Friday, 31 January 2014

Thursday, 30 January 2014

Selamat Bercuti Sempena CNY 2014

AssaLamualaikum
Selamat bercuti pada kawan-kawan yang bercuti sempena Tahun Baru Cina 2014 ini. Mesti ramai yang balik kampung kan? Hati-hati bila memandu ya. Ingat orang tersayang gitu. Ada yang plan bercuti-cuti tak? seronoknya kan! kami belum ada plan lagi. Erm! ntah nak kemana ni? hehe! kalau tak kemana-mana nampaknya duk rumah sahaja habiskan masa dengan family kecil ku. 
Boleh ajak Pa'e main masak-masak. Haha! 
Google. 
Tahun Kuda. Tapi tak tahu sangat maksudnya. Hoho!

*Isnin 03/02/2014 dah start kerja*
Happy Holiday you all.
WasSaLam^_^

Masa Berkualiti Dengan Anak Adalah ??

AssaLamualaikum
Suka kumpul info-info begini dan tempek kan di blog picisan ku ini. Bukan nak menunjuk yang aku ni Ibu terbaik ya. Bukan juga bermaksud yang aku ni pandai dalam hal-hal mendidik anak. Sesungguhnya aku masih baru dalam dunia bergelar 'IBU' ini. Masih banyak kekurangan ku, masih banyak yang perlu aku pelajari. Itu yang tak jemu-jemu belajar dan memperbaiki diri. Aku sebenarnya banyak belajar dari kawan-kawan semua. Ramai kawan-kawan blogger yang menjadi sumber inspirasiku dalam mendidik anak-anak. Ikhlas ni tau. Terima kasih semua.
Ilmu yang selalu korang kongsikan di blog kalian sentiasa mendapat tempat di hatiku. Aku cuba apply kan dengan si budak tumpis itu. Moga Pa'e membesar dengan baik seperti anak-anak kalian juga. Amin! Kalau lah 10 perkara di atas dapat kita lakukan sentiasa alangkah bagus nya kan? InsyaAllah bolehlah praktikkan lepas ni. Pelan-pelan tapi berterusan.
WasSaLam^_^

Wednesday, 29 January 2014

Sepetang di POIC Lahad Datu

AssaLamualaikum
Oleh kerana dah tiada tempat nak dilawati selain dari Shopping Mall, makanya kami mencari-cari tempat untuk bawa budak tumpis tu berjalan. Ye lah kan, dahlah seminggu sekali dua jak dapat berjalan. Kesian plak kalau asyik terperuk di rumah. So, Ahad petang tu lepas balik dari beli bahan basah dapur babah ajak jalan-jalan ke kawasan tempat kerjanya. Bolehlah cuci mata tengok pemandangan di sekitar POIC Lahad Datu.
Besar kan tangki itu. Itu adalah tangki untuk simpan minyak.
Yang macam batang paip tu adalah tempat untuk minyak dialirkan. Maksudnya minyak mengalir melalui batang paip tu dan akan lalu di atas rail yang macam landasan tu:)
Pemandangan senja sebelum maghrib:)
Menurut hubby kapal besar itu adalah kapal pengangkut minyak. Kemungkinan dari India.
Ini plak! Tuan tanah bersama En Kuling & budak tumpis. Haha!

Sentiasa cuba luangkan masa bersama. Tak semestinya kena pergi kat tempat mahal-mahalkan? Hehe! janji seronok sebab dapat bawa family menikmati pemandangan alam. Sekaligus menggembirakan hati budak tumpis tu yang sentiasa kena tinggal bila Ibu & babah pergi kerja.

Entry lain berkaitan: Jalan-jalan tempat kerja Baba
WasSaLam^_^

Tuesday, 28 January 2014

Antara Zamir & Celina??

