Sunday, 28 June 2015

Friday, 26 June 2015

Yang...

Salam Jumaat. 
Ramadhan #9. Renungan untuk kita semua.

YANG.....
Yang singkat itu -  "waktu"
Yang menipu itu -  "dunia"
Yang dekat itu -  "kematian"
Yang besar itu -  "hawa nafsu"
Yang berat itu -  "amanah"
Yang sulit itu -  "ikhlas"
Yang mudah itu -  "berbuat dosa"
Yang susah itu -  "sabar"
Yang lupa itu -  "bersyukur"
Yang membakar amal itu -  "mengumpat"
Yang ke neraka itu -  "lidah"
Yang berharga itu -  "iman"
Yang mententeramkan hati itu -  "teman sejati"
Yang ditunggu Allah S.W.T itu - "Taubat"

(Imam Al Ghazali)


Moga bermanfaat.

Wednesday, 24 June 2015

1st Kad Hari Bapa Dari Pa'e

AssaLamualaikum
Oleh kerana aku ada abadikan kad Hari Ibu pertama dari si abang Pa'e diblog picisan ini maka Kad Hari Bapa pertama juga aku abadikan. Takut En Kuling jeles. Haha! Walaupun dia jauh tapi bila aku send gambar Kad Hari Bapa yang Pa'e buat dia suka. Terharu katanya.
Semangat abang Pa'e tunjuk. 
Siap cakap "ini hasil kreativiti abang Pa'e, Ibu".
Yang ini saja aku edit dan bagi En Kuling dengan ucapan :"Happy Fathers Day en Yusof. Disebalik ketegasanmu dlm mendidik terselit kebaikan yg tersembunyi. Terima kasih kerana berkorban, menjaga, melindungi kami sebaik mungkin.. Jadi baba yg baik buat Pa'e".
Dia cakap "thank you and I Love". Haha! Jiwang lah pula:)

Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa di dunia. Pengorbanan kalian takkan bisa terbalas.
WasSaLam

Tuesday, 23 June 2015

Elakkan Membazir di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan #6
Macam mana Ramadhan kali ini kawan-kawan. Mudah-mudahan semuanya di permudahkan dalam mencari berkat illahi. Ada berlaku pembaziran tak sepanjang enam hari puasa ini?? harapnya tak lah ya. Aku sentiasa ingatkan diri agar tak membazir. Ramadhan JANGAN jadikan tiket untuk berpesta makanan. 
Selalu amalkan tips 'bawa duit cukup-cukup' kalau ke Bazar Ramadhan. Lepas tu beli apa yang memang dah niat dalam hati. Setakat ni memang menjadi. Bila bawa duit cukup-cukup memang akan beli takat tu jak. Dua tiga hari ni memang asyik beli laksa dan sejenis kuih sahaja untuk kami. Cukup dan tidak membazir masa berbuka. Untuk sahur pula, selalunya minum nestum, kurma dan biskut sahaja. Alhamdulillah! Jadikan lah bulan Ramadhan ni untuk kita lebih menghargai makanan, bersyukur dengan rezeki. Selalu terbayang keadaan berbuka di negara-negara Islam bergolak sekarang ini. Macam manalah saat mereka berbuka puasa ? Palestin, Syria? :(
WasSaLam^_^

Saturday, 20 June 2015

Puasa Irshad @ 8.30pagi

Salam Sabtu
Dalam usaha mendidik si abang Pae puasa ni boleh tahan juga cabarannya. Semalam en Kuling sempatlah bagi nasihat. Cakap dengan abang Pae kebaikan puasa ni. Dan dosa kalau tak buat. Macam masuk juga kat fikiran dia. Dia pesan bangunkan sahur. Aku kejut juga dia subuh tadi tapi tak mahu makan apa. Pujuk minum susu,  Nestum atau Horlicks pun tak mau juga. Sabar jak lah! Bangun pagi tadi konon puasa juga. Tapi dok merengek nak minta susu. Haha. Aku kata kan abang Pae puasa. Tahan lagi, last-last asyik merengek kata lapar. Adoi Irshad. Nak susu. Akhirnya pukul 8.30pagi aku buatkan juga susu. Kesian plak!  Hahaha. Pae..Pae. Besok cuba lagi nak naik kan jam tu. 
Wassalam.

Friday, 19 June 2015

Tahun Pertama Puasa tanpa En Kuling

AssaLamualaikum
Dah masuk dua Ramadhan. Alhamdulillah berjalan dengan baik. Semuanya dipermudahkan Allah. Perbezaan aku berpuasa tahun ini adalah kerana En Kuling tiada. So, aku berpuasa dengan Mak & MakCu tumpis sahaja. Nasib baik lah depa datang ke Lahad Datu ni. Kalau tidak puasa dengan air matalah aku. Haha. Fuh! dugaan sungguh. Tunggu bulan depan baru En Kuling balik lagi. Bersabarlah wahai hati. Tengah pening-pening lalat juga dengan abang Pa'e ku ni. Dia tak mahu puasa lah you all. Aku rasa mesti pengaruh kawan-kawan dia ni, sebab sebelum puasa beriya-iya dia nak join sahur dan puasa. Sekali sekarang ajak puasa tak mahu plak. Siap cakap " nanti kalau puasa, abang Pa'e lapar & haus Ibu". Amboi! Weekend ni nak pujuk lagi, dapat setengah hari puasa pun ok. Kan? kena slow-slow. Harap berjaya.
WasSaLam^_^

Wednesday, 17 June 2015

Selamat Datang Ramadhan 1436H

AssaLamualaikum
Asyik tenggelam timbul sahaja aku. Hehe! Maafkan daku ya sahabat alam maya sekalian. Muncul untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua. Moga Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam meraih pahala berganda. InsyaAllah! 

