Monday, 30 September 2013

::Random Picture Pa'e-1...

AssaLamualaikum
Banyak mengabadikan gambar-gambar budak tumpis ni sebagai kenangan untuk ku. 
Tambahan plak sekarang ni dah ada akaun Instagram (haha! kesian masih baru). 
Semangat gitu meng upload gambar-gambar bujang sorang tu.
Habis buku diconteng! ikutkan aja:)
peace kunun! mata dah ngantuk.
Latest! rambut dah botak:)
Gembira melihat perkembangan nya dari hari ke hari. 
Sangat banyak celoteh! teman berbual dikala sunyi.

**sesiapa yang sudi bolehlah kita follow-mengfollow akaun Instagram kita - ATIE3101.
WasSaLam^_^

::Parent Nowadays - Adakah Benar??...

AssaLamualaikum
Erm! mungkin 75% inilah realitinya.
Harap anak-anak faham tugas ibubapa zaman sekarang. 
Tapi apa yang lebih penting KITA kena lebih faham tanggung jawab kita pada mereka. 
Tugas mendidik amanah Allah yang tak boleh dipandang remeh 
dizaman yang serba mencabar ini.
Moga kita dapat memikul amanah ini sebaik mungkin. 
Moga Allah permudahkan segalanya. Amin! 
WasSaLam^_^

Sunday, 29 September 2013

Saturday, 28 September 2013

::Santai Pa'e diHujung Minggu...

AssaLamualaikum
Happy weekend semua! Korang buat apa hari ini? 
Seperti biasa aktiviti weekend ku melayan karenah budak tumpis ni. 
Tumpis dua hari ini menjadi raja ku. Haha!
Habiskan hujung minggu dengan keluarga tersayang. 
Kualiti masa amat penting. Gunakan sebaik mungkin:)
WasSaLam^_^

Friday, 27 September 2013

Thursday, 26 September 2013

::Salah Bantal??

Assalamualaikum
Salah Bantal?Tak kot! Ya Allah! dugaan bangun pagi tadi. Sedar-sedar je, leher sakit. Adui! dah lama tak kena macam ni. Sakitnya leher. Nak menoleh pun susah. Ada orang cakap petua nak bagi hilang sakit  tu baca selawat dan dan tepuk-tepuk bantal tu kat leher. Dah buat dah. Dah urut-urut juga dengan minyak Cap Kapak.
Jadinya mood pun macam ke laut. Haha!
WasSaLam^_^

Wednesday, 25 September 2013

Tuesday, 24 September 2013

::Pa'e dan Bantal Busyukk...

AssaLamualaikum
Pa'e dan bantal busuk tak dapat dipisahkan. Tidur dimana pun kena bawa bantal busuk. Kalau tak, mesti tidur malamnya tak lena. Kejap-kejap terjaga dan merengek, gelisah. Erm! Dah tiga tahun lebih umur Pa'e masih tak boleh lepas bantal busuk. Haha! anak bujang sentimental ni kata babah. Ada hati nak jadi askar, tapi bantal busuk tak boleh tinggal.Hihi.
Masalahnya sekarang Pa'e tak bagi aku basuh bantal busuk dia tu. 
Isk! tengok pun dah naik geli. Haha! Bila nak basuh je mesti dia nangis. 
'Nape Ibu basuh bantal busyuk abg Pa'e?'
Kekadang curi-curi juga basuh bila dia leka bermain, cepat-cepat basuh & keringkan.
Harapnya bila dah sekolah takdelah nak bawa bantal busuk ni kemana-mana. 
Kalau tak pening den!
WasSaLam^_^

Monday, 23 September 2013

::Irshad 3 Tahun 7 Bulan...

AssaLamualaikum
Menghilangkan ngantuk petang ini. Melihat gambar-gambar budak tumpis ni. Tak sedar dah 3 tahun 6 bulan. Tak tahan bila sekarang ni dia dah pandai minta baby. Siap kata "Ibu, beli kan bah abg Pa'e baby". Kekadang juga dia bertanya 'ada baby kah dalam puyut Ibu?. Hahaha! adoi! Gelak jak dengar. Kesian pun ada.
Bak kata Ummu Aidan & Arissa mudah-mudahan aku dijangkiti virus (mengandung). Entah bila virus itu akan mengjangkiti Hehe! Masih menantikan saat itu. Agar budak tumpis ini ada teman bermain. Usaha & Doa tak putus-putus:)
WasSALam^_^

::Bermain-main Dengan SEO...

