Saturday, 30 May 2015

Cara Menanam Bunga yang Unik

AssaLamualaikum
Salam hujung minggu!
Tiada alasan untuk tidak menanam bunga atau apa sahaja yang kita mahu. 
Menanam menggunakan bahan-bahan terbuang yang kita tidak jangka :
Siapa ada kasut getah lama kat rumah tu boleh lah guna:)
Pasu yang pecah dua pun still boleh guna:)
Kat kasut pun boleh ya. 
Bolehlah tengok mana-mana kasut yang tak digunakan tu. Mana tahu petang-petang weekend ni ada yang nak bercucuk tanam. Bolehlah mulakan. Hehe!
Kesimpulannya, dari kita sahaja. Sama ada rajin atau tak?  :)
WasSaLam^_^

Friday, 29 May 2015

Pokok Tecoma ala-ala Bunga Sakura

AssaLamualaikum
Fuh! lega! Lepas sudah beban tugasan minggu ini. 
Tinggal tunggu follow up minggu hadapan. 
Alhamdulillah! bolehlah cuti-cuti hujung minggu dengan senang hati. 
Kami nak balik kampung ni, ke Tawau jak pun. Lepas kerja nanti InsyaAllah terus balik. Hehe! 
Lokasi : Persisiran Trausen atau Haiway Tawau

Pokok ini akan mengeluarkan bunga dan akan gugur ke tanah dalam masa setahun di waktu-waktu tertentu. Cantik kan? ala-ala di Korea pula. Di tepi pantai
inilah tempat lepak-lepak sambil hirup udara petang. Apa pun selamat berhujung minggu semua. 
Sabah bercuti Isnin nanti (01/06/15) sempena Pesta Kaamatan @ Pesta Menuai.
Bye. Jumpa lagi.

Wednesday, 27 May 2015

Tuesday, 26 May 2015

Super Duper Busy- kekonon!

AssaLamualaikum
Hai semua! ayat klise. Haha! sorry ya kengkawan, tak dapat menjenguk teratak korang dua tiga hari ini. Macam busy lah pula. Minggu ini memang agak stress. Berlambak task menanti. Nasib baik encik Kuling tengah bercuti sekarang, dapatlah beliau tengok-tengokkan si tumpis tu. Dia pun sejak babah balik cuti ni, Ibunya tak dipandang sangat. Berkepit sahaja dengan babahnya. Pantang encik kuling hilang dari pandangan sibuk dia tanya " mana babah Ibu"? hehe. Biarlah dia bermanja. Kang bila encik Kuling habis cuti, berkepit plak dengan Ibu.
Jumpa lagi. Bye!

Friday, 22 May 2015

TIPS PENJAGAAN TUALA

AssaLamualaikum
Nak basuh tuala pun ada tips tau! Tak salah mencuba, untuk menjaga kain tuala kita agar tahan lama:
Google
✔ Untuk menjaga kelembutan tuala, gunakan hanya setengah daripada jumlah serbuk pencuci yang diguna untuk mencuci pakaian lain. Elakkan daripada menabur pencuci secara terus ke atas tuala.

✔ Gunakan pelembut fabric (softener) sekali sekala sahaja. Jangan menuang pelembut secara terus ke atas tuala. Elakkan penggunaan pelembut yang berasaskan silicon kerana ianya akan meninggalkan kesan berlilin yang akan mengurangkan kuasa penyerapan air.

✔ Elakkan membasuh tuala dengan pakaian lain yang mempunyai zip, cangkuk atau butang bagi mengelakkan tekstur tuala berbulu atau tersangkut.

PALING PENTING:
✔ Untuk basuhan kali pertama, asingkan basuhan tuala YANG BERLAINAN WARNA. Kalau nak campurkan sekali, confirm tuala yang keluar nanti dah lain warnanya. Perlu diingat tuala dari kain cotton adalah penyerap, Tuala-tuala yang baru dibeli telah melalui proses pewarnaan dikilang. Basuhan kali pertama berfungsi untuk membuang warna-warna yang 'melekat'. So cucilah sehelai sehelai hanya untuk basuhan pertama. 

