Monday, 31 March 2014

Buah Tangan Untuk Peserta

AssaLamualaikum
Khamis baru ni (27/03/2014) kami menjadi penganjur Perhimpunan Pagi bagi pihak hospital. Sekaligus Hari Memperingati 1 Tahun Peristiwa di Tanduo. Selalunya bila unit kami menganjurkan sesuatu majlis, memang peserta tidak akan pulang dengan tangan kosong. Dan inilah yang kami beri pada setiap peserta yang datang pada pagi itu. 
Bakul manik mutiara yang amat comel. 
Seorang dapat 1. Siap letak gula-gula:)
Ada 120 bakul untuk setiap peserta. 
Itupun tak cukup, yang datang awal memang rezeki lah:)
Cantik kan? Memang semua yang datang puas hati. 
Kenangan kecil daripada unit kami.
WasSaLam^_^

Saturday, 29 March 2014

WANITA-Petua Untuk Sihat

AssaLamualaikum
Zaman sekarang macam-macam penyakit kan? kekadang kita yang mendengar/baca gerun dibuatnya. Sekadar berkongsi tips-tips dibawah. Moga memberi manfaat pada kita semua:
Apa yang baik boleh kita amalkan.
Motivasi buat diri sendiri juga, dah seram sejuk tengok diri di cermin. Hahaha! bila lah nak turunkan berat badan? bila lah nak start bersenam balik atie oiii?? Bila lah nak membuang lemak-lemak yang ada? Haha! WAKE UP ATIE! 
WasSaLam

Friday, 28 March 2014

Sedih & Pilu # Mesir 529..

AssaLamualaikum
Tragedi 529 Mesir amat menyayat hati. 
Ya Allah! macam-macam menimpa umat Islam sekarang ini.
Kata-kata akhir Syed Qutb pengarang 
Tafsir Fi Zilalil Quran yang syahid di tali gantung menentang kekejaman.
Copy paste: Facebook
Sedih, pilu bila saudara seagama dihukum tanpa keadilan. 
Moga mereka semua ditempatkan dikalangan para syuhada. Amin! :(
WasSaLam

Tuesday, 25 March 2014

Sedih Menyelubungi #MH370

AssaLamualaikum
Aku dah balik. Dah start kerja semalam. Tapi belum ada mood. Hari ini plak dikejutkan dengan berita MH370. Ya Allah! sedih sampai menitiskan air mata. Tabahkan hati ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Berikan mereka kekuatan ya Allah!
Jauh disudut hati masih mengharap keajaiban, ada penumpang dan anak kapal yang terselamat. ALLAH MAHA Berkuasa. Tiada yang mustahil. Salam Takziah. Al-Fatihah! 
WasSaLam :(

Monday, 17 March 2014

BLOG Bercuti :)

AssaLamualaikum
Saja nak habaq yang blog tak picisan ini akan bercuti. Kemungkinan memang tak dapat publish apa-apa entry bermula hari ini 17hb-21hb Mac 2014. Uwaaanya lamanya tak dapat update! 
So, jangan rindu dengan kamek ya! perasan. Haha! You all jangan nakal-nakal tau sepanjang ketiadaan I. Kalau nakal, balik nanti I rotan. Haha! 
Mesti I rindu dengan you all. 
Google
Jangan lupakan daku. Aku pergi tak lama. 
DOA kan segala urusan ku disana berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin!
Sampai jumpa lagi.
*N3 auto publish*
WasSaLam^_^

Sunday, 16 March 2014

Sibuknya-Packing!

Salam Minggu semua. Korang buat apa tu? Aku sibuk packing hari ni. Mula lah pening fikir baju apa nak bawa. Berapa helai nak bawa. Nak guna beg yang mana satu. Haha! diri sendiri yang kelam kabut. Paling penting keperluan hero ni. Budak-budak kan baju dok tukar ganti. Rasanya baju dia lah yang paling banyak pun. Kalau kami ni pakai lah seringkas yang boleh. Huhu! Ops! jangan lupa keep praying for MH370 ya. Dengan Izin Allah, pesawat tersebut pasti akan ditemui. Amin. WasSaLam.

