31.10.16

Tahniah KEDAH - Rindu jelapang padi

Assalamualaikum. Saja nak ucap tahniah pada sahabat-sahabat blogger Kedah. Sapa orang Kedah?? haha! Che sayang Kedah. Kedah dekat dihatiku. Terbayang-bayang suasana sawah padi yang terbentang luas. Penuh kehijauan. Tahun 1999-2006, aku menghabiskan waktu di Kedah. Sintok, Chang Lun, Jitra, Alor Setar, Ayer Hitam dan Sungai Petani tempat menimba ilmu, bekerja sementara dan melepak. 2007 balik ke Sabah, berbakti disini plak. Satu Kedah dah ronda. Sahabat-sahabat baik ramai dari Kedah. Rindunya! Entah bila dapat kesana lagi.
Tengok perlawanan akhir semalam dengan si abang Pae. Dia siap tanya, "Ibu, kita nak sokong yang baju merah kah Kuning ni?". Haha! Ibu bagitau dia. Sokonglah yang mana-mana abang Pae suka. Apapun untuk pasukan Selangor, TAHNIAH juga untuk anda. Kalah dan menang adat pertandingan. 

30.10.16

Sarapan ala kadar..

Selamat berhari minggu. Bila hujung minggu layan anak tekak lah. Versi sarapan pagi ala kadar. Nasi goreng ikan bilis selalu jadi kesukaan abang Pae. Minum dengan Teh O kosong. Hehe. Kuih tu breakfast kat kedai sementara tunggu majlis graduasi abang Pae bermula. Minum dengan Nescafe dan Horlick susu suam. Jadi lah untuk alas perut. Alhamdulillah! Jumpa lagi you all.

27.10.16

Cari Bahagia Dalam Diri mu..

AssaLamualaikum.
Sekadar berkongsi. Carilah kebahagiaan dari dalam diri kita sendiri. Pasti hidup akan lebih bermakna. Jangan pernah bandingkan hidup kita dengan orang lain.
**Banyak yang aku belajar dalam hidup ini. Dengan memerhati sekeliling. Betapa bernasib baiknya aku, walau serba sederhana. Betapa banyak nikmat yang telah Allah berikan. Apa lagi yang aku mahu? Malu pada diri. Malu pada Allah! Azam untuk perbaiki diri dari masa ke semasa. Kurangkan mengeluh.
Sekian.

26.10.16

Wordless Wednesday #66 -17 tahun dahulu

AssaLamualaikum. Gambar ini diambil pada tahun 1999 di Gunung Santubong bumi Sarawak. Pengalaman pertama kali mendaki gunung bersama kawan-kawan. Memang pengalaman yang tak akan dilupakan. Walaupun penat, seminggu tak hilang sakit-sakit badan. Nak jalan pun susah. 
I miss you all. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Dapat teka tak yang mana aku?? zaman-zaman kekurusan melampau. Haha!
Sekian.

25.10.16

Ke Desa Dairy Farm, Kundasang

Entry terbelakang lagi. Sambungan entry Kundasang Memorial Park. Hari yang sama, terus ke Desa Dairy Farm. Abang Pae tu excited nak tengok sapi-sapi yang menghasilkan susu. Hehe! Dari Kundasang Memorial Park tu, kena naik bukit sikit lebih kurag dalam 10 minit jugalah dengan kereta. Sepanjang perjalanan ke Desa Dairy Farm ni, disajikan dengan pemandangan indah dan menghijau bumi Kundasang.
Hadapan pintu masuk ke Desa Dairy Farm. Memang wajib bergambar kat sini. Suka sangat view kat belakang tu. Di penuhi kabus dalam kedinginan.
candid! konon-konon kat belakang tu ada lembu, nun jauh disana. Tak perasan sangat.
Kengkonon romantik lah suami isteru! haha
Menikmati Strawberry Yogurt original. Nak beli susu asli dan yogurt ni kena tahan juga sebab beratur panjang. Kalau time public holiday, lagi lah. Sabar!
 
Susu jenama DESA, wajiblah dicuba jika ke sini :)
3 beranak
My abang Pae. Semua gambar dia buat muka. Sabor jak lah! 
Bila laki bini posing. Haha!
Dalam kawasan Desa Dairy Farm
Masa kami pergi ni, ramai sangat orang sebab Public Holiday. Sesak dan berpusu-pusu. Hilang semua penat bila melihat keindahan alam ciptaan-NYA. Sekian.

