Saturday, 31 October 2015

Balik Kampug Makan Masakan Mak

Salam Sabtu dan berhujung minggu semua.
Yuhuuuu! Aku, si tumpis dan En Kuling ada di rumah nenek Pa'e @ Tawau ni. 
Balik saja-saja nak makan masakan mak . Hehe! Rindu nak rasa air tangannya. 
Sesekali dapat merasa memang makan bertambah-tambah.
Plan hari ini nak berjalan-jalan di bumi kelahiranku. Santai-santai bersama keluarga tersayang. Di samping menyelesaikan beberapa urusan yang terbengkalai. Korang ada yang balik kampung tak? 
Jumpa Lagi ya! take care you all! bye..

Friday, 30 October 2015

Syaitan Menyerang Melalui 10 Pintu

AssaLamualaikum
Renungan Jumaat! Menarik untuk dikongsikan. Moga bermanfaat pada kita semua.

Syaitan memasuki ke dalam jiwa anak Adam melalui 10 pintu iaitu :

1. Tamak dan Buruk Sangka .
Perlu menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2. Cintakan Dunia dan Panjang Angan-angan.
Perlulah ditanamkan dalam hati dan jiwa dengan rasa takut kedatangan maut yang datang dengan tiba-tiba.

3. Cintakan Nikmat dan Kerehatan.
Yakinilah bahawa segala nikmat akan hilang dan ianya tidak kekal, kerehatan sebenar adalah di Syurga bukannya didunia.

4. Ujub, yakni Kagum Pada Diri Sendiri.
Sentiasa bersyukur atas nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah (kerana terhapus amal kebaikan bila ada sedikit sahaja sifat ini).

5. Pandang Rendah Terhadap Orang Lain dan Tidak Menghormati Mereka.
Perlu mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. Hasad.
Perlu menghadapinya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta redha diatas pemberian Allah terhadap makhluk-Nya.

7. Riak dan Suka Pada Pujian Orang.
Perlu menghadapinya dengan sifat ikhlas dan tawaduk.

8. Bakhil.
Perlu meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa, manakala apa yang ada disisi Allah itu akan kekal.

9. Takabur.
Perlu menghadapinya dengan sifat tawaduk atau merendahkan diri.

10. Tamak.
Perlu menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak megharapkan sesuatu dari manusia.

Oleh itu perlulah kita sentiasa berhati-hati untuk menghadapi bisikan, godaan dan serangan syaitan laknatullah. Dia datang secara halus memasuki saluran darah halus dalam tubuh kita dan cuba menguasai nafsu supaya tunduk atas kehendaknya. Mohonlah perlindungan Allah setiap masa dan ketika supaya kita terpelihara dari gangguan tersebut.

Kredit kepada:
PUSAT RAWATAN ISLAM
SINAR ASSYIFA' ULLINNAS, Tawau Sabah.

Thursday, 29 October 2015

My Tumpis 5 tahun yang lalu..

AssaLamualaikum
Gambar dari facebook sendiri. Mengimbas memori 5 tahun yang lalu pada tarikh hari ini. My beloved Muhammad Irshad masa ini 9 bulan. Dok kacau babanya sibuk nak drive. Bila tengok balik gambar ni senyum-senyum sendiri. Muka tu siap berkedut ok. Kena paksa tengok kamera. Hahaha!
Di sebalik gambar, sebenarnya pada waktu itu kami PJJ jugak. En Kuling kerja di Felda Sahabat sebagai Warden disebuah Kolej disana. Tiap hujung minggu baru dia balik ke rumah. So, bila Babah balik, sibuk lah si abang Pa'e mengendeng kesana sini. Anak babah katakan. Haha! masa umur ni dia memang rapat dengan En Kuling, sekarang mungkin sebab PJJ jugak membuatkan dia lebih rapat dengan aku. Alhamdulillah, membesar dengan sihat, manja dan menyenangkan hati kami. AllahuAkhbar, inilah anugerah terbaik yang Allah beri pada kami. Sob sob terrr touching plak! haha.
Jumpa Lagi!

