4.8.17

Bila fobia cabut gigi..

Salam Jumaat yang mulia. Minggu jari jemari agak malas nak menaip. Mood yang on off. Walhal banyak juga benda yang boleh diceritakan. Nasiblah ko blog, dapat tuan tanah yang makin suam-suam kuku. Haha! baru balik dari Klinik gigi ni, adoi tak hilang lagi takut tu. Asal ada sakit yang berkaitan gigi ni, aku sawan sikit. Haha!
Takut aku tu sampai tahap tekanan darah aku boleh naik. Hahaha! rasanya masa nak bersalin kan si Abang Pae tu takdo sampai takut macam ni. Hairan! Tadi mula-mula doktor check dulu gigi apa yang nak kena tampal. Lepas tu dengar dia cakap, gigi dah tak boleh nak diselamatkan sebab lubang dah besar katanya. So, dia advice baik cabut sahaja. Sebab ini gigi paling belakang. Fungsi pun tak penting sangat (Doktor yang cakap). Aku punya takut, kena check tekanan darah dulu. Darah naik OK! haha! sebab takut lah tu. Hahaha. Doktor suruh tenangkan diri dulu, then baru masuk balik. 10 minit kat luar baru masuk bilik balik. Depa suruh tarik nafas, bernafas macam biasa. Siap pesan, lembutkan badan ye kak! Haha! kita ni macam nak  kejung dah. Kikih. Tap..tap doktor buat dalam 5 minit kot, siap! Dah! lega. Siap staff bungkuskan gigi tu dan bagi, Buat lawak lagi 'kak letak gigi ni bawah bantal tau'. Haha. Nak buat apa?? 

22 comments:

  1. kalau bab gigi memang seram sejuk...akak pun takut juga nak cabut gigi tapi kalau dah sakit sangat sebab berlubang memang suruh cabut je, tapi masa pergi klinik dokte taknak cabut pula nak tampal je

    ReplyDelete
  2. gigi kalau rosak baik cabut aje.tu belum kes cabut gigi sihat sebab nak pakai braces. semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. Alamak, Bab cabut gigi ni sape2 pun kena sawan takut rasanya

    ReplyDelete
  4. Salam jumaat atie.. Hai kalau cabut gigi mmg seram.. Hihi..
    Dulu masa sek rendah penah la kena cabut gigi.. Adui.. Rasa mcm tebal je mulut kene bius. Dah berusia ni, belum penah lg cabut gigi. Tapi skg ni pun gigi dah sensitif. Xblh makan manis skit..ngilunya rasa nk nangis menahan..

    ReplyDelete
  5. Boleh nangis bila kenangkan bab cabut gigi ni..aduss...scaling gigi pun dah keras badan..tahan ngilu..bertabah je jawabnya :)

    ReplyDelete
  6. PH pun takut lah kalau nak cabut gigi. Seram!

    ReplyDelete
  7. Ha ha...kalau gg susu anak boleh la simpan...tapi ada cara dia...nanti boleh guna..ekeke

    ReplyDelete
  8. Akak pun takut cabut gigi atie..
    Kalau tampal dan cuci gigi tu berani lah lagi..

    Hihi kenapa suruh simpan bawah bantal..
    Esok pagi boleh jadi emas jongkong kot atie 😆😆

    ReplyDelete
  9. MMG SERAM NK CABUT GIGI PELUH SEJUK HBS KELUAR HEH..HEH..

    ReplyDelete
  10. hahah adoi..watpe letak bwh bantal kan..kihkih..

    ReplyDelete
  11. first time e'in cabut gigi kat klinik, 3 tahun lepas.. gigi geraham.. kemain sakit weyyyyy.. huhu

    ReplyDelete
  12. Memang duk tengah sakit gigi sekarang ni...Walau dah berkali-kali pernah cabut gigi tapi masih tetap rasa kecut nak jumpa doktor.

    ReplyDelete
  13. Huiii....hakak pun seram weyh bab bab cabut gigi ni. Padahal bukanlah apa sangat ek.

    Hakak rasanya last cabut gigi masa zaman kanak kanak. Jangankan cabut gigi nak buat scaling pun seram.

    ReplyDelete
  14. Hihii.. Gi cabut gigi eekkk.. Sakit kejap ja tu. Esok esok jgn gi bedal makanan manis manis nauuu...

    ReplyDelete
  15. Memang seram bab cabut gigi. Paling teruk pengalaman saya masa cabut gigi bongsu. Sebab susah nak cabut, badan doktor pun terangkat sekali

    ReplyDelete
  16. Bab cabut gigi..rasa trouma juga..

    ReplyDelete
  17. ray lama gila tak pegi jmpe dentist ni apakan lg nak pegi cek. hehe

    ReplyDelete
  18. hahaa nak cabut gigi tu paling seram.. penah belah gusi? aiyakkkkk.. sakit gilaa.. huuhuh

    btw, Salam singgah dan follow sini :)

    Anda dijemput join GA saya,

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
  19. sebut saja cabut gigi dan kaitan dgn gigi semua org fobia... gigi sakit sikit2 boleh tahan ok lagi.. klu boleh x nak jumpa doktor gigi... hahaa

    ReplyDelete
  20. Salam alaik kak, lama In x singgah sini... lama juga tak dengar keletah anak akk hehee ^^,

    ReplyDelete
  21. Banyak-banyak doktor... Doktor gigi memang yang paling menakutkan... huhuu

    ReplyDelete
  22. hahaha
    relaks
    dulu saya pun fobia doktor gigi
    sekarang 2 kali setahun pergi jumpa doktor gigi

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..