Thursday, 29 September 2016

Wednesday, 28 September 2016

Wordless Wednesday #63 - Bahana camera 360

AssaLamualaikum. Saja nak melawak. Hilangkan mengantuk tu. Haha! macam- macam applikasi camera sekarang ni yang ada dalam list. Bagi yang minat, download sahaja dalam Google @ Apple store. Boleh lah nak melawa sesekali. Abang Pae yang kecil tu pun dah pandai selfie sorang-sorang. Haha!
Bila jumpa depan-depan sampai mengucap dibuatnya. Hahaha! Sekadar lawak ya kawan-kawan, bukan maksud menghina sesiapa. Sesungguhnya setiap yang Allah jadikan itu INDAH. Siapalah kita nak mempertikai kan? 
Jumpa Lagi!

Tuesday, 27 September 2016

Bila hero potong rambut..

AssaLamualaikum. Hero Malaya kami ni tiap bulan boleh dikatakan wajib potong rambut. Cepat sangat panjang rambutnya. tumbuh dengan subur. So, memang kena potong selalu. Masa belum ber PJJ, selalu nya en Kuling lah yang uruskan bab-bab potong rambut ni. Tapi selalunya style aku yang pilih. Aku cerewet sikit kalau melibatkan rambut hero tu. Hehe.
Ni pic terbaru aku potong masa awal bulan ni. Kawan siap cakap, Abang Sado potong rambut abang Pae. Siap di klip lagi rambut tu. Haha. Kemas hasilnya. Suka cara abang ni potong rambut Pae
Sebelum & selepas. Hasil potongan rambut abang sado. Haha!
Ini pun potong di kedai yang sama, tapi bukan abang sado yang potong. 
Yang ni tukang gunting perempuan.
Ini hasilnya rambut raya puasa hari itu :)
Rambut budak lelaki ni agaknya memang cepat panjang kan. Di sini kos potong rambut untuk budak lelaki selalunya masih dalam RM5. Masih murah lah kan? :)

Monday, 26 September 2016

Edisi Cendol

Assalamualaikum. Di area Tawau dan Lahad Datu buat masa ini memang terkenal dengan jualan cendol. Paling famous cendol durian. Bila tengok gambar memang tak tertahan nak cuba. Haha! bagi yang tak makan durian mungkin tak suka lah, tapi bagi aku yang 'hantu durian' ni memang ketagih. Weekend jalan-jalan, kita carilah cendol ni menghilangkan dahaga.
Cendol durian+ Cheese. Tak nak cheese pun boleh. Alternatif. 
Big Cup : RM8.50
 Ada 5 @ 6 ketul juga durian kat dalam tu. Letih nak menghabiskan:)

Yang ni plak Cendol Red Bean. Big Cup RM6

Memang puas hati lah sekali minum. Di area Lahad datu boleh dapatkan di :
Polar Ice, Taman Pertama Satu.
Pelbagai jenis cendol lagi yang mereka jual dengan harga dan kuantiti yang memuaskan.
Jumpa lagi.


Friday, 23 September 2016

Renungan Jumaat 50

Assalamualaikum. Jumaat yang mulia, moga kita sentiasa dalam rahmat-NYA. sekadar renungan buat kita semua. Kata-kata yang memberi kesan mendalam pada kita semua. Moga kita tergolong dalam hambanya yang diberkati. 

Setiap yang hidup pasti mati. Tiada yang kekal melainkan DIA. Al-Fatihah pada semua yang telah pergi. Sesungguhnya kesudahan kita pula nanti bagaimana? 
Tebarkan kasih sayang. Jumpa lgi.
WassaLam.

Wednesday, 14 September 2016

Lawak Suami-Kaki Pancing

Assalamualaikum. Senyum di pagi Rabu. Bekerja seperti biasa walau sunyi itu masih terasa. Masih ramai yang sambung cuti. Para suami mungkin ada yang habiskan masa dengan memancing. Bersyukur lah, sekurang-kurangnya kita tahu aktiviti suami. Jangan pancing lain plak. Haha!

Jumpa lagi you all! Senyum selalu, tebarkan kasih sayang.

Friday, 9 September 2016

Salam Aidil Adha 1437H

Assalamualaikum semua.
Lama tak bersua dialam maya ini. Mood memang dah terbang ke Lautan Hindi. Haha! singgah hanya nak ucapkan Salam Aidil Adha 1437H. Moga raya korban kali ini lebih bermakna buat kita semua.
Dalam hidup ini, menuntut banyak pengorbanan. Mungkin setiap daripada kita melalui pengorbanan yang berbeza-beza. Yang pasti setiap pengorbanan yang kita lakukan, Allah sudah menjanjikan sesuatu diakhirnya. Sesuatu yang pasti manis! Hanya perlu sabar & redha. 
Jumpa lagi,
Salam sayang dari Bumi Sabah.
atieYusofPa'e.