SaLam Jumaat… berjumpa lagi kita di pagi
yang mulia ini…AlhamdulillahJ.
Istimewnya Jumaat
Setiap daripada kita tidak lepas daripada melakukan
kesilapan.. tapi sekurang-kurang nya kita berusaha untuk sentiasa muhasabah dan
memperbaiki diri ke arah yang lebih
baik seiring dengan peningkatan usia kitaJJJ.
Siapa pun kita dan di manapun kita berada sentiasa lah mengingati Allah.. kerana Allah sentiasa memerhatikan hamba-hamba-NYA..
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan
mereka menangis dalam masa setahun..
Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat
LAA
ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).
Baginda Rasulullah S.A.W. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada
bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan-Nya dan empat bulan kedua
pula ia membacakan selawat kepada Nabi-nya dan empat bulan seterus nya ia
memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah S.A.W. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada
kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya
dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala
amal baik atau buruk nya.
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
Jadi kepada ibubapa atau bakal-bakal ibubapa haruslah mempunyai kesabaran dalam
mendidik dan membimbing anak-anak yang masih kecil…
Sumber : FB
MyLuvFamily
Babah tegur tak reti duk diam dlm kereta :(
Ibu tegur coz suka sgt main2 lappy Ibu :(
Mogok- tak mau gunting rambut di salon
Macam aku ni,
kekadang pandai juga hilang sabar dalam melayan karenah c kecil Pa’e..
Bila dah lepas
marah tu, pandai plak aku kesian dengan dia.. selalu nya mesti aku akan peluk
dia & say sorry… (kadang2 time dia tidur, aku bisik kan perkataan maaf
tu kat telinga dia).. "Ibu mintaf maaf sebab marah Pa'e tadi".. pandai plak aku sedih!… ye lah, Pa’e kan budak lagi… mana
lah dia tau apa kan… bila dimarah dia akan pandang je muka aku… minta kasihan
kot LLL
Ya Allah! semoga
aku akan menjadi IBU yang lebih baik pada anak aku.. AMIN!
Dalam minggu ini ada dua tiga kes culik yang berlaku di persekitaran ku… terutama
di Daerah Tawau.. eeee!..menakut kan bahL.Dengar cerita dari Blogger Mia lagi menakut kan..
pembunuhan remaja di Kota Marudu.. ceritanya diSINI ..Risau sebenar nya… kes
culik melibat kan kanak-kanak… risau lah sebab kita ni kan ada anak kecil…
Sumber : FB MyTawau-
So, kawan-kawan yang
ada anak TOLONG berhati-hati… sentiasa lah perhatikan mereka dan ambil tahu ke
mana mereka pergi..Bagi Ibu, Ummi, Mama, Mummy yang nak bawa anak-anak membeli-
belah untuk keperluan Back to School berhati-hati ya.. Kalau boleh tak perlu
lah kita bawa anak-anak kecil kita… kalau yang dah besar OK lah sikit.. coz
depa dah tau nak menjerit atau melawan… umur 1, 2 @ 3 tahun plak masih merisaukan..
coz kemungkinan depa belum tahu membezakan perkara-perkara baik dan buruk..
Walaupun kes culik ni
berlaku di Tawau Sabah, tapi diharap kawan2 seluruh Negara berhati-hati.. kita tak mau
lah nanti dah “terhantuk baru terngadah”..
Mood hari seperti dalam picture kt bawah ni kot…hahaJ.
Oleh kerana sekarang ni mood Bola Sepak Piala Suzuki AFF, so aku nak cerita tentang bola juga..hehe..mcm tau sgt bola!..
Buta bola juga sebenar nya....
(adakah istilah buta bola tu?? Hahaha)…
Minat bola sekadar minat..
tak lah sampai berebut-rebut channel dgn hubby..hehe..
Tentang My hero tu lah…Pa’e & bola….. semua budak2 memang sukakan bola kan?? Tak kira lah bola kecik ke,besar ke.. semua depa mau… Macam Pa’e lah, kalau berjalan kt pasar raya.. comform dia akan minta beli bola... semua dia nak... kalau 10 kali pegi kedai dalam sehari, 10 kali juga lah dia akan minta beli bola…haha.. sabar je lah!..
Seingat-ingat aku, kecik2 dulu (umur belum sampai setahun) Pa’e suka sgt dengan belon..hah! ni pun mcm dia addict tau..byk sgt koleksi belon dia masa dia baby dulu.. tapi biasa lah.. tak sampai 2 hari comform belon2 tu akan pecah.. Pa’e akan pecahkan..haha.. tak kira lah guna ape… gatal je tangan dia tu nak pecah kan...pastu dia akan mintak beli lagi klu ternampak belon di mana2… bila tak beli pandai juga meraung...
