30 Nov 2013

::Tandas Paling Ekstrem di Dunia...

AssaLamualaikum
Cerita tentang tandas pun mau kongsi kah?? haha! sesuatu yang unik dan agak luar biasa mestilah nak kongsi dengan semua. Sebab : bukan semua baca Metro Online kan? 
kualiti gambar agak kurang memuaskan
Menurut SUMBER :
London: Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.

Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.
Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.
Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.
Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.
Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.
Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu.
*Tandas bersih tetap menjadi pilihan kan?? tapi kalau dah tandas begini, adui! fikir banyak kali juga untuk guna. Haha! Gayat you! 
WasSaLam^_^

29 Nov 2013

:: Mini GA KakNi Edisi Tupperware...

AssaLamualaikum
Rajin pula join GA bulan ini. 
Bila tertarik dengan hadiahnya memang laju je tangan taip entry. Haha! 
Tupperware memang idamanku selalu :)
Jom memeriahkan Mini GA di blog KakNi
Hadiahnya semua menarik dan tertarik!
klik SINI untuk join.
WasSaLam^_^

:: Pencetus Ummah - Astro Oasis..

AssaLamualaikum
Rancangan wajib tonton aku selain Master Chef Malaysia All Star ialah Pencetus Ummah-Duniaku Dakhwahku. Rancangan yang berkonsepkan ala-ala Imam Muda ini juga menampilkan peserta-peserta dari seluruh negara. Berkonsepkan realiti Undi melalui sms (bagi 3 peserta yang mendapat undi terendah dalam setiap minggu) dan juga ada juri tetap setiap minggu. Paling mencabar bila peserta diberikan soalan pantas yang perlu dijawab pada masa itu juga.
12 Peserta Pencetus Ummah
Barisan peserta yang amat berbakat
Seramai 12 orang peserta Pencetus Ummah yang terpilih adalah Attan Thowi Yusof, 31, Kedah; Fakhrul Islam Md Zarin, 24, Melaka; Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi, 29, Selangor; Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, 32, Selangor; Mohd Hafidz Mohd Zawawi, 27, Kelantan; Hishammuddin Iberahim, 35, Kedah; Izzat Fathi Hisham, 24, Perak; Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md, 38, Pulau Pinang; Mohd Sufian Mohd Isa, 28, Selangor; Mohd Zainudin Mohamed Zaini, 32, Perak; Salman Maslori, 31, Kuala Lumpur; Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 20, Kuala Lumpur.

Para Murabbi nya terdiri dari personaliti yang hebat-hebat. Moga dapat melahirkan para penceramah yang hebat juga nanti. Pengacara : Dr Ridhwan Teh Abdulah. Bersiaran secara langsung setiap khamis jam 9.00pm di di Astro Oasis 106. Info lanjut boleh baca DISINI
WasSaLam^_^

28 Nov 2013

:: TQ Niesa - Iklan Nuffnang...

AssaLamualaikum
Entry santai di petang ini. Saja nak ucapkan TERIMA KASIH pada blogger NIESA yang sudi membantu ku mengubah kedudukan iklan-iklan daripada pihak Nuffnang. Sebelum ni, dah cuba beberapa kali untuk ubah kedudukan iklan tu tapi asyik tak berjaya. Entah dimana silapnya! 
Haha! (memang kurang ilmu tentang ini semua). 
So, pagi tadi bila baca N3 di blog beliau, terdetik rasa hati untuk bertanya. Alhamdulillah Niesa tak kedekut untuk berkongsi ilmu. Terima kasih banyak-banyak ya sis. Ada umur panjang dan murah rezeki boleh jumpa secara live. Hehe! mana tau niesa nak datang Sabah atau akak turun Sarawak. Boleh jumpa..kan..kan..:)
Kawan-kawan bolehlah terjah blog beliau kalau nak berkenalan ya. 
Orangnya pun memang baik dan peramah.
*Indahnya Ukhuwah, walau tak pernah bersua, tapi terasa amat mesra. LOVE you all!*
WasSaLam^_^

::Aku - Masalah kurang keyakinan Diri...

