30 Apr 2014

Tentang Felda Sahabat Resort

AssaLamualaikum
Entry lama. Baru rajin nak publish. hehe!
Untuk menjawab persoalan daripada Ummu Aidan Arissa.
Tempat kami bawa pae mandi kolam hari tu.
Soalan daripada Doktor :
Perjalanan ke Felda Sahabat Resort ni mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam setengah dari Bandar Lahad Datu. Resort ni sebenarnya terletak di kawasan pantai. Tak berapa nak pandai nak explain lah tentang tempat ni. Tengok gambar je lah ya:
simpang ke Felda Sahabat Resort
kawasan pantai Felda Sahabat di sebelah petang
Gambar-gambar yang diabadikan masa Op Daulat 2013
Lobi menunggu
Kenangan OP Daulat
Untuk pengetahuan semua, disinilah pusat operasi media semasa peristiwa Tanduo 2013 lalu. Tempat ini menjadi tumpuan media dan orang-orang kenamaan pada masa itu. Cuma itulah sejak peristiwa Tanduo, kawasan pantai agak sunyi pada sebelah malam. Hanya anggota keselamatan yang dibenarkan berada dikawasan pantai. Peristiwa Tanduo memang meninggalkan kesan pada masyarakat setempat terutama masyarakat di Felda Sahabat.
WasSaLam^_^

28 Apr 2014

Pesta Buku Lahad Datu

AssaLamualaikum
Tercapai juga hajat nak pergi Pesta Buku. Walaupun tak lah segah seperti anjuran-anjuran di tempat kome. Bolehlah melepas gian nak cuci mata tengok buku dan beli buku yang berkenan. Pesta Buku LD pada mulanya dianjurkan pada 10-14 April 2014.
 Tapi disambung sehingga 20hb April sebab sambutan yang amat menggalakkan.
 Kami memang ambil peluang untuk pergi.
semua gambar kredit pada : Cikgu Rose
Aku sempat lah pergi dua kali. Pertama pergi dengan kawan-kawan pejabat dan kedua kalinya pergi dengan Babah & Pa'e. Budak tumpis tu sukalah tengok buku, semua nak ambil. Haha! Aku dapatlah beli 3 buah buku. Satu dah habis baca, dua lagi dalam proses mencari kerajinan diri untuk membaca. Haha!
sorry ya! banyaklah entry terpendam (imbas kembali lepas ni. Baru nak mula rajin. Hihi).
WasSaLam^_^

23 Apr 2014

Penat! Minta Maaf ya..

AssaLamualaikum
Erm! Dah dua tiga hari sunyi dari entry. Entah apa nak jadi. Menjadi-jadi plak penyakit malas update ni. Sebenarnya penat kot! penat dengan aktiviti seharian. Bukan takde cerita, ada! tapi nak cerita kat blog ni yang malasnya. Hehe! sabor jak lah kalau blog ni dah jadi suam-suam kuku. Rindu kamu semua. Rindu nak berbalas jejak. Rindu juga nak baca cerita you all! Hihi. Bah, jumpa lagi! take care semua :)
WasSaLam^_^

19 Apr 2014

Buku:Anda Bertanya Ustaz UAI Menjawab

AssaLamualaikum
Alhamdulillah! dah khatam buku ini. Mudah & ringkas nak faham. Sesuai dengan aku yang agak malas nak baca kalau bacaan yang berat. Beli masa Pesta Buku Lahad Datu baru-baru ini. Harga asal RM17, dapatlah diskaun RM15.30 sahaja. Mula mengumpul buku semula. 
Mana tau hajat nak buka library kecil  di rumah tercapai suatu hari nanti.
Tak pandai sangat nak review buku. Cuma memang buku ini dapatlah menjawab persoalan-persoalan yang selalu bermain di minda. Permasalahan semasa yang selalu kita alami dapat dirungkai. Kalau kawan-kawan berminat bolehlah cari dikedai-kedai buku berhampiran.
Selamat membaca dihujung minggu:)
WasSaLam

18 Apr 2014

Renungan Jumaat 42

AssaLamualaikum
Cuti dan dalam perjalanan ke Tawau. Entry autopublish. 
Sama-sama kita renungkan:
Moga kita dapat mencapai tahap orang seperti ini. 
Walaupun susah, hakikatnya ada kemanisan disebalik kesabaran & sifat redha. 
Sentiasa percaya perancangan ALLAH adalah yang TERBAIK.
WaSSaLam^_^

17 Apr 2014

Rindu Mak Bertandang lagi..