Saturday, 15 March 2014

Petua untuk Kebersihan Rumah

AssaLamualaikum
Salam hujung minggu you all! Mesti hari ini dan esok adalah hari untuk membersih dan mengemas rumah. Maklumlah, bagi yang bekerja hujung minggu inilah kesempatan tu baru ada. Mana tau bolehlah guna petua-petua dibawah ini dalam proses mengemas rumah:)
Kuasa Kopi Menghilangkan Bau Tandas:

Mungkin tidak ramai yang tahu khasiat hampas kopi bukan?
Kopi bukan sahaja untuk diminum. Hampas kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya ialah masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.
Mengembalikan Seri Lantai Marmar

Bagi mengembalikan seri lantai marmar, ambil setengah baldi air yang dicampurkan dengan semangkuk kecil kapur sirih serta lima sudu besar garam halus. Gunakan campuran ini untuk membersihkan permukaan marmar dan lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Cicak Anti Kulit Telur Ayam
 
Sekiranya ingin mengelakkan keadaan ini daripada berterusan, anda boleh cuba elakkan kehadiran cicak tersebut menggunakan kulit telur ayam. Ini kerana cicak alergi dengan mineral  kulit telur ayam. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan membasuh dan keringkan kulit telur selama 2 atau 3 hari . Pecahkan kecil-kecil sehingga membentuk saiz lima atau sepuluh sen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod menggunakan gam dan tempatkan di mana-mana sudut yang anda ingin elakkan daripada di kunjungi cicak. 
SumberImpiana

Selamat mencuba. Moga memberi manfaat.
WasSaLam^_^

Friday, 14 March 2014

Thursday, 13 March 2014

Belum ada Berita #MH370 :(

AssaLamualaikum... 
Tengah tengok sidang media tentang MH370 di Astro Awani. Nampaknya belum ada berita kemana hilangnya pesawat tersebut. Ya Allah! kita yang bukan ahli keluarga pun runsing dan bersedih, apatah lagi keluarga mangsa yang terlibat. Pelbagai teori dan spekulasi yang timbul, tapi satu pun belum dapat dipastikan. Bersabarlah rakyat Malaysia! InsyaAllah cepat atau lambat dengan izin-NYA segala misteri tentang MH370 akan terjawab. Teruskan berdoa. 
WasSaLam

Si Tumpis Oren..

AssaLamualaikum
Suka sangat pakaikan budak tumpis dengan warna oren. Nampak hensem anakku itu bila berbaju oren. Haha! jangan muntah OK. Kihkih. Kalau bukan Ibu dia ni puji, siapa lagi nak puji kan? Alah! anak-anak korang semua pun hensem-hensem bah! Yang ada anak perempuan pun comel-comel dan cute. Yang masih bayi pula semua bam-bam dan geram je nengok nya. Kalau dekat dah lama ku cubit-cubit. Haha!
Baju from Temerloh. Pakcik dia belikan. 
Suka sangat dia pakai, walaupun dia bukan orang Temerloh:)
Selfie versi Oren:)
Ibu pun enteprem dengan budak oren!:)

Seminggu dua ni makin bertambah manjanya. Makin aktif ajak baba bertumbuk. Haha! sabor je lah. Aku tak masuk campur dalam aktivit-aktiviti wrestling ni. Sakit oo kalau kena tulang-temulang dia ni. Mau terjerit dibuatnya. Babah bolehlah dah tulang besor. Haha!
*Paling sayu: bila tiap pagi tak bagi aku pergi kerja:(
WasSaLam

Wednesday, 12 March 2014

Gambar Untuk Passport Pa'e

AssaLamualaikum
Alhamdulillah pagi tadi dah siap buat Passport Malaysia untuk Ibu, babah dan Pa'e. Sebenarnya kami punya just renew sebab sudah tamat tempoh. Pa'e plak baru 1st time buat untuk dia. 
Lucu juga tau. Sebab susah bebenor nak tangkap gambar budak tumpis tu. 
Tunggu dalam 5 minit siaplah. 
Dengan caj rm12 = 4 keping gambar.
Haha! inilah muka serius yang nak ditempek di passport abg Pa'e. 
Penat apek Cini tu suruh senyum, ini juga muka yang terhasil. Haha! serius.

Ini plak muka masa nak pergi Emegresen. 
Lain yang Ibu sedia baju untuk dipakai, lain plak yang pengasuh dia pakaikan. Huhu!
InsyaAllah minggu depan kami sekeluarga akan bercuti. Tapi cuti dekat-dekat sahaja. Naik boat dalam sejam lebih sampailah (kira luar Malaysia juga). Ada urusan keluarga yang kena diselesaikan. 
Nanti aku update ceritanya ya!
WasSaLam^_^

Tuesday, 11 March 2014

Cuaca Panas, My Irshad Selsema

AssaLamaalaikum
Seminggu dua ni cuaca agak luar biasa panasnya. Memang terasa bahang mentari bila keluar berjalan diluar. Mula lah terasa asyik nak minum air yang berais. Pastu malam-malam mula sakit tulang. Haha! (sebab aku ni kalau minum ais jak mesti malam sakit tulang).Pa'e plak cuaca panas ni kena selsema. Dah berapa hari dah. Berhingus dan sedikit batuk. Semalam bawa dia pegi klinik.
Sempat lagi berselfie sementara tunggu Dr
Gaya budak tumpis. 
Sempat ukur tinggi Pa'e masa tunggu Dr datang. Dah 41cm anak Ibu ni. 
Tinggi dah dia. Tapi tulah badan kurus jak! kesian, dah baka kurus-kurus tinggi. Hehe!
#Pray For MH370 :(
WaSSaLam

Monday, 10 March 2014

Budak Tumpis & MakCu nya..

