Wednesday, 30 November 2016

Rindu Irshad_ku

Selamat petang semua. Lama tak bersiaran, risau penyakit 'M' ni. Haha! baik lah kita menconteng sesuatu di sini. Sabtu lepas si abang Pae balik ke rumah nenek di Tawau. Cuti sekolah kan. Duduk sana mungkin dalam 2 minggu sebelum aku ambil balik kesini.
Pic kiri masa umur 9 bulan. Si besar mataku! haha. Kanan-Pic baru, MakCu nya send kat aku.
Yang ni dirumah nenek semalam. Cuti-cuti pun 'reading' kena latih. 
Kang bulan 1, nak masuk darjah 1 ada ujian penentuan kelas. Kenalah latih sentiasa.
** Rindu budak kecil ini. Selalu kalau dia ada, memang tak pandai diam. Ada sahaja aktivinya. Sekarang ni, balik rumah pandang dinding lah jawabnya. Haha!

Thursday, 24 November 2016

Kisah Aisyah Nuha Zahirah

AssaLamualaikum. Ini Nuha. Nama penuh Aisyah Nuha Zahirah. Anak saudara ku yang pertama. Anak adik lelaki ku. Kesayangan kami sebab anak saudara perempuan pertama. Sebelum ini hanya ada abang Pae. Sekarang dia dah ada sepupu belah ibu (Sabah). Sepupu belah Semenanjung (Melaka) memang tak terkira. Dah sedia ramai.
Terbaru pic Nuha. Babah dia send pagi tadi.
Bersama si abang Pae :)
Al-kisahnya, masa Nuha lahir si abang Pae tak mau tengok. Sebab?? dia nak sepupu lelaki katanya. Tak nak perempuan. Siap suruh MakCu nya padam gambar yang adik aku gandingkan gambar mereka berdua. Boleh gitu? Hahaha! pastu kata, tak suka sebab nak ada adik sendiri yang lahir dari perut Ibu dia ni. Tapi kan masa raya hari tu jumpa, boleh plak dia sayang-sayang Nuha ni, siap kata wanginya. Siap dukung lagi. Haha! adoi sabar lah nak! belum rezeki ko nak dapat adik sendiri. Redha.

Wednesday, 23 November 2016

Bila lapar @ 11.00pm

Dah petang baru nak update. Busy sikit hari ni. Semalam dah pukul 11.00 malam, perut rasa lapar. Aku memang dah penat sebab habis basuh baju guna tangan. Hadoi! mesin baju memang buat hal. Tak boleh nak pusing lah pula. Lepas basuh baju, memang tak larat lah nak masak lagi.
orang lain makan ni buat breakfeast, kami buat makan tengah malam. Haha!
En Kuling yang masak ya! bukan aku. Haha. Diam-diam kat dapur, rupanya masak ni. Jadilah alas perut tiga beranak ditengah malam.

Tuesday, 22 November 2016

Senja di POIC

AssaLamualaikum. Cerita petang Sabtu. Mencari tempat nak berjalan. Ke sinilah tempat kami tuju. Di POIC, Lahad Datu. Kawasan perindustrian yang bersambung dengan kawasan laut.  Tempat kapal perdagangan berlabuh. Bila petang, ramai orang sekitar akan memancing atau menikmati pemandangan di sini. 
Senja nan merah. Suka sangat tengok gambar ini. Kapal perdagangan berlabuh.
Indahnya! 
Disebalik corong minyak
En Kuling suka memancing. So, tiap kali balik bercuti memang akan luangkan masa sejam dua disini. Jarak dari rumah pun tak jauh, dalam 5 minit sampai. Menikmati keindahan senja.

