Wednesday, 31 July 2013

Tuesday, 30 July 2013

::Tips untuk Memilih Tembikai Manis...

AssaLamualaikum
Siapa suka makan tembikai? hehe! erm! Terbayang tembikai yang manis.
Jumpa tips ni untuk dikongsikan bersama. 
picture : FB
Budak Pa'e tu kalau tengok ada tembikai laju je dia nak makan. 
Tak sabar-sabar. Suka sangat dia makan, pastu mula lah nak kencing selalu. Hihi.
Sedapnya bila berbuka puasa dengan Jus Tembikai kan? :)
WasSaLam^_^

Monday, 29 July 2013

::Rambut Raya Pa'e 2013...

AssaLamualaikum
Semalam awal pagi lagi dah sampai Kedai Gunting Rambut. Mula-mula nak gunting rambut Ibu je. Saja tanya Pa'e, nak gunting rambut tak. Tetiba plak dia mau. Selalu liat sikit bila ajak gunting rambut di salon. Babah lah pandai pujuk. 
Siap kata nak naik kapal terbang kena gunting rambut baru. 
Termakan pujuk juga budak tu. Haha!
Muka serius. Haha! Ni pun dah macam-macam pujian bagi kat dia. Kata hensem lah, good boy lah. Sampai lah habis gunting. Hihi. Makan pujuk juga budak tumpis ni.
WasSaLam^_^

Saturday, 27 July 2013

Friday, 26 July 2013

::Kami Purple...

AssaLamualaikum
Kami purple hari ini. Tak berjanji tapi kebetulan. Selalu juga terjadikan? tetiba pakai warna baju sama dengan kawan-kawan opis. Kekadang sampai 3 @ 4 orang sekaligus. Hehe.
Tempek gambar sendiri. Buat kenangan bersama teman sepejabat:)

Apapun yang kita pakai janji niat untuk menutup aurat kan? 
InsyaAllah akan dipermudahkan. Perlahan-lahan mendidik diri ini. Amin! :)
You all pakai baju warna apa hari ini?
WasSaLam^_^

Thursday, 25 July 2013

::Kesan Gadget Ke atas anak-anak...

AssaLamualaikum
sumber :FB
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di Hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.
Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’.

Kesan-kesan lainnya;
1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka

* Erm! bila terbaca ni, naik risau lah jugak. Ye lah kan, budak-budak sekarang boleh dikatakan majoriti nya membesar dengan gadjet. Serba serbi dikelilingi gadjet. Harap-harapnya Pa'e takdelah sampai ketagih.
WasSaLam^_^ 

Wednesday, 24 July 2013

::Lagi Hadiah Dari ACIK....TQ!

AssaLamualaikum
Rezeki bulan Ramadhan. Sekali lagi dapat hadiah dari ACIK nun jauh dari Perak nun. TQ bebanyak Acik! Sayang Acik. Comel-comel belaka hadiahnya. Dapat hadiah ni sebab sekali lagi menjadi pengomen tegar. Sesiapa belum follow ACIK, jom lah terjah BLOG beliau:)
Terima kasih bebanyak pada teman-teman blogger yang sudi mengirimkan pelbagai hadiah dari Bumi Semenanjung sana. Kekadang kesian juga, susah payah korang pos. Takutnya tak sampai. Tapi alhamdulillah setakat ni memang sampai jua ketangan ku. Cuma sedikit lambat. Maklum kena merentasi Laut Cina Selatan gitu! hehe. Apapun sayang korang! :)
WasSaLam^_^

Tuesday, 23 July 2013

::Kebaikan KURMA & Cerita Pa'e....

AssaLamualaikum
Walaupun dah ramai sedia maklum akan kebaikan kurma ni, tetap juga nak share di blog ku ini. Sebagai rujukan buat diri sendiri nanti. Syukur juga sebab anak bujangku itu a.k.a Pa'e suka plak makan kurma tahun ini. Seingat aku tahun lepas, dia tak berapa suka nak makan kurma. 
picture: FB
Paling lucu masa aku bawa balik kurma ke rumah hari tu, Pa'e nampak terus dia cakap nak makan.. "abg Pa'e nak makan kurma Ibu, nanti dapat pahala". Mula-mula dengar aku nak gelak juga. Aku tanya "Pa'e tahu macam mana"? "alahh, Opah cakap macam tu" (rupanya dia dengar Opah Upin Ipin cakap mcm tu) haha! Pengaruh Upin Ipin betul lah :)
WasSaLam^_^

Monday, 22 July 2013

::Suka Suki Abg Pa'e...

