30.6.16

Dah Kurus??

Assalamualaikum. Ramadhan hampir di penghujung. Sayu juga rasa hati. Entah bertemu lagi tahun hadapan atau tidak. Semua menjadi rahsia Allah! Perihal Ramadhan ni, pasti ramai juga yang berjaya turunkan berat badan. Betul tak??. Hehe. Sekilo dua pasti ada yang kurang. Cuma itu lah, risau bila raya nanti lupa diri plak tengok makanan depan mata. Macam aku lah tu. Hahaha.
 Puasa ini dah berjaya turun 3kg. Tup-tup raya naik 5, 6 kg plak. Haha. Seram memikir. Balik rumah mertua lagi tak boleh tahan, mak mertua siap tanya menantu jauh ni nak makan apa-apa. Siap di masakkan lagi. Setahun sekali balik memang best. Semua benda nak makan ada depan mata. Tak pasal-pasal jadi macam cik Meow diatas. Bertabahlah akan pertambahan berat badan nanti. Haha. 
Jumpa lagi.

29.6.16

Kenangan Konvokesyen 13 tahun dahulu

Salam #24 Ramadhan. Mengimbas kenangan konvokesyen dulu-dulu. Zaman kegemilangan. Haha! Terjumpa di time line member sekampus. Sudah 13 tahun berlalu. Zaman penuh suka duka bergelar pelajar. Jauh merantau menyeberang Laut Cina Selatan. Terasa dah tua sangat sekarang. Haha
Antara sahabat-sahabat baik saya sepanjang berada dirantauan. 
Sahabat yang berkongsi suka duka. 
Ada ramai lagi kengkawan yang bersama, tapi gambar dah tak jumpa.

Jangan gosip! berdosa. Hahaha. 
Ini pun kawan baik masa study hingga lah sekarang. 
Abang Mie. Orang Perlis, baik sangat. Sekarang kerja Perkeso.
Yang ni aku panggil Chik. Sebab orangnya kecil ja. Orang Tawau juga, sama-sama merantau menimba ilmu. Bersama suka duka, Dah khawin dengan orang Perak. Dia cikgu.

Merantau belajar tahun 1999 hingga 2003. Konvokesyen kena tunggu setahun 2004. Tahun 2007 baru balik menetap di Sabah. Konvokesyen pun hanya ditemani kawan-kawan baik. Sedih juga masa itu, tapi berjaya juga diharungi. Mak dan arwah bapa tak dapat datang sebab faktor kewangan dan kesihatan. Apapun alhamdulillah, semuanya menjadikan aku seorang yang amat berdikari. Struggle untuk hidup. Syukur untuk nikmatmu hari ini ya Allah!  

28.6.16

Iftar di My Inn Hotel, Lahad Datu

AssaLamualaikum. Cerita Iftar kami bersama teman-teman sepejabat pada 22/06/16 Rabu lepas. Kat sini tak banyak sangat pilihan untuk berbuka puasa. So, seperti tahun-tahun dahulu Hotel My Inn sekali lagi menjadi pilihan kami. Pukul 5.30pm tu gerak dah ke Bandar Sri Perdana lokasi hotel ini. Aku dari office terus saja kesana. Tak kuasa nak balik rumah lagi sebab jalan jem. 6.15pm kami semua dah berkumpul sebab waktu berbuka 6.22pm.
wajah-wajah yang sampai awal. Lepak menunggu kawan-kawan yang lain.
Ini sahaja gambar yang sempat diambil. Segan nak ambil gambar makanan:)

Ramadhan kali ini My Inn Hotel Lahad Datu menyediakan hidangan buffet RM39/person. Hidangan istimewa kambing golek (sorry, aku tak makan) dan lain-lain menu. Bos sponsor semua. Alhamdulillah. TQ bos! 
My Inn Hotel Lahad Datu
Address: 5th-8th Floor, Lot264, 
Lorong Bandar Perdana 6, Lahad Datu, Sabah
Phone:089-863 388

25.6.16

Kenapa Orang Baik Selalu Tersakiti?