AssaLamualaikum
Cerita budak tumpis dan adik bongsu ku yang dipanggil MakCu. Pa'e dan adik aku ni kira rapat juga sebab dah jadi kawan baik dia bila berjumpa. Kira kawan bergaduh dan kawan dibawa bermain. Sebab MakCu dia suka melayan karenah Pa'e. Kalau balik Tawau, memang adik-adik lah yang melayan dia. 
Tengoklah gaya mereka.Haha!
Menurut sahaja kalau MakCu suruh Selfie:)
Layanlah gambar-gambar Budak Tumpis dan MakCu nya yang suka berselfie. Macam-macam gaya depa ni. Sebenarnya MakCu Pa'e ni dok tunggu keputusan STPM nya. Tu yang datang sini tolong jenguk-jengukkan Pa'e dirumah (walaupun ada pengasuh sedia ada)
Tak lah risau sangat bila tinggalkan budak tumpis tu. Suka dia ada MakCu. Tapi semalam MakCu dah balik ke Tawau. Sebab ada urusan. Tinggal lah Budak Tumpis dengan pengasuh lagi.
Nanti MakCu datang lagi ya Pa'e.
WasSaLam

Sunday, 9 March 2014

Pray For MH370..

AssaLamualaikum
Erm! Masih mood sedih. Hujung minggu ini adalah hujung minggu yang tak ceria bagi family kecil ku. Kami terpacak depan TV menantikan ada berita baik. Menantikan akan ada keajaiban berlaku.
Ya Allah! dimana kah MH 370?? 
Selamatkan lah seluruh penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan tersebut. 
Ya Allah! KAU permudahkan lah usaha mencari kapal terbang tersebut. 
KAU tunjuk kan lah jalan pada pasukan penyelamat yang dihantar. 
Amat terkejut dengan berita kehilangan pesawat MAS MH 370 ini. Seawal pagi lagi terima What Apps dari group office kami. Ya Allah! automatik perasaan sedih menyelubungi, walaupun seluruh penumpang dan anak kapal tidak kita kenali. Paling sedih bila melihat wajah-wajah keluarga mereka yang menanti berita. Moga MH370 akan ditemui dan berada dalam keadaan baik-baik. 
Sama-sama kita doakan ya!
*Tolong jangan percaya dengan sebarang spekulasi yang tidak sahih :(
WasSaLam^_^

Saturday, 8 March 2014

CPUV # LINE SHOPPING

AssaLamualaikum
Selamat berhujung minggu you all! Nak say Thank You pada Mr Nuffnang sebab sudi bagi CPUV Line Shopping. Terkejut juga bila buka akaun Nuffnang ada CPUV baru. 
Sebab dah berkurun Nuffnang menyepi. Rezeki Pa'e lah ni. Hehe!
Rezeki selama berblog. Belum cash out sebab jumlah pun tak seberapa:)
Sudi-sudikan lah kengkawan klik Line Shopping ni ya kalau ternampak ia muncul. Hehe! Web ni ala-ala shopping kat IG juga. Sesiapa yang ada install LINE boleh lah like page LINE SHOPPING ni. 
Selamat bershopping ya! 
WasSaLam^_^

Friday, 7 March 2014

Thursday, 6 March 2014

2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU " 12 MAC 2014

   AssaLamualaikum

Jom! Jom ramai-ramai join GA Kak Yati sempena ulang tahun kedua blog beliau. 
Syarat-syarat nya pun mudah:


Syarat-Syarat nya :-
1. Jadilah sahabat di blog saya... maknanya jadilah follower saya :)
2. Buat entri tentang Giveaway saya ni di entri kekawan ye tulis "2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU " 12 MAC 2014"
Jika tak keberatan buatlah sedikit komen mengenai blog saya di entri kekawan ye...
3. Tag tiga kekawan anda utk menyertai Giveaway ni..
4. Giveaway ini bermula 5 Mac sehingga 12 Mac 2014

KLIK SINI untuk join.
 Hadiah-hadiah pun menarik.
WasSaLam^_^

Bawa Mak & MakCu Pa'e Makan Pizza

AssaLamualaikum
Cerita Jumaat malam lepas. Cerita babah nak belanja makan di luar. So, bila pening nak decide makan dimana, tanya jak lah budak tumpis tu nak makan apa. Selamba dia jawap "Abg Pa'e nak makan Pizza". Ikutkan lah selera anak. Walhal yang makan lebihnya Ibu & babah. Haha! Kebetulan ada mak dan MakCu Pa'e bawalah mereka sekali. Bukan selalu pun dapat makan bersama diluar.
Order Pizza Beef & Mushroom request by Hubby
Tumpis muka serius tunggu Pizza.
Ibu lapar tunggu Pizza. Lambat! 
Mak Tercinta & Makcu Pa'e
Babah serius tengah sembang dengan anak 
Udang Tempura
Menu kami:)
Muka kekenyangan:)

