Abg Pa'e kita ni sejak sekolah kadang dah tak mau nak dipanggil Pa'e.
Dia cakap "abg Pa'e telah bertukar lah Ibu" (ai mcm ayat otomen dia jer tu. haha).
Konon nya dia telah bertukar menjadi Irshad..hihi.
Kan nama sebenar si tumpis ni Muhammad Irshad Rifae.
Aku gelak sahaja bila dengar dia cakap macam tu.
Abang Pa'e Ibu masa setahun lebih kot:)
1 Tahun 5 bulan
Muhammad Irshad Ibu sekarang. Hehe!
Suka plak dia dipanggil Irshad sekarang ni.
Terasa dia makin bujang bila dipanggil dengan nama itu. Perasan dah besar. Haha!
Alhamdulillah Muhammad Irshad ku hari ini sudah 5 tahun 2 bulan 12 hari.
Nak bercerita kegembiraan saya pagi ini bila sampai di office seawal 6.50am. Ya Allah! syukur sangat, aku bertemu semula dengan x-room mate masa study dulu. Kami lost contact hampir 13 tahun. Memang dah bertahun cari-cari facebook dia, siap google nama penuh tapi tak terjumpa sebelum ini. Alamat rumah dia di Teluk Intan Perak pun dah hilang. Semalam cuba cari lagi di Facebook. Klik punya klik rasa macam nama akak ni sebab dia tak letak full name. Tapi nama ayah sama. Beranikan diri untuk message, last-last awal pagi tadi dia balas. Punya gembira tak terkata. Memang rindu zaman-zaman kami sebilik dulu. Teman makan bersama. Teman berjalan dan meronda bersama.
Rupanya cik akak Azwa Yahayapun dok tercari-cari akan diriku.
TQ kak! memang tak boleh lupa kenangan kita zaman study kan? miss you so much! hehe.
Inilah kebaikan teknologi kan? walaupun ada juga pihak yang selalu salah guna. Apapun niat kita untuk yang baik-baik sahaja. Alhamdulillah!
Lagi cerita basi. haha! saja nak abadikan juga di blog suam-suam kuku ini. Cerita Family Day Unit kami. Kejadian berlaku pada 15 & 16 November 2014. Berbulan dah. Haha! Bermula pada 15hb tu kami berkumpul di offce dan mula berkonvoi ke Sandakan. En suami pun ikut masa. Destinasi pertama di Sandakan adalah Taman Buaya. Bagi anak-anak tengok buaya secara live. Fuh! ketakutan juga mulanya si abang Pa'e tu. Haha! sampai nak bergambar dengan replika buaya tu pun dia takut dan terjerit-jerit. Kihkih. Terpaksalah en Kuling menjadi hero menenangkan kannya.
bergambar kenangan bersama rombongan:)
En buaya tengah berehat.Haha!
Pertunjukan bersama buaya. Memang menakutkan!
Pertunjukkan sedang berlangsung:)
siap melambai-lambai tangan lagi pekerja tu. Yang melihat ni dok seriau:)
Lama juga kami disini. Puas tengok pelbagai jenis buaya (nasib bukan buaya darat. Haha!).
Selain buaya ada jugak haiwan lain yang ada disini seperti Rusa dan Burung Merak.
Puaslah abang Pa'e melihat haiwan-haiwan yang belum pernah dilihatnya.
Tiket masuk ke Taman Buaya RM8 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.
Belajar lagu ini di tadika. Di rumah kalau tengah main-main pun sambil nyanyi-nyanyi. Alhamdulillah banyak dah abang Pa'e belajar semenjak sekolah ni. Surah 3 Qul pun dah hafal.
Moga dipermudahkan dalam urusan mu menuntut ilmu nak! WasSaLam^_^
Kisah PJJ (perkhawinan jarak jauh kami) bermula pada 22.02.2015. En Kuling dapat offer untuk bertugas di Sibu, Sarawak. Walau berat untuk berpisah digagahkan juga demi mencari rezeki. Memang banyak cabaran bila duduk berjauhan ni. Cabaran disana dan disini. Mental kena kuat!
Kenalah pandai uruskan anak sendiri. Kenalah pandai membawa diri masing-masing.
Throwback dihari keberangkatan encik Kuling. Lukisan tu abang Pa'e yang lukis bagi babanya:(
Si abang Pa'e tu nampak rileks jak, Ibu dia ni yang sedih sebenarnya. Dalam hati hanya Allah yang tahu. Semenjak 7 tahun usia perkhawinan kami tak pernah berpisah lama dan jauh. Selalu kesana kemari berdua. Memang sayu rasa hati. Menitis juga air mata masa baba dah fly. Huhu! Nak ke Sibu kena dua kali flight Lahad Datu - Kota Kinabalu - Sibu. Tambang pun selalunya dalam RM500+++ pulang balik. Memang letih dibuatnya. Buat masa ini memang bersabar sahaja. Mudah-mudahan encik Suami akan dapat pulang berkhidmat di sini suatu hari nanti. Doakan ya!
