12.9.19

Keretapi dari Jakarta ke Bandung

Assalamualaikum
Selepas melawat sekitar Tugu MONAS, kami bergegas ke Stesen Keretapi Gambir. Dalam 10 minit macam tu dari kawasan Tugu MONAS. Naik teksi pun murah. Tak silap dalam 18 ribu rupiah. Sampai stesen Gambir, lepak sekejap sambil tunggu waktu nak ke Bandung.
Ni kawasan tingkat 2, tempat menunggu keretapi Argo Parahyangan yang akan kami naiki ke Bandung. Kami ambil kelas executive, beli online (tiket.com) siap-siap dari Malaysia Tak silap dalam RM30++ (dapat resit) Sampai sana tukar ke tiket.
Bagi sesiapa yang nak melihat pemandangan, seeloknya ambil tiket siang. View cantik sepanjang perjalanan. Boleh check di tiket.com untuk semua jadual. 
 
Kerusi di kelas executive. Selesa lah untuk duduk dalam 3 jam.
Bersih, ada port untuk charging Hand phone
 
Ada staff ala-ala pramugari, yang akan jual makanan dalam troli, boleh ambil order lagi.
 
Suasana malambil sampai di stesen Keretapi Bandung
Dalam jam 9pm+ waktu Indonesia, kami sampai ke Bandung dengan selamatnya. Dah ada Pak Supir (driver @ tour guide) menunggu. Singgah makan di Restoran terdekat, lepas tu terus check in hotel. Berehat, esoknya sambung jalan-jalan sekitar Bandung.
Jumpa lagi di next story :)

6.9.19

Pulau Gusungan, Semporna

Assalamualaikum.
Salam hujung minggu. Ada yang plan cuti-cuti? yang berada disekitar Tawau, Lahad Datu ataupun Kunak mungkin boleh mengunjungi pulau-pulau disekitar Semporna. Ikut pakej ataupun pergi sendiri. Salah satu pulau ialah Pulau Gusungan. Ikut pakej dari jeti Semporna RM80 (termasuk makan tengah hari dan peralatan snorkeling) untuk 3 pulau (Gusungan Island, Kapalai Island & Mabul Island). Day Trip. Kena pandai cari pakej, sebab ramai yang menawarkan perkhidmatan untuk ke pulau-pulau tersebut.
View dari jauh. Pulau yang kecil sahaja. Singgah bergambar dan melihat persekitaran.
 
di tepian pantai :)
 
Perahu penduduk pulau untuk menangkap ikan
Boat penduduk/nelayan
Sahabat-sahabat Semenanjung, kalau nak datang ke Sabah memang amat-amat digalakkan untuk melawat pulau-pulau di Semporna. Turun di airport Tawau, lepas tu boleh terus ke Semporna. Pasti tak menyesal. View memukau. Moga ada rezeki kalian ke sini. Aamin.
Jumpa lagi.

4.9.19