Wednesday, 28 October 2015

Kawal Rasa Cemburu Pada Orang Lain

AssaLamualaikum
Hasil Perkongsian dari Facebook Dr Zaharuddin Abd Rahman:
Adakalanya kita merasa cemburu dengan pencapaian, kejayaan, harta & perolehan orang lain. Tanpa DIKAWAL, cemburu itu boleh memakan diri, menghasil dengki, muram, murung & stress berlebihan.

Kawal ia dengan positifkan diri untuk menuruti kejayaannya secara halal ( jika relevan), itu namanya 'ghibtah'

Kawal ia dengan yakini itu rezekinya dan ujian baginya. Tiada siapa boleh halang jika ia juga BAKAL menjadi rezeki kita..justeru, tiada perlu muram, sedih & stress melampau.

Kawal ia dengan rasa kejayaan itu adalah hasil kerja dan jalan berliku lagi berat dia sebelum ini, maka layaklah baginya dan tiadalah kita hadapi cabaran & keletihan sebegitu justeru tiadalah hasil sepertinya.

Kawal ia dengan lihat umurnya, mungkin beza tahun pengalaman dan umur punca seseorang perolehi lebih banyak dari kita yang mungkin masih muda.

Kawal ia dengan melihat rezeki yang telah kita perolehi serta bersyukur, reda serta terus berusaha dan JANGAN fokus kepada apa yang kita tiada..

KAWAL ia dengan yakini kebahagian bukan semestinya sama dari satu orang kepada yang lain, berjaya, kaya dan terkenal sepertinya BELUM tentu bahagia, MAKA BAHAGIAKAN diri kita dengan apa yang ada, itu rezeki paling mahal.

Amat bermanfaat. Moga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan redha. Allah menjanjikan kita dengan rezeki dalam pelbagai cara. Alhamdulillah!
WasSaLam^_^

Wordless Wednesday #60 - Kasut Wanita..

AssaLamualaikum
Terjumpa gambar ini di Facebook. Memang ada logik nya. 
Haha! cuba korang fikir. Betul kan?? :
Ikutkan aku, jarang beli kasut seperti diatas. Selalu beli yang flat. tertutup dan bentuk seperti yang biasa sahaja. Rasanya kasut tinggi untuk khawin ada beli begini, tapi last-last tak pakai. Terperap dalam kotak hingga hari ini. Memang tak reti pakai. Hehe! 
Jumpa lagi.

Tuesday, 27 October 2015

Memori - Baju Nikah..

AssaLamualaikum
Mengimbas memori lama. Baju yang aku pakai masa akad nikah bersama suami 05042008 dulu. Sudah 7 tahun berlalu. Masih tersimpan rapi dalam almari. Sayang sangat dengan baju ini. Baju yang dipakai masa berat badan 40 kg. Sekarang ni telan air liur jak lah kalau nak pakai balik. Haha! jauh bebenor kenaikan berat badan. Kihkih.
Kain baju ini sebenarnya dihadiahkan oleh sepupu, dibeli dari Jakarta. Masa itu tak silap harga dalam RM200. Jahit kat butik upah dalam RM150++ sekali baju En Kuling sama warna baju Melayu putih juga (lupa nak tangkap gambar baju En Kuling). Agak-agak kalau nak bagi bakal menantu pakai semula baju ini nak ker?? Hahaha! angan-angan tak sudah. 20 tahun lagi kot baru dapat menantu. Itu pun kalau panjang umur. Insya-Allah! 
Bye, jumpa lagi.

Monday, 26 October 2015

Menghitung detik & waktu

Salam Petang Isnin. Tengok kalendar dibawah. Hehe! Dok menghitung jam & detik, menungu kepulangang en Kuling dari Sibu, Sarawak. InsyaAllah besok petang 3.40pm dia sampai. Moga perjalanannya balik kesini dipermudahkan. Dapat lah cuti sampai minggu depan.
Fuh! sebulan lebih tak jumpa. Mau tak rindu. Hahaha! jiwang! si abang Pae dok tanya, bila babah balik. Hari-hari kira jari berapa hari lagi nak balik. Kadang kesian. Rindu nak jalan-jalan dengan babah katanya. Yelah tu! rindu nak cukai babah beli mainan. Haha! Kan en Kuling suka layan dan ikut permintaan dia. Sebulan sekali balik pun kira bersyukur sangat, tiket mahal lah oi. Sabar jak lah! 
Jumpa lagi. #PJJ cepatlah berakhir. Haha!