Assalamualaikum
Dapat idea nak buat N3 ni sebab terbaca di blog MAMA MIA. Laju tangan menekan link untuk melihat berapa SEO blog yang tak seberapa ini. Haha! perasan glamer konon mana tau angka SEO tinggi. Haha! Check punya check dapat peratus seperti  dibawah :)


Boleh lah melebihi 36%. Nak jadi blog SEO yang baik kena capai 80%. Kena tingkatkan lagi. Cuma yang hairan Madam Nuff jarang plak nak menyinggah di blog Ibu Pa'e ni. Haha! kesian mungkin blog ku terlalu old fashion. Apa pun aku tetap gembira dengan kedatangan kawan-kawan blogger ke sini. Yang penting dapat berkenalan sesama kita walaupun tak bersua muka. Sayang kamu, kamu & kamu sangat! 
Korang sebahagian dari duniaku sekarang :)

Korang boleh juga check SEO di SINI.
WasSaLam^_^

Sunday, 22 September 2013

Saturday, 21 September 2013

::Bermalas-malasan...

AssaLamualaikum
Happy weekend semua! Yuhuu, hari ini hari bermalas-malasan bagi diri ku. Haha! cuma kesian plak kat budak tumpis tu, selalunya dia bangun awal. So, tak kan lah anak dah bangun ibunya nak tido lagi kan. Ku gagahkan lah jua diriku untuk 'sedikit' rajin. Haha! 
picture:google
Aktiviti hari ini : 1. Buat sarapan untuk budak tumpis (babah sarapan di tempat keja) 2. Masak untuk lunch (kalau rajin..haha!) 3. Tengok tv tengah hari sambil tidurkan tumpis. 4. Petang - gosok baju untuk kerja Isnin-Jumaat. 5. Malam- masak untuk dinner (kalau rajin, kalau tak makan luar..hehe)
6. Tido^_^
Ok tak aktiviti kami hari ini? hahaha.
WasSaLam^_^

Friday, 20 September 2013

::Pa'e & Step Sholat...

AssaLamualaikum
Aktiviti semalam. Budak kecik ni minta buka laptop tu nak tengok Ultraman. Biasalah kartun kegemarannya. Haha! Ibu ni pun buat-buatlah buka laptop dan cuba klik video belajar sholat versi kanak-kanak. Tup-tup bila terbuka video ni, kusyuk plak dia melihat, mendengar & memerhati. Hihi! Siap ikut takbir lagi. Lepas ni kena ulang tayang selalu video ni. Mudah-mudahan berkesan:)
Selalu bila Ibu sholat dia akan duduk tunggu hingga selesai. 
Bila dah habis tu cepat je dia datang nak baca Doa sama-sama. 
Bila habis doa, laju juga Pa'e cakap 'aminnn'...:)
Ya Allah moga anakku ini membesar menjadi anak yang soleh! amin!
Harta ibu & babah dunia akhirat.
WasSaLam^_^

Thursday, 19 September 2013

::Budak "cucu"....

AssaLamualaikum
Kisah budak yang tak boleh sebut "S". Kesian! Bila sebut susu pastu akan jadi 'cucu'. Haha! Memang sekarang ni Pa'e pelat bila sebut S & R. Selalu juga latih dia sebut, 
tapi belum berjaya. Hari-hari lah dengar "Ibu, buat cucu bah untuk abang Pa'e"..
Anak-anak you all ada tak yang tak boleh sebut R & S? 
budak masyam kusut masai...haha!
Malu konon! 
Banyak kerja menunggu. Kena slow BW hari ni. Hehe
Moga hari ini memberi keceriaan pada kita.
WasSaLama^_^

Wednesday, 18 September 2013

::Poster Print-Photo Book Malaysia...

