasSaLam^_^

Thursday, 25 April 2013

:: TQ Cik Nor ::

AssaLamualaikum
Hadiah yang dinanti sudah sampai di Bumi Sabah ini. Alhamdulillah! Rezeki jangan ditolak. Dapat hadiah sebab Menang GA by Mak Dara hari tu. Hadiah pula tajaan CIK NOR yang baik hati. Dan taraaa.. kamek menang sehelai Shawl yang cantik. 
Terima kasih Cik Nor. Diharapkan persahabatan alam maya ini berkekalan. Sesiapa yang nak berkenalan dengan CIK NOR, boleh lah terjah blog beliau. Orang nya pun peramah, entry sempoi dan senang bila membacanya :)
WasSaLam^_^

::Follower ke 500 - Terima Kasih Semua..

AssaLamualaikum
Terima kasih kepada semua teman-teman blogger yang selalu sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini. Sesungguhnya kehadiran kalian dalam persahabatan alam maya ini amat bermakna. Dah menjadi sebahagian dari hari-hari ku (fuh! ayat..haha). Dan alhamdulillah! Jumlah follower dah genap 500 pada hari ini. Korang pembakar semangat untuk terus menulis di blog picisan ini. Walaupun sekadar tulisan yang ntah apa-apa. 
Follower ke-500 itu adalah CIK ROSE Cute
Terima kasih Cik Rose sebab sudi follow sini. 
Moga ukhuwah yang terjalin diantara kita semua berkekalan sampai bila-bila. Teringat zaman mula-mula berblog dulu lepas tulis mesti baca sendiri. Menulis sekadar suka-suka. Nak meluahkan sesuatu by verbal tu memang amat susah bagiku. Lebih suka menulis. Menulis suka hati tapi tiada maksud nak menyinggung sesiapa. Hanya sekadar berkongsi perjalanan kehidupan keluarga kecil ku dan menambah ilmu dari blog kawan-kawan lain juga. Terima Kasih! Betul bah! Sayang korang semua. Ikhlas dari Bumi Sabah :)
WasSaLam^_^

Wednesday, 24 April 2013

: Master Chef Selebrity-2 :

AssaLamualaikum
Master Chef Selebriti musim ke-2 sudah bermula. Memang suka tengok artis-artis kita ni memasak. Macam-macam gaya mereka di dapur. Ada yang melucukan, ada juga yang nampak sudah pro di dapur. Kena dengan artis lelaki yang lawak seperti Yasin, Radhi OAG dan Sathiya dapur menjadi kelam kabut juga. Memang lawak gaya mereka. Aku memang tengok Master Chef ni, dari musim pertama lagi memang jarang tinggal. Suka tengok rancangan masak-masak ni walaupun diri sendiri memang tak terer langsung di dapur. Proses belajar lagi. Haha.
picture: FB
Rancangan ni bersiaran setiap Sabtu-Selasa jam 9-10pm di Astro Ria 104. Episod pertama baru-baru ni pelawak Yasin dah terkeluar. Erm! dah nasib, belum sempat tunjuk skill di dapur dah terkeluar. Bukan rezeki dia. Kita nanti kan, agak-agak siapa yang bakal bergelar juara Master Chef Selebriti musim ke-2 ni dan menyumbang kepada badan kebajikan yang mereka wakili. Musim Pertama Dato Dr Fazley Yaakob dah bergelar juara. Korang suka siapa dalam MCC musim ke-2 ni? 
WasSaLam^_^

Tuesday, 23 April 2013

:: Budak 'Ais Tolim'...

AssaLamualaikum
Budak-budak semua suka ais krim. Sama dengan bujang nan sorang tu. Kalau boleh hari-hari nak minta beli ais krim. Nasib baik dekat rumah tu ada juga kedai runcit jual ais krim. Kalau tidak jenuh nak ke bandar cari ais krim. Tak kira lah perasa apa, janji ais krim! Huhu. Ambil masa 15 minit juga dari rumah nak ke bandar Lahad Datu. Selalu nya bila shopping barang dapur memang beli stok ais krim siap-siap. Cuma bila kehabisan ni yang jadi situasi pujuk memujuk.
Dok menikmati ais krim dgn mata besar..haha:p
Nah! utk korang.. ais krim khayalan.. haha!
Bila ais krim ada kat tangan dia, jangan harap lah nak minta. Memang dia tak bagi selagi tak puas makan. (agak kedekut di situ, ntah ikut siapa.haha). Kekadang tak bagi juga dia makan,bukan apa takut terbiasa hari-hari plak nak makan ais krim. Tapi bila dah tak tertahan dengan pujuk rayu tu akhir nya ke kedai juga jawap nya. Haha. Memang akan adalah tu ayat-ayat pujukan " Abg Pa'e mo makan ais tolim bah Ibu". Erm! cair juga lah hati bila dengar ayat tu :)
WasSaLam^_^