AssaLamualaikum
Ya Allah! Lemau semacam hari ini. Lagi lambat bersiaran. Idea pun kejap ada, kejap tiada. Haha! Tak konsisten langsung. Sabor je lah.. Terima lah gambar abg Pa'e sebagai 'cover' bila empunya diri kekeringan idea. Haha! 
sibuk nak jadi bunny
kusyuk tengok kartun!
Sekarang suka sangat dia tidur lewat. Boleh tengok TV sorang-sorang. 
Ibu dah tertido dia masih layan kartun. Tapi dah pandai, bila nak tido dia akan matikan TV then terus tido peluk Ibu:)
WasSaLam^_^

Sunday, 21 July 2013

::Keyword Pilihan #6...

AssaLamualaikum
Dah lama tak sharing tentang keyword diblog tak seberapa ini. Ada juga yang buat rujukan disini, dah kira OK lah kan. Sepanjang minggu lalu inilah yang dicari:
"Resepi sayap ayam panggang Sabah" ni dah memang keyword popular disini. InsyaAllah akan aku tanyakan pada yang tahu tentang resepi ni. Sebab sebenarnya aku takde share resepi, just cerita makan sayap ayam. Mungkin ramai yang nak cuba kan? :)
Selamat berhujung minggu!
WasSaLam^_^

Saturday, 20 July 2013

:: IFTAR apa Hari ini??...

AssaLamualaikum
Happy weekend semua! Masak apa petang ni untuk juadah berbuka? 
Aku dok terbayang-bayang Tomyam untuk menu berbuka. Ditambah dengan ikan masin masak asam. Cukup lah untuk makan berdua. Masak pun simple-simple sahaja. Takut kalau masak banyak berlaku pembaziran. Tak mau lah kan. Weekend ni lah baru dapat merasa masakan sendiri untuk berbuka. Selalunya dok tunjuk di bazar Ramadhan sahaja bila hari bekerja. Kelam kabut balik kerja, memang tak sempat masak. Sekadar buat air bolehlah. Selalunya sampai di rumah dalam pukul 5.20pm. Kami di Lahad Datu ni berbuka pukul 6.25pm. Apa pun janji dapat berbuka bersama keluarga tersayang kan?
WasSaLam^_^

Friday, 19 July 2013

Thursday, 18 July 2013

::Sarapan Dipagi Ramadhan...

AssaLamualaikum
Hah! jangan terkejut plak! bukan aku yang tak puasa tau. Haha! tapi anak bujang sorang tu. Pa'e ni jenis yang kena tanya dulu nak sarapan ke tidak. Kalau main suruh sarapan je, memang liat sikit nak makan pagi. Penat kita nak pujuk. Tapi baru-baru ni dah pandai, pagi lagi dah minta sarapan. "Ibu, abg Pa'e nak makan biskut, minum dengan milo".
Aku kalau dengar request dia nak sarapan memang laju lah sedia apa yang patut, walaupun hanya biskut. Dah itu je yang dia minat nak makan. Kalau buat macam-macam pun bukan dia makan. Ada masa-masanya teringin. Last-last kita juga yang kena habiskan. So, layankan aja lah tekak anak bujang ni. Dah bersyukur sangat kalau dia minta makan. Kekadang tengah malam mintak nak makan bubur lah, bangun juga siapkan. Apapun moga Pa'e membesar dengan sihat. Ibu dah cukup bersyukur ! :)
WasSaLam^_^

Wednesday, 17 July 2013

Tuesday, 16 July 2013

::Oh Abg Pa'e...

AssaLamualaikum
Mempersembahkan abg Pa'e kami. hah! 
Nak sangat jadi abg, tu yang bahasakan diri pun 'Abg Pa'e'. 
Haha! marah dia kalau kita panggil Pa'e je tau.. 
siap bagi betul lagi,
  "abg Pa'e" lah Ibu
Babah dia lah suka sakat panggil 'adik Pa'e oh adik Pa'e'...haha! 
siap muncung lagi dia merajuk panggil macam tu.
Tengoklah gaya yang macam-macam ni. Kekadang rindu dengan dia bila tengah kerja.
Teringat segala keletahnya bila dirumah. 
Pertanyaannya yang tak pernah putus, bicaranya yang mencuit hati:)
WasSaLam^_^

::Hubungan Suami Isteri di Akhirat Kelak...

