Wednesday, 30 September 2015

Tuesday, 29 September 2015

Aidil Adha 1436H yang sederhana

Assalamualaikum
Masih dalam mood Hari Raya Aidil Adha kah? hehe! kami raya kali ini memang tak kemana. Dirumah sahaja sebab hari Jumaat 25/09 tu dah kerja semula. Takut kalau lama cuti melayan perasaan pula. Haha! (first time beraya suami jauh). So, buat-buat happy ajalah di pagi Aidil Adha. En Kuling telefon pun buat-buat happy. Haha! berlakon. Kita ni dok teringat lah dia makan apa kat Sibu nun. Kawan-kawan sana pun ramai yang non-muslim. Huhu.
Gambar di tengah hari Aidil Adha. 
Fokus muka tumpis tu, tak puas hati bila di suruh bergambar. Haha. Ini sahaja yang ada:)

Nasib baik Nenek Pa'e dan MakCu nya ada. Penghibur suasana. Sempat lah masak rendang daging seciput, Nasi Himpit Nona, Tom yam campur dan ayam masak lemak. Budak Tumpis tu kita sibuk masak lain dia sibuk request tomyam. Haha! Layan jak lah. Raya korang mesti meriah kan? 
WasSalam

Friday, 25 September 2015

Kadang...

Assalamualaikum
Kadang aku lemah. Kadang aku jatuh. Kadang aku tak tertanggung. Menangis dalam diam. Sembunyi air mata! Tapi ku tahu ianya ujian DariMu. Liku-liku hidup. Menjadikan aku insan yang lebih kuat. Tabah. Redha. Ku yakin pasti ada Hikmah nanti nya. Percayalah! Allah sebaik-baik perancang. Allah maha mengetahui akan sesuatu. DIA tahu apa yang terbaik buat setiap hamba-NYA. Sekadar coretan. Tiada kaitan dengan sesiapa. 
Al-Fatihah buat para jemaah haji yang terkorban di Mina. moga mereka mendapat tempat di sisi orang-orang yang beriman. Dugaan sungguh musim haji tahun ini. Semua atas ketentuan-NYA. 
Wassalam

Wednesday, 23 September 2015

Salam Aidil Adha 1436H

Assalamualaikum
Lama tidak bersua dengan sahabat-sahabat alam maya sekalian. Apa khabar you all? aduh! terasa janggal plak nak menulis. Haha! padan muka. Terima kasih pada kawan-kawan yang masih sudi berkunjung walaupun blog sunyi sepi. Sayang korang! Hobi menulis ntah apa-apa ni dah makin pudar! Hari ini singgah diblog sendiri untuk mengucapkan Salam Aidil Adha 1436H pada semua. Moga Aidil Adha kali ini lebih membawa makna dan mengajar kita semua erti pengorbanan yang sebenar. 
Korang balik kampung tak? kami berhari raya di Lahad Datu sahaja bersama mak dan MakCu tumpis. En Kuling tak dapat balik raya haji kali ini. Erm! sedih juga, nak buat macam mana itulah pengorbanan. Huhu. So, En Kuling beraya di Sibu dan kami disini. Bersabarlah kan! Percaya setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Moga PJJ kami akan cepat berakhir dan dapat berkumpul semula. Amin! Jumpa Lagi. Rindu you all.
WasSaLam