Bila tak dengar cakap Nenek

AssaLamualaikum
Nak habaq tentang budak bertuah kesayangan hamba. Tengok lah apa kejadiannya. Balik-balik dari periksa gigi ku, tengok muka dah jadi macam ni. Seriau nengok. Mak cakap jangan marah dia, sebab dia dok takut ibu dia ni jadi singa. Kesian, nak marah pun ada. Haha. Nasib tak kena mata tau!
Nak dijadikan cerita, nenek cakap si abang Pa'e sibuk main air dalam tandas. Siap buat ala-ala kolam renang, masuk buih then berendam dalam besen besar. Feeling mandi kolam lah konon. Haha! Ish! bertuah sungguh budak ni. Nenek dah panggil udah-udahlah berendam tu, Dia buat tak tahu, asyik sangat berendam. Last-last nenek masuk dalam tandas tengok, sengih-sengih ntah macam mana pusing badan dalam tandas tu, tergelincir. Muka kena kat bucu toilet tu. Darah keluar banyak juga mak kata. Yang harunya, mak yang nangis si abang Pa'e buat tak tahu. Mak cakap dia diam sahaja, takut kena marah kot. Haish! Pa'e. Pa'e. Nasib tak teruk, tapi confirm akan meninggalkan parut. Sabar jak lah nak oi. Pagi tadi masa nak sekolah siap tanya "Ibu, luka hidung abang Pa'e ni nanti sembuh tak??". Tahu takut. Huhu! Anak oh anak.
Jumpa lagi!

Sunday, 25 October 2015

Ringkasan Jumaat, Sabtu & Ahad

Assalamualaikum
Tajuk ntah apa-apa!. Haha. Biasalah kalau idea dah kering, nak fikir tajuk pun dah blur. Saja nak cerita, hari Jumaat tu sebenarnya aku ambil cuti nak selesaikan urusan pembelian rumah di Tawau. Aku ke Tawau sorang-sorang, si abang Pae tinggal. Kena gerak sorang sebab nak cepat. So, pagi-pagi dah bertolak. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Sign agreement bank, jumpa lawyer, etc. Sabtu semalam just duduk rumah layan karenah anak bujang tu. Biasalah dia bila cuti memang banyak karenah. Nak makan bersuap, nak ajak main sekali. Ajak bercerita. Tengok kartun pun sama-sama. Layan lah dia janji happy. Hehe. Ahad hari ini, di rumah juga. Nak keluar pun berat sebab masih ada sisa-sisa jerebu. Jadi baik lah kita bertapa di rumah sahaja. Sambil tu gosok lah baju untuk 5 hari. Haha. Esok sambung mencari rezeki, baik lah kita simpan tenaga. Apapun moga hujung minggu kalian juga bermakna dengan adanya keluarga tersayang. 
Jumpa lagi. Bye!...

Friday, 23 October 2015

1 Persahabatan hingga ke Syurga

Assalamualaikum
Menarik untuk dikongsikan. 
Saja nak share buat pengetahuan kita semua.

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara
kebetulan, seperti pernah bertemu di
stesyen kereta api, hotel, hospital,
pejabat pos, ATM, dan lainnya.   
                                       