AssaLamualaikum
Syurga isteri ditapak kaki suami. 
Sebab itulah kalau boleh nak sehidup semati dengan suami hingga lah ditemukan semula diakhirat. 
Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. 
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki dikalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia. 

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. 
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga. 

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. 
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan dikahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga. 

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. 
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga. 

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. 
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini didunia sekiranya suaminya masuk syurga. 

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. 
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.'
Sumber : SINI    
WasSaLam^_^

Monday, 15 July 2013

::Jeritan Anak Syiria Dalam Menghadapi Ajal...

AssaLamualaikum
Ya Allah! Aku menangis tengok video ni. 
Tak dapat kubayangkan penderitaan anak-anak ini.
Tambahan dibulan Ramadhan yang mulia. 
Kejamnya mereka memperlakukan kanak-kanak sedemikian rupa. Apa dosa mereka?
Doakan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di Syiria. 
Doakan kehancuran kepada orang yang menzalimi mereka.
Bila kah penderitaan rakyat Syria ini akan berakhir. 
Wahai dunia! Bangkitlah demi saudara sesama Islam kita.
Ya Allah! Moga syurga menanti para syuhada kecil ini :(
WasSaLam^_^

Saturday, 13 July 2013

::Dialog Ibu dan Pa'e part 10...

AssaLamualaikum
Sebelum Ramadhan menjelang memang biasakan diri dengan berpuasa. Jadinya budak tumpis tu dah biasa dengan perkataan 'puasa'. Bila aku kata Ibu puasa, tak boleh makan dia pun dah set dimindanya. Pagi semalam sebelum pergi kerja kami berbual-bual.

Ibu : hari ni Puasa, Ibu tak boleh makan & minum
Pa'e : Abg Pa'e pun puasa..
Ibu   : Kalau puasa, abg Pa'e tak boleh minum susu tau..boleh ker?
Pa'e  : Mestilahhh... (suka sangat dia sebut ayat 'mestilah'...)
Ibu   : Haha..

Balik kerja semalam tengok dia tengah makan daging burger+mayonis. Siap ada susu kat tepi. Aku tanya dia..Pa'e tak puasa erk?? Pa'e jawab, puasalah Ibu...haha!
InsyaAllah perlahan-lahan akan aku terangkan tentang puasa. Buat masa ini masih terlalu kecil:)
WasSaLam^_^

Friday, 12 July 2013

::Renungan Jumaat 28...

AssaLamualaikum
Erm! mentang-mentang lah puasa, entry pun asyik lewat update. Lemah gemalai gitu. Haha! walhal segar-bugar juga di pagi hari. Apa pun salam Jumaat.
picture : FB
InsyaAllah kita cuba perbaiki diri semampu mungkin. Masih banyak kekuranganku yang perlu diperbaiki. Masih belajar tentang erti HIDUP.
WasSaLam^_^

Thursday, 11 July 2013

::Pa'e 3 Tahun 4Bulan...

AssaLamualaikum
Hari-hari lewat bersiaran. Itu mood malas sudah mari. Haha! 
Ntah, asyik tiada mood nak update.
Minta maaf pada kawan-kawan yang aku belum balas jejak ya. Nanti akan ku terjah jua.
Tengok lah gayanya itu. Dah terletik pun ia. 
Gambar kanan tu dok sibuk pakai ray ban babah sampai ikut ke fitting room:)
Apa pun puasa tak boleh malas-malas kan? hehe:)
Layankan aja gambar anak bujangku ini yang sudah berumur 3tahun 4bulan.
WasSaLam^_^

Wednesday, 10 July 2013

Tuesday, 9 July 2013

::Esok yang DiNanti- Check List Ramadhan...

 AssaLamualaikum
Alhamdulillah! Esok kita mula berpuasa. Semangat nak memulakannya. Harapanku moga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan. Moga dapat menjalankan ibadah ini sebaik mungkin. Moga amal ibadah dapat dipertingkatkan. Amin! 
Kredit : FB Wardina Safiyyah
Alhamdulillah kita ditemukan lagi dengan Ramadhan kali ini. TQ Allah!
WasSaLam^_^

Saturday, 6 July 2013

::Santai diRumah Mak...

