Saturday, 31 May 2014

Segmen Geng Blogwalkers

AssaLamualaikum
Berkurun tak join segmen. Hari ini ada perasaan nak join segmen Fae. Blogger adik manis dari negara Brunei Darus Salam. Hehe! last-last minit baru join, takpa kan Fae (hari last ). Janji join:
Klik SINI untuk Join
Translate Bahasa Melayu Brunei "inda ku mengarti kurapak Brunei." :
= "Aku tak pandai cakap Brunei" (Betul kah Fae?? haha!)
WasSaLam^_^

Friday, 30 May 2014

Thursday, 29 May 2014

Blog - Tukar Kulit Lagi

AssaLamualaikum
Kadang rasa jemu juga ngadap blog sendiri. Haha! itu adalah aku ya. Sejak dua tiga hari lepas macam rimas plak pandang blog sendiri. Haha! itu yang bercita-cita nak tukar wajah lagi. Tunggu mood rajin datang. Dan semalam rajin itu datang. Maka terhasil lah kulit baru bak kata Kak Hainom OKje. Hehe!  tapi header tetap samalah masih wajah budak tumpis sorang tu. Dah tak tau nak letak apa, so letak lah muka pujaan hati a.k.a bujangan Ibu.  Haha! 
Korang jangan lah bosan nengok muka dia yo! kihkih.
selamat tinggal kulit lama (bibir). Hehe!
Cik akak yang perasan pertukaran kulit blog picisan ni:)
Harapnya korang tak bosan berkunjung kesini, walaupun dah berapa kali bertukar wajah. Terima kasih pada kalian yang tak jemu berkunjung. Sayang semuaaaaa!
*Sebenarnya bab-bab edit blog ni memang tak reti, buat yang basic sahaja tau lah. 
Godek-godek, jadilah juga. Suka biru polkadot. Simple kan? Hehe!*
WasSALam^_^

Pa'e yang Fanatik Kartun

AssaLamualaikum
Macam mana nak buat ni. Budak Tumpis ni sekarang fanatik sangat lah dengan segala macam kartun di Astro Ceria tu. Adoi! naik pening lah ibu dek menghadap kartun setiap masa. Dah tu kalau kita tukar channel lain, comform lah merajuk. Rajuk yang menjadi-jadi. Nangis sambil hadap dinding. Siap kata 'Ibu dah tak sayang abg Pa'e ker? amboi! 
Nah seketul gambar budak tumpis yang makin banyak cakap. Suka menyanyi & menari sekarang ni. Mood belajar nya on off. Tapi bila kita tanya soalan ke apa, pandai plak dia jawab. 
Haha! Sabor jak lah ya! 

Yang tak bestnya budak ni sanggup berjaga malam tau sebab nak tengok kartun. Ya Allah! kekadang sampi pukul 12:00am lebih tak tidur-tidur lagi. Selalu lah Ibu tertidur menunggu dia. Cuma bila terjaga, eh! belum tidur budak ni. Hish! Kartun-kartun yang tak lepas dari matanya : 1. Ultraman. 2. Hagemaru. 3. Ninja Hatori 4. Invention story. 5. Upin Ipin 6. Pada Zaman Dahulu. 7. Kapten  Boleh. hah! tengok tu siap senarai kartun kegemaran dia. Besor nanti awak baca lah kisah awak ni Pa'e oii. Haha!
WasSaLam^_^

Wednesday, 28 May 2014

Si Koboi Cilik...

AssaLamualaikum
Entry lepas aku bercerita tentang mak, bapa, kakak-kakak dan abang-abang koboi Malam Mesra tu. Kali ni nak mempersembahkan koboi-koboi cilik yang comel. Haha! 
Depa lah yang paling hensem dan comel sebenarnya.
Pa'e dah buka kasut :)
Koboi peace..
BFF konon dengan abg Ajim:)
Yang ini paling comel. Zahin (anak bos :)
*Ajim & Zahin = anak bos aku*
Aku memang bawa Pa'e malam tu. Kesian plak kalau nak tinggal dengan pengasuh. Lagipun masih boleh handle lagi budak ni. Hehe! sepanjang malam tu memang OK lah gaya dia. Cuma bila dah ngantuk sikit start lah berperangai. Hihi! minta dukung nak tidur, katanya. Erm! Budak-budak pun enjoy malam tu.
WasSaLam^_^