Kredit :SARA TM ENT

Thursday, 21 May 2015

Bukan Kehendak-NYA

Petang semua. 
Sekadar berkongsi rasa ralat dihati. Sepatutnya encik suami sampai dari Sibu ke Lahad Datu petang ini. Oleh kerana flight nya kena delay terpaksalah dia balik besok. Dah sebulan lebih tak jumpa. Betul-betul menguji kesabaran bila berdua sahaja dengan abang Pae ni. Allah belum berkehendak untuk kita berjumpa hari ini. Apa pun moga perjalanan mu di permudahkan oleh Allah esok. Jumpa nanti. Bye!

Cara Hukuman Tembak Dilaksana

AssaLamualaikum
Pasti you all tahukan tentang pelaksanaan hukuman tembak yang dilakukan baru-baru ini ke atas pesalah dadah dari Australia di Indonesia (ker ada yang tahu). Walaupun Australia telah merayu agar hukuman ke atas warga mereka itu diringankan, namun Indonesia bertegas terus melaksanakan hukuman tersebut. Memang menakutkan dan tragik cara mereka menemui ajal. Di tembak!!!
Saja aku kongsikan disini bukan untuk menakut-nakutkan, tapi untuk diambil pengajaran. Berapa ramai anak bangsa kita yang hancur hidup mereka akibat najis dadah ini. Rosak masa depan akibat dadah. Satu hal lagi, bagi pesalah dadah tersebut mereka tahu ajal dan masa mereka diambil. Kita yang masih hidup ini, entah macam mana kita akan dimatikan? Allahuakhbar! Mudah-mudahan pengakhiran hidup kita secara baik. Amin! 
WasSaLam

Wednesday, 20 May 2015

Nilai Kalori & Gula dalam minuman kita

AssaLamualaikum
Takut mengenangkan berapalah agak nya kandungan gula dalam badan kita termasuk aku. Last check tahun bila ntah! pemalas sungguh nak buat check up. Huhu! Bila tengok gambar-gambar ni memang seram sejuk. Haha! Cuba tengok kandungan gula nya:
100 plus tu selalu gak minum
Coca-cola memang dah boikot! Mountain Dew ingatkan isotonik, tapi banyak plak gulanya tu!
Ribena selalu bagi abang Pa'e. Nampaknya kena kurangkan lah lepas ni. Banyaknya gula!
Lipton & Nescafe selalu lah minum. Milo si abang Pa'e pun suka. Mungkin kena tukar lepas ni.
Sumber :SINI
Kalau fikir pasal minuman/makanan manis ni memang seriau ingat kencing manis. Moga dijauhkan dari penyakit tersebut. Mungkin kita boleh kurangkan dan kawal pengambilan minuman kita sekarang kan. Moga bermanfaat pada semua.
WasSaLam^_^

Random picture Pa'e - 15

AssaLamualaikum
Koleksi gambar tumpis lagi. Macam dah lama tak ber random picture ni. Hehe! Si abang Pa'e sampai naik bosan bila suruh dia bergaya. Haha. Bukan apa, semenjak PJJ ni selalu lah en Kuling suruh send gambar dia kat Whatapps tu. Hari-hari kalau boleh. Tak campur video call lagi. Rindu lah konon.
Terbaru. Tengoklah tu, yang ni memang bagi kerjasama masa nak ambil gambar dia:)
senyuman anak bujang Ibu. hehe!
Ustaz Irshad a.k.a abang Pa'e. Mak Lang dia belikan baju melayu sepasang semua ni RM8 sahaja. 
Murahkan? tengah sale! Mak uda di Selangor tanya, sempena apa ni pakai baju kuning menyala? aku kata sempena perlantikkan Raja Kapoor. Haha! gelak pakcik-pakcik dia:)