Mood sedikit lemau. Huhu! biasalah, dah berehat puas dua hari. Layan gambar tumpis selfie lah ya! Kerja Tumpis bila dengan MakCu nya memang kaki selfie. Ada sahaja gaya dia suruh tumpis posing. Yang si abang Pa'e ni selalunya ikut sahaja, janji dapat pinjam hand phone MakCu untuk main game. kesian kena buli. Haha!
Tengok lah gayanya tu:)
Ala-ala pelakon Korea konon! haha
Ini plak yang terbaru. Wajah pagi-pagi ke sekolah:)
Gambar-gambar ni jadi penghibur hati bila boring. Mulalah rasa nak balik cepat kalau tengah kerja. Petang kang pasti disambut dengan panggilan "ibuuu dah balik" bila sampai dimuka pintu.
AssaLamualaikum. Bos kecik tengah layan. Jangan kacau! Pandai dia malu kalau orang nampak. Haha. Layan susu dulu. Masih pakai botol sebab kalau tak pakai botol susu pasti tak habis. Bantal busyuk pun tak boleh tinggal. Hihi. Salam hujung minggu semua.
Salam. Sudah pukul 3.50pm tapi cuaca di luar nampak masih panas terik. Fuh! sakit mata berpinar. Sakit kepala dibuatnya! Cuaca panas macam ni memang kena minum lebih air. Terjumpa info ini:
Pengambilan air tidak semestinya dari sumber air kosong.
Cerita si Tumpis a.k.a abang Pa'e ku. Sejak sekolah ni, Alhamdulillah banyak perubahan yang aku nampak. Dah makin baik dan mendengar kata. Hehe. Sebelum ini kan pandai juga dia buat tak tau bila aku tegur atau nasihat. Dah makin rajin. Rata-rata perubahan positif. Alhamdulillah syukur. Cuma tu lah kadang ada juga pengaruh kawan dia yang kurang baik. Macam kes minum susu. Dia siap cakap kenapa dia kena minum susu lagi sedangkan kawan-kawan dia tak minum. Kawan-kawannya siap cakap dia sudah besar dan tak perlu minum susu. Haha.
Capang tak telinga saya?? :P
Aku pun explain lah abang Pa'e kena minum susu lagi supaya tulang kuat. Sebab susu banyak kalsium. Kadang dia terima lah reason aku. Esok-esoknya tanya lagi siap cakap tak mau minum susu. Last-last aku cakap " Kalau abang Pa'e tak mau minum susu, nanti telinga awak makin capang". Hahaha! menjerit budak tu cakap "tak mau telinga capang Ibu, oklah abang minum susu". Hahaha! jahat tak aku?? yolah kang dibuatnya tak mau minum, siapa nak habiskan susu dia yang berplastik-plastik kat rumah tu. Takpa lah, demi kebaikan dia. Kihkih.
Petang ini agak sibuk. Nak kena mengajar para Doktor yang bijak bistari. Fuh! sedikit gentar di situ. Haha! tak habis-habis kalut kalau disuruh mengajar atau train staff kat sini. Walau dah nak masuk 8 tahun kat sini dan inilah kerja aku. Hihi. Wish me luck!
Ini bukan tulisan Doktor. Tapi tulisan aku yang memang buruk bebenor. Haha!
Persediaan training konon, ini sahaja. Malaysia Boleh! yakin boleh! eh tetiba. Haha!
Perabot rumah kalau di IKEA memang cantik-cantik kan. Kami di Sabah ni memang tak merasa lah nak shopping di IKEA. Sebab macam tiada cawangan lagi. Dok tengok kawan-kawan jak yang cerita keterujaan shopping disana. Cerita IKEA ni saja nak share sebab ada juga rezeki CPUV.
Bolehlah ke cawangan yang berdekatan dengan anda. Promote sikit. Hehe!
Hujung minggu bolehlah berkunjung ke IKEA. Kalau tak pun korang boleh tengok dulu web IKEAni untuk buat pilihan sebelum membeli.
Macam wardrobe ni harga adalah dalam RM700++ hingga RM3K pun ada.
Nampaknya kisah throwback akan berderet-deret. Haha. Almaklum semasa dilanda kemalasan maka semua cerita diperat dengan jayanya.kikih. Ini salah satu nya. Kami buat aktiviti dengan office mate pada 28/03/15 (Sabtu) yang lepas. Idea pun datang secara tiba-tiba. Teringin nak mandi-manda air terjun then terus decide untuk pergi. Perbelanjaan semua ditanggung. Hehe.