:: Hasil Edit Perfect 365...

AssaLamualaikum
Ini semua hasil kerja kawan-kawan sepejabat. Kalau dilihat rupa sebenar bukan lah sebegini ya. Haha.Dah bagitau siap-siap dengan kengkawan. Indah khabar dari rupa. Ini semua lakonan semata. Baju tudung semua punya sendiri tau, wajah sahaja hasil editan (betul kah ayat ni?) Sesekali membiarkan wajah di edit. Kalau di alam realiti, entah bila lah nak bersolek macam ni. Selalunya asas sahaja bila bersolek. Kihkih!
Apa yang paling melucukan Pa'e tak kenal dengan ibu dia. Siap tanya " siapa tu Ibu"?..haha! Bila tunjuk kat babah, dia siap gelak-gelak. Tau lah muka tak cantik macam dalam gambar tu. Takpe lah, biar muka tak cantik janji hati baik kan? kan?.. haha. Teknologi makin canggih, macam-macam boleh edit. Kalau tak silap kawan edit menggunakan software Perfect 365. Korang pernah cuba? :)
WasSaLam^_^

Monday, 22 April 2013

:: Dialog Ibu & Pa'e part 8 ::

AssaLamulaikum
Muhammad Irshad a.k.a Pa'e makin banyak cakap sekarang. Makin faham dengan setiap perkatan. Makin aktif pun ia, sampai selalu tak terlayan. Bila tak terlayan pandai lah pula merajuk. Haha..
Masa tengah santai-santai tengok TV (selalu nya berdua sahaja dengan Pa'e), dia ternampak lutut aku yang luka/calar sebab terhantuk dinding :

Pa'e : Kenapa lutut Ibu ni? (sambil belek-belek tengok)
Ibu   : Luka, kena dinding tadi..
Pa'e : Nanti Ibu masuk hospital, siapa mau jaga abg Pa'e? (Sedih dah, siap nangis..haha)
Ibu  : Tidak lah, mana ada Ibu mo masuk hospital. Kalau Ibu masuk hospital pun, Pa'e tinggal lah sama   Babah.
Pa'e : Abg Pa'e ndak mau tinggal sama babah, mau tinggal sama Ibu.
(satu hal pula dah, kena pujuk sampai diam..uwaaa)

Pa'e dah faham situasi yang selalu berlaku di rumah kami. Babah cakap 'dah cerdik'. 
Dia lah penghibur & penawar dikala duka.
WasSaLam^_^

Sunday, 21 April 2013

:Keyword Pilihan #3:

AssaLamualaikum
Seminggu sekali tengok Nuffnang. Hah! ni lah keyword untuk semalam. Ada juga yang menarik hati dan lucu. Dalam satu hari ada je yang depa search. Harap-harap adalah ilmu bermanfaat yang di perolehi dari blog tak seberapa ini. Sharing is caring.
Sampaikan kisah pergaduhan pun nak search di blog aku. Haha. Kalau ikut memang pernah buat kisah kami jalan-jalan di Darvel Bay tapi takde lah sampai kisah pergaduhan. Seronok juga bila tengok apa yang dorang search ni kan?
WasSaLam^_^

Saturday, 20 April 2013

:: Romantiknya tempat..

