30 Jun 2013

::Menghadiri kenduri khawin..

AssaLamualaikum
Aktiviti last week sebenarnya, menghadiri kenduri khawin salah seorang staff hospital. Majlis bermula dari jam 9am-11pm. Panjang kan masanya? Disini memang majlis khawin akan dibuat pada sebelah siang dan juga malam. So, kalau tak dapt pergi sebelah siang, boleh pergi sebelah malam. Lagipun sebelah malam memang lebih meriah. Kami pergi sebelah siang sebab lagi sesuai bila bawa anak kecil, tak lah bersesak-sesak denga jemputan yang lain. 
Pengantin Baru- Nisah & suami. Sorry ya dek Kak pinjam pic khawin mu:)



Majlis memang meriah. Pelamin pun cantik. Pengantin sama cantik sama padan. Buat kedua mempelai, Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia hingga ke syurga. Amin! WasSaLam^_^


29 Jun 2013

28 Jun 2013

::Hari yang Memenatkan...

AssaLamualaikum
Dua hari kebelakangan yang amat memenatkan. Sangat letih. Rabu malam ada BBQ outdoor bersama rakan-rakan opis. Khamis pagi hingga petang terlibat dengan gerai sempena Sambutan Nurse Day 2013.  Balik rumah dah memang penat, tidur awal. Itu yang blog pun sunyi sepi. Hehe.
Korang apa khabar hari ni?
SaLam Jumaat..
WasSaLam^_^

26 Jun 2013

25 Jun 2013

::Lawak Petang 7...

AssaLamualaikum
Teringat zaman-zaman sekolah dahulu. Rajin sangat pergi Perpustakaan. 
Pergi sendiri atau dengan kawan-kawan. Kalau pergi masa cuaca panas memang best, sebab lepas tu dapat merasa sejuk hasil dari aircond library. Tapi takdelah pergi perpustakaan semata-mata nak tido dalam aircond. Tidur lah dirumah & bilik masing-masing ya. Haha!
picture :FB
Jangan pergi library sebab niat lain tau. Contohnya TIDUR! Haha..
WasSaLam^_^

::Tumpis Belajar buat 'Peace'...

AssaLamualaikum
Pa'e tak pandai buat peace tau. Bila dia belajar buat peace sampai terjuling-juling plak aku tengok. Apa yang pasti mata tu tetap besar. Haha! Tengok lah gayanya ni:)
Penghibur hati dikala stress. Setakat pemerhatian hingga kini, banyak mewarisi perangai Babahnya. Tapi bila perangai manja dia datang, pening den nak layan. Hihi.
WasSaLam^_^  

24 Jun 2013

::Jagung Rebus Vs Jagung Mayonis...

AssaLamualaikum
Aktiviti makan semalam. Dah lama teringin nak makan jagung, jadinya semalam babah belikan jagung kat budak-budak yang lalu depan rumah. 6 biji kot RM 5. Murah tak? 
So, pagi-pagi dah rebus jagung. Aku plak buat Jagung Mayonis sebab dah memang 'hantu jagung mayonis' plak sekarang. Kalau boleh hari-hari nak makan. 
Samalah dengan budak tumpis tu. Haha!
Puas hati dapat makan. Hehe. Musim jagung sekarang ni kan? (eh! jagung ada musim ker? haha.)
WasSaLam^_^

22 Jun 2013

::Tiada yang lebih penting selain......

AssaLamualaikum
Hari ini dirumah sahaja. Spend time with si tumpis Pa'e. Kesian dia, dah berapa kali Sabtu Ibu asyik kerja. Tuntutan tugas. Kekadang rasa bersalah wujud dalam diri bila kurang masa dengan dia. Takut dia rasa terabai. Rasa kurang kasih sayang. Macam-macam juga difikiran. Harap-harapnya tidak lah ya.
picture:FB
Harapanku hanya satu moga dia faham. Ibu harapkan yang terbaik buat anak Ibu. Walaupun Ibu sentiasa sibuk bekerja, tapi ingatan Ibu tak pernah lari dari memikirkan anak Ibu. Ibu sayang anak Ibu! (eh! tetiba mood touching..huhu). Happy Weekend you all! :)
WasSALam^_^

21 Jun 2013

::Neng Neng Nong Neng- Ahmad Dhani...