Assalamualaikum.
Perkongsian dari group. Moga memberi manfaat pada kita semua. Yang baik jadikan teladan.

KENAPA ORANG BAIK SERING TERSAKITI?
Karena orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam semesta kebahagiaannya, ia tidak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.

KENAPA ORANG BAIK SERING TERTIPU?
Karena orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Ia tidak menyisakan sedikitpun prasangka bahwa orang yg ia pandang penyayang mampu mengkhianatinya

KENAPA ORANG BAIK SERING DI HINA?
Karena orang baik tak pernah diberi kesempatan membela dirinya. Ia hanya harus menerima, meski bukan ia yang memulai perkara.

KENAPA ORANG BAIK SERING MENETESKAN AIR MATA?
Karena orang baik tidak ingin membagi kesedihan. Ia terbiasa mengobati sendiri lukanya, Dan percaya bahawa suatu masa Allah akan mengganti kesedihannya dengan kebahagiaan.

TAPI, KENAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI YANG MELUKAINYA?
Karena orang baik selalu memandang bahwa di atas semua, Allah-lah hakikatnya. Jika Allah yang mengarahkan gerak gerik hidupnya, bagaimana ia akan mendebat kehendak-Nya. Itulah sebabnya orang orang baik tidak memiliki dendam dalam kehidupannya.

Semoga Allah terus memudahkan & menguatkan kita semua dan anak keturunan kita, menjadi orang orang yang baik. Yang terus tekun belajar berbagi kebaikan dan mencuba menyinari semesta disekitar walaupun baru mampu dengan cahaya yang kecil sekalipun. Amin. 
Jumpa lagi ya.

24.6.16

Abang Pa'e selfie..

Salam Jumaat semua. Tiada cerita sangat dua tiga hari ni. Nak kata busy, tak juga. Layan gambar selfie yang diedit lah. Gambar si anak bujang sorang tu. Sekarang ni, suka minta hand phone Ibu, nak selfie katanya. Hahaha. Inilah hasil nya :
Ini hasil kerja dia semalam. Haha! suka buat muka tu:)
Yang ni babah dia tegur?? awat colou pink?? haha.
Si abang Pae ni lepas tangkap gambar selalu suruh "Ibu, tolong bagi tengok Baba". Nak juga tunjuk kat baba dia yang jauh tu. Layan ja lah permintaan anak. Hehe. Yang penting dia happy, kan?
Jumpa lagi.

22.6.16

Fesyen Evening Dress untuk Hijabista Di Zalora

AssaLamualaikum. Masih ada yang tercari-cari evening dress untuk majlis rasmi atau annual dinner?? Kadang pening juga kan nak sesuaikan dengan trend muslimah. Yang menutup aurat dan selesa pada kita. Kini, semuanya boleh didapati dengan senang. 
Rata-rata koleksi evening dress yang kita temui di pasaran semuanya berpotongan seksi dengan rekaan yang terdedah. Jadi dilema plak pada kita bila kena ikut tema kan? Menyedari hakikat itu, kini terdapat beberapa jenama pakaian Muslimah dan ramai pereka fesyen kian peka dengan perkembangan trend fesyen Muslimah. Wanita berhijab sekarang boleh buat pilihan beberapa koleksi dress Muslimah yang sesuai digayakan sebagai evening dress seperti berikut:
Flared Maxi Dress
Potongan dress labuh yang berlengan panjang dengan bahagian skirts yang kembang sesuai dipakai oleh semua wanita tidak mengira bentuk badan.
Belted Maxi Dress
Koleksi maxi dress ini juga boleh anda temui dalam rekaan bertali pinggang atau juga dikenali sebagai belted maxi dress seperti berikut dan sesuai untuk wanita yang mempunyai potongan badan yang slender dan tinggi lampai. 
Maxi Kaftan
Selain koleksi long dresses atau dress Muslimah, wanita berhijab juga boleh tampil bergaya dengan koleksi maxi kaftan yang loose dan selesa seperti diatas.