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana
faktor sejarah, misalnya teman
sekampung, satu kelas, satu sekolah,
satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana
faktor kepentingan tertentu seperti
rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana
faktor hobi, seperti teman futsal,
badminton, memancing, dan
sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana
kerjaya, misalnya sama-sama guru,
doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita
bukan main dia baik lagi tapi bila
belakang kita ... Allah! Pijak semut
pun tak mati! Talam dua muka.
Seperti firman Allah SWT : "Kalau
kamu mendapat kebaikan atau
kesenangan, ia menyakitkan hati
mereka, bila kamu ditimpa musibah,
mereka senang hati ..." (Surah Ali
Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa :
"Allahumma Ya Allah ...
selamatkanlah aku dari sahabat
yang bila melihat kebaikanku dia
bersembunyi tetapi bila dia melihat
keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang
lahir batin, tulus saling cinta dan
sayang kerana ALLAH Azza wa jalla,
saling menolong, menasihati,
menutupi aib sahabatnya, memberi
hadiah, bahkan diam-diam
dipenghujung malam, ia doakan
sahabatnya. Boleh jadi ia tidak
bertemu tetapi ia cinta sahabatnya
kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas,
1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat.
Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan
yang ke-7. Persahabatan yang
terjalin kerana Allah Taala seperti
firman Allah SWT : "Pada hari itu
(Kiamat) sahabat - sahabat karib
akan menjadi musuh bagi yang lain
kecuali persahabatan kerana
ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Moga bermanfaat! Semoga dieratkan persahabatan kita
kerana Allah. Amin!

Thursday, 22 October 2015

Bila gigi ku sakit...

Salam petang Khamis,
Memang sengsara bila kena sakit gigi ni. Aduh! Stress tau! Hihi. Dah lama sangat rasanya tak sakit gigi ni, last kena masa sekolah tingkatan dua tak silap. Masa tu sakit, terus pergi cabut. Sekarang ni ntah apa plak lah! rasanya tampalan gigi aku pecah. Gigi geraham plak tu. Tu yang asyik rasa sakit dua tiga hari ini. Tak tahan dah!
Dah buat appointment dengan Doktor gigi petang ini jumpa 5.30pm. Pergi klinik swasta sebab pernah rasa fobia masa cuci gigi dahulu di klinik kerajaan. Harapnya semua berjalan lancar petang nanti. Takut lah!! hahaha. Kalah budak-budak, nak cabut gigi pun takut. Perasaan fobia tu tetap ada. 
Doakan ya. Jumpa lagi.

Sekeping gambar si Abang Pa'e..

AssaLamualaikum
Masih berkisar cerita di Pulau. Kali kedua bawa budak ini cuti-cuti di Pulau-pulau sekitar Semporna. Si abang ni semangat nak mandi laut dan main pasir sebenarnya. Nah! tempek sekeping gambar dia sorang. Ini pun punya susah nak suruh bergambar. Ini jak lah gambar dia yang betul-betul elok. Ibu yang stress. Haha!
My Muhammad Irshad yang berjaya sampai ke Puncak Bohey Dulang Island. 600meter ke atas.
Proud of you my Son! Bersemangat untuk sampai keatas. Turun semula pun laju.

Alhamdulillah! 5 tahun 8 bulan hari ini. Boleh dibuat poskad kan pic ni? :)
Jumpa lagi.

Wednesday, 21 October 2015

Selamat Berpuasa Hari Asyura

AssaLamualaikum
Selamat berpuasa pada yang berkebolehan untuk puasa pada esok dan lusa (9 & 10Muharram 1437H). Masa untuk kumpul pahala dan mempertingkatkan amalan.
Seronok bila dapat beramal.
*Sedih bila tak dapat menjalani puasa Asyura lagi tahun ini. Tahun lalu pun sama, aku 'berhalangan'. Tiada rezeki. Sabar jak lah. Selamat bersahur awal pagi nanti. Jom..Jom rebut pahala!
Sekian,

Berhati-hati semua #Kepialu..

Salam Pagi Rabu
Risau juga dengan musim Kepialu sekarang ini. Peningkatan kes berlaku. Berhati-hati kengkawan semua ya. Ambil langkah berjaga-jaga. Paling penting jaga kebersihan makanan.
Bila ada simptom-simptom ini sila lah rujuk ke klinik @ hospital berdekatan.

Moga kita semua dilindungi dari segala penyakit.
WasSaLam^_^

Tuesday, 20 October 2015

Risau! Jerebu...

