Monday, 30 June 2014

Hi! Aku Dah Balik :)

AssaLamualaikum
Pstttt! Haiii... nak habaq kat hangpa, aku dah balik dari bercuti-cuti. Haha! (macam jak ada yang mencari). Kihkih. Biasalah masih mood malas. So, entry cuti-cuti nantilah ya baru di update. Tunggu mood rajin celoteh mai. Rindu kamu semua. Nanti free, aku jalan-jalan rumah hangpa ya. Sekian. 
WassaLam

Monday, 23 June 2014

Http://www.learning4kids.net

AssaLamualaikum
Berkongsi web kanak-kanak yang amat bermanfaat untuk anak-anak kita. Dikala bosan-bosan tu bolehlah buat aktiviti-aktiviti yang menyeronok kan. Aku selalu juga meninjau aktiviti disini yang boleh dibuat bersama my tumpis tu. Kalau perasan adalah dua tiga aktiviti yang Pa'e buat aku ambil idea dari web ini. Mana tau kawan-kawan pun nak mencari aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak, boleh lah rujuk web ini.
Aktiviti pun dibahagikan mengikut peringkat umur. So, tinggal klik umur anak-anak kita. Memang bermanfaat. Selamat Mencuba! Sharing is charing!
WasSaLam^_^

Friday, 20 June 2014

Menanti Saat Terbang

AssaLamualaikum. 
Masih berada di bumi Tawau. InsyaAllah petang ni flight jam 6.55pm ke KLIA2. 1st time akan landing sini. Selalu kan LCCT. Pagi ini sempat lagi membeli apa yang patut buat ahli keluarga En Kuling di Semenanjung. Adalah beli sedikit ikan bilis, Udang kering, Sotong Kering dan Ikan Keropok Masin untuk dibahagi-bahagikan. Sempat juga bawa tumpis potong rambut sebelum balik. Doakan moga semua berjalan lancar.
Sampai jumpa nanti. 
WasSaLam

Thursday, 19 June 2014

Aku Selalu Terfikir..

AssaLamualaikum
Bukan berputus asa. Sekadar berkongsi, jikalau hal ini benar-benar berlaku. Bersediakah kami melepaskan nya pergi jauh. Jika ditakdir kan hanya dia seorang permata hati kami. 
Ya Allah! tak tahu macam mana situasi nya nanti. 
Walaupun dia masih kecil, tapi hal-hal begini sudah selalu bersarang difikiran. 
Bukan setakat Ibu, babah pun sama berfikir. Hehe!
Bersedia kah kami melepaskan Pa'e pergi jauh. Jika dia ada rezeki menuntut ilmu di tempat orang. Aduh! macam mana ya. Umur dia baru 4 tahun 4 bulan tapi sudah banyak yang difikirkan. Mesti jadi macam Kak OKje. Kalau boleh nak melawat minggu-minggu. Dibuatnya anak tu belajar seberang laut, tak kah haru-biru dibuatnya. Haha! Pastinya Ibu yang terlebih emosional kalau anak berjauhan, kalau para ayah tu kurang sikit kot! Biar lah  masa yang menentukan nya nanti. 
Apapun Ibu & Babah sentiasa doakan yang terbaik buatmu Muhammad Irshad Rifae.
WasSaLam^_^

Wednesday, 18 June 2014

Idea Mulai Kering-Kontang

AssaLamualaikum
Idea mulai kering-kontang. Jenuh berfikir nak tulis tentang apa! ada hati nak jadi penulis tegar. Kihkih! Bila idea banyak datang, rajin lah buat draf. 
Sekali tiada idea singgah, fuh! letih memikir. Haha!
So, senyum-senyum je lah ya bila tiada idea. Cobaan bagi blogger picisan seperti aku. Blogger suam-suam kuku. Yang penting semangat nak berceloteh tetap ada! Haha! Sekian.
WasSaLam^_^

Tumpis - Santai Mengenal Abjad

AssaLamualaikum
Jangan bosan baca tentang Budak Tumpis. Yang kuat merajuk sekarang ni. 
Bosan juga bila tinggal berdua di rumah. Asyik ngadap TV pun jemu juga. 
Selalu terfikir nak buat apa ya agar sel-sel otak budak tumpis sentiasa berhubung. Hehe! 
Suka cari aktiviti-aktiviti yang menyeronok kan tanpa perlu keluar rumah. 
tengok cara duduk nya tu nampak santai sangat kan? :)
Berfikir! :)
Boring kat kertas, lekat plak kat Peti Ais. Hehe!
Seronok lah dia memadan kan abjad-abjad tu walaupun kadang ada yang tak betul. 
Aku cuma memantau dan memerhati. 
Pa'e ni kena ajak juga buat aktiviti, kalau tak asyik tengok kartun. 
Last-last Ibu yang tensen. Dah tak boleh nak tukar siaran lain. Sabor jak lah!
WasSaLam^_^