AssaLamualaikum
Minat nak buat photo book meluap-luap. Selalu juga terbaca N3 kawan-kawan yang buat photo book ni. Memang cantik. 
So, Sabtu lepas member sepejabat ada bagi kupon yang boleh beli poster print 
di Photo Book Malaysia. 
Dapat kupon terus cari gambar-gambar yang elok sikit, terus buat. 
Petang sabtu tu terus hantar ke web mereka. Isnin petang tengok status dah dihantar ke Sabah menggunakan GDEX Express. Memang cepat.
Memang puas hatilah dengan hasilnya. Harga pun selepas diskaun dapatlah RM27 sahaja untuk 3 poster print siza A3. Sekarang dok mencari bingkai untuk diabadikan. Untuk kawan-kawan yang berminat, bolehlah rajin-rajin lawat web GROUPON Malaysia. Selalu dorang buat promosi untuk photo book & poster print. Tak rugi punya:)
WasSaLam^_^

::Raya IT-2013...

AssaLamualaikum
Sambungan ENTRY INI. Pada 9/9/2013 last week bersamaan Isnin, kami pun buat Rumah Terbuka IT. Memang meriah.
Ramai juga staff yang datang memeriahkan termasuklah Pengarah Hospital. 
Makanan semua sold out. 
Puas hati sebab penat lelah berbaloi juga akhirnya. 
Di bawah sebahagian gambar makanan yang sempat di snap.
Penat lelah memasak memang berbaloi. Tapi sorry takde plak gambar masa ramai tetamu tu. Maklum masing-masing sibuk melayan tetamu & memastikan hidangan mencukupi. Gambar Laksa Penang pun tak sempat snap, sebab tuannya sudah letih yang melampau. Untuk makluman Laksa 10kg ikan tu memang aku buat sendiri dari menyiang ikan (hubby ada tolong kejap), merebus & memisahkan tulang. Pergh! 1 malam tak tidur you all. Tak dapat bantuan, sebab semua pun sibuk dengan tugas menyediakan hidangan masing-masing. Habis je majlis, memang mata dah berbintang-bintang, pening2 lalat. Haha! apapun kami semua happy:)
WasSaLam^_^

Tuesday, 17 September 2013

::Persediaan Raya IT-2013...

AssaLamualaikum
Tak habis lagi cerita tentang sambutan Raya. Hehe! Walaupun Syawal sudah berlalu, kami tetap teruskan dengan Rumah Terbuka bagi unit kami. Rumah Terbuka IT 2013. Tahun lepas kami tak buat, so tahun ni kami buat dengan budjet rm3000. Banyak tak? Kami buat persediaan untuk sambutan Raya IT dua hari iaitu pada Sabtu & Ahad 7-8hb/09/2013. Terpaksalah ku angkut lagi budak tumpis tu ke opis sebab pengasuh cuti Sabtu tu. Sukalah dia datang opis. Kesana kemari berlari. Hehe!
Ada seorang budak kecik di situ:)
Penat tak terkata. Tapi memang puas hati sebab ramai yang datang memeriahkan. Makanan pun pelbagai. Katering campur setiap staff kena bawa sejenis hidangan. Kira port luck lah. Aku ditugaskan memasak hidangan Laksa Penang sebelanga dengan ikan 10kg. Uiks! letih den nak masak tu. Ada lagi hidangan sampingan yang aku masak iaitu Ayam Masak Lemak Cili Api. Nantikan sambungan cerita sambutan Raya IT 2013 kami:)
WasSaLam^_^

Monday, 16 September 2013

::Selamat Hari Malaysia 2013..

AssaLamualaikum
Hari Ini Hari Malaysia. Selamat Hari Malaysia buat semua warganegara Malaysia dimana sahaja anda berada. Tarikh hari ini Sabah & Sarawak rasmi masuk Malaysia. Cintai Malaysia sepenuh jiwa. Moga kedaulatan & keamanan akan terus menjadi milik kita. Amin! 
picture: google
WasSaLam^_^

Sunday, 15 September 2013

Saturday, 14 September 2013

Friday, 13 September 2013

::Gotong Royong 5S...

AssaLamualaikum
Salam Jumaat kengkawan. Hari ni opis kami sekali lagi buat gotong-royong 5S. 
Ntah bila nak habis 5S ni. Penat betul! Belum lagi ISO nya. Adui! pening kepala.
Lihatlah opis yang berterabur:)
Hari ni bersihkan pejabat, esok gotong-royong perdana plak (tengok rajin ke tak nak turun)
Memang penat, tak suka tapi kena libatkan diri juga.Haha!
Apapun moga lepas ni opis akan lebih bersih, kemas & teratur.
Happy working semua!
WasSaLam^_^

Thursday, 12 September 2013

::Jus Kurma+Kismis LENO...