AssaLamualaikum
Malam ini adalah episod akhir rancangan Master Chef Selebriti All Star. Dan dua peserta yang  berjaya ke peringkat akhir adalah Celina dan Zamir. Semalam Brian tersingkir untuk meneruskan cabaran. Tinggal lah dua bintang ini untuk menyelesaikan tugasan akhir mereka. Siapakah yang bakal menyandang gelaran Master Chef Selebriti All Star kali ini? 
Kita tunggu dan lihat. Dua-dua pun hebat di dapur Master Chef. Masing-masing punya kelebihan tersendiri. Siapa pun yang menang nanti, moga mereka dapat berkongsi ilmu masakan mereka pada semua. Jangan lupa saksikan di Astro Ria - Jam 9:00pm malam ini.

* Peneman setia Ibu tengok Master Chef - Chef Cilik Irshad a.k.a Pa'e*
WasSaLam^_^

Chef Kecik + Kek Coklat Kukus

AssaLamualaikum
Cerita Sabtu malam. Al-maklum musim sejuk konon, jadi perut sentiasa lapar. Dah tak tau nak makan apa ntah. Tak kan asyik nak telan limau mandarin pemberian bos-bos babah Pa'e tu hah! dah naik jemu juga. Hehe. Terfikir lah nak buat kek coklat lagi sebab bahan-bahan rasanya semua ada. Lepas maghrib mula lah projek baking. Ada chef kecik juga yang menolong. Suka dia bila dapat tolong Ibu:
Tengok tu! tekun menolong. Biar abg Pa'e buat, katanya. Hehe.
Nah! gambo je ya! siap juga hasil pertolongan chef cilik Ibu:)

Aku sebenarnya suka libatkan Pa'e dalam apa-apa aktiviti yang aku buat di rumah. Tak kisahlah anak lelaki atau perempuan, kena biasakan diri juga di dapur. Bagus untuk pertingkatkan skill anak-anak. Di samping boleh merapatkan hubungan. Kalau ikut babahnya, memang pandailah masak. Boleh hidup kalau aku tiada. Berdikari dan tau apa nak buat.
WasSaLam^_^

Monday, 27 January 2014

Sedikit Kemalasan+Keletihan Melanda

AssaLamualaikum
Yuhuu! baru nak muncul. Penat & letih lah you all. Haha! tu yang dok senyap jak. Tak bermaya plak hari ini + mengantuk dari pagi. Hehe! Hari ini tiba-tiba Lahad Datu panas. Selalu kan dok mendung je. Tapi yang tak best nya ada plak kebakaran dekat dengan tempat kerja ni. Baru satu hari panas, dah ada rumah yang terbakar. Kuasa Allah. Semua atas kehendak-NYA. Korang apa khabar hari ini? harap semuanya sihat dan happy. Nanti dah hilang letih baru aku BW rumah korang ya.
Bye. 
WasSaLam^_^

Sunday, 26 January 2014

Black - Takkan Terpisah...

AssaLamualaikum
Jom layan lagu Black. Aku sebenarnya suka juga dengan lagu-lagu Black ni. Sebab vokal dia memang bukan calang-calang. Pemuda biasa yang punya vokal luar biasa.
Lagu ni sebenarnya OST cerita "Jodoh Itu Milik Kita" yang ditayangkan di Astro. 
Tapi aku tak tengok pun cerita ni sebab tak langgan pakej. Huhu.
Layan lagu sambil nyanyi-nyanyi kecil plus kemas rumah.
Pa'e dok sibuk main basikal kat luar dengan babah. Ibu layan blog lah. Hihi.
Selamat berhari Minggu semua.
WasSaLam^_^