Tuesday, 17 June 2014

Mood Cuti Sudah Mari

AssaLamualaikum
Sebenarnya kami akan bercuti balik kampung En Kuling pada 20hb-28 June 2014. So, kemungkinan blog pun akan sunyi sepi selama beberapa hari. Tapi you all jangan lupakan kami plak ya! ada masa mungkin BW juga, tapi tengok situasi lah. Tak kan kat rumah MIL sibuk nak berblog plak kan. Haha! kang tak pasal-pasal kena cop menantu hantu. Hahaha!
Sila rindu kamek ya! haha (perasan ada orang rindu)! Alhamdulillah ada rezeki lagi nak menjenguk kampung en Kuling. Last balik masa raya tahun lepas. Kali ni balik sana awal sikit, sebab raya kat Sabah (gilir-gilir lor!). Kalau berkesempatan boleh lah shopping raya sekali. Ada sesiapa nak buat temujanji nak jumpa budak tumpis? hahaha! perasan lah ko tumpis ada auntie-auntie nak jumpa! 
Tapi kalau ada masa boleh jugak kan. Jom!
WasSaLam^_^

Monday, 16 June 2014

Meeting Dengan User..

AssaLamualaikum
Isnin yang agak mendebarkan. Haha! maklum kejap lagi nak meeting dengan ketua-ketua unit Hospital. Termasuk Pengarah pun ada sekali. Adoi! harap-harap semuanya berjalan lancar. Jangan plak masa ni nak cari salah antara satu sama lain. Pengalaman sebelum ni, selalu jadi. Haha! sabar sahaja menghadapi karenah pengguna di sini. Dah lali. Dah paham! Nak menjawab sesuatu isu tu yang malas sikit. Nak kena susun ayat, nak kena jaga percakapan. Tak pasal-pasal aku "ter ayu" sekejap. Kihkih!
Bos aku saja tau! plan awal nak meeting 24hb. Tapi sebab aku cuti masa tu depa saja awal kan meeting. Adoi! nak juga ada muka aku. Nak kena suruh menjawab lah tu! Haha! bos siap perli " amboi nak lari dari meeting ker?" Bukan sengaja lah, memang dah plan nak cuti sejak tahun lepas lagi. Opss! dah panjang bebelan. I pergi meeting dulu no, petang sikit baru jalan-jalan ke rumah kalian. Jumpa lagi!
WasSALam^_^

Sunday, 15 June 2014

DIA... Ayah AnakKU

AssaLamualaikum
Pergh tajuk! gempak kan? haha! saja nak bermood jiwang hari ini sempena Hari Bapa. Nak tuju buat En Kuling tercinta En Yusof. Babah Pa'e. Dia yang ku sayangi selain dari arwah ayah & adik-adik lelaki ku. Lelaki yang selalu menemani ku. Melindungi ku dan memahami ku (ayat memuji). Haha!
Selamat Hari Bapa Kuling! 
Terima kasih sebab jadi babah yang baik dan penyayang pada anak kita. 
Walaupun kekadang agak tegas! sayang anak tangan-tangankan, katanya! haha.
Gambar sengaja di 'blur' kan. Haha!
Mungkin tiada sambutan, sekadar ucapan ikhlas dari Ibu & Pa'e. 
Moga Kuling sentiasa di lindungi dan diberkati Allah! Amin. We LOVE you Babah!
WasSaLam^_^

Saturday, 14 June 2014

My Mak In 'DA House

AssaLamualaikum
Buat ap tu? Hehe! kami baru habis bersarapan bersama bonda tersayang. Nenek Pa'e in da house. Mak datang ke sini nak lawat anak dan cucu. Rindu mak! sebulan lebih juga tak jumpa sebab kekangan masa. Huhu! dek tak tertahan menanggung rindu pada budak tumpis lerr tu, mak datang sini sejak Jumaat tu. Suka lah Pa'e, nak tidur pun dengan nenek. 
Tinggal lah ibu ni hah, semua nenek. Haha!
Selfi dengan Mak. Hehe!
InsyaAllah Mak akan ada di sini sampai Khamis depan. Balik sekali lah dengan kami nanti, sebab kami pun dah nak start bercuti minggu depan. Nanti aku cerita lanjut tentang kami nak kemana. Hehe! InsyaAllah esok nak bawa Mak ronda-ronda hujung minggu.
Selamat berhujung Minggu ya!
WasSALam^_^

