30.8.13

29.8.13

::Oh Tidakkk...mari kemari wahai Mood!...

AssaLamualaikum
Lihat lah tajuk N3 ku ini. Haha! Malasssssnya. Menunggu mood datang! 
Lemau lagi hari ini. Otak blur.
Nak kongsi picture budak tumpis tu semalam. 
Tak boleh tidur tanpa bantal busuknya. Haha.
Makin manja lah sekarang! Marah sikit, pandai dia pujuk. 
Cepat-cepat datang peluk dan cakap "sayanggg Ibu". Ibu pun cair bila dengar. Hehe!
WasSaLam^_^

28.8.13

::Jalan-Jalan I-City...

AssaLamualaikum
Lepas syawal di kampung, kami bertolak balik ke Kajang rumah Kak Long. Tapi sebelum tu, Mak Uda Pa'e ajak kami jalan-jalan pergi I-City dulu. Dah janji dengan anak buah dia yang sorang ni nak bawa jalan, so tunaikan lah hajat Kak Ipar tu @ Mak Uda Pa'e. Sebelum sampai I-City sempat lagi singgah di Nilai, temankan Mak Uda shopping barang-barang perhiasan rumah. Dekat pukul 9.00pm baru sampai I-City. Jem plak tu, parking pun penuh. Huh! memang penat & mencabar! :)
Semua gaya hero diatas adalah gaya ultraman. Pening nak suruh Pa'e posing elok sikit, tetap juga gaya ultraman menjadi pilihan. Haha! sabor jak lah. Hari tu memang penat, muka pun semua dah blur. Tak sampai 1/2 jam kami di I-City, Pa'e dah mengadu penat & ngantuk. Dah start merengek minta dukung! Kesimpulannya balik awal & tidur:)
WasSaLam^_^

27.8.13

::Cerita Pa'e Mandi Sungai...

AssaLamualaikum
Masih cerita di Kg Jus. Hehe. Pa'e memang paling seronok bila bab-bab mandi ni. Erm! maunya dia tak naik bila dah turun mandi tu. Puas lah dok pujuk naik salin baju, makan atau tidur siang. Bila dah jumpa sepupu-sepupu hero dia, memang leka bermain. 
Anak sungai je. Dulu2 hubby cakap ni bekas aliran lombong timah.
Lihatlah gaya hero ku itu. Mandi pun tak pakai spender. Seksi meksin. Haha! akibatnya bila dia naik, habis kena gigit apa ntah. Bengkak jugalah 'anu' dia. Haha! nasib baik sapu minyak gamat cepat, hilang juga bengkak dan gatal-gatal tu. Memang seronok lah melayan budak-budak. 
WasSaLam^_^

::Cerita 1 Syawal Di Kg Jus...

AssaLamualaikum
Baru ada keinginan untuk update cerita Raya 2013. Kami sekeluarga berhari raya di Kg Jus, Selandar Melaka. Di rumah ibu  mertuaku. 1st time Pa'e beraya disebelah keluarga suami. Punya lah dia excited. Maklum pertama kali juga dia berjumpa sepupu-sepupu dia yang ramai. Siap ada agenda mandi sungai segala. Kejar ayam itik lagi. Haha!
Tak banyak gambar raya yang sempat diabadikan. Masing-masing sibuk, riuh rendah dengan family masing-masing. Maklum hubby ada 10 orang adik beradik, menantu, cucu lebih 30 orang. Ada cicit lagi. Penuh rumah dengan pelbagai karenah. Memang meriah, penat tapi amat seronok! InsyaAllah ada rezeki kami akan balik lagi beraya di Kg Jus. 
WasSaLam^_^

26.8.13

::Shopping Baju Raya Pa'e...