AssaLamualaikum
Rindu bertandang lagi! tetiba rindu insan yang ku panggil MAK. InsyaAllah esok balik Tawau with Tumpis. Babah tak ikut sebab kena kerja. Jangan jeles, kami di Sabah & Sarawak bercuti esok sempena Good Friday. So, ada 3 hari weekend. Yuhuuu! :)
Balik manja-manja dengan Mak. Pasti mak tanya, nak makan apa? mak masak kan. erm! tak sabar nak merasa masakan Mak lagi. Betapa mulianya insan yang bergelar Ibu ini. Moga aku dapat berbakti padanya hingga akhir hayat. Moga Allah memanjangkan usia Mak! Amin!
My dear Pa'e : kasihku padamu hingga akhir nafasku.
WasSaLam^_^

16 Apr 2014

Random Picture Pa'e 11

AssaLamualaikum
Macam dah berkurun tak update gambar-gambar dari Budak Tumpis ni kan. Elleh macam lah ada yang rindu kat awak Pa'e. Haha! buat tatapan Ibu & baba jak lah:
Tayang jam ultraman dulu. Tak sampai seminggu pakai, jam dah hancur. 
Dia tukangkan..haha!
Versi kurus! masa ni mood tengah baik nak tangkap gambar:)
Jadi budak baik, senyap jak masa uncle cina potongkan rambut!
Versi lelaki bujang konon! muka dah matang kan?

Latest gaya dia: suka merajuk tak tentu masa. Bila merajuk air mata keluar berjurai-jurai. Adoi! jiwa sensitif betul. Pastu ayat paling latest setiap pagi "abg Pa'e tak sayang Ibu, sayang babah saja. Sebab Ibu pergi kerja". Haha! siap ada drama pagi-pagi. Kekadang tersentuh juga jiwaku. 
Ku gagahkan kaki melangkah pergi kerja walau terngiang-ngiang ayat dia tu :(
WasSaLam

15 Apr 2014

Selsema, batuk, Sakit Kepala= Pakej

AssaLamualaikum
Dah dekat seminggu sakit ini belum hilang. Mungkin penghapus dosa-dosa kecilku. Pakej lengkap, selsema, batuk, & sakit kepala. Mula tu biarka saja, last-last melarat. En Kuling paksa pergi klinik Sabtu malam tu. Dapatlah ubat-ubatan ni. Peritnya nak menelan. 
Makan plak tak konsisten itu lambat nak sembuh kot. Huhu!
Masa kat Klinik tu siap bersoal jawab dengan Doktor. Dah berapa lama selsema? aku jawablah dah tiga empat hari lah Dr. Dah tiga empat hari baru nak datang? aku jawab, ingatkan boleh sembuh sendiri Dr. Haha! aku sendiri gelak dengan jawapan aku. Poyo kan? haha! Dr tanya lagi, you kerja kat mana? stress tak? Aku jawablah stress juga Dr hari-hari mengadap PC. Hehe!
WasSaLam^_^

14 Apr 2014

Tumpis Mandi Kolam @ Felda Sahabat Resort

AssaLamualaikum
Bila bagitau budak tumpis nak kita nak pergi mandi kolam, tak sabar-sabar dah dia. Sampai sana dia excited sangat. Ajak bergambar pun mau saja, selalu punya pening nak tangkap gambar dia. Pa'e dan baba jak lah mandi, Ibu jadi pemerhati di tepi kolam. Takut kang kalau Ibu mandi jadi dugong plak. Haha! Tak kuasa den kome gelakkan. Hihi!
Model Kolam renang Ibu! suka sangat dia:)
Bermanja dengan baba dikolam renang!
Pemandangan kolam dari bilik kami.

Aktiviti mandi kolam ni terpaksa dilakukan pada 06/04 (ahad). Sebab ada masa-masa tertentu sahaja yang dibenarkan mandi. Kolam ni sebenarnya khas untuk yang menginap di Felda Sahabat Resort sahaja. Kalau pengunjung dari luar nak mandi dikenakan caj RM10 seorang. Dapatlah Pa'e dan baba berendam dalam 1 jam. Tak menahan juga dengan cuaca panas. Boleh hitam legam kalau mandi lama-lama. Seronok tak terkata lah si budak tumpis, siap cakap "lain kali kita datang lagi ya Ibu". InsyaAllah sayang! 
WasSaLam^_^

12 Apr 2014

Mari Jalan-Jalan Petang..