Hari ini abang Pa'e ku = 5 tahun 3 bulan 2 hari.
WasSaLam^_^

Tuesday, 19 May 2015

Pertama kali Pae jumpa Dentist

Assalamualaikum
Tarikh dah tak ingat bila. Tapi dah agak lama juga. Gigi depan si abang Pa'e dah goyang. 2 batang pula tu sekali goyang. Kira gigi susunya lah. Nak cabutkan sendiri tak berani. Padahal masa kecil-kecil dulu bila gigi goyang selamba jak cabut sendiri. Haha! So, decide jumpa Dentist. Kebetulan kenal dgn dentist tu. Baik dan peramah. Senang sikit. Mula-mula abang Pa'e macam cuak juga, siap kata 'takutlah Ibu'. Babah biasalah dengan ayat psycho nya " orang lelaki kena berani". Haha!
Masa mendaftar lagi si abang Pa'e dah beramah mesra dengan staff di Pergigian tu. Siap cerita segala macam otomen dia. Haha! yang staff dan dentist tu melayan sahaja. Sampai lah masuk ke bilik procedure tak habis-habis ceritanya. Masa doktor sapu krim dan cabut giginya dia tak perasan kot. Sibuk bercakap. Hahaha! Tak sampai 5 minit rasanya. Alhamdulillah! Sekarang dah makin rajin gosok gigi. Tak perlu suruh dah. Dia tau sendiri.
WasSaLam^_^

Monday, 18 May 2015

Saling Menjaga..Itu lebih baik!

Petang semua!
Ngantuk petang ini. Hehe!
Sekadar renungan buat semua:
Facebook
Sama-samalah kita saling membantu untuk meringankan beban kan? Untung kalau duduk sekali dengan suami. Boleh saling membantu. Kalau yang PJJ macam aku ni, nampaknya kena banyak sabar. Semuanya kena buat sendiri. Berdikari. Jumpa pun 3 minggu atau sebulan sekali. Nak buat macam mana. Kira menjaga dari jauh jak lah. Haha! (adakah?)
WasSaLam^_^

Produk HOKO

AssaLamualaikum
Sekadar berkongsi produk jenama HOKO ni. Aku tak pasti sama ada ianya ada di semenanjung atau tidak. Kalau disini memang agak terkenal jugalah. Produk yang berasaskan koko. Kalau diikutkan Sabah memang pengeluar koko utama suatu masa dulu. Masa kecil-kecil dulu selalu dapat makan buah koko segar, sebab arwah bapa kerja bersebelahan kilang koko. Hehe!
Yang ini selalu kami makan dengan roti. Coklatnya pekat & sedap!
Chocolate stick kegemaran abang Pa'e. 
Ala-ala Choki-choki lah ni

Kalau ikutkan aku ni memang hantu coklat dan semua produk yang berasaskan koko. Abang Pa'e plak macam dah kurang minatnya pada coklat. Dah beralih kepada makanan berasaskan strawberry. Sama macam babahnya kurang minat coklat. So, Ibu selalu layan coklat/produk koko sorang-sorang. Tiada saingan, Haha! 
*Di Tawau memang ada MUZIUM KOKO tapi kami belum pernah pergi. Nanti kami terjah!*
WassaLam^_^

Sunday, 17 May 2015

Saturday, 16 May 2015

Selamat Hari Guru 2015

Assalamualaikum
Selamat Hari Guru buat semua teman-teman blogger yang bergelar pendidik. Terima kasih kerana mendidik anak bangsa kita dengan penuh dedikasi dan tanggung jawab. Jasa kalian amat berharga. Moga kalian takkan jemu mencurahkan ilmu. Memberi yang terbaik. Guru utama lilin. Ungkapan yang sebati dalam diri sejak aku kecil. Terima Kasih Cikgu. Sayang cikgu-cikgu semua:)

Friday, 15 May 2015

Abang Pa'e dan Kerja Sekolah

AssaLamualaikum
Semenjak umur 5 tahun dan mula sekolah ni, boleh dikatakan hari-hari lah abang Pa'e ada kerja rumah bila balik dari tadika. Kat sini belum banyak pilihan tadika. So, bila X-classmate aku dari Johor buka tadika kat sini aku masukkan dia kat situ. Senang sikit sambil belajar boleh kawan tengok-tengokkan sekaligus. Tak lah risau sangat. 
Dah bermacam-macam gaya bila buat kerja sekolah tu hah! Hehe. 
Kadang tak mau diajar, konon-konon tau buat sendiri. 
Siap cakap " abang Pae taulah Ibu". Amboi! haha.

