Thursday, 31 October 2013

:: Main Game Candy Crush?...

AssaLamualaikum
Korang main tak game Candy Crush? Haha! mesti ramai dah tak layan game2 ni kan. Aku plak mula terjebak dengan game Candy Crush sejak kebelakangan ni.
Dalam 1 hari mesti ada main. Sama ada guna Laptop atau HP. Hihi! bahaya jugak kan.
Tapi tak lah sampai tahap ketagih ya.
Jumpa gambar-gambar ni di FB. Hihi! 
Sampai tahap kena hantar ke Rehab untuk atasi masalah ketagih game Candy Crush ni. 
Info lanjut tentang ni boleh baca DI SINI
Tak layan sangat sebenarnya game2 ni, tapi bila dah boring sangat buka juga lah. 
Main game ala kadar. Hehe!
*sekarang baru level 58*
WasSALam^_^

::Soalan-Soalan Irshad yang Berunsur KeTuhanan...

AssaLamualaikum
Kebelakangan ni rajin dah anak Ibu bertanya soalan-soalan yang berunsur ketuhanan. 
(Dah start soalan2 'berat' budak ni).
Mula-mula dengar terkedu juga Ibu ni. Haha!
Pa'e mula bertanya:
 " Ibu, sapa yang cipta malam?? sapa yang cipta siang?? sapa yang jadikan banjir??.
Erm! berfikir sat sebelum jawab. Kena sedia mental. Hihi. Ibu pun jawab dengan yakin nya. "Yang ciptakan semua tu ALLAH. ALLAH yang berkuasa". 
Allah yang menciptakan Langit & bumi.
Kekadang pandai jg dia cakap "kalau kita jadi budak baik, nanti Tuhan sayang kan Ibu?" :)
Korang macam mana kalau jawab soalan-soalan begini?? Budak-budak ni kan kena explain betul2, takut nanti dia salah anggapan. Kan..kan?? . Hehe! 
Boleh lah kongsi-kongsi info ya. Sharing is caring!

*Kena prepare mental juga kan nak jawab soalan budak2 ni..hehe*
WasSaLam^_^

Wednesday, 30 October 2013

::Wordless Wednesday #41...

AssaLamualaikum
Less word! sekadar renungan buat kita. 
Moga kita tergolong dikalangan anak-anak yang berbakti pada orang tua. 
Berbakti selagi hayat mereka dikandung badan.
Sayang Mak @ Nenek Pa'e. 
Hari2 doakan moga mak panjang umur & diberi kesihatan.
Mood : Rindu arwah ayah :(
Al-Fatihah!
WasSaLam^_^

Tuesday, 29 October 2013

:: Keyword Pilihan #7...

AssaLamualaikum
Dah lam tak buat entry tentang keyword ni. 
Entahlah kekadang pandai terlupa yang sebenarnya pernah up entry keyword. Haha! 
Dah tuo, mudah alpa! 
Harap2 dalam bab memperbaiki diri tak lah alpa kan? hehe! Keyword pilihan kali ini:
Lawak bila baca tau ada juga orang cari "blog cerita Ultraman". Ini semua penangan budak tumpis tu lah. Di setiap cerita kan  mesti ada cerita Ultraman+Power Ranggers (sekarang ni). Kesan gadjet pada kanak2 juga pernah up. Nasi lalap tu biasalah, makanan yang agak famous di daerah2 sini.
Terima kasih yang tak terhingga pada semua yang selalu sudi berkunjung.
WasSaLam^_^

Monday, 28 October 2013

::Dialog Ibu & Pa'e part 11...

AssaLamualaikum
Umur my bujang Pa'e dah menjangkau 3 tahun 8 bulan. Bercakap masih ada yang pelat, tapi dah boleh faham semua butir2 percakapannya. Since dah pandai tengok cerita Ultraman & Power Ranggers sampai Ibu ni pun dah hafal semua nama2 super hero tu.

Pa'e : Ibu, nanti abg Pa'e besar, abg Pa'e belikan ibu laptop baru ya..
Ibu   : Ya lah..abg Pa'e ada duit kah??
Pa'e : Abg Pa'e kan ada duit kat dalam Maybank (tak pelat tau sebut Maybank tu)
Ibu  : Lepas tu abg Pa'e nak buat apa lagi?
Pa'e : Pastu kan, abg Pa'e letak kan game dalam laptop ibu.. Ibu tengok err..
Ibu  : Ya lah!.. haha...
Dok layan Power Ranggers. Bahasa Jepun pun jadi lah:)
adoi! ada jak anak bujang ni. Dia ingat Ibu ni macam dia juga, nak tengok Ultraman, Power Ranggers bagai. Tak kuasa Ibu nak! Haha.. Sabor jak lah!
WasSaLam^_^

Saturday, 26 October 2013

:: Sabtu ini-Jangan Malas...