AssaLamualaikum
Lahad Datu dan Tawau, sangat terkesan dengan jerebu kali ini. Selalu nya tahun-tahun lepas kami jarang alami masalah jerebu ni walaupun kawan-kawan di Semenanjung dah jadi macam acara tahunan kan. Huhu! Tapi tahun ni memang terasa kesannya. Sampai anak-anak kena bercuti sekolah. Tak pernah terjadi tau! Sabar jak lah.
Pinjam pic kawan dari FB. 
Kalau ikutkan bila di posisi ini akan nampak Bukit Silam yang menghijau.
 Erm! nampaknya dah diselubungi asap :(

Aku risau sebab Mak aku ada asma. Kadang semput. Si abang Pae pun macam dah start batuk. Uish! risau hidu asap. Hari ini dan semalam abang Pae duduk rumah. Sebelum pergi kerja tadi, ibu dah pesan jangan main kat luar. Sebab bila keluar rumah pun dah bau asap. kena minum air kosong banyak-banyak. Si abang kata OK ibu! hihi
Harapnya cepat lah beredar wahai jerebu. Pergi jauh-jauh. Tak sukaaa.

Gugur nya si gigi susu...

AssaLamualaikum
Gigi susu depan abang Pa'e dah jatuh. Eh! nak guna ayat gugur, jatuh atau patah ni?? hahaha. Cikgu-cikgu sekalian tolong jawabkan. Gigi dia jatuh minggu lepas. Memang dah goyang awal sebenarnya, tapi aku tak berani nak cabut. Kalau ada En Kuling tu, memang dah lama lah dia cabutkan. So, biarkan sahaja. Last-last masa pergi sekolah last week teacher dia whatapps gambar gigi dah rongak. Haha!
My Gigi rongak kesayangan hamba. 
Masa mula-mula tengok pic gelak juga! lucu:)
Suka sangat nak jadi ninja. 
Tiap Jumaat teacher suruh bawa songkok @ kopiah sebab sholat kat sekolah:)

Sekarang ni kalau nak ambil gambar, mesti tutup mulut. Malu konon orang tengok tiada gigi depan. Haha! Ingatkan awal nak tumbuh gigi kekal, tapi dah nak masuk dua minggu belum tumbuh lagi. Bersabarlah nak menunggu gigi baru nya. Haha!
Jumpa lagi! 
WaSsaLam^_^

Monday, 19 October 2015

Mandi-Manda di Pulau Sibuan, Semporna

AssaLamualaikum
Sambungan entry kami di puncak dan view Bohey Dulang Island. Setelah berehat seketika di jeti Pulau Bohey Dulang, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Sibuan. Ambil masa lebih kurang 45 minit lebih kurang dari Bohey Dulang untuk ke Pulau Sibuan. Kiranya ini termasuk pakej sehari sekaligus. Di Pulau Sibuan memang aktiviti nya adalah mandi-manda. Si abang Pa'e semangat lah nak mandi laut. Itu memang kesukaan dia.
Abang pae sibuk main pasir. 
Dari mula sampai lah nak balik baru dia berhenti main pasir. 
Habis badan hitam legam lepas balik dari pulau. 
Suka sangat dia. Panas sangat matahari masa ni.
Mimpi jadi model pantai bersama anak bujangan. Haha!
Ini pun dia marah sebab sibuk ajak dia bergambar. 
Tak mahu dikacau tengah main pasir, katanya.
Model pantai. Jangan jeles! Haha
Adik-adik rombongan tengah mandi-manda. 
Siap sewa set snorkeling lagi. Berendam sakan.
Pantai Sibuan yang membiru.. jernih sangat air nya!
Dari kejauhan. Memang amat mendamaikan. 
Anggota PGA berkawal di sekitar pulau.

Menghayati keindahan alam amat mendamaikan. Semporna, Sabah memang kaya dengan keindahan di Pulau-pulau sekitarnya. Kalau teringin nak ke pulau di Sabah, jadikan Semporna pilihan nombor satu. Pasti tak menyesal. Kos untuk kesini pun rasanya harga mampu. Pelbagai pakej ditawarkan. Selain terkenal dengan Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Kapalai, Mataking banyak lagi pulau lain yang indah dan cantik. Boleh search di google ya kawan-kawan. Thanks sebab membaca. Jumpa lagi!

