26.9.19

Cerita Khatan Abg Pae

Assalamualaikum
Inilah yang jadi bila mood nak berblog tu kembali. Kena lah hadap cerita-cerita lama. Haha. Bertabah lah guys! Cerita abang Pae masa bersunat @ berkhatan masa Jumaat 23 November 2018 yang lalu. Simpan kat sini, boleh lah dia baca bila besar nanti. Dari awal tahun memang dah biasakan selalu ingatkan dia, cuti sekolah kena khatan. Supaya minda dia bersedia. Sekali buat dengan anak-anak jiran, kira pakat-pakatlah setaman. 6 orang sekali. Umur pun lebih kurang sebaya.
Mula-mula sampai di klinik, muka ok lagi. Ini BFF dia,
 jiran sekaligus tempat dia transit bila balik Sekolah Agama sebelum ke Sekolah Kebangsaan
                                                     Geng Sunat abang Pae 2018
Lokasi : Klinik Roslan Amin, Lahad Datu.
Bayaran : RM150
Masih bersemangat selfie. Haha!
Inilah kami Geng Sunat. Haha
Masuk bilik Doktor. Tunggu giliran. Macam-macam DOA dia baca. Haha!
Selepas keluar dari bilik Doktor. Muka dah start berubah:)
 
Tengoklah tu, Babah dia buatkan tali. Haha. 
Malam ja gantung, tidur lasak sangat.
Pada awalnya, nampak abang Pae berani. Yakin diri. Tapi masa hari kejadian, memang banyak peristiwa sedih, lucu pun ada. Macam-macamlah. First, dari nombor giliran no 1, terpaksa tunda ke nombor 5, sebab dia takut. Seram sejuk tangan. Haha! Penatlah kita pujuk dia. Ibu pun berpeluh dibuatnya. Kedua, En Kuling-mula ja dia teman. Bila tengok anak dia nangis, dia pun tak sanggup (sejenis tak boleh tengok darah-boleh pitam). Jadinya dia tinggal lah kita. Ibu lah yang tengok abang Pae sunat. Kita lah yang menghadap doktor tu memotong apa yang patut. Haha! Kita jugalah yang tolong pegang tangan abg Pae, tenangkan dia. Boleh dengar 1 klinik tu dia menjerit. Adui! kalau ingat, memang haru. Betul-betul pengalaman berharga! Hahaha!
Alhamdulillah di usia 8 tahun 9 bulan - Done sunat!

18 comments:

  1. mula-mula baca tajuk ingatkan khatam rupanya khatan, si aiyan ni nnti macamne lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. leh bius kasi tdo utk anak istimewa tu kak..

      Delete
  2. Hihi anak Kak Feni nanti macam manalah agaknya. Hujung tahun nanti nak khatankan anak sulung. Harapnya semua berjalan dengan baik-baik saja.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..abg pae dah sunat..:)

    ReplyDelete
  4. wah abang pae dah remaja rupanya...tahniah .Kenangan tu bila dewasa nnti.

    ReplyDelete
  5. yeay dah bujang..
    anak bujang ammi dulu masa 1st day khatan dia takmo langsung tido atas tilam. so tidurkan aje kat sofa yg boleh recline tu pastu letak raga basuh sayur baru pakai kain.

    ReplyDelete
  6. pengalaman utk ibu & anak...Alhamdulillah..Abg Pae dh berjaya menempuhinya..

    ReplyDelete
  7. dh besar anak ibu tu bahh..

    ReplyDelete
  8. inilah masa peralihan untuk menjadi orang bujang hehehe

    tahniah kerana berjaya melaluinya

    ReplyDelete
  9. selalu budak-budak nak berkhatan macam berani. dah sampai giliran nampak takut dah. Alhamdulillah urusan wajib dah settle dah kan.

    ReplyDelete
  10. Mcm2 ragam berkhatan. Alhamdulillah, sdh selesai. Kami ada seorang lg, mgkn hujung thn ni, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  11. 😁😁😁😁 Saya tak ada anak lelaki jadi selalu rasa missed this moment. Tumpang tengok anak jiran dan kawan ja. Memang berbagai ragam ada. Lucu juga tengok.

    ReplyDelete
  12. DAH BESAR PAE MAKIN KACAK ORANGNYA

    ReplyDelete
  13. tahniah dah besar abg pae.. cepat2 sembuh ye.

    ReplyDelete
  14. Pengalaman kalau ada anak lelaki kan atie.. Alhamdulillah selamat dah..

    ReplyDelete
  15. Dah besau dah 🌹🌹

    ReplyDelete
  16. kenangan sangat ni.. hihi..

    ReplyDelete
  17. Wah... dah jadi anak bujang... tahniah... anda dah dewasa...

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..