Friday, 13 June 2014

Ingatkah? Cerita Zaman Kecil Ku

AssaLamualaikum
Zaman kanak-kanak yang indah kalau dikenang. Zaman yang tak perlu fikir apa-apa. Zaman yang penuh keriangan. Mengingatkan aku pada moment indah-indah. Bermandi hujan, mandi sungai bersama sepupu-sepupu tak kira lelaki atau perempuan. Panjat pokok pun pernah. 
Main basikal sampai jatuh dan terluka.
Korang sempat tak biskut ini? ntah biskut apa namanya kan? yang penting aku suka sangat biskut ni. Kalau jumpa sekarang pun selalu aku beli dan makan ajak Pa'e sekali. Tapi dah jarang juga jumpa. Kedai-kedai lama yang banyak jual.
Hah! yang ini baru terjumpa di kedai bawah tadi. Lamanya tak jumpa. Saja beli nak bagi Pa'e main. Mesti dia suka. Letak kat hujung straw tu, tiup then jadilah belon kan. Seronok nya.
Haha! yang ini paling suka. Siap ajar kat Pa'e sekarang. 
Dia pun dah pandai nyanyi sekarang:)
Zaman anak-anak sekarang jauh berbeza dengan zaman kita. 
Anak-anak sekarang zaman ipad, zaman smart phone, zaman teknologi di hujung jari.
WasSaLam^_^

Thursday, 12 June 2014

Amboi! Semuanya Tentang BOLA 2014

AssaLamualaikum
Tak reti sangant nak cerita tentang bola. Saja tangan gatal nak taip sesuatu juga. Biar ada kenangan entry tentang Worl Cup 2014. Kalau rajin nanti tengok lah juga, kalau tak dengar cerita adik-adik di opis ni jak lah nanti. Haha! Buka-buka google keluar gambar bola juga.
Semangat bola yang ditunggu kan? :
Imej bila buka Google hari ini:)
Kalau buat rambut ni dengan anak-anak korang sanggup? Haha! idak lah ya kalau aku. 
Mau mengamuk Pa'e tu. Haha! dia pun dah pandai pilih fesyen sendiri tau.
*Dulu-dulu aku tak berapa minat bola ni, tapi semenjak umur 30-an ni, dah mula suka dengan Bola. Bukan bola jak, futsal dan badminton pun suka. Ambil tahulah juga serba sedikit. Hehe! Dari dulu juga aku minat pasukan Jerman. Tahun ni suka dengan Portugal. Dua-dua team ini ada dikumpulan G*. Selamat menonton ya! Hehe!
WasSaLam^_^

CPUV- Thanks again Nuffnang!

AssaLamualaikum
Tiada cerita. Blur pagi ini. Teringat nak buka akaun Nuffnang. Saja-saja. Eh! ada nampak tiga iklan berderet masuk. Alhamdulillah! Terima kasih Nuffnang. Susah juga iklan nak masuk sini. Kadang berkurun tiada iklan sudi bertempek. Sabar jak lah!
Sebab setakat blog picisan dan cerita merapu. 
Cerita budak Tumpis pun yang paling banyak. 
Nasib baik korang tak bosan. Haha! 
Apapun bersyukur. Ada juga rezeki. Menulis suka-suka akhirnya jadi sebahagian dari dunia ku. Janggal bila tak berblog dan melawat rumah kalian. Sayang korang semua. 
Terima kasih kepada yang rajin singgah dan klik-klik.
Thanks Nuffnang!
WassaLam^_^

Wednesday, 11 June 2014

Jenis Diabetes Dan Rawatan

AssaLamualaikum
Penyakit Diabetes atau kencing manis sangat digeruni pada masa kini. Tak kira tua atau muda kemungkinan untuk mendapat Penyakit ini adalah tinggi. 
Tambah-tambah bila kita tak menjaga kesihatan dengan cara hidup yang tak menentu.
Sebenarnya semua jenis penyakit amat merisaukan. 
Mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari segala jenis penyakit. 
Mungkin permulaannya dengan mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat. 
Jom sama-sama! Kurang kan gula dalam makanan/minuman, tambahkan manis dalam senyuman:)
WasSaLam^_^