Monday, 21 November 2016

Pizza RM5

Salam pagi Isnin. Cerita semalam. Si abang Pae teringin sangat nak makan pizza. Dari siang dok merengek. Dia biasalah, kalau ada En Kuling di rumah (tengah cuti) permintaannya pun agak luar biasa sedikit. Haha! kalau dengan Ibu, jarang dia nak mengada. Layanlah request dia tu.
comel jak box. 6"pan
Belikan 2 -RM10. Hawaiian Chicken & Beef Pepperoni
Kena tunggu 20 minit. Duduk lah dalam kereta:)
Pizza Hut Wow! Take-Away Promo Terms & Conditions:
Harga untuk A La Carte sahaja.
Harga Add-ons sah untuk Double Box, Big Box, Piza A La Carte atau Pasta, tidak sah untuk promosi Wow! Take-Away.
Harga termasuk 6% GST.
Tertakluk pada terma & syarat.

Saturday, 19 November 2016

Pegang tangan itu..

Selamat berhujung minggu. Ramai yang pergi shopping hari ni? Beli yang perlu sahaja ya. Jangan membazir di zaman serba mahal ini. Berjimat cermat itu lebih baik. Untuk suami, pegang lah tangan isteri jika ke shopping complex. Sebagai tanda kasih sayang. Hahaha. Kalau tak pegang, inilah kejadiannya :





Friday, 18 November 2016

Thursday, 17 November 2016

Anuar Zain - Andainya Takdir

Layan lagu lah petang ini. Terbaru dari Anuar Zain. Menusuk kalbu.
Lirik Lagu-Andainya Takdir :
Biarlah tiada pesan dan janji 
Biar tiada kau di sisi 
Aku mengerti 
Seterdaya semampuku 
Kucoba menunggu 
Biarlah lompang hatiku ini 
Mengharap pulang kau yang pergi 
Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka biar berlalu
Biarlah waktu ini 
Kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu 
Pulang ke pangkal ku menunggu 
Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka biar berlalu 
Oh
Biar sementara ini 
Tiada terisi kekosongan hati 
Diriku air tenang mengalir tuju muara 
Andainya memang takdir, berakhir, kuredha
Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka
Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka oh biar berlalu 
Oh

Wednesday, 16 November 2016

Giveaways sempena Anniversary 21-Hainom OKje

AssaLamualaikum dan selamat pagi sahabat blogger. Sebagai tanda kasih-sayang dan sokongan sempena anniversary yang ke-21 Kak Hainom Okje, marilah beramai-ramai join GA anjuran beliau.  
Tak sangka. Kak Hainom ada bakat melukis. Kagum tau!
KLIK sini untuk JOIN
**Kak Hainom ni peramah sangat. Awet muda & ceria selalu. Mempunyai 3 orang anak dara yang ayu macam beliau juga. Anak bujang nya pula hensem seperti Pak Jilapah (Haha! pujian ikhlas tau).
** Start berkenalan dalam dunia blog semenjak hujung 2012 lagi kalau tak silap. Suka baca setiap entry beliau, sebab ringan, lucu, santai dan menarik. Pasti tertunggu-tunggu entry baru (Walau kadang ada yang aku tertinggal sebab penyakit 'M' ku menyerang. Haha!) Persahabatan bersambung ke Facebook hingga kini.
**Pernah berjanji untuk berjumpa di alam realiti, setiap kali aku balik ke kampung En Kuling, tapi selalunya tak kesampaian. Masa selalu tak mengizinkan. Akhirnya borak di Whatapps sahaja. InsyaAllah, lain kali kita jumpa betul-betul ye kak :)

Ucapan KHAS sempena Anniversary Kak Hainom Okje:
*Happy Anniversary yang ke -21 buat Kak & Pak Jilapah.
*Kekanda Hainom - atieYusof & abang Pae doakan moga perkhawinan hingga ke syurga. Saling menyayangi, saling melengkapi hingga hujung nyawa. Menerima kekurangan masing-masing sebagai asam garam dalam kehidupan. 
*Suka tengok Kak Hainom & Pak Jilapah sentiasa romantik dan sporting selalu (ter inspirasi tau).
*Bahagia selamanya bersama anak-anak yang soleh & solehah.
Sekian.

Monday, 14 November 2016

Abang Pa'e versi serabai..