Salam petang sahabat blogger sekalian. Moga hari ini dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga tersayang. Aku dan P'ae dok tunggu babah balik kerja ni..kejap lagi nak pergi Pesta Buku Lahad Datu. Walaupun dah pergi semalam dengan kawan-kawan opis hari ni nak pergi lagi. Rasa tak puas nak belek-belek buku kat sana. Rambang mata dibuatnya. Rasa nak angkut semua buat koleksi. Haha. Nanti aku update cerita penuh tentang Pesta Buku Lahad Datu ni ya. Tunggu! Jumpa lagi. Selamat berhujung minggu:)

11 Apr 2014

From Mama Cake House-Our Cake 6 Anniversary

AssaLamualaikum
Dalam pada tak plan apa-apa untuk anniversary ke-6 kami, sempat juga lah tempah kek kecil (1/2kg) jak dengan member opis. Memang dah ketagih dengan kek-kek di Mama Cake House. Sedap-sedap belaka. Yang beli pun selalunya pasti repeat order. Tahniah my friend Mell sebab dah buka kedai untuk mempromosikan kek-kek buatan beliau. And this is our six Anniversary cake (konon-konon lah) :


Nyum-nyum! Memang sedap!kami makan bertiga. Sedekah separuh dengan staff-staff di kaunter resort. Berbagi rezeki sempena hari bahagia kami walaupun hanya sedikit kek. Depa pun puji sedap! Pa'e macam biasalah, bila dapat kek tanya mana lilin dia nak tiup. Hehe!
WasSaLam^_^

Ceritera 6 Anniversary Kami

AssaLamualaikum
05/04/2014- Genap 6 tahun usia perkhawinan kami. Ya Allah! terima kasih kerana mengurniakan seorang insan yang amat sabar dengan karenah ku. Yang menerima segala kekurangan ku. Uwaaa. Mood touching lah plak! korang jangan gelak. Haha!
Saja post kat Facebook. Bila en Kuling baca, senyum-senyum dia. Terasa macam bercinta lah plak! Haha! sesekali berjiwang kan. Kami tak plan apapun sebenarnya. Cuma ada cakap-cakap dengan Kuling, best juga kalau dapat bawa budak tumpis mandi kolam. Sesekali bah! 
Jadinya timbul idea nak ke Felda Sahabat Resort. 
Tengok tiket di Agoda.com terus booking untuk 05/04/14 tu. 
Dapatlah harga bilik RM126 termasuk breakfeast
Nah! sekeping gambo Pengantin Lama.Kihkih!

Ada lagi cerita anniversary, tunguuuu! :)
WasSALam^_^

10 Apr 2014

Cerita Perhimpunan Pagi-27/03/14

AssaLamualaikum
Cerita dah basi. Oleh kerana mood tuan blog masa kejadian kurang memberansangkan, maka cerita ini terperam di otak agak lama. Haha! layan jak lah bebelan tuan tanah ya. Masa 27/03/2014 tu kan kami ada buat perhimpunan pagi. Perhimpunan ini sekaligus untuk memperingati peristiwa setahun tragedi Tanduo. Unit kami yang anjurkan. Maka berhempas-pulas jugalah nak menjayakan. Nak yang terbaik katakan. Orang lain kalau buat tak sedia minuman pagi bagai, yang kami ni terhegeh-hegeh tempah Nasi Kerabu yang mables dari seorang guru di sini. Memang puas hati lah siapa yang hadir. Dapat plak buah tangan untuk peserta yang comel. Hehe!
Para peserta Perhimpunan Pagi
Kami-kami yang ceria. Haha!
adoii! terserlah kebulatan muka disitu. Haha!
Taraaa: Nasi Kerabu yang sodap!
Peserta yang kusyuk mendengar ucapan dari Koperal Azman Ampong
Koperal Azman Ampong yang pernah terlibat dalam Ops Daulat, 
Lahad Datu turut dijemput bagi memperingati 1 tahun Tanduo. Beliau juga merupakan sahabat baik Inspektor Zulkifli Mahat yang terkorban dalam peristiwa berdarah itu. 
Banyak cerita yang dikongsikan beliau. 
Termasuklah perkara pelik tentang askar-askar Sulu (guna ilmu hitam).