Tuesday, 10 June 2014

Hujung Minggu Kami-Pa'e Main Bola-Bola

AssaLamualaikum
Menghabiskan hujung minggu dengan bawa Budak Tumpis jenjalan. Tapi plan awalnya nak ke Pasar Minggu jak beli sarapan pagi pastu balik rumah rehat. Last-last banyak tempat plak jalan nya. Hehe! Lepas pegi Pasar Minggu beli Yong Tau Fu dan keropok lekor mentah terus ke Wisma Ramai-Ramai. Nak sejuk kan badan sebenarnya sebab cuaca panas sangat kat luar. Haha! Masuk pintu Wisma terus budak kecik tu cakap "Ibu nak main kat atas"
Tengok tu suka sangat dia dapat main bola-bola:)
Pelbagai gaya. Tapi asyik nak balik bola ke arah Ibu & baba plak:) 
Selfie dulu dengan budak tumpis. Haha!
Dikala rajin datang, suka bertudung bawal sekarang. Hehe!
Budak-budak ni memang kuat daya ingatan nya kan.
Rasanya dah lama sangat tak bawa dia main kesini. Tapi dia masih ingat. 
Last bawa Pa'e kesini mungkin masa umur dia 2 tahun lebih. Sekarang dah 4 tahun 4 bulan. 
Apapun menggembirakan mu adalah saat-saat terindah dalam hidup Ibu & Babah.
WasSaLam^_^

Random Picture Pa'e -13

AssaLamualaikum
Nak menempek gambar si Budak Tumpis lagi. Dok terbayang-bayang wajah dia kat rumah tu. Terbayang bila balik kerja nanti, dia datang kepadaku minta peluk siap jerit:
"Ibuuuu" pastu tanya "Ibu, ada beli apa-apa tak untuk abang Pa'e??
Oh rindu bertandang. Hehe!
Dah ngantuk, suruh peace! ni yang jadi macam ni:) 
Pakai Rayban baba tapi terbalik. Tak kisahlah, janji dia suka. Haha!
Tengok tepi bibir dia tu? isk! suka sangat dia korek tepi bibir, tu yang tak pandai sembuh. Dah bawa pergi klinik dah. Kadang bila dia duduk diam-diam tu rupanya tangan kat bibir. Adoii! 
Terbaru: luka kat bibir dah kurang sebab letak ubat! Peace senang hati sebab nak jalan. 
Kawan aku cakap muka Pa'e dah nak jadi macam anak orang Pakistan. Haha! ye ker??
WasSaLam^_^

Monday, 9 June 2014

Tabung Haji Debit-i-Master Card

AssaLamualaikum
Berkongsi berita baik untuk pendeposit Tabung Haji. Kemudahan untuk semua.
Info dari Facebook Official Tabung Haji. Sesiapa yang berminat boleh lah memohon:
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon Tabung Haji Debit-i Mastercard: 

1. Individu berumur 18 tahun ke atas.
2. Mempunyai akaun simpanan dengan TH.
3. Tiada keperluan pendapatan minima.
4. Deposit minima sebanyak RM205 di dalam akaun simpanan semasa permohonan Tabung Haji Debit-i Mastercard

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center di talian 03 6207 1919 – THCC atau layari www.tabunghaji.gov.my. Moga memberi manfaat.
WasSALam^_^

Sunday, 8 June 2014

Lagu - Tuhan Beri Aku Cinta

AssaLamualaikum
Mari layan lagu jiwang! hehe. Lagu lama, tapi macam best plak dengar.
Lirik Lagu Tuhan Berikan Aku Cinta:
Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini
Hampa... 
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta... 
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...
Sambil santai-santai, boleh lah dengar! Hehe.
Happy weekend semua.
WasSaLam^_^

Saturday, 7 June 2014

Update Status ???