Sekarang dah besar sikit.. belon dia dah kurang.. beralih cinta nya (ceh!) pada bola… dia sibuk nak tendang bola bila ada depan mata.. . Pa’e tendang bola guna kaki kiri tau…
KIDAL…
Lebih kurang mcm ni lah bola2 Pa'e kt rumah:)
TQ google
Pa'e ada mcm ni- tapi colour merah:)
Bola kanak2 di Afrika...kesian kan?
Sumber : Google
Yang ini pun ada- 2 hari pastu pecah! haha..
ihihiihi..Picture Pa'e 11 bulan dgn belon..
Entah lah.. sekadar minat kot.. budak2 kan… kalau diikut kerjaya pemain bola ni boleh tahan lah
juga… Cuma depa ni kekadang banyak dipalit kontrovesi lah plak
Hari ni pagi-pagi dah
strest.. adui.. My Pa’e ni dah beberapa kali tiap kali hantar ke rumah pengasuh
dia asyik tak mau turun dari kereta.. tak mau tinggal umah pengasuh plak..
adui! Hari2 dengar ayat “abg Pa’e tak mau tinggal di rumah abg Izar” (Izar-anak
pengasuh sebaya Pa’e)…
Isk..risau betul lah…nak
kerja pun tak senang hati dok terbayang-bayang muka dia yang tengah menangis
tu.. siap hentak2 kaki..memberontak dengan air mata yang berlinangan tu…erm..sob..sobLLL….
Tu lah kan, bila Sabtu Ahad Pa’e suka sangat coz dapat duduk dengan Ibu dan Babah dia ni…tapi dari Ahad
malam lagi dia akan pesan siap-siap “ Ibu, Pa’e tak mau pegi rumah abg Izar”...aku
mengiyakan je lah..sedap kan hati dia!..
Dilema betul lah!..Kalau
Pa’e duduk rumah nenek dia (di Tawau) jauh sgt lah..tak sanggup menahan rindu
plak nak dgr suara dia yg banyak cakap tu..heheJ.
Muka start2 nak meragam...:(
Tengok tu..klu dah nangis..huhu
Kalau tak nangis, comel lah jgk..haha..comel ke??
Dengan nenek, dia tak nangis bila tgk aku gi
kerja..
selamba dia salam Ibu then kata “ babai Ibu”…..
Kasih nenek kan…maklum
nenek Pa’e sangat manjakan dia.. siap marah aku lagi kalau aku naik suara kt
dia..heheJ.
Aku belajar2 join segmen (maklum mak budak baru belajar blogging).... so, ini segmen 1st yg aku join:)
Syarat-syarat penyertaan:
1. Buat satu entry tentang Segmen "Jom BW sambil Follow sampai Lebam"
2. Tempek banner tu
3. Letak link entri lu olls kat bawak kotak komen cik adik ni -*link entri taw bukan link blog
4. Terakhir follow lah blog - Macam biasa ,semua peserta akan difollow back..
Pagi tadi masa dalam kereta nak pi kerja terdengar lagu ni…
Baru dua kali kot terdengar.. macam best plak! Sampai opis sibuk tanya
kawan2, depa tau tak lagu ni.. semua pun jawap TAK TAU!..heheJ
Penyanyi dia SHAE..
Aku pun tak kenal siapa SHAE ni coz memang jarang dengar
lagu ni..Nama dia pun aku tak familiar sgt… cantik SHAE ni.. kacukan kot!..pandai2
buat telahan sendiri.
Tapi apa yang pasti SHAE ni pun tak kenal dan tak akan kenal akak…hahaha..:p..
Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari memikirkan perkara-perkara
yang di luar jangkaan… kadang-kadang kita cuba untuk tidak memikirkan nya
tetapi ia tetap berlegar-legar diminda J.
all picture : Kredit to FB
Segala dugaan yang datang hadapi nya dengan tenang..
SUKA& DUKA dalam kehidupan pasti akan mematangkan dan menjadikan kita insan yang lebih BAIK dan tahu menghargai....
Apun yang terlintas difikiran kita, cuba lah untuk selalu bersangka
baik..
InsyaAllah yang datang pun akan baik-baik sahaja…JJ
Dah breakfeast kawan-kawan??.Kalau diikutkan aku ni memang dok reti
masak..haha..mengaku awal-awal…semua dh tau ke?? heheJ
Tapi sesekali masak kadang-kadang Mr hubbyPUJI jg..hahaha..angkat bakul sendiriJ..Ahad lepas adalah buat kudapan utk minum petang..seperti yang semua sedia maklum kt Sabah ni terdapat banyak suku-kaum…makanan pun terdiri drpd pelbagai jenis dan rasa..so, aku masak lah“Sanggar Pappek”makanan suku kaum Bugis.. memangfavourite kami sekeluarga..
makan plak cecah dengan sambal belacan..
Picture from en google
Kami panggil ni pisang sanggar..
tak pasti plak pisang ada tak kt Tanah Malaya??