Saturday, 25 January 2014

Cerita Kosong di Hari Sabtu

AssaLamualaikum

Salam Sabtu you all! buat apa tu? hehe. Aku baru habis masak untuk lunch. Kejap lagi kot Kulingku nak balik makan tengah hari. Maklum Kuling I kerja hari Sabtu ni. Aku dan Pa'e je lah kat rumah. Sebelum pergi kerja pagi tadi dia dah pesan suruh masak, lunch nanti nak balik makan. Dah siap masak sup ayam dan goreng ikan sebab itu jak yang ada dalam peti sejuk. Kehabisan stok bahan-bahan masakan plak. Hihi. Malam ini atau esok lah baru pergi shopping barang dapur. Budak Tumpis?? ada ni hah, dok layan Astro Ceria dari buka mata lagi! sabor je lah den! dah jadi kanak-kanak riang juga Ibu ni hah. Haha! Pa'e cakap " tak payahlah kita jalan Ibu, nanti abg Pa'e penat!". Amboi! macam jak kena jalan kaki kan? nampak nya duk rumah je lah ni. Enjoy your weekend! 
Qualiti time with family :)

WasSaLam

Friday, 24 January 2014

I'm Strong BUT??

AssaLamualaikum
Sedikit terkesan dengan kata-kata di bawah:
Alangkah indahnya hidup jika sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi. Yang sentiasa ada bila kita perlukan. Yang sentiasa tau suka duka kita. Yang berkongsi saat suka & duka. Eh! melalut dah ni. Sekarang dah ada KULING ku a.k.a babah Pa'e tempat berkongsi. TQ Kuling! Haha! (tiada kena mengena dengan sesiapa OK!) Sekadar kata-kata yang terlintas di hati.
WasSALam^_^

Bila Mimpi - Esoknya Lupa!

AssaLamualaikum
Korang pernah tak alami simptom ni? Bila korang bermimpi pada malam sebelumnya tu lepas bangun tidur korang lupa tentang mimpi tu. Simptom apakah itu? penyakit atau apa? sebenarnya aku perasan sejak tahun lepas lah, bila aku bermimpi pada malam esoknya pasti aku lupa mimpi tu. Aku tau yang aku memang bermimpi sesuatu pada malam sebelumnya. Tapi bila bangun mesti aku lupa. Haha! Memang tak fikir sangat, tapi kan pelik juga.
Nak rujuk doktor ke??
Erm! ada-ada jak lah. Itupun mau fikir kah atie oi?? haha.
Mimpi mainan tidur tapi?? 
WasSaLam^_^

Thursday, 23 January 2014

Tensen Dan Makan

AssaLamualaikum
Mood sedikit tensen sejak semalam. Ini kerana banyak isu + kerja yang harus aku selesaikan. Sebab sistem di sini baru di update pada selasa malam baru-baru ni. Bila sistem di update, maka banyaklah masalah baru yang timbul. Bila banyak masalah akulah yang kena jawab dengan pengguna-pengguna sistem di sini. Hehe! sabor je lah den! 
Masa rehat tadi sempatlah aku BW mana yang sempat. Walaupun sedikit tensen, aktiviti memakan limau masih berjalan seperti biasa. Dah dua tiga hari jugalah menghadap buah limau mandarin ni. Rezeki orang bagi, tak kan nak tolak kan? haha! makan je lah yo!
WasSaLam^_^

Jangan Terlalu Memanjakan

AssaLamualaikum
Erm! sebenarnya dalam dilema juga bila bab-bab memanjakan anak ini. Tambahan pula bila anak seorang sahaja. Memang berbelah bagi. Dilema sama ada nak memenuhi permintaan itu, atau tidak.
Dalam kes Pa'e plak, aku kekadang kalah juga dengan permintaak budak tumpis tu. Adoi! lemah lah kalau dia dah nangis-nangis tu. Apatah lagi bila rasa masa itu ada duit lebih sikit. Haha! memang terbeli jugalah kekadang. Cuma dalam bab-bab makanan manis, aku memang tak belikan sangat. Tang minta ais krim malam-malam pun tak layan. Sebab?? Pa'e akan selsema bila terlalu makan benda-benda sejuk ni. Tu yang tak ikutkan kemahuannya. Apa pun semua terpulang pada Ibu bapa sendiri lah kan. Sebab kita buat semua itu untuk kebaikan mereka.
WasSALam^_^

Wednesday, 22 January 2014

Dialog Ibu & Pae part 13

AssaLamualaikum
Dah lama tak update tentang dialog-dialog my budak tumpis yang banyak cakap ni. Selalu juga terngiang-ngiang percakapan nya yang mencuit hati. Sekarang ni bila babah kerja, dialah menjadi teman berbicara. Maklum tak reti diam. Pot pet pot pet. Haha!