AssaLamualaikum dan selamat petang. Takut penyakit M, dia macam nak datang lagi. Haha! bila dia datang bahaya, mau berbulan menyepi. Kihkih! So, kami cuba update lah! cerita basah basi. Versi si abang Pae yang comot. Yang serabai. Rambuat dah panjang. Tunggu cuti baru buat fesyen rambut baru. Haha.
Ini gambar dia ambil sendiri lagi. Ibu dah tidur, dia pun selfie diam-diam. Siap bagi jelingan tu. Makin nampak matang hari demi hari. Teman bergaduh, peneman setia a.k.a new bodyguard.

Thursday, 10 November 2016

Harga Sebuah Persahabatan

AssaLamualaikum. Perkongsian dari group whatapps. Indahnya sebuah persahabatan yang ikhlas. *TUHAN MEMPERTEMUKAN KITA SEBAGAI SAHABAT BUKAN KERANA KEBETULAN TETAPI RENCANA-NYA YANG INDAH BAGI KITA*
DIA telah mengaturkan antara kita 1 perkenalan atau pertemuan yang unik antara 2 hati.
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa Iaitu:
- Sayang.
- Kasih.
- Kasihan.
Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan iaitu:
- Berkenalan
- Berteman
- Berkawan
- Bersama
Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
Teman Baik Selalu ada Di Sisi kita
 Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6  Impian iaitu:
❤- Sayang
❤- Kekal
❤- Setia
❤- Mengerti
❤ - Menghargai
❤ - Mengingati
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat Iaitu :
**S.A.H.A.B.A.T**
● Sahabat perlu di kasihi. Bukan untuk disakiti
● Perlu di sayang. Bukan dibenci.
● Perlu di hormati. Bukan dikasari.
● Perlu di pegang. Jangan dibuang.
● Perlu di hargai. Jangan dimusuhi.
● Tempatnya di hati. Bukan dikaki.
*Selemah - lemahnya manusia ialah orang yang tidak mahu mencari sahabat. Dan orang yang lebih lemah dari itu :
Dialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
PERSAHABATAN BAGAIKAN SEKOTAK CRAYON. BERBEZA PENUH WARNA
T E T A P I
*JIKA MEREKA BERSAMA, MEREKA DAPAT MEMBUAT PELANGI YANG INDAH
itulah
*S A H A B AT*. 

Graduation Day Abang Pae

AssaLamualaikum. Graduation day si abang Pae dibuat pada 28/10/2016 (Jumaat) lalu. Dibuat di Ball room, Saujana Putera Lahad Datu. Oleh kerana dibuat pada hari bekerja, so Ibu pun ambil cuti untuk menemani si anak. En Kuling memang tak dapat balik cuti, jadi ibu dan abang Pae buat-buatlah tabah. Haha! sabar saja lah. Jangan mengeluh. Ibu kan ada walau yang lain datang dengan Ibu dan bapa. Acara dimulakan seawal jam 8.00pagi tapi kami dah sampai sana pukul 6.40pagi. Semangat gitu.
Gambar rasmi Graduation Day Abang Pae. Susah betul bila di suruh senyum secara semulajadi, inilah kejadiannya. Memang tak menjadi. Haha!

 Terima sijil dari Pegawai PPD daerah. Tahun lalu dapat nombor 2, tahun ini tiada nombor. Nampaknya kena usaha lagi ditahun-tahun mendatang.
Sebelum majlis bermula, aku suruh dia bergambar sendiri. Itupun kena paksa, siap protes bagi besar mata segala. Haha. Sibuk nak main dengan kengkawan.

Bersama teacher-teacher tersayang
Ini teacher Yen. Merangkap class mate aku masa sekolah. Jadi teacher abang Pae.
Gambar dengan Ibu. Babah tengok dari jauh. Nasib dia OK babah tiada.
MakCu Pae peneman setia. Pengganti en Kuling dihari graduasi si abang Pae. 
Teman bergaduh juga.
Pic bersama teacher Bella & teacher Zen. Teacher yang amat berdedikasi & baik hati. 
Pasti abang Pae rindu nanti :(
Sapu tangan Pink, cenderahati untuk ibu bapa
Berakhir lah sudah sesi persekolahan Tadika si abang Pae selama 2 tahun. Alhamdulillah, banyak perkembangan yang positif selama bersekolah. Moga terus maju di sekolah rendah nanti. Pasti cabaran lebih besar menanti. Jumpa lagi.