AssaLamualaikum
Yuhuuuu! Hari ini & esok cuti! dapat lah bermanja2 dengan budak tumpis a.k.a abg Pa'e.
Hari ni nak melayan karenahnya.
Nak membayar hutang beberapa minggu ni asyik turun opis hari sabtu.
 So, hari ni tak boleh malas! :)             
picture: google
    Wassalam^_^

Friday, 25 October 2013

::Cerita Perkhawinan Anak Buah 20/10/13...

AssaLamualaikum
Last week kan kami balik ke kampung halamanku. Sebab ada jemputan khawin. Pangkat anak buah juga lah. Tak sampai hati plak kalau tak pegi. Sebab masa kita khawin dulu pun budak-budak ni lah yang banyak membantu. Kiranya sekaligus membalas jasa. Hehe! Tak banyak gambar sebab kami jadi 'orang dapur' basuh pinggan dengan Babah Pa'e. Nasib baik Kuling ku itu boleh buat kerja2 orang perempuan. Sudi tolong basuh pinggan dan buat kerja2 yang dirasakan patut. 
Bravo Darling! Tiru ayat MAMA JJ. Haha!
Gambar majlis sebelah siang. Tgk muka tu dah blur! penat..hehe:)
Ini majlis dirumah pengantin perempuan. Ambil kat FB.
Kat sini kan kenduri hingga pukul 10malam. Dan yang ramai selalunya pada sebelah malamnya. Memang penat lah! Tapi apa pun Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. 
Moga perkhawinan mereka (Abam & Watie) kekal hingga ke syurga. AMin! 
WasSaLam^_^

Thursday, 24 October 2013

::Si Mata Besar & Masyam+ Ibu yang selalu Letih...

AssaLamualaikum
Penat belum hilang! Lesu nya rasa badan. Balik dari kenduri anak buah di Tawau tu, rasa sakit2 dada plak. On Off hingga hari ini. Ya Allah! takutnya. Sakit apa plak ni. Dugaan.!Di sambung plak dengan kesibukan 5S kami ni. Memang hari-hari letih. Dah beberapa kali Sabtu pun datang opis juga. 
\
Si mata besar yang ngantuk!
Muka masam, tak mau di ajak bergambar:)
Masa dengan budak tumpis tu pun  makin terhad. Kesian dia, balik kerja aku dah letih. Rasa katil  dah memangil2. Budak tu pula siap ajak " temankan abg Pa'e main bah Ibu". Aduh! kesian dengar. Babah siap pesan, layan lah anak tu kejap. Dus! rasa bersalahnya! Maafkan Ibu ya Nak!
Lepas kita spend masa together2:)
Tajuk N3 ntah apa2. Haha!
WasSaLam^_^

Wednesday, 23 October 2013

::Wordless Wednesday #40...oh! 5S.

AssaLamualaikum
Lewat bersiaran. Memang amat penat! Nak BW pun tak sempat. 
Selagi tak habis penilaian 5S ni memang sengsara lah. Haha!
Ini hasil sudut 5S kami. Yang lain2 ruangan nanti aku bagi tunjuk juga ya.
OK kah ni?? Haha! Hasil tangan kreatif staff opis kami juga. 
Mo buat benda alah ni pun berkurun.
Bersengkang mata juga team member menghias & mengemas sudut2 di opis ni.
Doakan penilaian 5S kami lulus:)
WasSaLam^_^

Tuesday, 22 October 2013

:: Irshad & BFF....

AssaLamualaikum
Pa'e kalau jumpa dengan abg Azim (anak pegawai kami) ni memang tak berenggang. Cuma kekadang pandai plak gaduh bila dah lama sangat berkepit. Haha! Last week kan bawa Pa'e ke opis lagi, kebetulan abg Azim ni ada sekali. Mula jumpa tu, berkepit lah. Tengok kartun Ultraman sama2. Lama sikit dah dengar suara bising2. Sorang nak tengok lain, sorang lagi tak nak mengalah. Haha! Lucu depa dua ni. Kalau berbual kan, macam orang tua. Hihi.
Ni gambar tengah 'baik' lah ni. Pastu bawa haluan masing2 dah. Haha! 
Pa'e ni kekadang mana nak kongsi dengan orang bila tengok sesuatu. Mana mau kena kacau kalau dia tengah layan Ultraman & Power Ranggers nya. Sabar jak lah! 
**sorry ya! minggu ni busy sikit. Mungkin akan kurang BW. TQ you all**
WasSALam^_^

Monday, 21 October 2013

:: TQ Kak Izan - Mama Mia...