*Beli online lagi senang. Pilih, klik dan bayar. Tup-tup dah sampai depan pintu rumah. Laman web Zalora.com selalu menjadi pilihan aku dan kawan-kawan untuk mendapatkan apa yang dihajati. Service pun terbaik. Apa tunggu lagi, Jom shopping! 

17.6.16

Marah dan Ego...

Salam 12 Ramadhan 1437H. Sekadar perkongsian bersama. Antara marah dan ego. Ego dalam diri selalu mengatasi. Itu yang sifat marah terbawa-bawa. Kan? Rasa ego yang hadir bersama hasutan syaitan. Nauzubillah! Moga kita dapat memperbaiki diri.
Selalu belajar untuk mengawal marah. DIAM itu lebih baik!
Jumpa lagi. Senyum sokmo deh :)

16.6.16

Biskut Raya - Buat atau beli??

AssaLamualaikum. Tiga hari bertapa. Tahap kemalasan melanda lagi. Mentang-mentang puasa, blog pun macam puasa juga. Haha! Cerita kuih raya tahun ini. Aduh! semua makin mahal. Tahun-tahun lalu ada juga buat sendiri sejenis dua, yang selebihnya memang beli. Tapi bila tengok harga biskut raya tahun ini, semua dah naik harga. Fuh! Berfikir juga bila nak beli banyak. Selalu beli untuk rumah sendiri dan untuk rumah Mak sekali.
Antara katalog yang aku perolehi tahun ini. 
Kira murah sedikit, berbanding yang lain. RM28 - 50biji
Sama juga RM28 - 50biji

Yang lain-lain semua kebanyakkan harga sama RM32 / RM35 - 50 biji. Pergh! berpinar biji mata nak membeli. Hahaha! Kira-kira budget, nampaknya terpaksa dilakukan pengurangan untuk budget biskut tahun ini. Sabar ja lah! Mungkin akan lebihkan kerepek-kerepek atau rajinkan diri nanti. Huhu.
Bagi korang harga diatas mahal kah murah??

12.6.16

Bye Kuling, Jumpa Raya nanti

AssaLamualaikum. 
Hari ini cuti En Kuling akan berakhir. Flight balik ke Sibu, Sarawak pukul 4.00pm ini. Transit di Kota Kinabalu 2jam setengah, sempatlah berbuka puasa di KK sebelum sambung ke Sibu 7.30pm dan dijangka sampai pukul 9.05pm. Sempatlah kami berpuasa bersama selama seminggu ini. Ini tahun kedua kami berpuasa berjauhan. Sob. Sob. Apa nak buat, bersabar sahaja. Pengorbanan yang perlu dilakukan demi mencari rezeki. Aku belajar redha dan sabar. Alhamdulillah pasti nanti nya akan ada hikmah menyusul. Tak mau sedih-sedih. Haha! insyaAllah dekat raya nanti jumpa lagi. Dalam 3 minggu lagi. Menghitung hari lagi Ibu dan abang Pae. Hehe. Abang Pae pun dah faham bila babah jauh, dia tak cerewet atau menyusahkan. Senang jaga. Syukur lah! Semuanya Allah Permudahkan satu persatu. Oklah, jumpa esok ya. Selamat berhari minggu.

