AssaLamualaikum
Entry penghargaan buat my beloved friend. Salah seorang Geng Karas ku Puan Harisa pada Sabtu baru-baru ini dapat Anugerah Pekerja Cemerlang dan juga Anugerah Khas PPD, Lahad Datu. Tahniah BFF. Aku tahu segala penat lelah mu selama ini mendidik anak bangsa (Pendidikan Khas) penuh dedikasi dan amanah dalam menjalankan tanggung jawab. Menjadi kawan dan teman pada anak-anak murid mu. Mendengar rintihan dan keluhan Ibubapa yang ada anak-anak istimewa ini. Kadang aku rasa tanggung jawab mu lebih dari seorang guru. Alhamdulillah, mungkin hanya Allah yang mampu membalasnya. Tahniah kawan ku, teruskan usahamu. Chaiyok!
Yang tudung Maroon itulah dia:)
Terima kasih juga kerana sudi jadi sahabat susah senangku. It's all about friendship.
Jumpa Lagi!
