AssaLamualaikum
Ada sesiapa yang minum Jus Kurma+Kismis ni? Memang baguskan. 1st time aku minum masa di rumah kakak ipar di Klang. Perut masa tu rasa tak selesa. Kak Ipar bagi minum, lepas minum alhamdulillah memang rasa selesa sangat. Esoknya sakit perut terus hilang. Request dengan kak ipar nak beli bawa balik Sabah. Tu yang terus ke stokis Leno Shah Alam. Beli 2 botol dan bawa balik. Sesuai untuk seisi keluarga. Pa'e pun minum. Tapi yang bestnya, jus kurma ni juga menambahkan selera makan budak kecik tu. Kuat makan dah sekarang. Tak macam selalu, pandai skip makan. Bertambah-tambah selera makan Pa'e. Terkejut juga.






Cuma bila cari kat google Jus Kurma Leno ni macam tak terjumpa plak. Ada pun jenam lain. Mungkin baru lagi kot. Tu yang ramai tak tau. Janji khasiat kurma&kismis tetap sama.

*Hubby dah request kalau tak jumpa juga di Sabah ni, kena lah order dari Semenanjung minta tolong dengan Kak Ipar*
WasSaLam^_^

Wednesday, 11 September 2013

::Wordless Wednesday #35...

AssaLamualaikum...
Less word! Sudah lama menyepi dek kepenatan yang melampau. Banyak aktiviti yang belum diceritakan minggu lepas. Sementara ni layan dulu picture di bawah ni. Itu pun blogger AIZU yang perasan tarikh ni. Kalau ikut aku, memang tak ingat. Hehe! TQ Aizu.
Alhamdulillah! Moga Allah sentiasa memelihara kasih sayang antara kami. 
Amin! TQ Allah! 
WasSALam

Friday, 6 September 2013

Thursday, 5 September 2013

::Persediaan Sambutan Merdeka Raya 2013...

AssaLamualaikum
Unit kami di pertanggungjawabkan menyediakan back drop untuk sambutan Merdeka Raya Hospital. So, sejak semalam memang bertungkus-lumus membantu apa yang patut. 
Persediaan last-last minit sebab budjet lambat keluar. Huhu!
Semalam juga angkut budak kecik tu sekali datang opis. 
Riuh lah dia kt opis ni sementara ibu membantu.
Gambar semalam
Gambar pagi ini. Simple.
                       Balik rumah dalam pukul 11:40pm. Nasib baik budak tumpis tu tak tidur lagi, kalau tidak memang tak larat nak dukung turun tangga hospital. Mudah-mudahan majlis hari ini berjalan lancar. Next week kena prepare sambutan raya untuk Unit kami pula (walaupun dah habis syawal). Memang agak sibuk dan memenatkan tapi bila melihat hasilnya boleh tersenyum. :)
WasSaLam^_^

Wednesday, 4 September 2013

::Aku Terluka...

AssaLamualaikum
Aku terluka. Haha. Tajuk macam tajuk novel. Isk! bukan hati yang terluka tau, tapi jari ini terpotong oleh kecuaian sendiri. Huhu! sakitnya Tuhan saja yang tahu. Darah mengalir banyak. 1st time tau luka besar. Memang pedih. Malam tak boleh tido. Rasa nyilu je, menyucuk2 rasanya. Memang dugaan. Kisahnya nak potong hujung serai.
Punya semangat guna pisau daging.
Angkat tinggi ala-ala nak potong ayam tu last-last terpotong jari.
Ya Allah! nasib baik jari tak putus.
Punya sakit, keluar air mata. Kelam kabut babah cari kopi nak hentikan darah. 
Yang lucunya babah jenis tak boleh tengok darah, boleh pitam dia. Lepas tolong bubuh kopi kat jari cepat je dia jauh-jauh. Takut tengok darah. Haha! Adoi. Isnin pagi ke A & E Hospital, siap kena sound kenapa tak datang semalam, kalau tidak kena jahit. Uiks! dengar kena jahit tu yang kecut. Oleh kerana dah lewat, depa just cuci, balut dan bagi suntikan Tetanus. Erm! jadinya sekarang dua-dua tangan jadi sakit, kiri sakit terpotong, kanan sakit kena suntikan (bengkak). Tapi still boleh menaip. Hihi.
Dugaan dibulan September!
*Orang tua dulu-dulu selalu guna kopi untuk hentikan darah*
WasSaLam^_^

Tuesday, 3 September 2013

"Ibu.. Abg Pa'e mo makan Pizza"...