AssaLamualaikum
Pernah tak korang rasa kurang yakin dengan diri sendiri? Sebenarnya aku adalah orang yang selalu mengalaminya. Memang ketara sangat tau! Masalah ni dari zaman sekolah hinggalah kini. Hehe! entah macam mana nak yakin kan diri bahawa aku sebenarnya boleh buat akan sesuatu perkara tu. Erm! Selalunya bila berdepan situasi begini,
mula lah aku buat-buat yakin. Haha! 
walhal dalam hati hanya Allah yang tahu.
Dah berkali-kali baca buku Motivasi, dengar ceramah tapi sekejap je jalan nya. Pastu balik ke asalnya. TAK YAKIN lagi. Haha! Macam mano tu? Contoh yang selalu terjadi : bila di beri sesuatu tugasan, mesti ayat pertama yang keluar dari hati 'bolehkah aku buat? pastu mula lah takut gagal. 
Tapi akhirnya tugasan tu menjadi juga. 
Kekadang cemerlang. Haha! 
Bila difikirkan, memanglah semua orang ada kekurangan dan kelebihan kan? 
dan itulah kekurangan ku yang paling nyata. Huhu! 
apa pun tetap bersyukur dengan semua kurniaan Allah!
*kawan-kawan blogger mesti semuanya jenis yakin kan? hihi:)
WasSaLam^_^

27 Nov 2013

:: Random Picture Pa'e - 6...

AssaLamualaikum
Lagi tentang c tumpis Ibu. Macam-macam ragam sekarang. 
Ayat terbaru yang selalu diucapkan kannya " abg Pa'e sayang Ibu"
Kekadang keluar ayat "Ibu ni macam Memey" (upin ipin). Kihkih!
Yang tak tahan 'agak manja' disitu ! Haha! takut hati selembut sutera macam ibunya ;)
1. Nampak macam berisi kan? tapi hakikatnya tinggi sahaja. Badan ringan:)
2. Macam-macam gaya bila nak snap gambar, 
cebik bibir tu macam dah trend selain dari tunjuk gigi..haha.
3. Tetap suka gambar budak tumpis masa baby. Semuanya indah. 
Menjaganya amat mudah. Yang pasti Mata tetap bolattt! haha:)
Maafkan Ibu andai ada kekurangan dalam membesarkanmu. Moga abg Pa'e membesar dengan sihat, soleh dan diberkati Allah selalu. Amin! 
WasSALam^_^

::Negara Angola Mengharamkan ISLAM - Masjid Mula DiRuntuhkan....

AssaLamualaikum
Terkejut. Terkedu. Bila baca berita ni semalam. Ya Allah! ada juga negara yang sanggup mengharamkan Islam dinegara mereka. Setahu aku, inilah negara pertama yang melakukannya. Sengketa  dan permusuahan apa lagi yang mereka nak wujudkan. Memang TAK PATUT!! 
ANGOLA menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.
Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan 
masjid-masjid di negara berkenaan.
Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, 
kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.
Sementara itu Rosa Cruz de Silva, Menteri Kebudayaan Angola berkata, tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang‘bertentangan’dengan budaya penduduk dinegara itu.
” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.
“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.

“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.

“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.

Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.

Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.

Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.

“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.  
Kredit : Mynewshub

Apa nak jadi dengan duni sekarang? Seolah-olah kembali ke zaman Jahiliah!
WaSSaLam^_^

26 Nov 2013

:: Idea - Bilik Tidur untuk Anak-anak...

AssaLamualaikum
Suka nya tengok gambar bilik tidur ni. Jimat ruang.
Agaknya kalau ada anak ramai boleh buat macam ni. 
Cantik kan? :)
Kita yang muslim ni, mungkin masa anak-anak kecil boleh lah buat macam ni. Tapi bila mereka dah meningkat remaja kenalah pisahkan tempat tidur anak perempuan dan lelaki kan?
WasSaLam^_^

:: Keputusan 5S yang Dinanti...