AssaLamualaikum
Happy weekend guys! dok termimpi-mimpi bila lah agak nya dapat ke tempat seperti ini. Alangkah indah nya dunia. Haha (besarnya angan-angan).
Picture : FB
Mau tak tidur malam kalau dapat bercuti ke sini. Melihat laut yang terbentang luas hingga ke pagi. Tapi kan aku sebenar nya aku pun tak tahu di mana lokasi sebenar tempat ni. Haha! jangan marah tau. Rasa-rasanya di Thailand kot. Agak nya lah. Korang buat apa hari ini? Ada yang cuti-cuti Malaysia? :)
WasSaLam^_^ 

Friday, 19 April 2013

Thursday, 18 April 2013

:Lunch @ Soup House - LD:

AssaLamualaikum
Cerita lunch semalam. Kami keluar berempat jalan-jalan cari makan tengah hari. Dah pening nak decide makan di mana. Akhirnya kami singgah makan di Restoran Soup House, Bandar Sri Perdana.
1. Cendol RM3.50. Nasi Goreng Johor Style RM6.50 3. Mee Goreng Mamak RM7
Suka minum cendol. Nasi goreng tu pedas. Penuh dengan cili cincang. Pedas tapi nyum! Selain menyediakan makanan, restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis bun. Semuanya buatan sendiri. Memang sedap. Selain Khadijah Ikan Bakar, akhir-akhir ni selalu juga kami ke sini. Memenuhi selera Babah Pa'e dan budak tumpis yang suka minta "loti":)

*Hari ini puasa Khamis, so tiada lunch..hehe.
WasSaLam^_^

:: Umur Nabi-Nabi Kita ::

AssaLamualaikum
Tahukah kita umur nabi-nabi kita? selalu dok teringat umur Rasulullah S.A.W je. Umur nabi-nabi yang lain pandai pula tak ingat. Kecil-kecil dulu rajin juga baca kisah nabi-nabi. Siap ikut pertandingan bercerita tentang nabi. Indah nya zaman sekolah rendah dahulu. 
Sumber :FB
Kalau ajarkan pada anak-anak kita pun OK ni. Selalu nya budak-budak suka cerita tentang nabi-nabi kita. Sambil-sambil tu boleh kita set kan diminda kita juga. Sama-sama belajar.
WasSaLam^_^

Wednesday, 17 April 2013

:: Main KUTU ::

AssaLamualaikum
Mesti biasa dengar tentang main kutu ni kan? kami satu pejabat dulu pernah main kutu. Kutu DUIT. Ramai lah yang join. Lepas habis satu pusingan kami stop. Lama juga. Bulan ni terasa nak main semula. Semua sibuk nak cari duit untuk persediaan raya nanti. Hehe.
Picture: Google
Tapi ada pula terbaca hukum Main Kutu ni. Ada sesiapa boleh terang kan dengan lebih jelas tentang hukum main kutu ni. Pandangan anda amat dihargai:)
WasSaLam^_^

Tuesday, 16 April 2013

:: TQ Mama3 Hero ::

AssaLamualaikum
Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba dipangkuan. Hehe. Hadiah FM dari Mama3 Hero kerana menjadi pengomen tegar di blog beliau. Terima kasih ya. Moga persahabatan alam maya ini berkekalan.
Baru plak tahu, Mama 3Hero ni berasal dari Melaka. Tapi betul kah? (sebab FM yang diberi, FM Melaka) Sekampung dengan Babah Pa'e lah ni. Raya ni kami balik Melaka, ada rezeki boleh jumpa:)
Sesiapa yang nak berkenalan dengan Mama 3Hero bolehlah terjah blog beliau di SINI.
WasSaLam^_^

:: Wajah-wajah Blur c Tumpis::

AssaLamualaikum
Dah lama tak cerita tentang budak bertuah seorang ini. Makin aktif sekarang. Makin banyak cakap nya, sesuai dengan gelaran 'tumpis' tu. Kadang-kadang pening melayan. Dah pandai juga tengok TV, gelak sorang-sorang bila ada yang melucukan hati nya. Kami yang terkejut bila dengar dia gelak besar. Haha!
Picture di dalam kereta sepanjang perjalanan balik ke Tawau.
Muka pun sudah chubby sikit. Tak macam dulu, nampak keding & tinggi sahaja. Alhamdulillah sejak makan Vitamin Appeton ni, nafsu makannya menjadi. Tak perlu paksa makan dah, dah pandai minta nasi atau bubur kalau lapar. Siap cakap "abg Pa'e lapar bah Ibu". Minum susu pun kuat. Senang sikit hati Ibu, tak lah tension setiap kali nak bagi makan. Berat pun boleh tahan, dah tak larat kalau dia minta dukung:)
WasSaLam