Tengoklah gayanya tu. Gambar kiri tu masa transit opis Ibu, kena buat kerja sekolah awal sebab nanti balik rumah dah penat. Silap-silap kerja sekolah tak siap dia dah tertidur. 
Bagi dengar ayat Quran sambil buat tu, dia rasa tenang sikit kot. Suka dia!

Boleh tahan juga tadika abang Pa'e ni, sekali bagi kerja sekolah sampai 3-4 muka surat. Hujung minggu plak sampai 6 muka surat. Masa mula-mula hari tu, fuh! naik stress juga nak mengajar dia. Ya lah! first time kan ajar buat kerja sekolah. Memang menguji kesabaran. Haha! Yang tak tahan tu, sebab lama sangat nak siapkan. Ambil masa sampai 2.30jam you all! adoii! memang agak stress ya! Sekarang dah ok. Hari-hari buat kerja sekolah awal, then malam tu aku bagilah dia main-main sebelum tidur. Kadang sebelum tidur, sempat lagi ajar baca buku. Mudah-mudahan urusan mu menuntut ilmu dipermudahkan ya Muhammad Irshad:)
WasSaLam^_^

Thursday, 14 May 2015

Khasiat Air Kelapa

AssaLamualaikum
Kebanyakkan dari kita pasti suka minum air kelapa. 
Memang sedap! nyaman tekak bila minum. 
5 RAHSIA KHASIAT AIR KELAPA YANG RAMAI TAK TAHU:

Menurut laman 'Organic Health', jika anda minum air kelapa secara konsisten selama 7 hari, 
40-50 ml sehari, anda akan:

1- Rasa lebih bertenaga.
2- Hormon di dalam thyroid akan meningkat.
3- Untuk mereka yang bermasalah buah pinggang, ia telah mula membersihkan saluran kencing dan memecahkan batu karang.
4- Selera makan akan menurun, membantu penurunan berat badan.
5- Elektrolit dalam badan akan lebih seimbang, mencegah hypertensi.

Jadi, jom minum air kelapa 7 hari, tetapi 40-50ml sahaja tau !
Moga bermanfaat.
WasSaLam^_^

Wednesday, 13 May 2015

Sekadar Usaha, Semua Dari-NYA!

AssaLamualaikum
Nak cerita Rabu lepas 06/05/15 ada sesi berjumpa Doktor Sakit Puan. Biasalah untuk mendapatkan segala nasihat, kot-kot boleh bagi adik kat abang Pa'e tu. Hikhik. Dah tak tertahan gamak nya siap request nak adik. Macam hari-hari dah dia cakap benda yang sama. Orang-orang pun asyik bertanya bila nak bagi dia adik. Aku just suruh Pa'e berdoa. 
Doa abang Pa'e bila dia dah start cakap tentang adik. "Ya Allah, bagilah abang Pa'e adik"
Fuh! sayu juga hati aku. Huhu! 
moga doa mu dikabulkan nanti. Amin.
Ada beberapa test lah yang doktor advice suruh buat. Tunggu dan lihat dahulu resultnya. Umur dah makin meningkat, so kena usaha lebih. Hehe! Moga semuanya dipermudahkan.
WasSaLam^_^

Kad Hari Ibu Pertama dari Pa'e

Salam Pagi Rabu
Cepat sangat masa berlalu.
Kad Hari Ibu pertama dalam hidupku. 
Walaupun tak seberapa, aku amat menghargainya. TQ my son.
Aku abadikan disini. 
Moga suatu hari dia akan lihat kad pertama yang dibuatnya untukku.
TQ Allah! sebab beri aku peluang menjadi seorang Ibu.
Akan ku juga amanahmu sebaik mungkin!
WasSaLam^_^