Saturday, 17 October 2015

Gelagatnya Seharian..

Salam petang Sabtu
You all buat apa tu? Ramai yang mengukur jalan kot. Hehe! Kami ni lepak santai di rumah. Si abang Pae ni seharian main sorang. Lepas satu, satu lagi dia main. Masa main guli di ajaknya Ibu dia ni hah main sekali. Bila kita yang menang dia marah plak. Katanya kenapa ibu yang menang? Aii!  Hahaha. Sabar jak lah! Tiada kawan bermain. Aku lah jadi mangsa. Layan jak. Seronok juga. Seolah-olah kita plak masuk ke dunia kanak-kanak. Ok lah, selamat berhujung minggu ya! 
Wassalam
Buat-buat nak tido siang konon, last-last sampai ke sudah tak tido. 
Ibu yang tewas terlena! Haha

Friday, 16 October 2015

Lunch di Thai Siam Cuisine, LD

Salam Petang Jumaat.
Cerita petang semalam. Adik-adik praktikal ni request nak makan di sini. Jauh juga dari tempat kerja. Sesekali ubah selera. Pergi jauh sikit untuk lunch.
Set menu-amat menarik
Set Lunch RM 12 -Nasi putih, Tomyam campur, telur dadar & Air sirap. 
Aku suka tomyam nya. Pekat
Lupa lah nama menu ni. Haha! tapi aku tengok habis juga cik adik tu makan. 
Maksudnya sedap lah kan?:)
Jus Pisang. Adik tu cakap memang sedap dan menyegarkan.

Ok lah makan disini. Lagipun suasana nya menarik. Susun atur kedai dan perabot memang cantik. Tak sempat  nak snap pic sekeliling, malu lah pula. Sebab sentiasa penuh bila kesana. Kalau nak cari kelainan menu untuk makan di Lahad Datu bolehlah ke sini :

LOT UNIT BLOCK 5, LORONG I-PEAK 3
Lahad Datu
013-685 1803

Abang Pa'e dah kaya, banyak duit :)

Salam Jumaat yang barokah.
Cerita tentang si abang Pa'e yang dah semakin membesar. Dah tahu nilai duit, tapi berbelanja memang tak pandai langsung. Selalu dia balik sekolah cerita, kawan-kawan dia bawa duit. Cuma hairan juga sebab depa nak beli apa kat sekolahnya sebab bukan ada kedai runcit pun. Hehe!
Ini duit syiling tabung abang Pa'e. Tiap-tiap hari masukkan syiling. Tabung ada dua. Tak nampak pula. Tiap hari dia akan buka tabung dan buat macam kat atas tu. Konon-konon mengira lah duit dia. Lepas tu siap cakap "Ibu, abang Pae dah kaya"! Kalau Ibu takde duit, pinjam lah duit abang Pa'e ni. Kat Maybank pun ada lagi. Hahaha! Confident je dia cakap. Aku dengar pun gelak jak. Kadang tu dia cakap " Ibu, besar nanti abang Pa'e akan belikan Ibu emas". Babah dengar pun jeles, asyik nak belikan Ibu jak, babahnya tak. Hahaha! Mana-manalah nak, harap sampai besar lah pandai simpan duit ye. Buat bekalan sambung belajar. 
Jumpa lagi. WassaLam^_^

Thursday, 15 October 2015

Pencetus Ummah Zaid- Asal Tawau

AssaLamualaikum
Rancangan Pencetus Ummah akan keudara lagi setelah berehat beberapa ketika. Salah seorang peserta berasal dari Tawau, Sabah. Tempat kelahiran ku. Turut berbangga dengan pencapaian anak Tawau ini. Good luck PU Zaid.
Hobinya membaca dan menulis, #PUZaid mempunyai konsultan motivasi sendiri 
juga menjadi penulis Ebook dan kerap dijemput menjadi penceramah
Barisan 12 wajah Pencetus Ummah musim terbaru. Jangan lupa saksikan. 
Selamat maju jaya pada semua peserta.
 