AssaLamualaikum
Dua tiga minggu lepas kan kami sibuk dengan Penilaian 5S. Walaupun pemilihan secara rawak, ternyata unit kami tetap menjadi pilihan auditor untuk dilawati. Haha! seram you. 
Petang itu juga kami diaudit oleh dua orang auditor dari MAMPU. 
Maka, kesana kemari lah jawabnya mengiringi auditor tu melihat persekitaran opis kami. Aku dah pernah tunjuk gambar-gambar lain sebelum ni. Di bawah adalah sebahagian lagi ruang di opis kami:)
Unit kami tiada surau. Mungkin sebab bilangan staff kurang. 
So, kami buat Ruang Sholat ni atas inisiatif sendiri.
Tandas Wanita (ini pun nak tunjuk ker? haha)
Masih ada yang boleh diperbaiki, katanya! erm! kami terima teguran dengan hati terbuka (walaupun dah penat sangat sebenarnya. Haha!) Untuk menjawab pertanyaan PUAN KUTU tentang keputusannya. Jeng. Jeng! haha.
KEPUTUSAN nya : Kami LULUS dan LAYAK di kurniakan pensijilan 5S.
Alhamdulillah! syukur sangat.
Segala kepenatan akhirnya terbayar.
Terima kasih pada semua yang mendoakan.
WasSaLam^_^

25 Nov 2013

::Master Chef Malaysia All Stars Sudah Bermula...

AssaLamualaikum
Walaupun aku tak terer langsung memasak, tapi apabila ada rancangan memasak di TV pasti hati meronta-ronta nak tengok. Ceh! haha. Betul lah sebab suka tengok orang masak. So, rancangan wajib tengok aku sekarang ialah Master Chef Malaysia All Stars. Master Chef kali ni menggabungkan peserta-peserta Master Chef Malaysia yang lalu didalam satu rancangan. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara disamping mengumpul dana untuk rumah-rumah kebajikan yang mereka wakili. 
Kiranya memasak sambil beramal. Lebih kurang sama juga dengan konsep sebelum ini.
Di atas adalah senarai peserta yang terpilih. 
Peserta pilihan ku kali ini ialah Celina dan Soo Wincci.
Dua peserta ini bagi aku ada kelebihan tersendiri.  
Eh! tapi Imelda dan Ary Malik pun OK jugak. Haha! mana satu ni.
Saksikan di Astro Ria setiap Sabtu-Rabu jam 9.00pm-10.00pm. 
Pelbagai ragam mereka didapur dapat kita saksikan disamping boleh belajar resepi-resepi baru. (bagi yang rajin mencuba) Hehe!
WasSaLam^_^

:: Kisah 23hb & 24hb/11/2013...

AssaLamualaikum
Senyum sendiri bila letak tajuk entry ni. Haha! kes kering idea tentang tajuk lah ni. Saja nak kongsi dengan you all tentang aktiviti weekend kami. Berdua sahaja dengan Pa'e. Baba memang tak sama jadual dengan aku. Sabtu dan Ahad sekarang ni dia kena kerja pula.
*Sabtu :
Teringin sangat nak makan tom yam. Dah lama tak masak, sabtu tu lah baru tertunai hajat. 
Haha! jangan gelak tau, bila Ibu yang tak terer masak turun dapur ini lah kejadiannya. 
Yang penting baba dan Pa'e makan bertambah. Hirup kuah pun dah cukup.
*Ahad :
Sebab susah sangat nak pujuk budak tumpis ni makan, pagi semalam buatkan dia roti goreng salut telur. Suka plak dia makan. Siap pesan "ibu, jangan bagi habis loti abg Pa'e :). 
Ikan tu plak rezeki, jiran yang bagi. Fresh sebab depa baru balik dari memancing. Adalah dalam 7 ekor. Semalam terus bakar 3 ekor makan cecah budu+lada+limau. Nyum! (tak sempat nak snap gambar, dah selamat dalam perut. Haha!)
Itu sahaja laporan aktiviti untuk hari ini. Sekian! Hihi.
WasSaLam^_^

24 Nov 2013

:: Mommycha 1st Giveaway...

AssaLamualaikum
Dah berkurun juga tak join Giveaway ni. 
Tertarik dengan GA daripada kawan blogger MOMMYCHA
Tu pun tertengok kat blog Mommy AqilMedina

Moment ibu dan anak memang indah! :
Saat pertama kali bawa Pa'e ke office demi tugas.
Saat pertama kali Pa'e melihat wajahnya di kamera Laptop Ibu.
Dapat ku lihat keterujaannya. Walaupun gambar lama, still LOVE this picture :)

Klik SINI untuk join dan mengetahui syarat-syaratnya. 
Hadiah-hadiah yang superb menanti anda!
WasSaLam^_^

23 Nov 2013

:: Kasut Tinggi - Ada Berani??..