Tuesday, 8 November 2016

Monday, 7 November 2016

SPM- 20 Tahun sudah berlalu..

Assalamualikum. Dalam dok sibuk-sibuk wish SPM untuk adik-adik dan anak kengkawan blogger, terlintas diminda rupanya sudah 20 tahun berlalu zaman aku ambil SPM. Mak ai, tua dah. Hahaha! Tahun 1996. Masih ingat lagi zaman-zaman jawab paper exam.
Nak dijadikan cerita, sepatutnya aku SPM tahun 1997, tapi aku sekolah awal dulu. Masa 6 tahun aku dah masuk darjah 1. Entah macam mana boleh macam tu, aku pun tak tahu. Yang aku tahu semua yang sebaya aku ambil SPM tahun 1997. Tapi aku ambil tahun 1996. Apapun GOOD LUCK semua anak-anak dan adik-adik yang SPM tahun 2016.

Nilai RM230..

Assalamualaikum. Belanja barang-barang dapur semalam. Di Econ Save, Lahad Datu. Segala barang makanan dan basic kat rumah. Ada ayam terselit di bawah plastik dalam 3kg lebih. Hanya mampu menghulur bila cashier tunjuk jumlah. RM230++ total. Terasanya duit tiada nilai. Scan punya scan sekali bayar, ternganga. Haha. Sabar jak lah!
Terasa sangat kan? apalah nasib mereka yang lebih susah di luar sana. 
Moga Allah mempermudahkan urusan hidup seharian kita.
Kami di Sabah ni masih tetap bersyukur sebab segala jenis seafood, ikan & sayuran masih murah berbanding korang di Semenanjung.  Bertabah lah semua.

Saturday, 5 November 2016

Friday, 4 November 2016

Hanya Aku yang tahu..

Salam Jumaat semua. Berkongsi kata-kata menusuk jiwa. Kadang manusia suka mempertikai apa yang kita ada. Disebalik cerita hidup kita, hanya kita dan Allah yang tahu. 
Kita tak akan pernah tahu apa yang pernah dilalui seseorang dalam hidupnya. Semua berhak bahagia setelah melalui onak duri dalam kehidupan. Terima kasih Allah untuk hidup kita hari ini. Sebarkan kasih sayang. Jangan ada benci ya.
Jumpa lagi...

Thursday, 3 November 2016

Video-Kain Pelekat by Abang Pae & Kawan-kawan

AssaLamualaikum. Ini video abang Pae menari bersama kawan-kawan sempena graduation day pada 28/10/16 hari tu. Macam-macam gaya anak-anak. Comel sangat bila anak-anak menari. Si abang Pae agak keras badan di situ. Takda bakat menari. Haha!
video
Teacher ajar semua ni dalam masa 6 hari sahaja. Pening juga budak-budak ni nak ingat step. Si abang Pae lagi lah. Siap bersin sambil menari. Haha! Abadikan disini buat kenangan. 

Wednesday, 2 November 2016

Wordless Wednesday #67- Pic tahun 2002

AssaLamualaikum. Up gambar dulu-dulu lagi. Di zaman kegemilangan. Haha! Gambar diambil pada tahun 2002 disebuah hotel di Alor Setar, Kedah. Tapi nama hotel dah lupa. Maklum terlebih makan semut. Haha!
Kalau tak silap (semua kalau tak silap) masa ini dinner anjuran untuk satu subjek, subjek apa ntah! itu pun dah lupa. Kena belajar adab-adab termasuklah adab bila makan di hotel. Adoi semua lupa. Hahaha! 

Tuesday, 1 November 2016