AssaLamualaikum
Mood mendengar lagu. Maklum esok lusa weekend. La..la..la..
Tertarik dengan tajuk lagu ni. Pelik tapi benar! Haha..
Lagu lama kot! tapi adik-adik di opis ni baru memperkenalkan lagu ni pada kami. Jadinya satu opis dah suka. Hihi. Korang layan lah ya! :)
WasSaLam^_^

20 Jun 2013

::Dah Pandai buat Muncung..

AssaLamualaikum
Abg Pa'e dah pandai buat mulut muncung. Selalu tau dia buat. Kadang-kadang gelak bila tengok, cuma tak sempat nak snap gambar dia. Macam-macam gaya, ntah belajar dari siapa.Haha!
Dah pandai berjaga malam, kekadang pukul 11.00pm pun tak tidur lagi. Ibu ni kadang terlelap juga bila tunggu dia bermain. Tapi bila dah letih tu, pandai plak dia baring disebelah terus tidur. Pagi lewat bangun. Pengasuhnya cakap bila dia bangun, tengok Ibu dah pergi kerja mesti dia nangis dan cakap " nape Ibu pegi kerja, abg Pa'e tak salam tangan lagi"...haha! Kalau tunggu awak bangun, lewat lah ibu pegi keja nak! :)
WasSaLam^_^

::Jangan SOMBONG...

AssaLamualaikum
Janganlah kita menyombong hidup di dunia ini.
picture : FB
Kekadang pelik dengan perangai orang-orang yang sombong ni. Bangga sangat dengan status dan kedudukan. Bangga sangat bila diri lebih dari orang lain sedangkan hakikatnya kita semua sama di sisi Allah S.W.T. Hanya iman dan taqwa yang membezakan (tiada kena mengena dengan sahabat2 blogger, berdasarkan pemerhatian sekeliling). Moga kita semua tidak tergolong dalam kalangan orang-orang di atas. Amin! 
WasSaLam^_^

19 Jun 2013

::Jagung Mayonis...

AssaLamualaikum
Akhir-akhir ni selalu sangat makan jagung mayonis. Tiap kali keluar mesti beli 1 cup.
1 Cup RM3.
Sangat menyelerakan bila makan jagung ni. Pa'e pun suka tau. Bila keluar, mesti dia cakap "abg Pa'e nak beli jagung". Dah pandai budak tu request makan. Erm! layankan aja. 
Boleh juga ibunya tumpang makan sekaki. Hehe:)
WasSaLam^_^

18 Jun 2013

::Lawak Petang 6...

AssaLamualaikum
Haha! Memang ketawa bila tengok gambar ni. Agak-agak masak tak makanan ni?
Teringat zaman-zaman duk hostel di U dulu.. kalau dah teringin sangat nak merasa masakan sendiri, semuanya masak dalam rice cooker. Nasi, sayur & lauk pauk. 
Pastu makan beramai-ramai. Indahnya saat-saat itu.
picture :FB/Himpunan Lawak
Ada sesiapa nak cuba masak di atas seterika? Haha!
WasSaLam^_^

::Tangani Masalah Anak-Anak Suka Bergaduh...

AssaLamualaikum
Anak suka bergaduh? kekadang kita tak boleh nak duga kan. Budak tengah membesar, memanglah macam-macam gayanya. Tak terlepas juga budak tumpis Pa'e tu. Kadang pandai buat gaya ala-ala nak cari gaduh. Pandai menjeling, pandai tarik muka. Haha!

INFO (LIKE & SHARE)

Tangani Masalah Anak-Anak Suka Bergaduh

A. Mengapa mereka bergaduh? 

1. Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain. 

2. Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain. 

3. Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

4. Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.

B. Bagaimana anda menangani pergaduhan anak-anak? 

1. Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri. Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi. 

2. Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat. 

3. Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya 

4. Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian. 

5. Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.

6. Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan. 

7. Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.

8. Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh. 

9. Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak.
A. Mengapa mereka bergaduh? 

1. Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain. 
2. Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain.
3. Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.
4. Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.

B. Bagaimana anda menangani pergaduhan anak-anak? 

1. Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri. Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi. 

2. Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat. 

3. Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya 

4. Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian. 

5. Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.

6. Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan. 

7. Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.

8. Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh. 

9. Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak.

Sharing is caring. Mari sama-sama kita amalkan. Moga bermanfaat pada kita sebagai ibu bapa.
WasSaLam^_^

17 Jun 2013

::Kain KUMBU SARAWAK..TQ Niesa!

