3.10.14

Usah Bersedih!

AssaLamualaikum 
Perkongsian dari Group WhatsApp. Amat terkesan di hati.  

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf As, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yangg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya.

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus As, yang terperangkap didalam perut ikan. 

4. Andaikata kamu didatangi penyakit dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub As, yangg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya. 

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa As, yang tidak dapat bertutur dgn sempurna. 

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah Ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam As, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa. 

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh As, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad SAW, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat.

Subhanallah, Masyaallah. Allahuakbar!
Allah SWT mewujudkan personaliti yg hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti manusia seperti aku dan kamu, bila mana berhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU DIUJI BEGINI?".


Moga bermanfaat. Sama-sama kita renungkan.
WasSaLam

19 comments:

  1. sama2 motivasi diri... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Betul tu tapi kekuatan mental dan fizikal kita tak sehebat mereka itu yg biasanya kita kalah
    Kena belajar sabar itulah yg termampu buat kita.

    ReplyDelete
  3. makanan rohani... :) salam jumaat

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar. terima kasih perkongsiannya.

    ReplyDelete
  5. Nice sharing..Sangat bermanfaat buat kita..

    ReplyDelete
  6. Belajar sabar wlupun kadang2 pahit utk menerimanya ....

    ReplyDelete
  7. hidup kita tak lama. masalah akan pergi jua...

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:14 pm

    Salam Jumaat. Sesuatu untuk kamu di blog KA . TQ http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/re-publish-n3-pendek-tentang-adik-tapi.html

    ReplyDelete
  9. tq for sharing atie..iye kan...la tahzan..innallaha ma'a na...

    ReplyDelete
  10. Tq for sharing... Allah sentiasa ada...

    ReplyDelete
  11. salam Jumaat Atie dan salam Aidil Adha...
    terkesan bila membaca saat diri di landa masaalah...

    ReplyDelete
  12. Anonymous2:15 pm

    menarik la sis..singgah sini dan berkenalan dengan rakan blogger satu kampung... :)

    kathyrbain.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Kata2 motivasi yang sangat terkesan dihati untuk kita ingat dan contohi...

    ReplyDelete
  14. Nice sharing, Atie...
    Moga2 memberi manfaat buat kita semua... :)

    ReplyDelete
  15. Munasabah diri...terima kasih atas perkongsian ini Atie...

    ReplyDelete
  16. sis menganggap apa saja yg berlaku sbg ujian dr Allah . itu lbh mudah memujuk hati ...

    ReplyDelete
  17. Allahuakbar. betol kak, Allah uji nabi terdahulu, supaya bila kita diuji sekarang, kita mampu jadi lebih kuat dan bersabar kan.

    ReplyDelete
  18. Allahuakbar.....apalah sangat dugaan yg Allah berikan pada kita jika nak dibandingkan dengan baginda nabi yg lebih dahsyat ujiannya....

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..