Assalamualaikum
Anda peminat kasut tinggi?? Ketawa guling-guling bila tengok gambar ini:
Hahaha! Ada berani nak cuba pakai?? Just Kidding!
Selamat berhujung minggu pada kawan-kawan semua. 
Keman hari ini? mesti bawa anak-anak yang cuti sedang sekolah kan?
Walau kemana pun, sentiasa lah jaga keselamatan diri & anak-anak ya :)
WasSALam^_^

22 Nov 2013

:: Imbas Kembali-Bercuti di Pulau Pom-Pom..

AssaLamualaikum
Berikutan daripada entry Tragedi Pulau Pom-POm aku terpanggil untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang keindahan Pulau ini. Masa kami pergi tu kami setakat balik hari. Pulau 'private' kalau tak silap sebab masa kami kesana hujung tahun 2011 hari tu kami tak dibenarkan masuk (sebab penganjur lawatan tak tahu yang kami kena ada surat kebenaran terlebih dahulu untuk masuk). Jadinya kami hanya singgah di Jeti dalam setengah jam untuk bergambar dan menikmati keindahan pulau tersebut. 
Jeti Pulau Pom-POm
Keindahan lautnya
Masa kami singgah ni air laut surut, memang cantik!
Budak tumpis baru 1 tahun lebih masa ini. Suka dia berlari sepanjang jeti tu.
Bila terjadi kes penculikan yang melibatkan warga Taiwan tu memang terkejut sangat. Sebab dah pernah sampai ke sana. Masih terbayang-bayang keindahan pulaunya. Air laut yang biru kehijauan sehingga ikan pun boleh dilihat. Indah sangat suasananya.
*Info setakat 21/11/2013: Isteri pelancong Taiwan yang diculik masih belum ditemui. Moga Allah masih melindunginya. Risau dengan kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi.
WasSaLam^_^

21 Nov 2013

::Keyword PIlihan #8...

AssaLamualaikum
Sekali lagi N3 tentang keyword. Keyword ini adalah hasil carian minggu lepas. 
Ada juga orang search blog picisan ku ini. Antara yang dicari adalah :
*Carian "korang cuti sekolah 2013 kat ne" tu macam lucu plak. Hehe! 
OST Teduhan Kasih tu masih digemari walaupun drama tu dah lama berlalu.
Apapun aku tetap gembira bila berblog. Menambah kenalan alam maya dan sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan tentang pelbagai bidang:)
WasSALam^_^

::Random Picture Pa'e - 5...

AssaLamualaikum
Gambar-gambar terbaru bujangan Ibu ni di Instagram. Suka sangat merakamkan gambarnya walaupun sekarang amat susah nak snap. Biasalah dengan aktivitinya yang asyik berlari kesana kemari dalam rumah, menari bila dengar lagu, lain lagi dengan main bola nya. 
Haha! memang tak reti penat budak tumpis ni. Ibu yang penat bila melihat karenahnya:)
1. sibuk main kapal terbang kertas. Ibu lah jadi tukang buat kapal tu:)
2. Siap berkejar-kejar lagi nak snap pic ni, last-last gaya ini yang dia bagi:)
3. Hah! ini pun sama, tetiba cebik kan bibir masa nak snap pic :)
Alhamdulillah! makin besar, tinggi dan aktif. Cuma bab makan nya yang agak memilih sikit. Kekadang Ibu yang risau. Sayur tak nak makan, ikan pun yang goreng & bakar je dia makan. Kalau masak singgang tu memang letih lah nak pujuk makan. Haha! sabor jak lah. Cabaran! 
WasSaLam^_^

20 Nov 2013

19 Nov 2013

::Just Give Me A Reason - Dalam Bahasa Dusun Sabah...

AssaLamualaikum
Entry santai.
Jom layan lagu "Just Give Me A Reason"- nyanyian asal oleh Pink. 
Digabungkan sekali dengan lagu "Aku anak Kampung" nyanyian Jimmy Palikat. Tapi yang ini dalam versi Bahasa Dusun ya! Hihi. 
Mula-mula dengar macam best!
Merdu juga suara Gidong Linog ni. Kreatif lah! :)
Layan. Selamat petang semua.
WasSaLam^_^

:: Aku - Fobia dengan TIKUS!