Tuesday, 12 May 2015

Family Day 2014- Sandakan-2. Dinner Di Sabah Hotel

AssaLamualaikum
Selepas tengok buaya di Taman Buaya Sandakan, kami terus ke Sabah Hotel untuk urusan chek in dan bermalam disini. Semua urusan pembayaran company yang taja. Kami tinggal masuk. Haha!Dapat nombor bilik 216 betul-betul menghadap kolam renang. Cantik. Petangnya terus plan mandi-mandi. En Kuling dan abang Pa'e jak lah yang mandi. Berendam sakan.
Ibu ni tak sanggup nak jadi dugung. Kihkih.
View dari bilik kami:)
Tayang topi sponsor ;)
Makan-makan. Banyak sangat lauk sampai tak habis
Sesi bermain game. Tiup tisu masuk sampai masuk kotak. Bos besar pun join.
Geng tumpis wanita. Haha!
Bersama team. Baju Hijau & seluar oren tu bos besar dari HQ, KL. Sporting habis.
Bersama Lady Bos yang baik sangat:)
Majlis makan malam yang meriah, santai dan happening. Diselang seli dengan karaoke (bos pun nyanyi. Siap menari Sumazau. Haha). Cabutan bertuah pun ada. Dapatlah aku Slow Cooker, Khind. Seronok sangat. Abang Pa'e lagi-lagi seronoknya dapat geng dengan anak-anak staff yang lain. Mengeratkan silaturrahim antara sesam kami. Tunggu Family Day 2015 plak:)
WasSaLam^_^

Monday, 11 May 2015

Ohh Teh Tarik!

Salam Semua
Siapa suka minum teh tarik?? Mesti ramai yang suka kan. Kalau aku, teh tarik memang salah satu peberet aku. Kalau pergi kedai mamak mesti minum teh tarik. Kalau dirumah plak en Kuling tukang buatkan teh tarik, puan isteri tinggal minum. Haha! (bertuah punya isteri). 
Kaitan teh tarik dan berat badan plak :
Facebook : Kevin Zahri
Bila terbaca info diatas, terus terfikir cukup kah aku nak minum setengah gelas teh tarik sahaja? haha! adoi nafsu. Macam mana tu??
WasSsaLam^_^

Mood Blur Lagi...

Salam Isnin
Mood blur lah. Hehe! tak tau nak tulis tentang apa. So, main tukar-tukar background lah kita ya. Dalam bulan ini macam dah tiga empat kali tukar background blog. Mencari yang sesuai dimataku. Nak suruh orang design kan masih tercari-cari nak deal dengan siapa. Nantilah suatu hari mungkin akan tempah dari orang yang mahir tentang blog dan segala macam design.
*Letih*Ngantuk*Lesu*Tak bermaya
Bye, WassaLam

Saturday, 9 May 2015

Musibah tak dijangka

Assalamualaikum
Musibah datang tak dijangka. Pagi subuh Jumaat dalam pukul 1.30 pagi dapat panggilan dari family kira sepupu sepapat sebelah mak ayah. Berita sedih, pakcik meninggal dunia.  Meninggal dipagi Jumaat. Pagi-pagi lagi aku dah bertolak balik ke Tawau. Sedih sangat sebab kami dari kecil rapat dengan family. Alhamdulillah majlis pengebumian berjalan lancar walaupun terpaksa tunggu seorang anak dia dari USM balik. Sempat menatap wajah arwah buat terakhir kali. 
Mohon sedekahkan Al-Fatihah ya kawan-kawan. 
*yang bersongkok tulah pakcik saya*
Jumpa lagi. Wassalam.

