4.11.19

Sepi. Sedih. Kehilangan

Assalamualaikum.
Lama menyepi. Ada sebab. Kurang mood. Isnin lepas (28.10.19) tengah sarapan pagi, dapat panggilan telefon dari sepupu di Tawau. Dia maklumkan 'makcik' meninggal dunia pagi tadi. Ya Allah, terkejut sangat sebab makcik sebelum ini sihat sahaja. Belum berumur sangat pun. Sedih sangat sebab rapat dengan makcik ni. Teringat-ingat wajah dia, senyuman dia. Cara bercakap yang lemah lembut. Banyak kenangan juga dengan arwah.
 
Pagi itu juga, kami balik ke Tawau. Sementara menunggu anak-anak arwah sampai (semua tinggal jauh, hanya seorang yang stay di Tawau) kami buat apa yang patut. Arwah makcik tiada anak perempuan, semua lelaki. Jadi kami sanak saudara terdekat yang mandikan arwah. Pertama kali aku mandikan jenazah. Pengalaman yang amat mengharukan. Insaf. Arwah di sembahyangkan di masjid, dan kemudian dikebumikan pada hari yang sama. Alhamdulillah kami berjaya sempurnakan dan dipermudahkan urusan hingga selesai.
Semalam plak juga mendapat berita 'ibu' pada sahabat kami meninggal dunia sebelah pagi. Berita yang amat mengejutkan juga. Ya Allah, kematian yang tidak dijangka. Sampai masanya Allah menjemput mereka. Kita?? hanya menjadi rahsia Allah! tidak akan lambat walau sesaat. Moga Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat 'makcik dan ibu sahabatku.
Al-Fatihah.