*Boleh ke Facebok Desa Dairy Farm untuk info lanjut ya.

24.10.16

21.10.16

Siapa kita di pagi hari?

Salam Jumaat semua. Sharing perkongsian dari group. Diam sejenak dan renungi diri.
Ulama berkata : “Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah swt”

Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita (sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa).
Contohnya:
Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil, Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami atau isteri atau anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.
Marah-marah (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.
Pagi-pagi lagi dah ‘bad mood’ dan suka marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.
Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.
Bahaya ni. Kita tidak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya.
Sebab apa?
Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tidak berpuashati dengan Allah Swt.
Tahukah kita?
Sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah swt kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dari Allah swt. Allah Maha Mengetahui.
Renungi diri
Kita akan tahu siapa kita bila selalu cermin-cermin diri kita pada setiap pagi. Cermin diri kita, perbaikilah hubungan kita dengan Allah swt dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur. Redha dan terima apa saja ketetapan Allah swt kepada kita dengan hati terbuka.
Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya.
Selalu ucapkan dan zikirkan ‘Astaghfirullah hal azim’ dan ‘La hawla wala Quwwata illa billaah’ selalu bagi mengubati, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah swt.
JANGAN ‘BAD MOOD
JANGAN SUKA MARAH-MARAH DI PAGI HARI.
TENANGKAN JIWA.
** Jom sama-sama perbaiki diri.... 

20.10.16

Oh! Suami & erti pengorbanan

Salam pagi Khamis. Cerita tentang kami. PJJ yang erti mengajar erti pengorbanan.
Rasa tenang dan selamat bila bersama, kan? :)
Selfie suami isteri yang paling latest! Masa En Kuling balik bercuti Ogos/September. 
Dah jarang dapat bergambar berdua. Makin tua ni, makin malas plak dah nak bergambar bagai. Hehe!

Untuk jawapan Kak OKje diatas. Buat masa ini, selalu En Kuling balik dalam sebulan atau satu bulan setengah sekali sahaja. Hanya itu yang kami mampu. Huhu. Tambang sekali pergi balik memang tak kurang dari RM600-RM700. Sibu-Lahad Datu hanya ada penerbangan MAS. So, harapan untuk dapat tiket murah tu memang amat susah. Ikut jalan darat memang tak dapatlah, mau ambil masa 21 jam baru sampai Lahad Datu. Tak sanggup! Jadi kesimpulannya sabar, sabar dan terus sabar. Positif! Allah kan ada.

19.10.16

Wordless Wednesday #65- Mewarna online

Salam Rabu. Less Word. Hasil mewarna dari Aplikasi online yang aku download. Salah satu therapy bila rasa-rasa diri stress. Haha! Saja hilangkan boring sambil melayan abang Pae tu tengok kartun. Menguji kesabaran juga ni. Puas hati bila tengok hasil warna. Just for fun! 





Bukan anak-anak sahaja boleh mewarna. Ibu-Ibu pun boleh. Hehe! Kira semua diatas tema animal. Next time aku post tema bunga-bungaan plak ya. Kalau berminat, bolehlah cuba download di Apple @ Google store :
1. Colouring Book For Adult
2. Colour Therapy
3. Colouring Book
Sekian.

18.10.16

13 Hadiah Terbaik..

AssaLamualaikum. Sekadar perkongsian bersama dari group Whatapps. Yang baik jadikan panduan.

Hadiah tidak harus sesuatu berupa wang atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang di antaranya :
1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah *Doa.*
2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh. *Pemberian maaf.*
3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah *Penghormatan.*
4. Hadiah terbaik untuk murid adalah *Tauladan.*
5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah *Kasih Sayang.*
6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah *Al-Fatihah.*
7. Hadiah terbaik untuk orangtua adalah *Berbakti.*
8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah *Penghargaan.*
9. Hadiah terbaik untuk suami adalah *Kesetiaan.*
10. Hadiah terbaik untuk anak adalah *Pendidikan.*
11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah *Kejujuran.*
12. Hadiah terbaik untuk orang yang tidak dikenali adalah *Senyuman.*
13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah Saw adalah *Selawat.*

Nabi saw bersabda: "Saling memberi hadiahlah, nescaya kalian akan saling mencintai."
Selalulah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, karena pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk dunia dan akhirat.*
Sekian.