Tuesday, 27 May 2014

Tq Bos! - New HP Probook

AssaLamualaikum
Saja nak abadikan di sini. Last week terima HP Probook dari pihak pengurusan. Terima Kasih Bos! Harapnya dapat digunakan sebaik mungkin. Dapatlah menggantikan laptop lama ku ni yang dah berkhidmat masuk tahun ke-7. Walaupun dah nampak usang dan gigi nya pun dah tercabut (dek Pae). Haha! Tapi jasanya tetap ku kenang kerana inilah harta pertama ku dalam dunia pekerjaan. 
Fresh dari ladang. Hehe!
HP Probook-Intel Core i5. Paling aku suka sebab ringan dan nipis. 
Senang nak angkut ke mana-mana.
Dapat HP ProBook ni atas sebab-sebab tertentu. Tak perlulah cerita disini kan. Biarlah menjadi rahsia diriku sendiri. Hehe! Apapun terima kasih pada yang memberi. 
Aku sangat menghargainya.
WasSaLam^_^

Monday, 26 May 2014

Isnin Yang Kelam Kabut

AssaLamualaikum
Hari ini agak kelam kabut sedikit. Pagi-pagi dah receive banyak isu dari user. pening kapla jadinya. Nak sarapan pun tak menyempat. Makan pun jadi tak bernafsu. Huhu! banyak yang kena settle kan. Tambah-tambah sini nak cuti Harvest Festival (29-30hb/05/14)
Tu yang semua nak cepat. Sabor je lah!
Jumpa nanti. 
Bila dah berkurang kesibukan bolehlah aku berkunjung ke rumah kalian. Tunggu! Hehe!
WasSALam^_^

Friday, 23 May 2014

Salam Jumaat 43

AssaLamualaikum
Salam Jumaat kengkawan semua. Moga hari ini lagi baik dari hari semalam. 
Sekadar ingat mengingati diantara kita.
Selamat bekerja pada yang bekerja. Pada yang berada dirumah selamat menjalankan rutian harian seperti biasa. Moga kita semua dapat menjalani hidup dengan tenang dan mendapat keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan. Amin!
WasSaLam^_^

Thursday, 22 May 2014

Malam Mesra HLDU 2014 - Tema Cowboy!

AssaLamualakum
Kejadian berlaku pada 17 Mei 2014 (Sabtu) last week. Setelah buat Persediaan untuk Malam Mesra HLDU  maka hari yang ditunggu pun tiba. Penat juga menyediakan apa yang patut. Akhirnya setelah pening-pening memikirkan tema apa yang bakal kami persembahkan, kami sepakat memilih tema cowboy/cowgirl. Hehe! pening juga nak beli baju, topi, skaf dan alatan yang sepatut nya. Maklum pilihan kat sini sangat terhad. Rembat apa yang ada kat kedai jak lah jawab nya.
Kami lah cowgirl. Haha!
Bersama team mate yang sporting :)
Kami di Gerai IT yang berbentuk Hot dog :)
Sesi candid! Muka masih hitam dek panas berfutsal. Haha!
Bersama adik-adik yang sporting:)
Roti @ Hot dog IT yang laris. 5 minit dah habis :)
Cowboy-cowboy yang smart. Haha!
Malam yang sangat happening. Dengan pelbagai persembahan dan anugerah untuk hospital (anugerah APC, anugerah sukan dll). Tak sempat nak snap gambar unit-unit lain sebab sibuk di gerai sendiri. Kiranya Malam Mesra ini akan dibuat setahun sekali. 
So, jumpa lagi tahun hadapan:)
WasSaLam

Wednesday, 21 May 2014

Lawak Petang 20

AssaLamualaikum
Moh lerr kita senyum! 
sebenarnya bukan senyum ni, ketawa dibuatnya bila tengok gambar ni.
Hahaha! mesti korang ketawa kan? jangan tipuuu. Adoi! lawak betul lah.
*Dok melawan kesejukan ni, gilaa punya sejuk. 
Aircond pastu hujan lagi kat sini. Beku satu badan*. Haha!
WasSaLam^_^