AssaLamualaikum
Dapat hadiah lagi dari teman blogger yang dikasihi. Dapat hadiah ni sebab komen kat entry Kak Izan DI SINI. Kak Izan @ Mama Mia yang cute! Mia Hello Kitty. Hehe!
Suka baca entry Kak Izan terutama tentang Mia yang comel. Terima kasih banyak Kak.
InsyaAllah akan digunakam untuk memasak nanti.
Tak pernah cuba masak hitam ni. Tu yang teruja nak masak nanti. Mesti sedap kan?
Jauh terbang dari Bumi Semenanjung. 
Tu yang terlambat sikit sampainya kena rentas laut lagi. Hehe!
WasSaLam^_^

Sunday, 20 October 2013

:: Aktiviti Hari Ini 20/10/13

AssaLamualaikum
Korang buat apa hari ini? kami akan menghadiri perkhawinan anak buah hari ni plus jemputan khawin anak jiran di kampung lama juga. Jadi nya hari ni ada dua kenduri yang kena hadiri. Orang dah jemput, kena lah pegi kan. Sekaligus berjumpa kawan2 lama dan sanak saudara. Nanti kalau ada gambar saya sertakan kemudian ye. Pa'e suka dapat balik rumah nenek sebab disini dia amat dimanjakan:)
Selamat berhari minggu ya kawan2.
WasSaLam^_^

Saturday, 19 October 2013

:: Kami Balik Ke Rumah Bonda...

Assalamualaikum
Yuhuuu. Hari ini kami balik kampung! Erm, kampung yang tak jauh pun. Lahad Datu - Tawau. Hehe! Dah makin jarang juga kami balik tau, sebab memang tak berani sangat nak balik kalau naik bas express dengan Pa'e. Risau lah kan, sebab bawa anak plus bawa beg segala. Mak pun memang selalu pesan, tak payah balik kalau naik bas berdua dengan cucu dia tu. Tapi kan, rindu plak bila lama tak balik. Rindu nak makan masakan Mak. Rindu nak jumpa adik2. Rindu dengan bumi kelahiran ku. Hehe! So, memang seronok dapat balik hari ni tambah cuti lagi hari Isnin sebab ada anak buah khawin.
Sampai jumpa nanti.
Happy weekend ya! 
WaSsaLam^_^

Friday, 18 October 2013

Thursday, 17 October 2013

::Projek Mengemas Opis...

AssaLamualaikum
Projek kami last week. Aktiviti mengecat opis. Disebabkan 5S ni, semua nak baru. Termasuklah dinding2 opis mendapat sentuhan baru. Dah jadi macam tadika plak opis kami ni. Punya ceria. Haha! semuanya guna duit yang kami kumpul2kan sesama kami. Nak tunggu budget keluar memang lambat. Ambil inisiatif sendiri dan mulakan aktiviti.
Inilah ruang2 dalam pejabat kami. Dah siap cat, tapi belum tersusun rapi sepenuhnya. 
Masih bersepah. Haha. Tunggu dekat2 penilaian 5S kot baru betul berkemas. Itu pun tengok berapa lama tahan kekemasan itu. Hihi. Biasalah, bila kerja dengan ramai staff lelaki yang pangkat adik2 ni. Erm, paham2 sendiri lah kan. Haha! 
opis korang ada tak yang warna-warni macam ni? :)
WasSaLam^_^

Wednesday, 16 October 2013

::Wordless Wednesday #39...

AssaLamualaikum
Less word! Si comel baby. 
Teringat kenangan masa Pa'e kecil dulu! Sungguh manis & indah:)
comel kan? picture : FB
Irshad ku. Si mata besar Ibu. Baby Ibu selamanya. 
Pengikat kasihku. Amanah Allah pada kami. 
InsyaAllah akan ku jaga & didik sebaik mungkin. Amin!
WasSALam^_^

Tuesday, 15 October 2013

::SaLam Aidil Adha...