17.10.16

Kundasang Memorial Park

Entry basi dalam draf. Tapi masih boleh dimakan/minum. Kompom tak sakit perut. Hahaha! layan jak! Kisah cuti-cuti masa bulan May 2016 hari tu, ke Kundasang. Konon-konon sempena anniversary ke-8 tahun. Trip yang tak dirancang. Tetiba dok sembang-sembang dengan en Kuling terkeluar ayat "jom pigi Kundasang ling". Pakcing baju, check kereta jap then jalan. Boleh cam tu. Haha!
Bergambar dipintu masuk sebelum beli tiket.
My small family
Gambar suami isteri wajib lah letak! haha.
Adik bongsu ku @ MakCu Pae
Ibunda tersayang
Candid!
Nak round satu taman tu penat juga! so, berehat sebentar:)
Bila Ibu-ibu yang berposing. Abaikan. Haha!
Dalam kawasan taman. Cantik tau! 
Tengok gaya abang Pae tu! ada jak kan, suka hati dia nak buat gaya macam tu. 
Ini mural di tepi restoran kat bawah taman tu. Singgah makan sebelum balik.
Kebetulan ada Mak dengan adik masa ni, so ajak sekali. Dari Lahad Datu ke Kundasang jauh juga, ambil masa lebih kurang 5 jam campur singgah makan, isi minyak & toilet sekali. En Kuling pula memang jenis pemandu berhemah, so memang agak lewat lah sampainya. Janji selamat, kan. Stay di Home Stay sahaja, jimat! dapat RM150 untuk 2 malam.
Tiket masuk : RM 3 Dewasa
                      RM 2 Kanak-kanak
Address90 Km, Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 
                 89300, Ranau, Sabah.

14.10.16

13.10.16

Family Day Office 2016-Sandakan Part 3-Dinner

#TB- entry terkebelakang lagi. Haha! Selepas siangnya penat main bowling, sebelah malamnya kami adakan dinner bersama semua staff. Dinner dibuat diroof top Styles Hotel Sandakan tempat kami menginap. Pelbagai juadah disediakan. Selain tu kami turut bermain game. Siap ada karaoke untuk staff lelaki. Yang staff perempuan semua pemalu belaka. Haha!
Our team 2016 with family. Sepakat untuk memilih tema hitam putih kasual. 
Its me ditemani boyfriend kecil. My abang Pae. 
En Kuling tak dapat ikut. Nun jauh di Sibu.
Suprise! acara potong kek untuk para ibu-ibu.
Atas bumbung Styles Hotel Sandakan
Walaupun hanya 2 hari 1 malam bersama teman-teman sepejabat, cukup buat kami gembira. Hilang tekanan kerja buat seketika. Alhamdulillah!

11.10.16

#TB Photo shoot Raya 2016

AssaLamualaikum. Walaupun entry terkebelakang, aku tetap nak abadikan gambar-gambar photo shoot raya kami diblog suam-suam kuku ini. Tengok jak lah ya, mood tengah nak rajin mengimbas kenangan. Gambar ini kami  ambil masa 13 Ramadhan 1437H lepas kalau tak silap. Aku ingat lagi, siap pakai baju lawa-lawa then mekap. Jarang  nak buat macam tu kalau ke pejabat. Haha!
Ala-la model di kepanasan mentari gitu. 
Seperti berada di awan biru. Staff Lelaki & wanita. Inilah team kami. 
Sebelah bangunan ni bangunan ICU dan OT. Kawasan lapang di atas bangunan.
Buat photo shoot ni dalam pukul 10am, tapi punyalah panas. 
Mata semua jadi sepet. Haha!
Rakan-rakan sekerja. Geng gila-gila:)
Tiap tahun kami akan adakan photo shoot untuk raya. Memang menjadi tradisi team dan unit kami. Menjadi kenangan setiap kali menjelang lebaran.
Jumpa lagi.
*Selamat berpuasa pada yang puasa Asyura pada hari ini. Selamat beramal:)