AssaLamualaikum
Gambar yang memberi kesedaran buat kita. Mungkin ada yang kita terlupa. 
Mungkin ada yang alpa termasuk diri aku sendiri. Sekadar perkongsian. 
Tak salah update apa-apa status, cuma biar berpada-pada dan beringat.
Facebook : IKRAM 
Moga Allah sentiasa memberkati dalam setiap apa yang kita lakukan.
Selamat berhujung minggu. 
Selamat menghabiskan masa bersama keluarga tersayang.
*Korang buat apa hari ini?*
WasSaLam^_^

Friday, 6 June 2014

Suka nya Pa'e Main Warna

AssaLamualaikum
Aktiviti hujung minggu. Bosan sangat, so cari lah aktiviti yang menyeronok kan sambil bermain. Dah lama plan nak belikan Pa'e water colour. Masa jenjalan hujung minggu semangat beli water colour,  berus warna dan kertas. Suka lah dia mewarna sesuka hati walaupun agak comot. Kena sabar sikit lah ya. Silap-silap lantai sekali dia warna kan. 
Janji dia happy. Haha!
Tengok tu, suka dia. Macam-macam warna dia nak guna:)
Taraa... ini tapak tangan tumpis :)
"Ibu..abg Pa'e lukis muka Ibu".. katanya.. hehe!
Sebenarnya semua anak-anak suka main warna-warna ni kan? suka dorang kalau dapat conteng-conteng. Tapi kalau bab conteng dinding tu lain lah cerita nya. Haha! Baik belikan kertas warna yang besar tu, so suruh lah  dia conteng suka hati kat dalam kertas. Hehe! suka sangat bila tengok dia happy bermain-main dengan warna. Sekarang ni, balik dari kerja jak terus ajak Ibu main warna dan conteng-conteng. Layankan sahaja:)
WasSALam^_^

Thursday, 5 June 2014

Khasiat Peluk.. Betul kah?? :)

AssaLamualaikum
Terjumpa gambar ni di FB. Kebenarannya tak pasti plak. kenalah cuba sendiri mulai dari sekarang. Itupun untuk pasangan yang halal sahaja ya. Adik-adik manis yang belum bernikah tu, jangan plak pandai-pandai buat. Haha! sabar lah kome.
Tunggu bila dah 'halal' nanti. Hehe.
Boleh lah mengeratkan kasih sayang. Ya tak?? haha!
selamat mencuba! 
WasSaLam^_^

Wednesday, 4 June 2014

Lawak Petang 21

AssaLamualaikum
Aduhh! aku mengantuk! mata macam nak terkatup dah ni. 
Ntah kenapa, nak kata ngantuk sebab kenyang lunch tadi bukan makan apa pun. 
So, layan lah gambar di bawah ni (dalam bahasa Sabah):
Konon-konon sms kepada Celcom. Asyik nak advance sahaja. 
Celcom pun dah naik bengang! Haha! 
kawan-kawan faham jugak kan? 
WasSALam^_^

Tuesday, 3 June 2014

Keburukan Menahan Kencing

AssaLamualaikum
Berkongsi info tentang keburukan menahan kencing. Mesti ada diantara kita yang pernah buat kan? Tahan atas sebab sengaja atau tahan di atas sebab-sebab yang tertentu. Apapun banyak keburukan bila kita selalu menahan kencing.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.

Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.

Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.

Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.

Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.

“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.

Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.

Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.  SUMBER : SINI
Moga memberi manfaat pada kita semua. WasSalam^_^

Monday, 2 June 2014

Buku : Projek Anak Bijak & 501 Persoalan Fikah Wanita

AssaLamualaikum
Tentang buku lagi. Tapi belum habis baca dua-duanya pun. Penghabis masa dihujung minggu ku sambil melayan Pa'e tengok kartun. Oleh kerana  tiada peluang nak tengok TV, so baca lah buku daripada bosan sorang-sorang. Haha! Dua buku ni menunggu giliran untuk dihabiskan:
Harapnya dapat memberi ilmu pada aku yang daif ini. Diri yang kurang ilmu.

1. Projek Anak Luar Biasa : sesuai untuk para ibu bapa di zaman serba moden ini. Banyak persoalan tentang anak-anak yang dikupas. Menangani anak yang bermasalah dan pelbagai lagi.
2. 501 Persoalan Fikah Wanita : Mengupas segala jenis masalah wanita masa kini. Disediakan dalam bentuk soal jawab, so senang nak faham. Buku ini dah beberapa kali di ulang cetak, memang laris di pasaran. Tak rugi membeli.

*Aku sebenarnya dalam proses nak memupuk balik minat membaca yang dah lama aku tinggalkan. Sedikit demi sedikit membaca dan mula mengumpul koleksi buku semula. Moga minat ini akan terus bercambah dan harap akan di ikuti oleh budak tumpis sorang tu. Hehe!*
WasSALam^_^

Sunday, 1 June 2014