AssaLamualaikum
Selamat Hari Raya Qurban you all! 
Moga kita semua dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar. AMin! 
Aku dan keluarga kecil ku hanya beraya bertiga. 
Nak balik pun alang-alang. Rabu dah kerja semula. 
Memang tak dapat cuti. Weekend nanti baru cuti.
picture:google
Moga hari ini disambut dengan gembira dan penuh kesederhanaan. 
Korang beraya di mana? mesti balik kampung masing-masing kan? Masak pun mesti sedap2. Ye lah semua kawan-kawan blogger kan OTAI dalam masakan. Hehe!
WasSaLam^_^

Monday, 14 October 2013

::Random Picture Pa'e-3

AssaLamualaikum
Semangat Raya Haji sudah datang. Itu yang entry pun ala-ala. Hehe!
Aku masih berada di opis hari ini. Masih bekerja seperti biasa. Esok baru cuti.
Gambar-gambar abg Pa'e datang lagi. jangan bosan tau. 
Segala karenahya yang lucu ku rakamkan sebagai kenangan. 
Habis bola diconteng! biarkan :D
Gaya tengok kartun ala2 melepak depan TV
Nak tido siang siap pakai stoking. 
Masalahnya terbalik. Kita nak betulkan tak dibaginya. Haha! 
Macam-macam karenahya yang menghiburkan hati. 
Selamat membuat persiapan raya untuk esok! 
Kami raya di rantau lagi. Next week baru cuti panjang.
WasSaLam^_^

Sunday, 13 October 2013

::Sayang Lahir Batin - WALI Band..

AssaLamualaikum
Hujung2 minggu ni suka layan lagu jiwang! haha! 
Maklum mengimbas kenangan zaman cintan-cintun. . Suka lagu-lagu Kumpulan Wali ni. 
Lagu dorang banyak juga yang berusur ketuhanan. 
Satu lagi sebab aku suka mereka, ahli-ahli kumpulannya semua berlatar belakangkan sekolah pondok. Madrasah. InsyaAllah semua baik2 :)
Lirik lagu Sayang Lahir Batin -Wali 
Dengarkanlah aku cerita hatiku
cerita tentangmu
aku mau ikhlas, ikhlas menyayangimu
tutuplah matamu
cukup aku dan Tuhan yang tahu

aku tlah berjanji menyayangimu
lahir dan batinku
aku tlah berjanji mendampingimu
lahir dan batinku

andai engkau tahu ku siap mati untukmu
jiwa dan ragaku
cukup aku dan Tuhan yang tahu

(aku tlah berjanji menyayangimu
lahir dan batinku
aku tlah berjanji mendampingimu
lahir dan batinku)

andai engkau tahu ku siap mati untukmu ooh

Korang pun layan lah sama ya! Boleh juga tuju pada hubby masing2.
Boleh dengar sambil basuh baju, pinggan mangkuk, sapu lantai & layan karenah anak. Haha!
Selamat berhujung minggu semua:)
WasSaLam^_^

Saturday, 12 October 2013

::Makanan Tinggi Tenaga...

AssaLamualaikum
Lama tak tulis tentang entry kesihatan. 
Sejak minum Jus Kurma Leno ni, aku selalu merasa kenyang. 
So, kurang makan, tapi berat badan belum juga turun-turun. Haha!
picture : FB_
Dalam picture di atas tu, aku paling suka Nasi Kerabu. Memang kegemaran. 
Nasi ayam pun bolehlah, tapi kat sini kalau nak makan kena masak sendiri. 
Kat kedai-kedai makan tak jumpa yang berkenan di tekak. Hehe! Korang suka makan apa? :)
Selamat memasak untuk keluarga tersayang!
WasSALam^_^

Friday, 11 October 2013

:: Irshad dan robot2 nya...

AssaLamualaikum
Pa'e dan segala jenis robotnya makin menjadi. Baru-baru ni merengek nak minta beli kolam mandi sebab ternampak anak jiran mandi-manda depan rumah. Kesian lah plak.
So, pegi lah cari kolam konon! Tapi kan bila sampai tempat yang dituju tetiba dia boleh ubah keinginan. Nak minta beli robot lah plak. Dah tak mau beli kolam. Haha! budak tumpis pun pandai rambang mata.
Ini lah robot idaman budak tumpis. 
Lepas beli hidupkan battery, takut plak dia dengar bunyi robot tu.
Isk! isk memang penakut bujang ku ni. Haha!
Ultraman dah 2. Satu dah patah kepala.
Ni pun beli kat Nilai 3 hari tu. Kalau kat sini punya mahal.
Ikutkan aja lah kehendak nya buat masa ini :)
WasSALam^_^

Thursday, 10 October 2013

::Nasi Kerabu Vs Nasi Kukus @ Restoran Teman...

