10.10.16

Family Day Office 2016-Sandakan Part 2 (Bowling Time)

Assalamualaikum. Sambungan dari entry Family Day office 2016 Sandakan-part-1
Aktiviti bowling kami sewaktu Family Day hari tu. Entry terkebelakang, baru nak up. Punya lama terperap dalam draft. Boleh buat pekasam. Haha. First day sampai ke Sandakan tu kami plan main bowling. Kira buat pertandingan lah. Ada hadiah disediakan. Semua semangat nak main. Macam aku lagilah, tak pandai pun baling jak lah. Berapa kali ntah masuk lubang. Haha.
Team IT-HLDU 2016. Bersama bos dan keluarga masing-masing.
Aku dengan si abang Pae sahaja. Siap tempah baju untuk family day.
Antara staff lelaki. Adik-adik. 
Mereka ni semua lawak-lawak. Memang tak kering gusi. 
Semangat tu walau tak pandai main. Nampak kegemukan di situ. Haha!
Suasana dalam Kelab Bowling
Champion Bowl & Recreation Club,
Batu 11.4, Jalan Leila, No. 8, Bq 4863,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel : 089211396 / 089275564

8.10.16

Bermalasan dirumah...

Salam hujung minggu. Semenjak bermulanya PJJ ni, weekend akan dilalui dengan bermalas-malasan di rumah sahaja. Siapkan kerja rumah apa yang patut then bangun, makan dan tidur. Haha! Main masak-masak penuhi request si abang Pae. Waktu inilah nak buat. Alhamdulillah lebih banyak masa dengan anak bujangku itu. Habiskan masa berdua.
Kalau keluar pun sesekali sahaja. Hilangkan boring bawa si abang Pae jalan-jalan cuci mata. Boleh dikira lah berapa kali keluar. Hihi! mungkin itu yang terbaik buat kami. Selamat berhujung minggu you all! Jumpa lagi.

7.10.16

Khasiat Kopi..

AssaLamualaikum
Kopi mampu meningkatkan tenaga dan mengaktifkan fungsi otak untuk menjadi lebih pintar.
Kopi berkesan dalam meningkatkan tahap tenaga tubuh bagi mereka yang penat atau letih. Ini kerana ianya kaya dengan kandungan kafein, yang mana ianya merupakan bahan psikoaktif  yang kerap diambil di seluruh dunia. Fungsi otak akan lebih aktif termasuklah aspek dari segi memori, mood, waspada, tahap tenaga, masa tindakbalas dan fungsi kognitif am.
Kopi membantu dalam pembakaran lemak.
Tahukah anda bahawa kafein sebenarnya terdapat di dalam kebanyakan suplemen pembakar lemak? Ada baiknya kerana kafein adalah salah satu bahan semulajadi yang terbukti membantu dalam pembakaran lemak. Sesetengah kajian juga mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kadar metabolisme dari 3% ke  11%. Kajian lain pula mendapati kafein mampu meningkatkan penghapusan lemak sebanyak 10% pada individu yang mengalami masalah obesiti dan 29% pada individu biasa.

Kafein secara drastik mampu meningkatkan prestasi fizikal.
Kafein merangsang sistem saraf yang menyebabkan ia untuk menghantar signal kepada sel lemak untuk membakar lemak dalam badan. Kafein menjadikan sel lemak memusnahkan lemak tubuh yang berlebihan, melepaskan ia ke dalam darah sebagai asid lemak dan menjadikan ia sebagai penjana tenaga. Disebabkan kesan ini, ianya tidak mustahil yang kafein sebenarnya boleh membantu meningkatkan prestasi tubuh.

Kopi boleh mengurangkan risiko dari terkena penyakit Diabetes II.
Penyakit Diabetes II adalah masalah penyakit yang paling besar di dunia. Ianya bercirikan gula dalam darah yang tinggi  dalam konteks rintangan insulin atau ketidakupayaan untuk merembeskan insulin. Bagi sesetengah sebab, peminum kopi sebenarnya mengurangkan risiko dari terkena penyakit Diabetes II.

Kopi melawan tekanan perasaan dan mampu menceriakan seseorang.
Tekanan adalah satu masalah mental yang sangat dipandang serius. Kajian Harvard mendapati wanita yang mengambil empat atau lebih cawan kopi sehari mempunyai 20% risiko rendah untuk mengalami tekanan. Kajian lain pula mendapati empat atau lebih cawan kopi sehari kurang 53% untuk melakukan bunuh diri.

Risiko penyakit kanser kurang.
Semestinya kita tahu bahawa kanser adalah penyakit pembunuh nombor 1 di dunia.  Kopi juga sebenarnya mampu menghalang tubuh dari dua jenis kanser iaitu kanser hati dan kanser kolorektal. Mereka yang mengambil kopi sebagai rutin didapati mempunyai risiko rendah untuk menghidap penyakit ini.

**JOM Kupi-Kupi dulu :)

Kredit : Majalah EH