Ibu : Nanti kalau Ibu & babah tua, abg Pa'e kena jaga ibu tau.
Pae : Tak boleh, Ibu tak boleh tua.
Ibu : haha! nanti Ibu mesti tua sayang oii.
Pae : kalau macam tu, Ibu jangan takut abg Pa'e ada. Nanti abg Pa'e jaga ibu ya.
Ibu : ya lah! janji tau. Hehe.

Erm! kalau bercakap macam orang besar. Terkedu juga kekadang. Haha!
Nah! seketul gambar! sama tak senyuman Ibu & anak ni? haha!
WasSaLam^_^

Tuesday, 21 January 2014

Random Picture Pa'e - 8

AssaLamualaikum
Mengabadikan gaya-gaya si tumpis Ibu di sini. Sebagai kenangan buatku.
Yang dok tangan kat dagu tu sapa ajar ntah. Tak boleh tahan. Haha.
Baju sama dah banyak kali ulang tayang! haha! tengok jak lah ya. Jangan bosan. Gaya terbaru: kuat merajuk. Sikit-sikit nangis dan cakap "ibu dah tak sayang abg Pa'e ke?". Adoi! ayat menusuk kalbu betul.  Suka sangat di cakap macam tu tau. Pastu satu lagi ayat dia yang tak boleh pakai "Ibu, belikan lah abg Pa'e baby. Abg Pa'e takde kawan". Hahaha! 
WasSaLam^_^

Hijau Mata Memandang Laut Yang Biru

AssaLamualaikum
Ingat lagi tak entry saya tentang Pantai Tinagat Batu Payung? Pemandangan sepanjang perjalanan ke pantai ni memang cantik. Melalui suasana kampung yang masih banyak pokok yang tumbuh menghijau. Mata yang memandang pun rasa nyaman.
Cantik kan? kalaulah hari-hari boleh lalu sini, mesti mata akan sentiasa segar. Dah susah nak cari pemandangan begini di tengah hutan batu-bata zaman ini. Apa nak buat, itulah harga yang terpaksa kita bayar untuk sebuah pembangunan. Rindunya suasana kampung!
WasSaLam^_^

Monday, 20 January 2014

Pa'e kena sembelit - Betik Memang Berkesan

AssaLamualaikum
Kisah dua minggu yang lepas. Budak Tumpis tu kena sembelit tau. Sampai 4 atau 5 hari baru 'membuang'. Ibu ni risau lah sebab selalunya dia akan buang air besar tiap hari. Paling lama pun 2 hari sekali. Sekali sampai 5 hari tak membuang. Bila membuang siap ada darah lagi. Beberapa kali jugalah dia membuang dah ada darah. Luka kot! Ibu ni jenis cepat risau. Google lah macam-macam nak tau simptom apa tu. Memang takut jugak lah kan, sebab ada darah. Last-last minta babah bawa pergi klinik panel. Babah cakap doktor siap tengok kat celah 'tut' tu. Doktor bagi ubat pelembut najis & ubat sapu. Siap cakap kat budak tumpis kena rajin makan sayur dan buah. Tapi tak jalan tau. Sama juga, lama baru membuang dan still ada darah. Isk! Ibu ni dah fikir macam-macam lah. Takut ada penyakit lain plak terutama yang berkaitan dengan usus. Nauzubillah! Pa'e pun jadi takut bila nak membuang sebab ada darah. Kesian.
Kebetulan masa tu kan nenek Pa'e ada datang lawat kami. Mak suruh belikan betik dan rajin-rajin bagi makan. Memang berkesan lah. Lepas makan betik, tak lama lepas tu terus Pa'e membuang. Dan Alhamdulillah dah tak berdarah. So, sekarang mesti ada betik kat peti sejuk. Hari-hari bagi dia makan betik.Cuba buatkan jus betik, tapi dia macam tak suka. Lebih suka makan macam tu. Apa yang paling best sekarang Pa'e dah suka makan sayur, sebab dia teringat pesan doktor tu. Siap cakap "Doktor cakap abg Pa'e kena makan sayur & buah Ibu, sebab kalau tak makan nanti beyak darah". 
Haha! tau jugak budak tumpis ni takut. 
*ada juga yang pesan kena kurangkan kepekatan susu bila anak sembelit. Korang buat macam mana ya?
WasSaLam^_^ 