AssaLamualaikum
Kalau kengkawan yang berada nun jauh di bumi Semenanjung ni mesti tak heran dengan hidangan Nasi Kerabu. Tapi bagi aku, nak dapat makan nasi kerabu punya susah. 
Korang tau tak, di sini hampir semua restoran tiada jual Nasi Kerabu. Kalau nak makan pun kenalah tunggu bulan Ramadhan baru dapat merasa. Depa jual di Bazar Ramadhan. Huhu!
Ini menu Ibu. Nasi Kerabu.
Menu babah Nasi Kukus.
Sekarang dah ada restoran yang jual menu ni. Teringin je terus boleh pergi makan. Pemiliknya pun orang Kelantan. Terletak di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu. 
Restoran Teman nama diberi.
Murah pun murah. Kami makan berdua dengan babah plus Ais Lemon teh & Susu Kambing semuanya cuma RM14. Jimat! Pa'e biasalah apa yang kita makan, dia makan. Hehe!
WasSaLam^_^

Wednesday, 9 October 2013

::Random Picture Pa'e-2...

AssaLamualaikum.
Lagi random picture dari my bujang Irshad a.k.a Pa'e. 
Suka sangat mengimbas gambar-gambar dia ni. 
Pelbagai karenahnya. Penghibur hati bah! :)
Photo-photo dari Instagram Ibu Pa'e. 
Penuh dengan picture Pa'e sahaja:)
Mari saling follow di Insta : ATIE3101.
WasSaLam^_^

Tuesday, 8 October 2013

::Burger OBLONG RamLY....

AssaLamualaikum
Uwaaa... Penyakit malas sudah datang. Nak BW pun lemau! 
Pernah makan burger Oblong Ramly? Memang sedap kan? Kami 1st time beli tau. 
Selalunya beli yang burger daging atau burger ayam sahaja. 
Kali ini Babah tiba-tiba nak merasa burger oblong plak.
Kami selalunya beli dan babah yaang akan buatkan burger home made:)
Picture : Google
Kami beli yang Oblong Klasik. 
Rasanya memamg sedap (orang lain dah biasa kot! kami yang 1st time merasa. Haha!)
Limpahan sos cili. 
Guna bahan-bahan yang ada dirumah sepenuhnya. 
Kami guna roti keping yang biasa sebab kehabisan roti burger. 
Budak tumpis Pa'e memang sangat suka termasuk lah Ibu & Babah dia sekali. Hehe!
WasSaLam^_^

Sunday, 6 October 2013

::Kalau Aku Kaya-Awi Rafael Feat Ultimate...

AssaLamualaikum
Selamat berhujung minggu. Best kan kalau jadi orang kaya. Semua boleh dibeli. 
Tiap minggu boleh pergi melancong. Tiap minggu pergi SPA. Haha! angan-angan belaka. Mungkin juga impian setiap manusia. Apa pun bersyukur lah kita dengan apa yang kita kecapi hari ini. Kan? 
semuanya sudah cukup sempurna bagi ku. 
Terima segala kekurangan dengan redha.
Alhamdulillah! 
Menyanyi-nyanyi kecil ikut lirik lagu ni :)
WasSaLam^_^

Saturday, 5 October 2013

:: Sabtu @ Opis again-2...

AssaLamualaikum
Hari ini terpaksa turun ke opis. Kami ada projek mengecat semula ruangan opis. Sempena 5S lah konon. Erm! tinggalkan budak tumpis di rumah bersama pengasuh. Kalau bawa nanti kang banyak plak karenahnya. Silap-silap Ibu tak dapat  menolong. Hehe. 
Korang buat apa hari ini??
Happy Weekend ya!
WasSaLam^_^

Friday, 4 October 2013

Thursday, 3 October 2013

:: Bersepahnya Ibu..kata Pa'e...

AssaLamualaikum
Pa'e sekarang ni suka sangat sepahkan barang-barang permainannya. Pastu kan pandai plak dia kata " Ibu, bersepahnya...". Amboi! Walhal dia yang sepahkan barang. Haha! Cuma syukur, budak tumpis ni pandai juga kemas barang permainannya bila di suruh. Sebab dari mula dia pandai bermain babah dah ajar siap-siap, lepas main kena susun sendiri toys-toys tu. Kadang pandai juga dia mengelak siap kata "nanti abg Pa'e penat kalau abg Pa'e kemas". Haha! adoi, pandai plak dia mengelak.
Bila Pa'e dah mula bersepah:)
Macam ni lah kejadiannya. 
Keretapi Power Ranggers kata Pa'e :)
Aku suka biarkan Pa'e bermain. Bersepah pastu kemas balik. 
Bagi aku masa ni lah dia nak meneroka dunianya. Mencipta kreativitinya. Biarkan dia bermain. Biarkan dia bersepah (pastu jangan lupa suruh kemas sendiri.Haha!)
WasSaLam^_^

Wednesday, 2 October 2013

Tuesday, 1 October 2013