AssaLamualaikum
Sambungan entry edisi raya yang belum habis-habis. Setiba diKajang pada 06/08/2013 hari tu kami bermalam di rumah Kak Long. Rumah kakak hubby yang sulung. Esok harinya baru kami plan cari baju-baju raya untuk sibujang Pa'e tu. Erm! Ingat nak gi KL tapi telefon member di KL semuanya menasihatkan agar jangan masuk KL masa ni sebab jem yang melampau. Terpaksalah terima hakikat shopping di area Kajang sahaja.
Pagi hingga tengah hari sempat lah shopping di Jusco & The Mines. Itu pun penat tak terkata, dengan Pa'e nya yang tak boleh dipegang. Nak jalan sendiri, orang plak ramai. Huhu! Bujang tu je lah yang dapat baju baru, Ibu & Babah hanya beli sandal. Petang Sabtu tu berbuka di Kajang, malam tu bertolak balik ke Kg Jus, Selandar Melaka.
WasSaLam^_^

25.8.13

24.8.13

::Kad Raya Dari Teman Blogger...

AssaLamualaikum
Sabtu yang damai. Baru nak update cerita tentang Kad Raya. Hehe. Dah terlewat, tapi tetap nak abadikan dalam blog ini. Terima kasih pada yang memberi. Sangat teruja bila dapat kad raya, sebab memang dah lama sangat  tak menerima kad raya dari sesiapa. Maklum zaman sekarang orang lebih suka bagi ucapan raya melalui sms, media sosial dan sebagainya.
Zaman sudah maju. Semua menggunakan teknologi. Terima kasih pada pengirim kad raya ini. Sahabat blogger yang disayangi Mama3Hero (Yus) dan sis Ana. Moga persahabatan alam maya ini terus berkekalan hendaknya. Salam dari kejauhan, Negeri Di Bawah  Bayu.
*Kad raya ini baru semalam aku terima:)
WasSaLam^_^

23.8.13

22.8.13

::Catatan Perjalanan Tawau-LCCT..

AssaLamualaikum
Banyak cerita sepanjang raya kali ini. Bermula dari perjalanan Tawau-LCCT pada 6/08/2013 lepas. Ya Allah dugaan sungguh! apapun semua sudah berlalu dan raya pun kami sambut dengan gembira. Hehe! bermula masa nak pergi airport Tawau. Kereta tiba-tiba tak boleh start. Last sekali minta tolong dengan kawan babah hantar ke airport. Itu pun hati dah risau, takut terlewat check in. Alhamdulillah dapat juga naik flight dan selamat tiba di LCCT jam 6.20pm seterusnya berbuka puasa disana.
Gaya dalam Flight
LCCT- Menunggu diambil
Pengalaman abg Pa'e naik belon memang excited. Mulut tak henti-henti bercakap dan bertanya. 1jam awal, memang good boy duduk sendiri dan pakai seat bealt. Masuk jam kedua mula lah dia buat gaya. Datang ke tempat duduk ibu lah, babah lah dan masa nak landing pun tak mau pakai seat belt. Huhu! Mencabar sungguh bila bawa anak naik flight ni. Apa pun yang penting abg Pa'e happy. Siap cakap " boleh tak abg Pa'e nak naik kapal terbang colour lain bila balik Sabah nanti". Haha! (sebab Air Asia colour merah, so ada hati nak tukar naik colour kapal terbang lain). Kihkih!
WasSaLam^_^

21.8.13

18.8.13

::Ahad: Mood Masih Lemau...

AssaLamualaikum..
Pekabar kawan-kawan blog? rindunya kat korang semua. Lama tak bersiaran. Banyak cerita, banyak peristiwa sepanjang raya. Pengalaman beraya di bumi Melaka, pengalaman Pa'e 1st time naik belon & beraya bersama nenek serta sepupu-sepupunya di sana. Memang pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Memang amat sibuk, penat tapi sangat seronok. Harap raya korang pun begitu jua, penuh dengan warna-warni kegembiraan di bulan Syawal yang mulia ini. Apa pun belum terlewat lagi nak ucapkan sekali lagi 
" Selamat Hari Raya Aidil Fitri"
Mohon maaf andai ada salah & silap. 
Berkesempatan nanti aku BW kerumah korang ya! :)
Happy Weekend!
WasSaLam^_^

8.8.13

::SaLam Lebaran 2013...