Keputusan Futsal Purple Team

AssaLamualaikum
Last week kan ada cerita tentang Futsal Purple Team. Cerita unit kami ikut pertandingan futsal diantara unit-unit hospital. So, diri ku yang tak berapa terer tendang bola ni di joinkan jugak. Haha! mulanya sebagai pemain simpanan sahaja. Tetapi bila tiba hari kejadian, diri ku dijadikan juga salah satu pemain utama. Iaitu sebagai defend konon! 
gerun juga dibuatnya. Haha!
Team kami
Sesi pemanasan:)
Masa perlawanan
Bergambar bersama pihak lawan
sempat lagi peace:)
sesi perlawanan:)
aku dibelakang sana. Haha! bertahan supaya bola tak bolos! haha
Dan akhirnya kami dapat nombor 3. Hehe!
 Nak bagitau, kami bermain dalam 5 perlawanan (Sabtu & Ahad -11 & 12hb Mei 2014). Ya Allah! rasa nak pengsan tau. Dah lah turn kami selalu nya kena tengah hari dikala mentari panas terik. Adui! habis muka hitam legam jadinya. Haha! Sabor je lah. Dek semangat kesukanan tu kami rempuh jua. Happening lah! dan nak habaq kat sini 4 sesi perlawanan full main (aku defend), tiang gol aku hanya ditembusi 1 gol sahaja. Haha! Kami kalah sebab tendangan penalti jak tau. 
Memang enjoy main futsal ni. Seronok!!
WasSaLam^_^

Tuesday, 20 May 2014

Persediaan Malam Mesra HLDU 2014

AssaLamualaikum
Minggu lepas memang sedikit sibuk. Tu yang tak sempat nak menjengah rumah kalian. Sibuk sebab ada sambutan ulang tahun hospital dan malam mesra. Sibuk buat persediaan fikir nak sajikan menu apa sebab setiap gerai mesti sedia menu untuk 150 orang makan. Sibuk fikir nak buat tema apa untuk majlis malam mesra tu. Pokok nya SIBUK bah! haha!
Mula-mula buat yang ini. Kotak untuk mini Buger
Kotak siap jadi begini :)
Inilah Mini Burger IT @ Roti Hot dog unit IT :)
Laris! tak sampai 5 minit dah habis 
di agih-agihkan kepada pelawat yang datang malam itu.
Sebenar nya semua ni dipertandingkan. Tapi sayang unit kami tiada rezeki untuk menang. 
Tahun lalu kami menang tau. Hehe! 
Apapun yang penting kerjasama dan kami semua enjoy malam tu. 
Boleh cuba lagi tahun depan. Hehe!
WasSaLam^_^

Monday, 19 May 2014

London Pusat ‘Selfie’ Dunia..

AssaLamualaikum
Tergelak juga bila baca berita ini di Metro. Haha! fenomena selfie dimana-mana. Menurut sini :

London: Bandar raya London kini bukan lagi dikenali sebagai antara kota paling sibuk dan besar, sebaliknya dianggap sebagai pusat “selfie” dunia.

Menurut analisis daripada pakar media sosial London menjadi bandar raya paling banyak menjadi latar untuk seseorang melakukan “selfie”.

Suggestme.com berkata, sebanyak 14 peratus “selfie” mencatatkan kawasan seperti London Eye, bangunan parlimen dan Istana Buckingham sebagai antara kawasan paling popular untuk aksi berkenaan.

Mengikuti London ialah bandar raya New York apabila Time Square dan patung Statue of Liberty menjadi pilihan utama pengamal “selfie.” Suggestme.com menganalisis 6.3 juta jumlah mesej dalam Twitter, Facebook , Instagram dan laman sosial lain sebelum membuat kesimpulan itu.