11.6.16

Letih lah! :)

Salam Sabtu - 6 Ramadhan 1437H. 
Hari ini mungkin aktiviti ukur jalan. Walaupun tengah puasa, aktiviti shopping terpaksa diteruskan. Sebab En Kuling nak balik ke Sibu dah besok (Ahad). So, kena cari baju raya siap-siap. Kang dia balik dekat-dekat raya dah tak sempat. Paling penting baju si bujang sorang tu abang Pa'e. Kena lah beli sepasang dua. Mudah-mudahan jumpalah hari ini. Hehe. 
Confirm letih! tapi jangan sampai jadi seperti si Meow di atas. Hahaha! Meow pun puasa tau!
Selamat berhujung minggu. Jumpa lagi! :)

10.6.16

7.6.16

1st time Abg Pa'e puasa

Salam 2 Ramadhan 1437H.
Alhamdulillah semalam berjaya dilepasi dengan baik. Kami bertolak lepas sahur dari Tawau ke Lahad Datu. Ambil masa dalam 2 jam setengah, terus masuk pejabat. Abang Pa'e dan En Kuling terus balik rumah. Tidur! hehe. Alhamdulillah juga si abang Pa'e berjaya puasa semalam. Untuk pertama kalinya. Di usia 6 tahun 4bulan. Kami tak paksa, kalau dia merengek nak berbuka memang kami dah plan, biarlah dia berbuka. Slow-slow. En Kuling bagitau dia tidur, main, baring-baring dan tengok TV. Petang aku balik kerja tu, baru dia tanya "bila nak Maghrib, Ibu? ". Haha. Aku jawab tak lama lagi. Sabar ya! last-last dia ambil basikal main. Maghrib masuk, aku suruh dia makan kurma dulu, lepas tu makan nasi. Karipap pun dia makan sampai 2 biji. Minum teh O. Syukur. Pagi tadi pun kejutkan dia lewat sikit, ngantuk nampaknya tapi aku suapkan juga sedikit nasi dan makan kurma. Apapun Alhamdulillah, mudah-mudahan aku boleh fahamkan dia konsep puasa yang sebenar, tentang kesusahan kawan-kawan dia yang tak dapat makan, yang kekurangan, konsep untuk lebih bersabar. Moga Allah permudahkan semuanya.
With LOVE,
Ibu & Pa'e..

3.6.16

Jadual Berbuka Puasa Bagi Lahad Datu 2016

AssaLamualaikum.
Ramadhan makin menghampiri. Persiapkan diri mental & fizikal. Moga kita semua dapat mempertingkatkan amal ibadah di bulan mulia. Tadi dapat jadual ni, terus simpan.
Kami Imsak awal. Berbuka pun awal. Beza dekat satu jam juga kan dengan korang semua. Alhamdulillah! Moga kita semua dapat menjalaninya dengan baik. Amin, amin.
*Kami gerak balik ke Tawau petang ini. Doakan perjalanan kami.
Jumpa lagi...

2.6.16

Tanda-Tanda Stress

AssaLamualaikum.
Sekadar berkongsi info. Sekiranya kita ada tanda-tanda seperti dibawah, baiklah kita ambil tindakan apa-apa yang patut. Mudahan tidak berterusan:
Moga memberi manfaat. Rasanya setiap orang pernah rasa stress. Hidup dizaman penuh cabaran ini, pasti mengundang stress. Cuma janganlah berlebihan ya! Cara mengatasinya pun terpulang pada diri masing-masing. Lakukan sesuatu yang buat kita gembira. Adakah kamu stress?? bolehlah semak diri.
Jumpa lagi.

View Of Kundasang, Sabah

AssaLamualaikum.
Sebahagian daripada gambar yang aku snap masa cuti-cuti bulan April 2016 yang lalu. Keindahan bumi Kundasang, Sabah. Aman, damai, sejuk & saujana mata memandang.
Ambil dari Facebook. Replika sayur Kobis ditengah-tengah jalan.
Ini aku ambil dari atas Kundasang Memorial Park. View dari atas.
Perumahan dilereng bukit, Kundasang. Sejuk !
Saujana mata memandang:)
Kundasang ni, ala-ala Cameron Highland kalau diSemenanjung. Sejuk! pergi sekali pasti nak pergi lagi. Melihat keindahan alam semulajadi. Lain-lain tempat dan gambar untuk tempat yang kami lawati, di lain entry ya! (kalau tak lupa lah). Haha! 
Jumpa lagi semua..