AssaLamualaikum
Tikus?? erk! aku memang takut dengan tikus. Haha! memang fobia. Sebab ada cerita tersendiri. Masa kecil-kecil dulu memang hidup susah. Tidur pun kat lantai beralaskan tilam nipis. So, adalah satu malam tu tidur dengan nyenyak. Sekali bangun tidur pagi tengok jari kaki macam luka bergerigi tu. Isk! kena gigit tikus rupanya..haha! boleh plak tak sedar masa kena gigit tu kan? Sejak dari itu memang takut dengan tikus. Boleh terjerit-jerit kalau nampak. 
Sekarang ni pula popular dengan kisah tikus dan penyakit bawaannya. Leptospirosis atau juga dikenali sebagai penyakit yang berpunca dari kencing tikus. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Eeee...  lagi lah bertambah fobia dengan TIKUS ni. 
Korang fobia dengan apa?? :)
WasSaLam^_^

18 Nov 2013

:: Dialog Ibu & Pa'e Part 12...

AssaLamualaikum
Nak cerita : si tumpis Ibu dah pandai merajuk. Erm! Pantang di tegur, lari cari bantal dan tutup muka. Semalam tengah santai-santai tengok TV, Ibu tegur lah dia sebab dok lari-lari depan Ibu. Aktif sangat. Macam tak pandai penat. Hihi.

Ibu : "abg Pa'e duduk lah bah diam-diam, pening ibu ni..nak tengok TV! (nada memang sedikit tinggi ya!)
Si anak terus lari, ambil bantal busuknya. Tutup muka dan menangis.
Pa'e : " Ibu dah tak sayang Abg Pa'e ye... sampai hati Ibu"...

Adoi! adakah cakap macam tu? terkesima sekejap. Tak terfikir pun. Haha! (entah dari mana lah dia dengar cakap macam tu kan? huhu! 
Kekadang perkataan anak-anak ni tak dijangka? Apapun Ibu bersyukur sebab anak Ibu ni dah boleh bercakap dengan lancar. Sedikit pelat tu memang ada, tapi tak ketara. Bila balik dari kerja banyak lah yang akan diceritakan nya. Pot..pet..pot..pet! :)
WasSALam^_^

17 Nov 2013

::Tragedi Pulau Pom-Pom - Semporna...

AssaLamualaikum
Kisah menakutkan terjadi lagi. Di kedamaian bumi Sabah ini, tiba-tiba bergolak dengan kejadian tembakan dan penculikan pelancong warga Taiwan di kepulauan Pom-Pom Semporna. Mungkin ramai yang sudah tahu kan? harapnya tiada sesuatu yang buruk akan berlaku lagi. Dah penat lah hidup dalam ketakutan. Dan kalau boleh dah tak mahu ada lagi nyawa yang terkorban. Info lanjut boleh baca DI SINI
Imej daripada Google Earth yang menunjukkan kedudukan lima chalet 
atas air yang terletak di Pulau Pom Pom Resort.
Suspek dipercayai mengikat bot mereka di bawah tiang chalet atas air. 
Sebelum menembak mati seorang pelancong warga Taiwan serta menculik isteri mangsa.
Pihak polis & tentera saling bekerjasama dalam mencari dalang peristiwa ini. Semoga mangsa culik masih di pelihara oleh Allah walaupun suami mangsa terkorban akibat ditembak. Ya Allah! Lindungi lah negeri kami ini dari anasir-anasir jahat. Kekalkan lah keamanan di Bumi Malaysia ini. Amin!
*Kami sekeluarga pernah pergi di Pulau Pom-Pom di hujung tahun 2011. Masih teringat suasana Pulau nya yang damai, air laut yang jernih & kehijauan*
WasSALam^_^

16 Nov 2013

:: Sabtu @ Office again - 3...MS-ISO

Assalamualaikum
Hari ini ke opis lagi. Huhu! Ada tugas yang mau disiapkan. Setelah habis dengan Penilaian AUDIT 5S kini kami berhadapan dengan satu lagi Audit MS-ISO. Adui! tak habis-habis kan dengan audit bila hujung tahun ni. Memang tak senang hati bila tak habis audit. Harapnya audit akan berjalan lancar. MS-ISO ini akan bermula pada 18hb-22hb/11/13. So, tiga hari ni adalah hari-hari terakhir menyiapkan apa-apa dokumen yang patut. 
Tinggal lah budak tumpis tu di rumah. Plan nya half day je kot kalau sempat siapkan kerja. Isnin nanti takdelah serabut sangat bila masuk opis.
*Happy working bagi yang bekerja juga hari ini:)
WasSALam^_^

15 Nov 2013

14 Nov 2013

:: Wad Bersalin Paling Sibuk Di Dunia...

