25.10.19

Riang Ria di Pantai Payang-Lahad Datu

Assalamualaikum. Aktiviti bersama office mate bulan September hari itu. Plan untuk mandi-manda dan release tension lah konon. So pakat-pakatlah nak ke pantai. Kami pilih Pantai Payang untuk bersuka ria bersama rakan-rakan office yang lain. Lagi pun Pantai Payang telah ditambah baik dari segala kemudahan untuk pengunjung dan agak terkenal di sini dikalangan penduduk setempat dan daerah sekitar. Perjalanan dari bandar Lahad Datu untuk ke sini lebih kurang dalam 30 minit juga. 

Office mate yang gila-gila dan ceria

Sporting tak bos yang baring depan tu? haha!
 
 
Tengok abang Pae tu. Seronok mandi.
 
seronok mereka bermandi-manda
 
Geng Ibu-ibu & adik-adik
 
 
Tempat parking kereta. Berkumpul sebelum balik.
Bila hujung minggu memang ramailah yang kesini. Kena pergi awal untuk booking tempat (pondok-pondok tepi pantai). Tempat untuk buat BBQ pun ada disediakan. Nak memancing pun boleh bagi yang berminat. Memang sesuai untuk buat aktiviti keluarga. Buka seawal pagi dan tutup jam 6.00PM. Tiket masuk RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Ada juga disediakan gerai untuk membeli makanan dan minuman.
Selamat berhujung minggu guys.
Thanks for reading!

24 comments:

  1. Atie tak terjun laut ,mandi manda sekali ke..

    ReplyDelete
  2. bestnya pantai di kawasan sabah banyak yang boleh mandi manda, pantai kt terengganu banyak yg dh tak boleh mandi2...
    bestnya nampak redup je,budak2 mana blh ajak main air, sukaa sangatla tu

    ReplyDelete
  3. salam singgah jumaat ya

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Baru first time dengar Pantai Payang. Kuala Terengganu ada pasar Payang. Hihi seronoknya tengok pantai dan laut.

    ReplyDelete
  5. Rindu nak ke Sabah dan Sarawak. Dah beberapa tahun tak jejak kaki ke sana...

    ReplyDelete
  6. Lama tak dapat vitamin sea...rindunya

    ReplyDelete
  7. Cantiknya pantai payang. banyak kemudahan ada untuk aktiviti macam ni ye? suka lah tengok warna laut macam ni. kalau dekat ni selalu datang sini tapi nun jauh disana pulak

    ReplyDelete
  8. Ingat Payang Tganu. Payang Sabah rupanya!

    Seronok Atie duduk Sabah. Pantai, pulau cantik.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi jenjalan kat kawasan pendalaman Sabah. Teman pernah pergi setakat Kota Kinabalu jer... mmm... mesti menarik kan...

    ReplyDelete
  10. WOW INDAH SEKALI MENGAGUMKA

    ReplyDelete
  11. menarik
    best dpt bercuti ramai2
    happy je kan

    ReplyDelete
  12. best nya release tension reramai. happy2 je kan 😁😁
    pantai dekat je kat rumah aku tapi mandi laut
    is not me, tak suka. pergi pantai pun selalu sebab
    nak tengok sunset je or antar dak ava mandi.

    ReplyDelete
  13. sonoknyer mandi laut gituuu

    ReplyDelete
  14. You made an article that is interesting.You are so amaz

    ReplyDelete
  15. tiket masuk pun masih rumah.

    boleh sangat bawa satu famili nie untuk aktiviti bersiar-siar

    ReplyDelete
  16. W/salam Atie.... mmg seronoklah berkelah ramai-ramai dengan officemate dan keluarga macam ni.

    ReplyDelete
  17. Seronok berkelah ramai2.
    lautnya pun sangat cantik

    ReplyDelete
  18. Salam Atie. Lama akk dh x ke Sabah. Rindu nk ke Kundasang

    ReplyDelete
  19. Lamanya saya tak ke Lahad Datu. Pantainya pun cantik.

    ReplyDelete
  20. bestnyaa sesekali beraktiviti macam ni :D

    ReplyDelete
  21. Lame dah ummi tak mandi pantai.. cnatik pantai di sabah.. teringin nk g sabah.. klu ke sabah boleh jpe atie kn..;)

    ReplyDelete

  22. seronoknya buat aktiviti ramai ramai. saya fobia tengok laut. nasib memang tak suka mandi laut. orang yang pandai swimming best la dapat mandi laut.

    ReplyDelete
  23. Bestnya ramai² lagu tuh 😊

    Boss pun bukan main sporting

    ReplyDelete
  24. macam x ramai orang sangat.. best nak mandi2 puas hati =D

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..