Monday, 15 April 2013

::OTW Lahad Datu - Tawau::

AssaLamualaikum
Dulu pernah kongsikan dengan kawan-kawan tentang pemandangan perjalanan balik dari Tawau ke Lahad Datu di awal pagi hari. Hari ni nak kongsikan pula gambar-gambar pemandangan dari Lahad Datu ke Tawau yang sempat di snap masa balik kampung hari tu. Kami balik pada waktu petang minggu lepas. Alhamdulillah selamat sampai walau perjalanan kami di selangi hujan.
Melepasi kawasan Silam, LD
Nak fokus trak askar tu, tapi blur plak:)
Kawasan Tingkayu
Kawasan Madai
SMK Madai, Kunak
Bandar Sri Indah Tawau, Batu 10
SMK Kinabutan, di Batu 5 Tawau. Sekolah ku ting 1-5.

Sepanjang perjalanan balik ke Tawau, aku jarang tidur. Suka menikmati pemandangan sedia ada disamping menemani en Yusof drive. Jalan memang sedikit bengkang-bengkok dan kekadang lori pun banyak, itu yang kena lebih berhati-hati. Sebab hanya ini lah satu-satunya jalan utama menghubungkan daerah Tawau ke Kunak, Lahad Datu, Sandakan seterus nya ke Kota Kinabalu.
WasSaLam^_^ 

Sunday, 14 April 2013

:Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com:

AssaLamualaikum
Sekali lagi join GA. Hadiah minyak wangi tu yang buat tertarik nak join. Bukan senang nak dapat minyak wangi free kan? hehe. Mana tahu rezeki. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Ibu Pa'e siapa yang tahu. Haha (amboi). 
Sesiapa nak join klik SINI.
Hadiah : 5 minyak wangi menanti anda! (harap-harap seorang tu adalah aku)kihkih.
Sempat lagi nak join. Tarikh akhir penyertaan 14/04/2013. Good Luck buat semua yang join ya! Ada rezeki boleh lah berwangi-wangian:)
WasSaLam^_^

Saturday, 13 April 2013

::Keyword Pilihan #2 ::

AssaLamualaikum
Seminggu sekali rajin juga tengok keywords di Nuffnang. Setiap hari adalah juga yang merujuk blog picisan ini. Walau pun kekadang keyword-keyword tersebut adalah pelik bagi ku. Tak kisahlah kan labu.. haha. Janji kita sama-sama happy :)
Ulasan: 
1. P A menjaga anak lelaki tu pelik sikit.
2. Beza antara snack plate & dinner plate - lucu plak! 
3. Moga bahagia hingga ke Jannah - ayat yang selalu aku gunakan kot.

Seronok juga bila sesekali kita check keywords di Nuffnang ni. Ada-ada sahaja perkataan pelik yang kita temui. Kekadang memang melucukan. Terima kasih banyak kepada kawan-kawan yang selalu sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ini. Mohon maaf bila sesekali aku tak dapat berkunjung balas ke blog kalian. Rutin harian amat membataskan waktu untuk sentiasa BW. Apa pun you all memang terbaik. Sayang selalu dari Bumi Sabah :)
WasSaLam^_^

Friday, 12 April 2013

Thursday, 11 April 2013

::8 Cara elak MAKAN Berlebihan::

AssaLamualaikum
Lagi tips kesihatan. Kekadang kita ni kalau makan tak dapat nak control. Kalau sedap lagilah kan. Haha. Selalu kata, makan dulu nanti baru fikir kesan baik buruk nya. So, lepas ni boleh amalkan tips-tips dibawah untuk mengelak daripada makan berlebihan:
Sumber : FB
Sharing is caring. Kalau tak dapat ikut semua pun, boleh jadikan panduan untuk kita sama-sama beringat. Makan untuk hidup. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang:)
WasSaLam^_^



Wednesday, 10 April 2013

Tuesday, 9 April 2013

:: Tengah Berfikir..OK! ::