AssaLamualaikum
Sedih dan simpati bila melihat situasi ini. Erm! tergamam seketika. 
Kalau jadi kat kita bagaimana?
Menurut INFO : 
Wad bersalin di Hospital Dr Jose Fabella Memorial Manila, Philippines merupakan wad bersalin paling sibuk di dunia. Wad ini dikunjungi hampir 300 orang ibu mengandung setiap hari dan seramai 100 bayi dilahirkan setiap hari. Para ibu juga terpaksa berkongsi katil antara 3 ke 6 orang untuk satu katil kerana terlalu padat dan tidak mencukupi kelengkapan tersebut. Lebih pelik lagi hospital ini dibina ditapak tempat pembuangan sampah.
Kredit : OH Media
Masih amat bersyukur dapat melahirkan anak-anak kita dengan selesa berbanding situasi di atas. Anak disambut dengan penuh kasih-sayang dan limpahan syukur. Lepas bersalin plak kita akan dilayan dan dijaga sebaik mungkin terutama bila bersalin di klinik swasta. Sekarang ni pula macam sesetengah hospital dah boleh request nak doktor wanita bila bersalin walaupun belum dikuatkuasakan sepenuhnya.
Sekadar perkongsian buat kita yang bergelar wanita.
WasSALam^_^

13 Nov 2013

::Hari Yang Di Nanti Telah Tiba - Penilaian 5S...

AssaLamualaikum
Hari yang kami nanti telah tiba. Hari ini ialah hari penilaian 5S untuk kami semua. Berdebar-debar ! Moga semuanya dipermudahkan. Penat selama ini kami harapkan berbaloi. AMin! Pihak MAMPU  datang untuk menilai hari ini dan esok. Mereka nilai secara rawak tau! kalau unit kami kena, erm mau nya tak takut. Kang ditanya tak boleh jawab, hah! macam mana tu. Haha! Bersiap sedia je lah ni!
Ruang menunggu- Masa Internal Audit OK lah jugak:)
Carta & aktiviti :)
Pantry kami:)
Ruang pejabat- Sedikit serabut dengan wayar-wayar:)
 Cara penilaian : mereka akan pilih mana-mana unit yang mereka rasa nak audit. Pilihan secara rambang. Tu yang tak boleh nak jangka! adui! seram sejuk satu opis. Haha! 
Doakan kejayaan kami ya :)
WasSALam

12 Nov 2013

::Random Picture Pa'e 4...

AssaLamualaikum
Gambar anak bujang lagi nak diabadikan di sini. Sebagai kenangan buatku. 
Tak tahu lah bila besar nanti malu plak dia bila tengok. Hehe! 
sabor lah nak, layankan aja minat ibu mu ini :
Bila suruh teka sapa ini: pandai dia ckp "abg Pa'e lah Ibu"..
Happy lah tu dapat susun tingkek2 tu :)
Jalan2 cari makan. Ibu pun nak enterframe. Haha!
Bila bercakap sekarang ni akan banyak persoalan " kenapa, kenapa, kenapa Ibu??"
Sedia mental hari-hari. Hihi.
Mai follow insta kita : ATIE3101:)
WasSALam^_^

11 Nov 2013

:: Suatu ketika dulu - RISAU Bila Pa'e Mengadu...