Bergambar dipintu masuk air terjun
Adik-adik yang rajin sedang membakar sayap ayam
Rangkuman semua gambar:)
Tiket Masuk RM2
Dulu pun kami pernah kesini masa tahun 2012. Masa tu kawasan ni belum dibangunkan. Sekarang dah dimajukan siap ada sign board, tandas untuk tukar baju dan gerai jualan. Sedikit menyenangkan para pengunjung. Tiket masuk RM2 untuk dewasa, RM1 kanak-kanak.
Cuma jalan untuk kesana memang berbatu-batu jugalah sebab belum di tar.
Menikmati keindahan alam semula jadi menjadi terapi dihujung minggu.
Adoi! gelak sakan bila tengok pic kawan post di Facebook ni. haha! Aku lah tu macam tu. Tak boleh dinafikan. Ngaku jak lah. Hahaha. Semangat konon nak kurus, last-last kecundang.
Semangat entah kemana. Kihkih.
Bab-bab nak kuruskan badan ni korang semangat tak? konsisten tak? Share sikit tips.
*Dah diserang kebimbangan dek berat badan yang makin menjadi-jadi. Baju pun banyak yang sendat dah. Camno nak buek ni?*
Bila selalu tertengok berita kes buang bayi di TV, abg Pa'e akan terdiam. Seolah-olah dia faham dan kasihan. Boleh tengok di wajahnya. Kalau dia tengah bermain, dia akan berhenti dan tengok. Selalu sangat keluar dari mulutku" ya Allah! kesiannya". Dia pun akan tanya " kenapa Ibu & babah dia buang dia Ibu". Erm kadang tak terjawab juga. Nak menerangkan kan tu agak susah.
Sembab! Muka serius saya:)
Last-last aku plak yang ditanyanya " Ibu pernah buang Abg Pa'e tak masa baby". Adoi nak! soalanmu bah! haha! sekali aku jawab "pernah" berubah air muka dia tau. Siap sembunyi muka bawah bantal. Merajuk lah tu. Haha! Terpaksa expalain semula kat dia " Ibu sayang anak ibu, mana boleh buang". Barulah dia ok semula. Terfikir juga, anak-anak pun tahu fikir dah kan. Ya Allah! macam manalah orang tergamak untuk buang anak, sedangkan berjuta diluar sana yang mengharapkan kehadiran anak-anak kecil dalam hidup mereka.
Amboi tajuk! haha! tau lah hari ini hari Sabtu kan. Saja bagi gempak. Hari untuk bermanja-manja dengan si Tumpis. Hari untuk basuh baju yang sebakul. Hari untuk masak request dari anak bujang tu. Hari untuk rileks-rileks sambil tengok TV. Malam pula start operasi gosok baju untuk seminggu.
Cuaca memang sangat panas sekarang. Kalau keluar rumah mesti mata pun naik berpinar dibuatnya. So, kami memilih untuk bersantai di rumah sahaja. Lagipun Babah jauh, tak berani sangat nak keluar kalau berdua dengan Tumpis. Cerita babah @ En Kuling jauh ni belum cerita lagi. Nantilah ada masa aku story-mory ya. Sob-sob. Dah dua bulan duduk berjauhan.
Jumaat yang mulia datang lagi. Betapa cepat masa meninggalkan kita.
Usia pun makin meningkat.
Moga kita terus giat mempersiapkan diri menuju alam kekal disana.
So, sarapan apa pagi ini? :)
Inilah pilihan aku setiap pagi. Hehe! dah makin kembang lah tu yang terpaksa control makan. Haha! aduh! dah tak tahu nak diet macam mana. Memang terasa diri makin berat. Kihkih.
Lama menghilang dari alam blog. Haha! semuanya sebab malas. Tapi sebenarnya hari-hari dok terfikir kamu-kamu semua. Hihi. Ya lah, macam dah sebati dalam kehidupan. Banyak nak cerita, insyaAllah dah ada semangat nak membebel semula ni. So, jangan jemu datang ke blog picisan ini ya. Hihi! Alhamdulillah bila lama sepi banyak cerita baru. Ramai juga kengkawan yang bakal menambah ahli keluarga baru. Seronok nya. Tahniah semua. Abang Pa'e juga yang belum ada rezeki nak beradik. Siap hari-hari tanya " Ibu, bila abang Pa'e nak ada adik ni?? (fuh! berpeluh nak jawab soalan ko nak!) haha! Aku percaya dengan ketentuan Allah! Doakan aku ya.