Pada musim pertama rancangan Pencetus Ummah ini aku tak pernah ketinggalan untuk menonton. Harap musim kali ini pun sama. Banyak ilmu yang boleh kita perolehi. Sekian, jumpa lagi.
WasSaLam^_^

#Throw back! Cuti 7 Anniversary- Seafest Hotel Semporna

AssaLamualaikum
Entry lama terperam. Haha! pada 05042015 lepas genaplah usia perkhawinan kami yang ke-7 tahun. Alhamdulillah pelbagai dugaan, pahit, manis yang datang dalam masa tujuh tahun ini. Kalau tahun lepas kami ke Felda Sahabat Resort untuk meraikan, kali ini kami memilih Semporna untuk cuti pendek 2 hari 1 malam sahaja. Walaupun dekat janji dapat spend time together kan? Aku book hotel di agoda.com awal-awal sebab takut penuh. Pilihan kami Hotel Seafest, Semporna. Sebab utama kami pilih sebab ada kolam renang disitu. Abang Pa'e always request nak mandi kolam. Ikutlah permintaannya tu. Sesekali kan. Hehe!
Ringkasan gambar di Seafest Hotel, Semporna. 
Harga dalam RM120++. 
Breakfast semua puas hati.
View dari balkoni Seafest Hotel. Laut, bot nelayan dan perkampungan penduduk
Sesi mandi kolam bersama En Kuling. Aku jadi pemerhati sahaja. 
Tak sanggup nak jadi dugong. Puas lah si abang Pa'e tu mandi-manda. Haha!
Foto dalam perjalanan ke Semporna. 
Ambil masa lebih kurang 2 jam juga perjalanan dari Lahad Datu. 
Bertolak awal pagi. Gambar blurr entah kenapa. Hihi
Ada budak dalam selimut. Kes tak mau mandi sebab sejuk sangat. 
Ada air panas pun liat mandi sebab budak ni bermalas-malasan. Haha!

Walaupun entry tersangat lambat dipublish, harapan ianya menjadi kenangan buat kami. Moga perjalanan rumahtangga akan sentiasa dalam lindungan Allah dan penuh keberkatan. Amin. Amin!
WasSaLam^_^

Wednesday, 14 October 2015

1 Muharram dan hujan..

Salam 1 Muharram 1437H. Aktiviti hari ini seharian di rumah. Rileks-rileks caj tenaga untuk besok. Tambahan cuaca hujan sepanjang petang ini. Masak pun ala kadar ayam masak kicap, sayur sawi tumis, sayur pucuk ubi. Sedap lah lepas masak, makan dan tidur. Jadi ular sawa. Haha. Abang Pae pun sama, penat main sorang, minta minum susu terus terlena. Bermalasan seharian. Jumpa lagi. InsyaAllah!

Tuesday, 13 October 2015

Salam Maal Hijrah 1437H

Salam tahun baru Islam buat semua.
Moga tahun baru ini akan lebih membawa keberkatan hidup pada kita semua. Sama-sama perbaiki diri untuk jadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Buat aku sendiri, banyak lagi kelemahan diri yang perlu aku perbaiki. Moga Allah mendengar doa-doa kita semua.
Kepentingan peristiwa Hijrah :
Eratkan perpaduan. Eratkan silaturrahim. Moga Malaysia tetap harmoni dengan kepelbagaian kaum.
*Jangan lupa baca Doa akhir tahun 1436H dan Doa Awal Tahun 1437H.
* Di sini telah masuk Asar pada 3.11pm tadi - Maghrib akan masuk pada 5.54pm.
WaSsaLam^_^

View Puncak Bohey Dulang Island, Semporna

AssaLamualaikum
Sambungan entry ini. Dekat satu jam berada di puncak Bohey Dulang Island, Semporna memang kami tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar sebanyak mungkin. Yalah, entah bila lagi dapat kesini. Silap-silap ini yang pertama dan terakhir. Tak larat den nak mendaki lagi. Tua dah oi.Haha! En Kuling tukang ambil gambar-gambar ni semua. 
Hanya mampu mengucap bila sampai sahaja di atas. Subhanallah! hilang segala penat
Memang begitulah air laut nya. Biru!