AssaLamualaikum.
Erm! nak habaq ni..aku tengah berfikir OK.. bukan tertidur. Haha! Gelak-gelak sorang tengok picture ni. Comel. Biasa terjadi dikala petang di pejabat atau pun masa meeting. Boleh? :)
Picture: FB
Ada tak yang macam ini di office masing-masing? bila terkantoi dengan bos pandai-pandailah cover ya. Haha. Buat-buat lah busy menghadap segala macam paper. hihihi:D
WasSaLam^_^

:: Pa'e & Bola Lampu Ajaib ::

AssaLamualaikum
Masa jalan-jalan cari pasal last week (lama dah punya cerita) budak tumpis Pa'e minta belikan bola-bola berwarna ni hah! Bila dah beli, lupa semua. Sampai makan pun tak mahu. Asyik membelek bola tu. Bola putih bersih harga RM 3.90. Beli di Servay Hypermarket LD. Erm! suka sangat dia. Pantang kita pegang, siap cakap " jangan ambil bola abg Pa'e tu". Haha!.
Teka siapa saya? :)
Tenung jangan tak tenung nak oi:)
Hah! siap posing! 
Tapi kan masa babah beli, tak tengok betul-betul kartun dalam bola air tu. Adakah patut beli yang ada gambar Hello Kitty. Haha! kan lebih sesuai untuk budak perempuan. Masa 2 hero ni dok beli bola ni aku pula sibuk beli barang dapur. Tak dapatlah jadi penasihat. Hehe. Sabar jak lah! Jangan tak tahu, si budak tumpis siap tidur bawa bola ni sekali letak tepi bantal busyuk dia. Adui! anak ku:)
WasSaLam^_^

Monday, 8 April 2013

:: You are what You EAT ::

AssaLamualaikum
Makanan yang kita makan akan melambangkan diri kita. Betul kah tu? Mungkin kalau dari segi kesihatan  iya kot sebab daripada apa yang kita makan akan menjadikan tubuh kita sihat atau tidak. Makan sihat makan akan sihat lah tubuh badan kita. Makan dengan cara tak sihat, tubuh kita akan menerima impak negatif. 
Sumber : FB
Oleh kerana itu, makan lah secara sihat agar tubuh badan kita menerima impak positif nya. Tubuh akan sihat dan InsyaAllah umur panjang dengan izin Allah S.W.T. 
WasSaLam^_^

Sunday, 7 April 2013

:: Keyword Pilihan #1 ::

AssaLamualaikum
Sejak akhir-akhir ini, rajin juga tengok keyword di Nuffnang. Nak lah juga tengok ada ke tak orang dapat ilmu dari blog picisan ini.
Ulasan:
Semua pernah post kot kecuali 'e djari'- apa ntah ni! 
Ulasan:
Keyword 'Kisah pesakit Kanser bertemu jodoh' tu pelik sikit.
Makan-makan di Makassar? rasanya pernah post tentang "Coto Makassar".

Ada juga rupanya orang timba ilmu dari blog picisanku ini. Terima kasih pada kawan-kawan yang rajin melawat ke sini. Sama-sama kita bina persahabatan alam maya ini.

*Kami balik ke Tawau hari ini. Doakan perjalanan kami selamat. InsyaAllah nanti baru balas BW kawan-kawan ya:)
WasSaLam^_^

Saturday, 6 April 2013

:: Sabtu @ Opis ::

AssaLamualaikum
Hari ini kami di opis. Aku mengangkut budak tumpis sekali ke opis ku. Maklum pengasuh dia cuti juga hari ini. Jam 2pm - 11pm aku berada di opis. Stand by on call, bila sistem eHIS (sistem dihospital) di down kan. Bersedia dengan panggilan-panggilan user yang mengadu pelbagai masalah. Kadang-kadang masalah yang tak masuk akal. Tapi terima je lah, sebab berpegang pada piagam pelanggan. Hehe.
Kesayanganku tertidur dengan nyenyak di Surau opis.
Pa'e memang suka datang opis Ibu. Sebab semua abang-abang dan pakcik-pakcik di opis suka melayan karenah dia. Berkejar kesana kemari. Bukan reti duk diam. Tengah buat kerja, masa itu jugalah dia sibuk nak suruh buka Upin Ipin lah, nak tengok kakak-kakak mengaji lah. Pening kepala Ibu. Haha.
WasSaLam^_^