Kami sebenarnya jarang makan di Pizza ni. Kalau ada request dari budak tumpis barulah pergi. Hehe! Awal-awal bulan biasalah, Pizza sentiasa penuh. Ramai orang, terpaksa tunggu. Bila dah ramai tu service pun jadi lambat lah, kata 17  minit pizza siap. Last-last dekat 30minit baru siap. Sampaikan Pa'e cakap dah mengantuk lah Ibu tunggu Pizza. Huhu!
WasSaLam^_^

Wednesday, 5 March 2014

Betul-Betul Meleleh Cheese nya...

AssaLamualaikum
Saja nak tayang dengan kome! Jangan terliur plak. Hihi. Tempah dari member seopis yang memang terer baking. Puan Malisa dan pemilik web Mama Cake House. 
Buat kudapan petang. Memang betul-betul cheese meleleh. Puas hati. 
Jemput tengok! Nyum! RM8/per box.

Tak rugi membeli. Ibu, babah & Pa'e pun suka. Hihi.
Kome kalau teringin, buat lah sendiri ye atau pun cari kat mana-mana kedai kek berdekatan. . Haha! (jahatnya daku). Kihkih. Gurau jak. Jangan marah na.
WasSaLam^_^

Tuesday, 4 March 2014

Aduh! Sibuk.. Maaf Ya...

AssaLamualaikum
Hi You all! kurang entry plak minggu ni. Agak sibuk sedikit sejak kemarin. Maaf ya kengkawan, mungkin tak sempat BW tempat korang. Kerja oh kerja! menuntut perhatian yang lebih. Banyak cerita hendak dikongsi tapi masa tak mengizinkan. Hehe.
Jumpa lagi. Bye!
WasSaLam^_^

Monday, 3 March 2014

Random Picture Pa'e-10

AssaLamualaikum
Bila tiada idea. Selalu macam ni kan. Kalau idea datang malas plak nak menaip. Bila keinginan nak menaip tu ada, idea plak hilang. Haha! sabor je lah! Korang layan jak lah gambar-gambar budak tumpis ni yang semakin menjadi-jadi selfie nya. Kome jangan gelak kan anak bujang aku ni:
Paling nak gelak bila tengok gambar ni. Adoi. Macam-macam lah tumpis ni.
Hah! versi gelembung muka. Haha!
Versi cebik bibir!
Versi mengantuk pun ada:)
Versi serius. Minta beli topi Ben 10. 
Suka sangat dia pakai sampai tidur pun nak pakai topi.

Semua gambar adalah hasil tangkapan semalam. Jalan-jalan cari makan dihujung minggu. Jalan pagi balik petang. Sampai rumah pengsan. Haha!
WasSaLam^_^

Sunday, 2 March 2014

Ahad - Sedikit Sibuk :)

AssaLamualaikum
Dah Malam baru nak up entry. Hehe! nak juga berceloteh sebab rasa semacam bila tiada entry. Dah namanya blogger walaupun picisan. Haha! Erm, hari ni aktiviti basuh baju. Pastu tunggu my Kuling balik sebab Kuling ada meeting Veteran ATM. Kuling balik, terus bergegas ke stesen bas sebab Mak tercinta nak balik Tawau (dah dekat 2 minggu Mak duk sini lawat cucu nan sorang ni). Kami plak memang nak plan beli barang dapur hari ni sebab stok-stok bahan nak masak semuanya dah kehabisan. Kering kontang dapur ku. Haha! Seterusnya singgah makan di Sabah Chicken Rice. Babah suka sangat makan nasi ayam kat situ. Ikut je lah walaupun aku tak berapa nak berkenan. Kesedapan nasi ayam nya dah kurang lah berbanding dulu-dulu. Makan pun semata-mata Nasi+Ayam t******** bak kata Chef Wan. Huhu.
*Korang buat apa hari ini??*
WassALam^_^

Saturday, 1 March 2014

Keyword Pilihan #10

AssaLamualaikum
Macam-macam ada. Inilah yang dicari di blog picisan ini. Moga memberi manfaat:
Keyword pertama tu agak menakutkan. Harapnya tiadalah yang memukul anak atau memarahi setiap hari ya. Kesian, anak umur 3 tahun mana tahu apa. Kesan pada anak juga adalah tak bagus. 
Ada buat N3 tentang ini. Moga menjadi pengajaran. Salam Hujung Minggu semua. 
WasSaLam^_^