AssaLamualaikum
Abg Pa'e dah pandai request bila nak makan sesuatu. Last week memang dua tiga kali juga dia sebut " Ibu, abg Pa'e nak makan pizza". Tengok iklan kat TV lah tu. Yang ibu ni selalu penat memanjang bila balik kerja. Tak laratnya nak keluar. Dua tiga hari jugalah baru tertunai hajat budak tumpis tu. Kesian plak. Tak sampai hati tak bawa. Pergi lah pizza bertiga dengan Babah. 
menu Ibu & babah. Pizza seketul tak sempat snap.
Bila dah dapat pizza makan nya 1 slide je. Lebihnya bawa balik juga. 
Esoknya tu dia sambung makan.
Tak sampai hati bila tak tunaikan hajat anak. 
Sayu rasa bila anak minta sesuatu. 
InsyaAllah akan cuba tunaikan, asalkan jangan minta yang pelik-pelik ya nak! :)
WasSaLam^_^

Monday, 2 September 2013

::Kajang to LCCT-KLIA-Tawau...

AssaLamualaikum
Last cerita raya keluarga kecilku kot! Hehe. Perjalanan balik dari Kajang to Tawau. Erm! korang nak tahu sepatutnya kami balik ke Tawau pada 13/8/2013. Tak jadi balik sebab tertinggal flight Air Asia petang tu. Tertinggal OK! adoi. Burn tiket rm350. Ujian betul! Nasib baik boleh cool lagi. Anggap perkara tertinggal flight tu ada hikmah! redha je. Huhu! Bila tertinggal flight, kena lah beli tiket lain kan, so petang itu dari LCCT terus ke KLIA cari tiket MALINDO AIR. Murah banyak berbanding tiket Air Asia yang kami tanya. Gila beza harga yang ketara. Air Asia RM977, Malindo Air RM437 (untuk 3 orang). So, betul-betul masin cakap Pa'e yang nak naik flight colour lain bila balik Sabah. Malindo Air Boeng warna putih dan ada pramugari-pramugari yang lebih cantik. Hehe! :)
Kesian kat budak tumpis tu pukul 4.00am dah kena kejut. Kena bergerak awal ke airport, takut kes tertinggal flight berulang.Huhu! dengan mata masih mengantuk angkut masuk kereta, tidur lah dia sementara tunggu sampai KLIA. Dekat 45minit juga dari Kajang ke KLIA. Sampai airport terus check in, flight pukul 7:50am. Tengok lah gaya budak tumpis tu dalam flight sibuk dengan topeng muka ultramannya. Ibu nak pegangkan pun tak mau. Nak snap picture semua kena pakai topeng tu. Sabor jaklah! Alhamdulillah sampai Tawau pukul 10.20am. Syukur perjalanan pergi balik kami menyeberang Laut Cina Selatan dipermudahkan. 
Sekaligus merapatkan silaturrahim dengan keluarga di Bumi Malaya:)._
WasSaLam^_^

Sunday, 1 September 2013

::Rindu Tangisan Bayi...

AssaLamualaikum
Happy weekend! Keinginan untuk memberikan seorang teman buat budak tumpis ni memang meluap-luap! Cuma aku redha. Allah belum mahu menunaikan hajat kami. 
Dan kami percaya pasti ada hikmahnya. 
picture :Fb
Ramai yang selalu bertanya " tak nak adik ke Pa'e?. Tak nak menambah ke? Bukan tak nak adik, cuma belum ada rezeki. Allah belum nak bagi. Itulah jawapan yang selalu ku beri bila orang bertanya. Sabar je lah! kekadang soalan-soalan begitu mengganggu emosi, cuma tak nak memikirkan sangat. Kerana aku percaya kita hanya mampu merancang tapi menentukan hanya DIA. Allah yang SATU.
WasSaLam^_^