Sunday, 19 January 2014

Cekodok Bilis + Pagi yang Mendung

AssaLamualaikum
Salam Ahad you all! Buat apa tu?? hehe. Sarapan apa pagi tadi. Kami sarapan cekodok ikan bilis + sos cili. Itu pun babah yang gorengkan. Tetiba rajin plak Kuling I pagi tadi. Siap buatkan sarapan anak bini. Sesekali merasa air tangan suami apa salahnya kan? Gambar tiada, semua dah selamat kat perut kami. Haha! Cuaca dok mendung lagi ni. Kejap lagi hujan kot! Mentari malu-malu nak keluar. Mata pun asyik nak terkatup jak ni. Ular sawa. Haha!
Selamat berhujung Minggu ya. Enjoy your day!
*Dok layan marathon cerita Tanah Kubur di Astro Oasis. Banyak pengajaran*
WasSaLam^_^

Saturday, 18 January 2014

OST Arianna Rose - Di Pintu Syurga

AssaLamualaikum
Layan lagu lagi dihujung minggu. Penyanyi Dayang Nurfaizah.
Korang tengok tak cerita Arianna Rose? Setiap jam 7.00-8.00pm di TV3.
Cerita yang diadaptasi dari Novel "The Weeding Breaker". Kisah percintaan antara Tengku Adam dan Arianna Rose yang penuh dengan liku dan cabaran. Bolehlah layan selepas Maghrib. Hehe!
Dayang Nur Faizah ni kalau tak silap sebaya aku. Kelahiran Negeri Sarawak. Setiap nyanyiannya memang punya aura tersendiri. Kemunculannya plak sekarang ni selalu ekslusif. Sudah lama juga beliau bertahan dalam industri muzik. Sezaman dengan Dato Siti Nurhaliza.
*korang buat apa hari ini? *
WasSaLam^_^

Friday, 17 January 2014

Nota Kasih - Tentang Belajar

Assalamualaikum
Sharing is caring. Walaupun budak tumpis belum sekolah, saja nak simpan di sini. Mana tau suatu hari nanti boleh dirujuk kembali. Amat penting kita memahami cara anak kita belajar. Mungkin setiap dari mereka punya cara berbeza. Tapi apa yang penting mereka tetap belajar & cuba memahami. Kan?
Mudah-mudahan berguna pada kita sebagai Ibu bapa. Berdasarkan pengalaman sendiri, memang ada anak-anak yang dirumah buat tak tahu dengan buku. Di kelas pun kekadang buat 'bodoh' bila guru mengajar. Nak belajar semua nak kena suruh, tapi bila peperiksaan, result mereka lebih cemerlang. Ada beberapa kawan aku jenis begitu. Untunglah kan? jenis otak cepat pick up! yang aku ni kalau boleh mandi, makan, tidur semua dengan buku. Haha!
WasSaLam^_^