AssaLamualaikum
**Entry panjang berjela*
Terpanggil untuk publish entry ini bila terbaca & terdengar berita tentang penderaan kanak-kanak yang untuk sekian kalinya terjadi lagi. Isk! tak habis2 penderaan berlaku sama ada di tempat pengasuh dan pusat asuhan kanak2. Nilai perikemanusian betul2 kian menipis dikalangan manusia zaman ini (bukan semua). Kita ibu bapa yang melihat ni memang geram tahap maksima. Huhu!
Kisah Pa'e suatu ketika dulu:
Dah beberapa hari Pa'e menangis pagi bila aku dan babah dia nak berangkat pergi kerja. Selalu tak menangis. Jadi bila dia menangis tu aku mula lah risau. Nak pergi kerja pun tak senang hati. Isk! Aku tanya lah dia kenapa nangis (budak dah pandai cakap kan)
Ibu  : "Kenapa juga menangis? Tinggal lah dengan kakak 'R' (pengasuhnya)
Pa' e:  "Abg Pa'e tak mau.. Abg Pa'e nak ikut Ibu pi kerja..nak ikut baba gi keja"
Ibu  : Adui! kenapa lagi tak mau tinggal ni?? (mood dah tensen)
Pa'e : Kakak 'R' suka cubit telinga abg Pa'e, sakit lah Ibu...
(aku yang dengar ni memang dah sedih, sebab kalau tak sakit tak mungkin budak ni menangis & seolah-olah takut kena tinggal. Dia seakan fobia).

Aku ni memang susah nak marah orang, sebab bila aku marah sangat nantinya dengan aku sekali ikut menangis (jiwa selembut sutera..haha!). So, caranya aku suruh hubby yang cakap sebab mesti pengasuh lebih respek dan takut kat hubby berbanding aku. Memang hubby tanya pengasuh, selalu ke jentik/cubit telinga Pa'e. Dan memang pengasuh mengaku! Reasonnya sebab Pa'e nakal & tak dengar cakap. Katanya! Budak 2 tahun lebih mana tahu apa! Geram juga bila dengar. Hubby terus nasihat kat dia, JANGAN buat lagi. Sebab nanti nya Pa'e tak mau tinggal dengan dia. Bila tak mau tinggal dengan dia, kena lah berhenti kerja (saling tolong menolong sebab dia pun perlukan kerja). 
Kesimpulannya : Memang dia tak buat lagi lepas tu. Pagi2 bila nak pergi kerja pun lapang dada sikit sebab anak tak menangis dan meragam. Siap salam tangan semua dan say ' bye Ibu'
Moral nya : Sesekali kita kena percaya cakap budak-budak ni, sebab budak memang tak pendai menipu kan? (betul kan aku kalau salah). Kita kena pantau juga apa aktiviti dia bila tinggal dengan pengasuh. Sebab itu sekarang ni, setiap balik kerja aku memang akan tanya Pa'e " buat apa hari ini? Kakak ada bagi makan tak? kakak ada buat (jentik/cubit) abg Pa'e tak?? dan memang Pa'e akan jawab semua soalan tu. Memang jawapan yang jujur dan polos dari seorang budak kecil. Aku bukan tak bagi kalau pengasuh atau orang lain nak tegur, jentik/cubit anak, tapi berpada-pada lah. Jangan sampai mendatangkan kemudaratan pada kanak-kanak itu sendiri. Menegur biar berhemah kan??
Apa pun moga pihak yang selalu melakukan kekerasan terhadap anak-anak kecil ini akan insaf dan menerima hukuman setimpal. Jangan lah diperlakukan sedemikian anak-anak anugerah Allah ini.
Sekadar perkongsian dari lubuk hati seorang Ibu.
WasSALam^_^

10 Nov 2013

:: Ada Kerja, Macam tiada. ..

Assalamualaikum
Selamat berhari minggu ya. Bosan juga hari ini. Huhu! Ada sebenarnya kerja nak buat tapi buat2 tak nampak. Nak lipat kain sebakul tak juga terbuat. Punya lah malas. Dok melayan budak tumpis ni. Punya lah tu hari ni macam ada je tak kena dengan dia. Cerewet sikit. Meragam! 
Tengok tv pun dok bising..tak mau channel itu..nak channel ini. 
Dah tukar.. nak yang lain plak. Huhu. Sabor jak lah!  Serabut. Haha.

WassaLam^_^

9 Nov 2013

:: Ceria..Ceria..Ceria lagi...

Assalamualaikum
Sabtu datang lagi! You all buat apa hari ni?? Aku dan Pa'e di rumah sahaja. Biasalah melayan karenahnya sambil layan kartun dan segala cerita di Astro Ceria. Seharian lah jawabnya. Haha!  Sabor je lah! Janji dia happy..Sambil-sambil tu boleh makan cekodok bawang & ikan bilis. Cecah sambal ataupun sos. Pilih jak. 
Sarapan favourite di hujung minggu:)

WassaLam^_^