Thursday, 7 May 2015

BBQ opis - 2

Salam Petang Khamis semua.
Dulu pernah cerita tentang BBQ Opis kami. Terkadang kami tak plan, tetiba rasa nak buat BBQ dan makan-makan bersama sambil santai. Terus jak pergi beli barang then malamnya buat. Masing-masing diberi tugas supaya senang dan teratur. Kali ini kami buat pada 05/01/15 lalu (Haha! cerita terperam). Aku bawa sekali Budak Tumpis tu. Kami buat dikawasan lapang, padang tenis. Sukalah dia dapat jumpa kawan-kawan anak office mate.
Kami buat BBQ ni bermula lepas Maghrib dan habis lebih kurang pukul 10.00pm. Budak-budak lelaki yang tukang panggang. Kami ni tukang makan jak. Haha! Sambil makan ada juga yang berkaraoke. Masing-masing tunjuk bakat. Sesekali bolehlah makan-makan, santai dan release tension setelah seharian menghadap komputer.
WasSaLam^_^

Ibu, telan abang Pa'e kah? :)

AssaLamualaikum
Soalan-soalan dibawah adalah lebih kurang soalan abang Pae. Memang tergelak dibuatnya. Dia siap tanya " sebelum ibu lahirkan abang Pae, ibu telan abang pae kah??" hahaha.
Facebook
Agak-agak kalau korang jawab apa ya? haha! 
Naik fening aku nak menjawab soalan-soalan budak tumpis ni. 
Kena fikir jawapan yang boleh diterima akalnya. Sabar jak lah!
*Dah beberapa hari ni abang Pae transit di office, nenek balik ke Tawau. Tiada penjaga*
WasSalam^_^

Wednesday, 6 May 2015

Tuesday, 5 May 2015

Ke Pasar Tamu Kampung Paris, Kinabatangan

AssaLamualaikum
Plan yang dah lama direncanakan. Baru Jumaat baru-baru ini 01.05.2015 terlaksana. Kami jalan-jalan ke Pasar Pagi di kampung Paris, Kinabatangan (jangan ingat Paris ada kat oversea jak, Lahad Datu pun ada Paris. Haha!). Pasar ini memang hanya ada setiap Jumaat pagi. Disini lah para peniaga-peniaga kecil memasarkan barangan mereka. Tak kira lah hasil pertanian, perikanan dan lain-lain. Memang dijual agak murah. Segala hasil tanaman yang dijual memang segar. Puas hati bila membeli.

Jarak dari bandar Lahad Datu memang agak jauh. Dalam 40 minit juga driving. Kenalah gerak awal pagi sebab pasar tamu pagi ni selalunya cepat tutup. Tak sempatlah plak nak gambar pisang, madu (RM10-sebotol kecil) dan sayur-sayuran yang aku beli. Hehe! Bakso pun boleh tahan sedap. Eh! Korang pernah makan bakso kah? :)
*Itu sahaja percutian kami selama 4 hari lepas. Haha! tak kuasa nak berjalan jauh en Kuling tiada*
WasSaLam^_^

Sunday, 3 May 2015

Saturday, 2 May 2015

Apakah Kanser Servik??

AssaLamualaikum
Semoga kita dijauhkan daripada segala penyakit yang berbahaya. 
Salah satu yang selalu dialami oleh kaum wanita adalah Kanser Servik. 
Mungkin info ini boleh menambah pengetahuan tentang apakah itu Kanser Servik. 

* Juga dikenali sebagai Kanser pangkal rahim.
Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang 
bersambung dengan vagina.

* Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.

Ia boleh terbahagi kepada :

1. Peringkat awal
Berlaku di sekitar servik

2. Peringkat lewat
Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 
'malignant' seperti paru-paru melalui sistem aliran darah.

- Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas
kanser payudara. Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan 
terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

- Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 
penduduk mengidap kanser ini.

- 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser 
yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser 
servik.

- 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital 
kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Sumber : Web KKM
WasSaLam^_^

Friday, 1 May 2015

Selamat Hari Pekerja 2015

AssaLamualaikum
Selamat bercuti semua. Selamat Hari Pekerja 2015. Hari untuk berehat dan melepaskan kepenatan di office. Khas buat semua kengkawan blog, tak kira lah yang bekerja ataupun tidak. Kita semua sama, masing-masing ada peranan dalam kehidupan seharian masing-masing. Tetap juga bekerja namanyakan? :
Google
Hargai setiap sumbangan kita tak kiralah dalam apapun bidang. Semoga kita semua boleh menjadi pekerja yang ikhlas dan berdedikasi. Rezeki pun berkat.
Tema Hari Pekerja 2015 "Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat".
Sekian,