Tempat ketiga diduduki Amsterdam manakala Barcelona, Paris, Berlin, Rome, Sydney, Istanbul, dan Athens berada dalam kedudukan sepuluh tangga teratas. - Agensi
Foto
ORANG ramai mengambil gambar ‘selfie’ bersama Perdana Menteri Britain David Cameron di 
London.
Tengok tu, PM depa pun sporting selfie dengan orang ramai. Hehe! Agak-agak bila Malaysia nak duk di tangga negara yang rakyat nya suka berselfie?? Haha!
WasSaLam^_^

Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru 2014

AssaLamualaikum
Semalam sunyi tanpa entry. Sibuk bebenor. Ada majlis yang bakal berlaku. Nanti aku cerita kemudian majlis apa ya. Hari ni just nak ucapkan Selamat Hari Guru pada semua teman-teman blogger yang bergelar guru. Jasa anda amat kami hargai. 
Terima kasih kerana mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi.
Nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah mendidik ku. Guru di SK Kinabutan, SMK Kinabutan & SMK Tawau, Tawau Sabah. Serta tak lupa pada semua pensyarah ku di UUM, Sintok Kedah sesi 99/2003. 
Ya Allah! tak terbalas jasa mereka semua. 
Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
WaSsaLam^_^

Wednesday, 14 May 2014

JOM Ber Qaseh Gold..

AssaLamualaikum
Dalam usaha untuk menambah zuriat (nak bagi Pa'e adik), hehe! berusaha dan berdoa tak putus. Ada adik member perkenalkan minuman sunnah ni. Qaseh Gold:
Bahan-bahan & Khasiat Qaseh Gold:
Isi kandungan QASEH GOLD ADINDA & KEKANDA: Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti:- Kurma, Madu, Za’Faran, Habbatus Sauda’, Buah Tiin, Zaitun, Ekstrak Delima, Arabic Gum & Air Zam-zam. 
Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti:-
Gingko Biloba & Sireh. 
*Memang kaya dengan makanan sunnah*

Permulaan aku ambil set untuk suami isteri. Sekadar mencuba apa salahnya. 
Kita berusaha, Allah jua penentu segala, kan? tetap redha dengan ketentuan nya.
Doakan aku dapat memberi Pa'e adik:)
WasSaLam^_^

Monday, 12 May 2014

Random Picture Pa'e - 12

AssaLamualaikum
Lagi mood kekeringan idea. Maklum esok nak cuti lagi kan? sempena Wesak Day. Tu yang ada sedikit sifat malas. Haha! Layan gambar Budak Tumpis jak lah! kot-kot ada yang rindu budak pot pet pot pet yang suka sangat layan kartun Hagemaru sekarang ni :
suka gambar ni! nampak dah bujang kan my tumpis? hehe!
Dah pandai peace yo!
Aktiviti kegemaran bila ada masa lapang bawa dia berjalan. 
Inilah requestnya. Pau Ibu & babah lah!
Bila berselfie inilah kejadian nya. 
Tak habis-habis duck face & jelir lidah. Haha!
Sekarang dah umur 4 tahun 3 bulan. Macam-macam perkembangan. Kalau Ibu & babah bercakap, insyaAllah dia dah faham. Cuma tu lah kekadang tantrum tu nampak juga bila dia tengah marah. Sedikit merisaukan. Harap-harap tak berterusan.
WasSaLam^_^

Lepak Petang di Highway Tawau

AssaLamualaikum
Masih cerita balik kampung hari tu. Hihi! tak habis-habis. Hari pertama yang kami sampai tu, sebelum balik rumah sempatlah jalan-jalan dulu. Melepas gian nak makan Martabak Jawa dan minum air kelapa susu sambil menikmati pemandangan petang di tepi laut. Hehe!
Tengoklah gaya hero tu. Tak reti duk diam:)
Teman-teman. Tengoklah mata Pa'e tu, siap tutup lagi:)
Martabak & kelapa susu yang mables! nyum! Cecah martabak tu yang sedap!
Kawan pantai ditepi highway Tawau yang sudah di naik taraf. 
Zaman bercinta dengan babah Pa'e dulu tak cantik macam ni Hehe! 
sekarang dah diperindah dan lebih selamat untuk anak-anak kecil. 
Nyaman bila melihat laut.
Pemandangan dari atas kereta. Memang cantik!
Kawasan highway Tawau ni memang menjadi tumpuan orang ramai diwaktu petang. Terutama dihujung minggu. Ramai lah yang membawa anak-anak disini. Ada juga yang memancing. Kiranya tempat riadah juga lah bagi yang berkeluarga. Ada juga disediakan taman untuk kanak-kanak bermain. Masa pergi ni kami tak singgah ke taman permainan tu sebab penuh dengan orang ramai. 
Just bawa Pa'e ronda-ronda dan ambil angin petang.
WasSaLam^_^