Berjaya juga kami adakan Perhimpunan Pagi. Walaupun baru pertama kali kami anjurkan. Kehadiran memang tidak diduga. Makanan dan semua buah tangan sold out. Alhamdulillah!
WasSaLam^_^

Pemberian Teman dari China

AssaLamualaikum
Tatkala berita kehilangan MH370 tersebar di media, kami teman sepejabat amat risaukan keadaan seorang teman kami yang berada di Suzhou, China. Beliau baru berhijrah dan bekerja disana dengan sebuah syarikat antarabangsa. Kami sibuk lah whats app, we chat tanya keadaannya. Tambahan plak dia nak balik Malaysia masa tu untuk sambung Visa. Yang tak bestnya masa dia transit di Shanghai untuk ke Kuala Lumpur memang layanan pihak Imigresen sana agak kasar. Mentang-mentang depa tengok passport dia orang Malaysia. Masa tu plak cerita keluarga penumpang dok ber arak dikedutaan Malaysia tengah panas. Tak pasal-pasal kawan aku tu kena tempiasnya. Sabor je lah! 
Alhamdulillah beliau selamat sampai di Malaysia. Dan gambar diatas adalah ole-ole darinya untuk aku. Suka sangat. Dapat sehelai shawl dan kasut yang sangat unik. Hihi. Belum pakai lagi. Murah-murahkan barangan Cina ni. Kawan aku cakap harga shawl tu kalau tukar duit sini dalam 50 sen jak. Apapun makasih banyak-banyak Amoi. Moga kerjayamu disana makin berkembang. Take care tau!
WasSaLam^_^

9 Apr 2014

8 Apr 2014

Sweet Tak?? :)

AssaLamualaikum
Ada mood plak nak update dua N3 hari ini. Harap-harapnya rajin tu dah kembali sedikit. Haha! kalau idak bahaya juga. Mau blog penuh sawang baru nak up entry. 
Nak abadikan gambar ini sebagai kenangan:
Ala-ala sweet lah konon! hahaha. Jarang dapat bergambar bertiga. Tau jak lah budak tumpis sorang ni, ikut mood dia nak bergambar. Sekali dia jerit tak mau snap pic, melopong lah ibu. Haha! Mr Kuling pun  memang susah kalau ajak bergambar. Kebetulan masa ni mau plak dia. Pa'e pun sama, siap senyum-senyum tengok gambar kat kamera HP. Nasib baik menjadi selfie. Jangan gelak tau! Kihkih.
WasSaLam^_^

Bila M.a.l.a.s itu datang

AssaLamualaikum
Rindunya nak berceloteh. Banyak cerita nak kongsi. Tengah melawan rasa malas itu. Haha! punya sadis malas aku kali ini. Idea tengah membuak tapi tangan malas nak menari dikeyboard ni. Haha! sabor je lah kome, blog dah suam-suam. Sehari kadang buka, kadang  tidak. Kadang intip juga blog kawan-kawan tapi nak tinggal jejak tu beratnya nak menaip. Uiks! kritikal dah malas aku. Tolong! haha! Nak buek guane ni? Sampai jumpa lagi. InsyaAllah akan merajinkan diri jugak (kalau lah ya). 
Rindu kamu semua.
WasSaLam^_^

5 Apr 2014

Bawa Pa'e Mandi Kolam

Salam Sabtu sahabat blogger semua. Nak buat apa hari ni?? Kami InsyaAllah nak ke suatu tempat. Nak bawa Pa'e mandi kolam. Sekaligus untuk menyambut sesuatu yang istimewa hari ini. Dalam 1 jam lebih perjalanan sampai lah. Kami plan pun last minit. Itu yang beria. Hehe. Cerita lanjut nanti saya update ya. Ada yang rindu pada budak tumpis tak? Nah sekeping gambar pengubat rindu, kalau ada yang rindu lah. Haha. Jeng..jeng..jeng..taraa:)

4 Apr 2014

Senyum = Sedekah

AssaLamualaikum
Sedikit sayu bila baca ayat-ayat dalam gambar ini:
Betapa besarnya pahala bersedekah walaupun hanya tersenyum pada orang lain. InsyaAllah aku jenis yang suka tersenyum walaupun tak berbalas (bukan puji diri tau). Mungkin inilah sedekahku yang selalu menjadi amalan. InsyaAllah! So, kawan-kawan rajin-rajin lah sedekahkan senyuman ya!
Senyum! 

WasSaLam^_^