Thursday, 16 January 2014

Kisah Pa'e & Nenek

AssaLamualaikum
Minggu lepas my bonda a.k.a nenek Pa'e datang melawat cucu dia nan sorang ni. Budak tumpis berkepit sajalah dengan nenek dia. Tidur pun kekadang dengan nenek. Main-main semua dengan nenek. Siap ajak nenek main badminton dalam rumah. Haha! kesian nenek, sampai naik semput layan cucu. Dah cucu sorang, tu yang dilayan 1st class.  Mak oh Mak!
Pa'e dolu-dolu. Tangan yang memandikan Pa'e mula-mula adalah nenek. Tangan yang mengasuh Pa'e seawal usia 2 bulan. Memang kasih nenek tak terhingga pada cucu sorang ni. Marah Mak, kalau kami marah cucu dia. Sampaikan MakCu Pa'e jeles! kata mak lagi sayang cucu dari anak sendiri. Haha! Alahai Mak! selalu ingatkan Pa'e jangan lupa jasa nenek bila besar nanti. Budak tumpis mengiyakan. Harap-harap dia memang faham apa yang aku maksudkan.
Sayang Mak sangat! Moga dipanjangkan umur & sihat selalu.
WassaLam^_^

Wednesday, 15 January 2014

Cuaca Mendung + NO Idea + Kopi Susu

AssaLamualaikum
Tajuk ntah apa-apa! Nampaknya cuaca kebelakangan ini asyik mendung dan hujan sahaja. Di kala ini, cuaca sudah gelap. mendung lagi, semendung ideaku. Hahaha! adoi! menjadi-jadi tau blur ni. Asyik kering idea jak. Hihi. Sabor je lah kome, melayan tulisan ntah apa-apa ni.
Nah. Mari minum Kopi Susu (guna kopi giling-tradisional punya). Bos yang buatkan. Haha! baik punya bos kan? dia buatkan 2 teko sekaligus. Untuk 1 opis minum. Bos lelaki plak tu. Memang terbaik! TQ bos! lain kali buat lagi ya! hahaha (dasar staff pemalas sikit).
WasSALam^_^

Tuesday, 14 January 2014

Monday, 13 January 2014

Teknik Nabi Bertanya

AssaLamualaikum
Kekadang tanpa disedari pertanyaan kita mungkin menyinggung perasaan orang lain. Aku sebolehnya jarang bertanya tentang perkara-perkara sensitif pada orang-orang yang aku kenali. Takut pertanyaan itu boleh menyinggung. Contoh paling nyata, ialah hal zuriat pada kawan-kawan yang belum dikurniakan cahaya mata. Isu ini bagi aku sensitif, sebab aku sendiri pun pernah merasai nya. Memang pedih bila orang asyik persoalkan. Ini semua kan kuasa Allah! apalah daya kita sebagai hamba, selain dari terus berusaha dan berdoa.
Terjumpa info ini di FB. InsyaAllah boleh kita amalkan.
WasSaLam^_^

Sunday, 12 January 2014

Weekend - HUJAN & LAPAR

AssaLamualaikum
Salam Hujung Mingu. Sabtu dan Ahad kali ini kami di rumah sahaja. Dari pagi Sabtu hingga pagi ini hujan belum berhenti. Matahari tak muncul langsung. Sejuk! Hanya melayan karenah Pa'e di rumah. Budak tumpis yang tak pandai sejuk. Siap marah bila Baba matikan kipas. Haha! kulit kebal dari kesejukan Pa'e ni. Bila hujan-hujan ni, perut pun asyik lapar jak kan. Pagi-pagi dah sarapan nasi goreng kampung dan buat cekodok pisang juga. Tak sempat ambil gambar, semua dah selamat dalam perut. Haha! Tak tau nak buat apa lagi lepas ni. Mungkin nak gosok baju kerja untuk 5 hari terus. Lunch? adoi! nak makan apa ya??. Silap-silap tunjuk kat restoran(pemalasnya). . Hahaha!ok Bye!
Gambar tiada kena mengena! 
Terbaru: Layan gambar Pa'e yang suka sangat buat duck face. Haha!