AssaLamualaikum
Happy weekend you all. Moga hujung minggu ini dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga. Kami balik ke Tawau dari Jumaat siang lagi. Ambil cuti masa Jumaat, sambunglah Sabtu & Ahad ni di rumah mak. Kali ni balik dengan Pa'e & babah. Tak lah stress sangat bila kena naik bas. Hehe. Balik kali ni sekaligus mak buat kenduri tahlil doa selamat & tahlil sempena kedatangan Ramadhan. 
picture:google
Selamat berhujung minggu. Tak dapat nak BW buat masa ini. 
Hanya entry pendek dihujung minggu. Nanti ada masa aku balas jejak korang ya. :)

*Pa'e sibuk ajak babah pegi Taman Permainan, tu yang Ibu dapat update ni.Hihi..
WasSaLam^_^

Friday, 5 July 2013

Thursday, 4 July 2013

:: Ceritera Teh Pandan, Manggo Sago & Pau Ayam...

AssaLamualaikum
Hari-hari yang dipenuhi dengan aktiviti makan dan minum. Ada sahaja yang nak dicuba dan dimakan. Selalunya kami suka mencari tempat-tempat baru untuk makan bila keluar bersama Kuling & Pa'e. Tapi bila tekak rasa tak serasi memang akan balik semula ke tempat yang selalu kami pergi. Contoh macam di KHADIJAH IKAN BAKAR tu. Dah kerap sangat kesana tu.
1.Yang ada layer hijau tu Teh Pandan Special. Nyaman bila membasahi tekak.
2. Sebelah tu Manggo Sago. Jus mangga yang dicampur sagu.
Pau Ayam. Besar. Lembut & sedap!
Korang makan apa lunch tadi? Tadi kami beramai-ramai pekena sup tulang. Mabless makan ditengah hari buta. Macam manalah berat badan tak bertambah kalau asyik mengunyah jak. Haha! :)
WasSaLam

::Bila Tablet ditangan...

AssaLamualaikum
Keletah Pa'e bila main game di tablet. Tengoklah gayanya tu. Sampai tak mahu bagi orang lain pegang. Isk! kedekut juga anak Ibu ni. Haha!
Entah game apa yang dia main tu. Pandai je tekan-tekan. Ibu ni pun tak paham. Kawan tu dok tengok je lah. Takde peluang nak main game.
WasSaLam^_^

Wednesday, 3 July 2013

Tuesday, 2 July 2013

::Si Lampai & Si Chubby...

AssaLamualaikum
Cerita masa malam BBQ Opis kami. Al-kisah si tumpis Pa'e bila berjumpa kawan. Pa'e ni kalau jumpa geng, biasalah mana dia peduli dengan kami. Nak kata pandai bawa diri pun ia. Tapi yang tak tahan dah pandai plak tolak-tolak kawan dia. Ada kalanya kasar sikit aku tengok. Itu yang sedikit merisaukan. Belajar dengan siapa plak pandai tolak orang ni, kata Babahnya. (Harap tak berterusan lah hendaknya perangai tu).
semua gelak tengok gambar ni.. Ya Allah! tgk lah gaya anak ku itu! :)
Inilah si lampai Pa'e dan si chubby Azim. Hehe. Azim ni memang comel. Geram tengok dia. Badan pun bam-bam. Kawan Pa'e anak kepada pegawai IT kami. Depa ni kalau jumpa, mula-mula tu malu lah konon, pastu bila dah panas mulalah ke hulu kehilir berdua. Kadang-kadang lucu tengok gaya depa ni. Haha! Harapnya hingga ke besar lah berteman baik :)
WaSsaLam^_^

Monday, 1 July 2013

::BBQ Opis...

AssaLamualaikum
Sekali lagi opis kami buat makan-makan. Kali ni kami buat BBQ di luar pada 26/06/13. Tiada tema bagai. Just panggang-panggang bak kata kawan-kawan. Hehe. Semua terlibat dan telah diberi tugas masing-masing. Ada yang masak, ada yang buat air dan ada yang menyediakan transport untuk mengangkat segala barang-barang yang diperlukan.
Kiranya kami buat ni untuk perpisahan dengan office mate yang berbaju hijau diatas. 
EN SALIM akan bertukar kerja ke tempat lain. Lepas makan-makan, ada juga sesi karaoke. Yang lelaki je terlibat. Kami ni hanya duduk memerhati. Kang hujan turun plak kalau kami yang nyanyi. Haha. Tak lama lagi ramadhan menjelang, aktiviti begini pasti tiada lagi. Kalau ada pun, kena tunggu selepas raya lagi lah gamaknya. Akan dipenuhi dengan amal ibadah pula. InsyaAllah! Makan kenyang, penat tapi amat menyeronokkan.
WasSaLam^_^