Pulau Bohey Dulang, Semporna ni memang menjadi salah satu tarikan pelancong sekarang ini. Rugi kalau tak kesini bila dah jejak ke Semporna. Tentang keselamatan, ramai yang risau tapi insyaAllah pihak keselamatan kita sentiasa ada bersama. Masa kami mendaki ni pun, ramai anggota PGA turut berjaga, renjer hutan dan staff Taman-Taman Sabah. Dapat menikmati pemandangan diatas memang akan menjadi kenangan manis buat kami. Sekian, jumpa lagi!
WasSaLam^_^

Monday, 12 October 2015

KAMI di Puncak Bohey Dulang Island

AssaLamualaikum
Kejadian sudah lama berlalu. Oleh kerana kemalasan tahap dewa pada masa itu, maka baru hari ini dapat dicerita kan disini. Hehe! sabor lah kalian membaca entry-entry throwback. Kami plan seminggu awal untuk ke Bohey Dulang Island ni, sebab dok ternampak gambar-gambar yang cantik di google. Bertekad nak pergi sendiri melihat keindahan pulau tersebut. Akhirnya pada 29/08/15 (Sabtu) kami pun merealisasikan impian tersebut. Bersama adik-adik office mate dan student praktikal. Mengucap masa sampai kat atas ni, subhanallah! indah sangat ciptaan Allah! 
Akhirnya 3 beranak sampai ke puncak Bohey Dulang:)
Nak sampai ke puncak ini kena mendaki 600 meter ke atas dengan jalan yang agak mencabar. 
Aku hampir putus asa, nasib baik guard bagi semangat untuk teruskan pendakian. 
Aku berhenti dalam 4 kali kot sebelum sampai atas.
Memang stamina kena kuat sebelum naik ni. Hehe!
Ahli rombongan bersama adik-adik yang amat supportif. 
Yang pegang monopod tulah kiranya ejen yang membawa kami. 
Belajar lagi, masa cuti semester dia akan bawa orang-orang yang mahu ke pulau. 
Kiranya dia buat part time. Semua permit untuk masuk pulau, dia yang uruskan.
Masa ni pergi ni nak dekat sambutan merdeka, 
so, bendera Sabah & Malaysia berkibar dengan megah.
Suami isteri brutal. Berehat selepas mendaki. Haha!
Hero-hero ku. 
Depa berdua sampai dahulu ke puncak, aku tertinggal dibelakang. Haha!
Candid! Indahnya pemandangan dibelakang tu
Kami berada di pulau ni dekat 2 jam juga untuk mendaki, menikmati pemandangan, bergambar dan menghilangkan penat sebelum bergerak ke Pulau seterusnya Pulau Sibuan untuk bermandi-manda. Next entry ya! Jumpa lagi.
WasSaLam^_^

Sunday, 11 October 2015

Ustaz Nabil Ahmad - Allahumma inni As'Aluka

Selamat berhari minggu semua.
Mulakan hari anda dengan zikir INI dalam versi Video. 
Alunan yang amat mendayu dari Ustaz Nabil Ahmad. 
Inilah yang abang Pa'e dok zikir hari-hari.

Moga bermanfaat pada semua. Moga rezeki dan amalan kita diberkati. Amin!
Bina semangat untuk dan hari-hari seterusnya.
WasSaLam^_^

Saturday, 10 October 2015

Sabtu- Spending time with Family

AssaLamualaikum
Sabtu datang lagi. Pasti nya banyak yang hendak diselesaikan hari ini. Weekend juga hari untuk bersama family. Menghabiskan masa bersama-sama. Masa inilah juga nak melayang karenah anak dan memenuhi permintaan nya. Kalau budak tumpis ni, sabtu selalunya menu sarapan selalu sangat minta Cekodok bilis. Memang kegemarannya sepanjang zaman.
Bahagia bila dapat bersama keluarga 
dan mencipta memori bersama.
Cekodok bilis cecah sos mayonis bersama segelas susu.
Sarapan kegemaran si abang Pa'e.
Penuhi hari anda bersama keluarga tersayang.
Jumpa lagi.