Proses menggoreng pisang
taraa.. ni lah hasil nya...:)
BAHAN-BAHAN:
Pisang mentah/muda(mcm dlm picture)..
Minyak utk menggoreng
Bahan utk Sambal:
Cili padi
Tomato
Bawang
Sedikit Belacan
Sedikit Garam,serbuk perisa & Gula
Cara-cara (utk Pisang):
* Kupas pisang spt biasa..bulat2 tu (tak perlu belah)
Pagi semalam office mate ada bawa anak
ke-2 nya..baby lagi, baru 5 bulan..so cute lah baby ni…sempat lah snap picture dengan
dia…
Baby name : Ainul Mardhiah
Teringat masa Pa'e masih baby
lagi.. moments tu memang indah..
Dulu selalu juga bawa Pa’e ke office..
kadang2 ada kerja yang memerlukan aku utk berada lama di office.. masa tu lah
aku angkut Pa’e sekali..heheJ.
Syukur lah Pa’e ni bukan jenis yang
cerewet dan tidak banyak meragam…cehh! Puji anak sendiri nampak…
1st time bawa ke opis..umur Pa'e 3 bulan lbh kot :)
excited tgk web cam:)
Muka penat!
haha..mcm pompuan dahh..:)
Gigi tak penuh lagi..
shopping2 with Ibu & Baba..
muka serius
suka nya senyuman:)
Picture dalam 1 @ 2 bulan lepas kot:)
Just nak kongsikan koleksi picture2 Pa’e yang aku suka… muka dia berubah dari masa ke semasa….mula2 lahir memang sebijik muka macam
babahnya… anak babah lah katakan…Sekarang ni dah ikut muka
aku sikit kot….terutama tang mata tu!…betul ker?? kawan-kawan yg selalu ckp mcm tuJJJ.
Berjumpa lagi kita hari ini… (Mood tak
berapa OK sebab hari2 tengok perkembangan GAZA, Palestin).. amat menyedihkan LLL!.
Celoteh kali ini adalah tentang
situasi-situasi yang selalu terjadi dalam kehidupan kita seharian.. bagi aku
lah, perkara2 macam ni pernah kita alami
sama ada sedar atau tidak… tak tau lah korang perasan atau tidak??...
Di antara
situasi2 tersebut adalah (ayat skema..haha):
1) Dulu2 masa sambung
study ada suara2 bercakap..” apesal lah nak belajar jauh-jauh, keluarga dah lah
susah!”... sampai mcm tu org bercakap L. Nasib baik
arwah bapa seorang yg sangat pentingkan pelajaran... teringat kata2 arwah bapa “
pergi lah belajar, bukannya kita minta beras @ duit dengan orang pun”…….
2) Bila dah habis belajar (sempat jadi penganggur
sekejap)… orang2 bercakap plak.. “ dah belajar tinggi2 tak kan tak kerja??”…
walhal masa tu kita masih menunggu mana2 tawaran pekerjaan yang bersesuaian…..
sabar jak lah!
3 ) Dah bekerja…. Orang tanya “bila nak khawin”??
umur
dah tua.. haha…tak kan asyik kejar pangkat je….
kucing pun boleh stress kalau tanya soalan2 mcm ni...haha:p
Walau apa pun yg terjadi kaki akan terus melangkah :) (picture tiada kena-mengena..haha)
Alhamdulillah..pelengkap kehidupan ku... pic dolu2:)
4)Bila dah khawin orang asyik tanya “ belum ada anak
ke? tak nak beranak ? sibuk cari duit je..aduii... part ni yang paling tensen
bila dengar..huh! (kesian kan?…sebenar nya ini semua di luar bidang kuasa
kita.. Allah yang menentukan.. apalah daya kita nak tentukan semua tu)… ada
seorang hamba Allah pernah menuturkan kata2 ini pada aku dulu… masa aku belum
mengandungkan Pa’e…
ermm, tak apa aku dah maafkan org itu walaupun hati pernah
terguris…huhu..
5) Lepas 2 tahun lebih khawin Pa’e lahir ke dunia…
bila jumpa member-member ada juga bertanya.. "anak seorang je"?? "tak nak menambah
ke"??...hehe… bukan tak nak menambah, tapi Allah belum nak bagi lagi.. nak buat
mcm mana… belum ada rezeki… nasib baik suami seorang yang amat memahami…
boleh
juga dia tolong jawab kan soalan2 maut ni…hahaJ.
So, kawan-kawan …
ada tak yang pernah mengalami situasi mcm aku ni??..kadang-kadang perkara-perkara ni membuatkan kita stress..
Dalam hidup ini…. ada sahaja perkara-perkara yang tidak
memuaskan hati… Walau apa pun cuba
lah belajar untuk BERSYUKUR dengan apa yang kita adaJ.