6.10.16

Random picture Pa'e - 16

Salam pagi Khamis. My beloved son hari ini di usia 6 tahun 8 bulan. Peneman dikala berjauhan dengan En Kuling. Bujang ibu yang sudah mula memahami. Dah jarang tantrum, dah jarang nangis. Sesekali kalau merajuk sembunyi muka dalam bantal. Haha! pujuk punya pujuk akhirnya ok sendiri. Kalau buat salah dah pandai minta maaf, "maafkan dosa-dosa abang Pae ya Ibu". Kadang Ibu yang touching bila anak cakap macam tu. Haha! Pergi sekolah rajin, kejutkan sekali terus bangun pergi mandi dan bersiap sendiri.
Gambar masa di airport Kota Kinabalu. Transit!
Hasil edit guna aplikasi Prisma. 
Muka dah makin runcing sebab kurus bah! janji sihat, kan? 
Makan agak memilih sikit, itu yang kurus kot.
Tahun depan masuk alam persekolahan yang sebenar, darjah satu.  Alhamdulillah, dapat melihatmu membesar. Anugerah terindah dalam hidup Ibu! 

5.10.16

Wordless Wednesday #64 - RINDU!

AssaLamualaikum. Pagi-pagi mood rindu en Kuling. Haha! perasaan mana boleh tahan-tahan, kan. Mood jiwang. Bertabah lah wahai hati :
Suami, sahabat bergaduh! peneman, pelindung! sahabat sejati yang menerima segala kekurangan. Moga Allah selalu menjaga diri mu dan diri ku.
LOVE, Ibu & Pae.
Sabah--> Sarawak.

2.10.16