Friday, 7 October 2016

Khasiat Kopi..

AssaLamualaikum
Kopi mampu meningkatkan tenaga dan mengaktifkan fungsi otak untuk menjadi lebih pintar.
Kopi berkesan dalam meningkatkan tahap tenaga tubuh bagi mereka yang penat atau letih. Ini kerana ianya kaya dengan kandungan kafein, yang mana ianya merupakan bahan psikoaktif  yang kerap diambil di seluruh dunia. Fungsi otak akan lebih aktif termasuklah aspek dari segi memori, mood, waspada, tahap tenaga, masa tindakbalas dan fungsi kognitif am.
Kopi membantu dalam pembakaran lemak.
Tahukah anda bahawa kafein sebenarnya terdapat di dalam kebanyakan suplemen pembakar lemak? Ada baiknya kerana kafein adalah salah satu bahan semulajadi yang terbukti membantu dalam pembakaran lemak. Sesetengah kajian juga mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kadar metabolisme dari 3% ke  11%. Kajian lain pula mendapati kafein mampu meningkatkan penghapusan lemak sebanyak 10% pada individu yang mengalami masalah obesiti dan 29% pada individu biasa.

Kafein secara drastik mampu meningkatkan prestasi fizikal.
Kafein merangsang sistem saraf yang menyebabkan ia untuk menghantar signal kepada sel lemak untuk membakar lemak dalam badan. Kafein menjadikan sel lemak memusnahkan lemak tubuh yang berlebihan, melepaskan ia ke dalam darah sebagai asid lemak dan menjadikan ia sebagai penjana tenaga. Disebabkan kesan ini, ianya tidak mustahil yang kafein sebenarnya boleh membantu meningkatkan prestasi tubuh.

Kopi boleh mengurangkan risiko dari terkena penyakit Diabetes II.
Penyakit Diabetes II adalah masalah penyakit yang paling besar di dunia. Ianya bercirikan gula dalam darah yang tinggi  dalam konteks rintangan insulin atau ketidakupayaan untuk merembeskan insulin. Bagi sesetengah sebab, peminum kopi sebenarnya mengurangkan risiko dari terkena penyakit Diabetes II.

Kopi melawan tekanan perasaan dan mampu menceriakan seseorang.
Tekanan adalah satu masalah mental yang sangat dipandang serius. Kajian Harvard mendapati wanita yang mengambil empat atau lebih cawan kopi sehari mempunyai 20% risiko rendah untuk mengalami tekanan. Kajian lain pula mendapati empat atau lebih cawan kopi sehari kurang 53% untuk melakukan bunuh diri.

Risiko penyakit kanser kurang.
Semestinya kita tahu bahawa kanser adalah penyakit pembunuh nombor 1 di dunia.  Kopi juga sebenarnya mampu menghalang tubuh dari dua jenis kanser iaitu kanser hati dan kanser kolorektal. Mereka yang mengambil kopi sebagai rutin didapati mempunyai risiko rendah untuk menghidap penyakit ini.

**JOM Kupi-Kupi dulu :)

Kredit : Majalah EH

13 comments:

  1. byk khasiat kopi ni..

    tp pg ni yui green tea dlu..hehhe

    ReplyDelete
  2. Itulah walaupun banyak khasiat kakak ni alah dgn kopi
    Suka bau aromanya memang harum. Tapi bila minum mesti kakak sakit perut
    Sesekali minum juga bila tak boleh tahan teringin- tapi tanggunglah akibatnya.

    ReplyDelete
  3. Dah lama akak tak minum kopi,tiba2 teringin pulak.Tapi akak biasa minum kopi campuran.

    ReplyDelete
  4. saya nie kopi takde la ketagih sangat....tapi kalo sehari tak kena 2-3 gelas nescafe buleh tak senang duduk gayanya

    ReplyDelete
  5. Kopi o panas takmo gula satu!
    *laju2 order kopi feveret*

    ReplyDelete
  6. banyak ye kebaikan dia..dulu lecturer kimia pernah bgtau gak pasal aktifkan otak tu..sejak tu mmg selalu nescafe..tp secawan je sehari..banyak pun tak elok yeee :)

    ReplyDelete
  7. semua benda bagus, jgn berlebih..jangan kurang..

    ReplyDelete
  8. Akak suka dengan kopi ni atie..
    Baru lepas minum kat Segamat Rel tu..
    Tapi lepas tu mula lah sakit kepala huhuhu..
    Pada hal akak minum sikit je..
    Nabil yg perabihkan..
    Tapi sakit kepala hingga ke malam..

    ReplyDelete
  9. SB ni penggemar kopi daa.. patut la lelemak susah nak menyinggah kat badan.. sehari minum 2 cawan dah kira cukup membahagiakan..hahaa!!

    ReplyDelete
  10. sedapnya layan kopi o pekat2 ngn biskut...

    tp tak blh selalu kot... tkt minum air manis selalu

    ReplyDelete
  11. BNYK KHASIAT KOPI YA TAPI DH LAMA PANTANG MINUM KOPI..RUGINYA

    ReplyDelete
  12. Nampak gayanya kena rajin meng-kopilah lepas tu. Yang bab membakar lemak tu yang terbeliak sikit tau. Kena minum kopi selalu nih ^_^

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita..
TERIMA KASIH pada kawan-kawan yg sudi beri komen..