Kajian saintifik oleh UCS’s Valter Longo pada bulan Jun 2014 berkenaan penuaan dan pemanjangan usia. Longo dan sahabatnya menyifatkan sesuatu perkara yang mengagumkan berlaku pada perubahan metabolisme apabila haiwan atau manusia berpuasa dalam tempoh masa yang lama. 

Antara hasil kajian : 

1) Puasa melebihi 3 hari atau meminum hanya air mineral dan memakan kurang daripada 200 kalori sehari bakal menetapkan semula sesetengah komponen sistem imunisasi dalam badan. 
2) Merendahkan pengiraan sel darah putih sedia ada dan membolehkan sistem imunisasi menghasilkan sel darah putih yang baharu. Sel darah putih atau lymphocytes adalah merupakan komponen sel yang sangat penting dalam sistem imunisasi badan. 
3) Hipotesis Longo mencatatkan puasa memaksa badan mengitar semula sel-sel imunisasi yang tidak diperlukan. Pesakit yang menghidapi kanser turut digalakkan berpuasa untuk mengurangkan kesan merbahaya kemoterapi. 
4) Membersihkan sel-sel imunisasi yang tua dan menggantikannya dengan sel-sel yang baharu. 
5) Berpotensi melambatkan penuaan, membantu dan merawat penyakit serta mengecilkan kesan sampingan campur tangan diet yang kronik.

Menurut kebanyakan agamawan di dunia, Fasting is about emptying your stomach to feed your soul”

Tuesday, 9 June 2015

Hujan. Sabah Masih bersedih

Salam petang Selasa
Hujan petang ini. ALhamdulillah rahmat Allah turun setelah beberapa hari panas dan berbahang hingga ke malam. Masih terkesan dengan gempa bumi yang berlaku pada Jumaat 05/06/15. Turut merasai kehilangan mereka yang terkorban. Walau tak mengenali tetap terasa. Moga keluarga mereka tabah. Tak dapat bayangkan perasaan mereka yang kehilangan. Buat masa ini Lahad Datu dan Tawau tidak merasai gegaran. Mudah-mudahan dijauhkan dari segala bencana alam. Amin! Doakan Bumi Sabah baik-baik sahaja. Bye. Jumpa lagi.

Friday, 5 June 2015

Burger @ Buns Burgembira

Salam Jumaat semua
Cerit tentang makan. Asyik jalan-jalan cari makan sahaja bila En Kuling balik sini. Confirm berat badan bertambah lagi. Haha! Ini cerita tentang Burger. Beli masa makan malam di Restoran Kak Tini, Perdana Square. Kami sibuk makan nasi, yang budak Tumpis sorang tu biasalah ajak makan nak nangis kita dibuanya. Akhirnya order kan dia burger. Kebetulan ada gerai burger disebelah restoran ni. Nama gerai pun agak unik. Buns Burgembira.
Selera dia makan. Burger Daging RM3.50. 
Lepas satu minta lagi satu. Tapau bawa balik rumah. 
Ikutkan jak lah sebab kalau tak habis ada Ibu dan Baba tolong habiskan. Haha!
Bye. Jumpa lagi.

Wednesday, 3 June 2015

Tuesday, 2 June 2015

Tertinggal Laptop lah pula

Assalamualaikum. 
Aduh! Pagi-pagi dah ralat. Tension betul. Macam mana nak buat kerja kalau macam ni. Semua kerja ada dalam laptop buruk ku itu. Memang stress dibuatnya. Laptop ku tertinggal di rumah mak. Tertinggal di Tawau. Fuh! Punyalah cuai. Kena ikthiar lah ni. Ini kes kelam kabutlah ni sebab bertolak subuh tadi dari sana. Ingatkan encik Kuling angkatlah beg laptop aku tu. Rupanya tak, dia hanya angkat beg baju. Yang aku ni jalan lepas salam mak terus tak ingat apa dah. Dok angkut si Tumpis yang masih mamai bangun dari tidur. Sekali sampai kat parking tanya mana beg laptop? Haha. Dua-dua cengang. Sabar. Sabar. Sabar. Bye.

Monday, 1 June 2015

Jemputan Kenduri Sana Sini

AssaLamualaikum
Sabah Sarawak masih bercuti hari ini. Sabah sempena Harvest Festival. Sarawak pula sempena Hari Gawai kan. So, mood blogging pun turut bercuti. Haha! Kami pun masih di rumah nenek Pae. Sibuk ukur jalan sementara en Kuling bercuti ni. Ahad nanti en Kuling kena balik ke Sibu dah. Huhu! Semalam menghadiri jemputan kenduri khawin bekas student praktikal di unit kami. Kebetulan bertemu jodoh dengan orang Tawau. Team office mate turun dari Lahad Datu. Lepas tu bergegas ke jemputan kenduri akikah pangkat anak buah pula. Sampai ke malam kenyang makan kenduri sahaja. Hehe. Musim sekolah dah tiba, sana sini musim kenduri kan?. Salam sayang dari Bumi Tawau. Jumpa lagi. 
*Nanti baru aku balas jejak korang ya*.