*Ops! simpati pada rakan-rakan di sini yang rumah dilanda banjir. Bersabarlah.*
WasSaLam^_^

Saturday, 11 January 2014

Babah Dah Ada Geng Memancing

AssaLamualaikum
Jeles tau. Kuling dah ada geng memancing! Ibu juga belum ada geng. Haha! sabor je lah kan. Al-kisah masa balik Tawau hari tu, kan aktiviti kami penuh dari pagi hinggan petang. So, selepas dari mandi-manda di Taman Bukit Tawau tu kami ke Pantai Tinagat, Batu Payung. Agenda utama apalagi ialah memancing. Baba kan kaki pancing dari zaman bujang hingga sekarang. Dah lama kuling tak memancing, so apalagi balik kali ini dia memang dah pesan awal-awal nak mancing. 
Ibu ikutkan jak lah.
Tengoklah gaya Pa'e tu. Sibuk nak duduk tepi baba. Tunggu ikan. 
Nangis masa baba kata tak payah ikut pergi jambatan ni. Hehe!
Dapatlah seekor ikan ni. Tak pasti ikan apa. 
Tak ambil pun, bagi kat orang yang tengah mancing kat situ:)

Mungkin Pa'e akan mewarisi minat baba nya ni. Dah ada tanda-tanda pun. 
Siap cakap dengan baba lagi "Jom pigi mancing baba". Amboi! 
Habislah Ibu kena tinggal selalu.
WasSaLam^_^

Friday, 10 January 2014

Mawi Ft Dato Ac Mizal - Al_HaQ

AssaLamualaikum
Lama tak dengar Dato Ac Mizal menyanyi kan? Jarang dengar dah! sebab sekarang beliau lebih tertumpu pada bidang pengacaraan dan juga perniagaan. Maklum dah bergelar Dato dan jutawan rasanya. Rezeki beliau lah kan. Mawi pun sama macam dah lama tiada lagu baru. So, bila mereka bergabung dalam lagu Al-Haq, memang terdorong juga untuk mendengar:)
Lirik Lagu Al Haq - Mawi feat AC Mizal
(AC Mizal)
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
Tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.
(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
Ya Allah x2,
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita
(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
Ya Allah x2,
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
(AC Mizal)
Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu

Hayati liriknya. Memang penuh dengan bait-bait keinsafan. 
Ya Allah! ampuni lah dosa-dosaku.
WaSsaLam^_^

Pantai Tinagat - Batu Payung Tawau

AssaLamualaikum
Lamanya tak ke pantai. Bila ada masa, memang tak lepaskan peluang. Balik dari mandi manda tu kami ke sini. Last sekali aku ke Pantai Tinagat bersama kulingku masa dalam mood bulan madu lagi kot. Sudah 5 tahun lebih lah kiranya. Haha! punya lama. Pantai Tinagat ni memang salah satu pantai yang menarik perhatian pengunjung warga Tawau terutamanya di waktu petang. Port memancing pun ia. Memang indah dan nyaman. Memandang laut. Terasa ketenangan.
I love this picture. Candid!
Mak, adik &  Pa'e

Masa sampai air baru nak pasang
Nun dihujung sana baba & geng dok memancing
Pasangan pengantin buat photo shoot:)
Matahari nak melabuhkan tirai
oh laut! i likeeee:)
Air sudah pasang:)
Yang ralatnya sebab tak dapat beli kerang yang dijual di sepanjang pantai. Sebab balik lewat sedikit, gerai-gerai dah tutup. Kerang dan ikan yang dijual memang fresh dan murah. Erm! tiada rezeki. Pa'e memang teruja lah tengok laut & pantai. Semangat nak teman baba memancing satu hal, sukanya dia. Entah bila lagi dapat ke sini, walau dekat dan terletak di kampung halaman sendiri tapi bila nak pergi tu ada jak aral nya. Hehe!
WasSaLam^_^

Thursday, 9 January 2014

Tentang GARAM - Betul kah?

sumber : SINI


AssaLamualaikum
Garam dan masakan memang tak dapat dipisahkan. Terjumpa info ini di Facebook.
Buat Tukang Masak, Suri rumahtangga dan siapa saja yg suka masak ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikuti cara Rasulullah S.A.W.

Kita disogok dgn fakta palsu; Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi).