AssaLamualaikum
Terima hadiah dari bumi Sarawak. Dah memang rezeki, walaupun hadiah ni pada mulanya dipulangkan semula oleh Pos Malaysia ke bumi Sarawak, tapi akhirnya terbang semula menemuiku. Terima kasih sis NIESA yang comel & baik hati:)
Sebenarnya menang hadiah ni masa join GA anjuran Niesa dan Keyrah suatu ketika dulu. Dah tak ingat sebenarnya, tapi tiba-tiba dapat sms dari Niesa tentang bungkusan yang dipulangkan. Nasib baik ada simpan no hand phone kan? Hehe..
Apa pun TERIMA KASIH daun keladi ya! Moga ukhuwah berkekalan:)
WasSALam^_^

16 Jun 2013

::Keyword Pilihan #5...

AssaLamualaikum
Keyword pilihan minggu ini. Macam-macam yang dicari:)
Paling lucu "nama patung Ultraman". Haha! Ini mesti sebab suka sangat cerita budak tumpis tu dengan Ultramannya. Resepi ayam panggang Sabah pun selalu juga muncul di keyword. Tapi rasa nya tak pernah share tentang resepi nya, hanya cerita makan sayap ayam:).
WasSaLam^_^

15 Jun 2013

14 Jun 2013

:: Mari amalkan sebelum TIDUR...

AssaLamualaikum
Jom amalkan sebelum kita tidur bermula malam ini. Moga bermanfaat pada semua.
picture:FB
Dua tiga hari ini tidur ku nyenyak sekali. Penat sangat dengan pelbagai urusan pada siangnya. Tapi sebelum tidur aku mesti membaca dulu. Sebelum nak betul-betul terlelap tu mesti cium anak di sebelah. Pastu baru lelapkan mata:)
WasSaLam^_^

13 Jun 2013

::Kembali bersiaran....

AssaLamualaikum
Lama aku menghilang! ada yang perasan tak? haha.. (ko jangan nak perasan lah tie...)...
Sorry ya kawan-kawan aku menghilangkan diri tanpa jejak. Bukan dipinta, tapi ada sebab musababnya. Biasalah manusia, mana lepas dari pelbagai dugaan dan masalah. Itu tanda Allah ingat dan menyayangi kita kan? Apa yang diharapkan, setiap dugaan dan kesulitan akan menjadikan kita kuat dan tabah. InsyaAllah!
sumber: Google
*Rindu korang semua... ada masa aku balas jejak ya:)
WasSaLam^_^

8 Jun 2013

7 Jun 2013

:: Demi untuk sihat...

AssaLamualaikum
Ini lah yang ditelan demi untuk sihat. Aku ni kalau bab makan ubat memang rajin. Tak pernah skip kecuali betul-betul lupa. Ya lah, nak sihat cepat. Selalu terfikir kalau sakit teruk kang siapa nak jaga budak tumpis tu. Tak sanggup nak suruh orang lain jaga.
Sakit penghapus dosa-dosa kecil:)
Terima kasih pada semua yang mendoakan.
WasSaLam^_^

6 Jun 2013

:: Batuk..batuk...

AssaLamualaikum
Dugaan. Batuk dah seminggu lebih tak berhenti. Nasib baik batuk sahaja. Tak demam dan tak selsema. Hanya batuk. Ujian kecil dari-NYA kan? Petang ni kena pergi klinik, babah hantar nanti. Walau kerja di hospital tapi lebih suka pergi klinik swasta. Haha! bukan sombong, tapi dah biasa macam tu. :)
sumber : Google
Musim cuaca panas senang betul penyakit nak hinggap. Pa'e pun batuk sebelum ni, Alhamdulillah dia dah Ok makan ubat dari klinik. Tinggal ibunya ni, harap balik dari klinik nanti Ok lah. Doakan ya! 
WasSaLam^_^

5 Jun 2013

::Wajah si Bujang...

AssaLamualaikum
Hari untuk bercerita tentang si tumpis. Layan kan je gambar-gambar terbarunya:
Situasi : Aku tengah baca buku, tiba-tiba dia datang.. "Ibu, tengok pistol abg Pa'e.. 
sambil tunjuk pistol dipinggang tu. Haha! Dah bertambah koleksi pistol mainannya.
Situasi : Dikedai makan baru-baru ni. Boring lah tu. 
Gaya terbarunya, suka sangat gigit kuku (ikut gaya Babahnya).
Monolog Hati: Bila agaknya nak bagi adik buat putera ku ini. 
Sudah berusaha, cuma Allah belum perkenankan doa kami..sedikit down:(
WasSaLam^_^

4 Jun 2013

3 Jun 2013

::ST12 - Putih-Putih Melati...

