Tuesday, 29 September 2015

Aidil Adha 1436H yang sederhana

Assalamualaikum
Masih dalam mood Hari Raya Aidil Adha kah? hehe! kami raya kali ini memang tak kemana. Dirumah sahaja sebab hari Jumaat 25/09 tu dah kerja semula. Takut kalau lama cuti melayan perasaan pula. Haha! (first time beraya suami jauh). So, buat-buat happy ajalah di pagi Aidil Adha. En Kuling telefon pun buat-buat happy. Haha! berlakon. Kita ni dok teringat lah dia makan apa kat Sibu nun. Kawan-kawan sana pun ramai yang non-muslim. Huhu.
Gambar di tengah hari Aidil Adha. 
Fokus muka tumpis tu, tak puas hati bila di suruh bergambar. Haha. Ini sahaja yang ada:)

Nasib baik Nenek Pa'e dan MakCu nya ada. Penghibur suasana. Sempat lah masak rendang daging seciput, Nasi Himpit Nona, Tom yam campur dan ayam masak lemak. Budak Tumpis tu kita sibuk masak lain dia sibuk request tomyam. Haha! Layan jak lah. Raya korang mesti meriah kan? 
WasSalam

14 comments:

  1. selamat pagi..
    salam aidiladha :)

    ReplyDelete
  2. Makan tomyam di hari raya tu luar biasa tapi boleh saja ^_^

    ReplyDelete
  3. Sedaplah tu tomyam di hariraya.
    Kakak pun sedih juga sebab ank sulong kakak x balik,sian pulak kita sedap2 mkan ketupat rendang dia tak merasa.

    ReplyDelete
  4. Itulah erti pengorbanan..mujur atiey masih ada keluarga ..boleh jugalah buat penghibur hati..

    ReplyDelete
  5. akak pun baru dua tahun ni beraya di kg.. kalau tak kat shah alam je... seronok tapi bit spoil pasal jerebu..

    ReplyDelete
  6. sejak anak dah duduk berasingan ni, raya saya hambar sahaja...

    ReplyDelete
  7. Mestilah sedih Atie bila berjauhan
    Hari-hari biasa pun dah terasa apa lagi bila hari raya..

    ReplyDelete
  8. Sekurang2 nya Atie masih dapat beraya dengan mak dan tumpis tu..
    Semakin hensem pulak Tumpis..
    Isteri mana yg tak sayangkan suami kan atie :)

    ReplyDelete
  9. Sy punya raya biasa2 ja.banyak berjalan Dan mkn.tapi bkn bjln raya lah hahaha

    ReplyDelete
  10. Mula mula baca hairan jugak okje...kenapa tom yam di pagi Raya....Rupanya Si Tumpis request....Tp kita ni mak mak....apa apa menu pun boleh kan Atie....

    ReplyDelete
  11. Nak wish selamat hari raya, dah terlepas lak..
    Moga bertemu lagi aidil adha tahun depan. Moga diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki selalu. Aamiin

    ReplyDelete
  12. lain dari yang lain tekak tumpis bila hari raya hihihihi

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..