Back to cara hidup Nabi (SAW), Sebelum makan Nabi (SAW) letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan. Sampai di tempat baru, Nabi (SAW) ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru. Untuk ubat penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau. KENAPA?                                                       
Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita. ini sunnah kita.

Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat; Bubuh garam masa nak makan.
SEBAB? 
Garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman. 
Wallahu'alam.
Sekadar berkongsi info. InsyaAllah ianya akan membawa kebaikan. Bermanfaat untuk kesihatan sekeluarga.
WasSaLam^_^

Mandi Manda di Taman Bukit Tawau

AssaLamualaikum
Masih cerita weekend kami. Pagi sabtu 4/01/14 kami menuju ke Taman Bukit Tawau. Perjalanan dari rumah pun tak jauh, dalam 15 minit sampai lah. Untuk mandi manda. Dah lama sebenarnya tak kesini. Last pergi masa Pae umur setahun lebih. Memang suka lah budak tumpis ni mandi. Sampai-sampai jak di sana terus cakap "Ibu jom mandi". Amboi tak sabar-sabar dia. Haha! sekali turun mandi tak mau naik-naik dah. Bibir ketar-ketar kesejukan tetap tak mau naik atas. Haha! sabor je lah anak bujangku ni. Babah dan adik-adik lah peneman dia. Melayan karenahnya dalam air. 
Tengoklah gaya Pa'e tu. Seronok sangat mandi tau!
Ultraman & Spiderman mandi sekali ya! mau meraung kalau benda alah ni tak dibawa. Haha!

Air dah tak dalam sangat. Tak lah risau sangat nak bawa anak mandi manda di sini. Teringat zaman sekolah dulu, di sini lah tempat kami berkelah bila habis jak exam. Dah banyak perubahan, dah ada chalet untuk disewa (cuma tak pasti berapa semalam). Pelampung untuk disewa oleh anak-anak pun ada (RM 5 - Kanak-kanak. Dewasa RM 10). Pengawal Air juga ada (eh! betul kah nama tu?. haha! yang tukang tengok-tengok air kalau naik. Kira macam penjaga pantai tu). Cuma tandas untuk tukar baju jelah masih kurang memuaskan hati.

Caj Masuk Taman Bukit Tawau:
Dewasa : RM 3
6-18 tahun : RM 1
6 Tahun ke bawah: Free
WasSaLam^_^

Wednesday, 8 January 2014

Idea - Bilik Tidur 2

AssaLamualaikum
Dok berangan-angan lagi. Haha! bak kata NUR yang jauh di UK. 
Tak salah untuk berangan-angan. Hihi!
Bilik tidur idaman dan mendamaikan.
Warna pun cantik kan? lembut jak. Yang bestnya ada tempat buku. 
Boleh membaca sebelum tidur!
Alangkah indahnya kalau semua yang kita angankan menjadi kenyataan. Haha! 
Mungkin tak mustahil sekiranya ada usaha + kerja keras.
WasSaLam^_^

Ceria si Tumpis..

AssaLamualaikum
Dah nak masuk 4 tahun bulan Februari nanti. Dah makin panjang akal budak sorang ni. Ada sahaja karenah yang menggelikan hati. Tak kurang juga gaya yang buat Ibu tensen. Haha! biasalah budak-budak kan? apa pun dialah penyeri hidup. Menghilangkan stress. 
Terbaru juga, Pa'e suka buat muka bila kita ajak ambil gambar. 
Memang tiadalah gambar yang perfect. Haha!
Tengok lah tu. Gambar ni aku snap berturut-turut tau. Semuanya dia buat memek muka spontan. Hihi. Bila tengok semula, mesti gelak sorang-sorang. Mulut pun tak berhenti bercakap & bertanya. Kalau rumah sunyi maknanya dia tidur lah tu. Haha!
Itulah my Muhammad Irshad Rifae a.k.a Pa'e @ Budak Tumpis. Menghiburkan & lucu.
WasSaLam^_^