AssaLamualaikum
Isnin yang suram. Mood masih cuti. Haha! Monday Blues. Adik-adik di opis ni, rajin layan lagu-lagu. Antaranya lagu ini yang membuat kami tersenyum. Lagu ST12-Putih-Putih Melati. Layan lagu ala-ala budak remaja. Haha!

Selamat tengah hari you all. Makan apa lunch ni?? 
Lagu ini untuk you all semua. Layan jiwa remaja OK.. haha! :)
WasSaLam^_^

::RE- Publish: Kesayangan Kami...

AssaLamuaLaikum....
Entry yang pernah dipublish sebelum ini pada 06/05/2011. Beberapa keping gambar Pa'e yang sempat di edit. Zaman-zaman baru belajar berblog. Dulu suka sangat edit gambar budak tumpis ni. Tapi sekarang masa dah kurang. Setakat snap gambar, transfer dalam lappy boleh lah. Suka sebenarnya bila melihat gambar-gambar anak sendiri ni kan? sejuk rasa hati. Damai rasa jiwa. Penghilang stress. 
Antara koleksi gambar yang menjadi kegemaranku. Terutama gambar dia tersenyum lebar tu. Lain benar rupanya masa tu. Rambut pun panjang je, rambut jatuh guna shampoo Anakku. Haha! Makin besar muka makin berubah. Alhamdulillah! Sekarang dah berumur 3 tahun 3 bulan. Semoga membesar menjadi anak yang soleh ya sayang..
WaSSaLam ^_^

2 Jun 2013

::Uniknya Jalan - Extra berhati-hati..

AssaLamualaikum
Pernah lalu tak di jalan yang terlalu bengkang-bengkok? kekadang bila jalan terlalu banyak selekoh memang menakutkan. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku kan? Itu yang kena lebih berhati-hati. Contoh macam jalan di bawah :
picture:FB
Di Sabah pula, ada satu jalan juga yang digelar 'jalan ular'. Jalan Sapi Nangoh. Jalan ini boleh digunakan untuk ke Kota Kinabalu. Tapi dengar cerita memang kurang lah yang melalui jalan ni sebab terlalu berliku-liku. Kami pernah melalui jalan ini masa hendak ke Kota Marudu suatu ketika dulu. Itu lah pertama dan terakhir kami melalui jalan itu. Babah tak berani, apatah lagi kalau dia sorang je yang drive (maklum isteri  jadi penumpang shj, tak pandai drive.haha!).
Jalan Sapi Nangoh
credit picture : SINI
Jalan nya memang berliku-liku. Kena double berhati-hati. Tapi kat mana pun sebenarnya, kena lah pandu berhati-hati kan? Ingat orang tersayang :)
WasSaLam^_^

1 Jun 2013

::Beloved Bongsu....

AssaLamualaikum
Sempena cuti sekolah ni adik bongsu ku datang lah melawat kami. Jarang sebenarnya dia menjejakkan kaki di bumi Lahad Datu ni. Maklum masih bersekolah di tingkatan 6 atas. Datang ke LD pun memang masa cuti sekolah je lah. Bila rindu dengan anak buahnya yang tumpis tu hanya tag gambar dia di FB. Haha! senang. Tengok je gambar-gambar di FB.
Babah Pa'e memang dah ajar dia dari kecil panggil mak saudara dia Mak Cu, Mak Ngah, Pak Lang & Pak Su. Budak tu pun dah terbiasa panggil macam itu. Pa'e memang rapat dengan semua adik-adik. Maklum seorang ini je lah anak saudara mereka. Anak saudara yang mereka manjakan. Adik bongsu ni  pula memang paling rapat dengan aku. Teringat masa dia kecil dulu masa tu dia umur 5 tahun kot, aku dapat sambung belajar di Kedah, sampai demam-demam dia teringatkan aku. Demam rindu! Tak sedar masa berlalu, sekarang ni dia dah 18 tahun. Dear sister, you still our beloved bongsu until the end! love!
WasSaLam^_^