AssaLamualaikum
Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua muslimin dan muslimat. Pada teman-teman blogger yang dikasihi, maafkan andai ada salah & silap yang tersurat mahupun tersirat. Moga AidilFitri kali ini membawa seribu kebahagiaan & keberkatan pada kita semua. InsyaAllah! Amin!
Kami semua beraya di bumi Melaka tahun ini. 
Berkumpul bersama keluarga sebelah suami.
Apapun Moga bergembira dihari raya:)

*N3 auto publish*
WasSaLam^_^

6.8.13

::Abg Pa'e tolong Ibu buat Kuih...

AssaLamualaikum
Semangat raya sudah mariii...
Saja nak tempek muka abg Pa'e yang dah boleh tolong Ibu buat kuih. Hehe! semangat dia tolong ibu buka kulit popia untuk buat batang buruk. Mula-mula aku perhati je, tengok dia boleh buat ke tidak. Bersungguh-sungguh dia menolong. Memang dah boleh harap budak tumpis ni. Alhamdulillah!
Ini lah hasil tangan, dibantu oleh abg Pa'e:)
Tengok lah muka yang serius tolong Ibu tu. Haha!
sampai habis tau kami buat berdua kuih batang buruk ni.
TQ abg Pa'e sebab tolong Ibu...

*N3 auto publish*
WasSaLam^_^

5.8.13

:: Baju Raya Keluarga En Yusof 2013...

AssaLamualaikum
Korang dah siap baju raya? Kami tema tahun ni deep orange nak coklat-coklat sikit. Aku pun confius bila tengok warna ni. Apa-apa je lah labu. Haha! janji ada baju. Selalunya raya-raya ni kita lebih utamakan anak kan?. Samalah dengan aku, Pa'e je lah yang ada baju raya lebih. Ibu & Babah dia ni sepasang dua pun cukup lah. Janji bertukar baju baru setahun sekali:)
 Kasut ala-ala budak remaja. Haha! beli tapak rata je, tak selesa pakai tumit tinggi. Babah pun sama, kekadang tak paham dengan cita rasa dia. Raya beli sandal, suruh beli kasut tak mau. Tak kan nak paksa plak kan? hehe. Untuk abg Pa'e kasut dan baju-baju kasualnya tak beli lagi. Hanya baju melayu yg sempat tempah dan 2 pasang kemeja. InsyaAllah mencuri waktu untuk shopping di Kajang atau KL esok carikan baju sepasang dua sebelum balik kampung Melaka.

*curi waktu update, sebelum flight 3.40pm ni*
WasSaLam^_^

3.8.13

::Mood Balik Kampung...

AssaLamualaikum
Cuti bermula hari ini. Yahoooo... Kali ini cuti panjang. 16hb ogos baru jenguk opis semula! Last-last minit nak buat persediaan untuk raya. Semalam sempat buat sejenis kuih. Gigih menghabiskan start balik dari kerja. Penatnya! tapi puas hati. Pagi ini sambung buat sejenis lagi. Untuk Mak dan untuk Pa'e. Petang ini dalam pukul 2.00pm akan bertolak balik ke Tawau. Sempatlah bermalam 2 hari di rumah bondaku sebelum flight ke KL Isnin petang. 1st time anak bujangku terbang. Entah macam manalah nanti. Harap-harap perjalanan menyeberang Laut Cina Selatan berjalan lancar. Doakan ya!

*BW mungkin akan berkurang. Ada masa akan kubalas jejak korang.
Terima kasih pada sesiapa yg masih sudi singgah ke sini:)*
WasSaLam^_^

2.8.13

::Projek Kad Raya 2013...

AssaLamualaikum
Sambungan entry WW. Inilah yang terhasil daripada gambar itu. Setiap tahun unit kami memang akan menghantar kad raya yang kami buat sendiri kepada unit lain. Selalunya sebelum buat kad raya, kami akan ambil gambar terlebih dahulu. Ala-ala model raya gitu! Punya semangat! Haha..
Kad Raya 2013
Kad raya 2012. Abaikan pic org belakang tu:)
Cantik tak? Hehe! Inilah hasil kad raya kami selama 2 tahun kebelakangan. Ambil masa juga nak buat tu. Dua minggu sebelum raya dah start print, gunting, reka dan sebagainya. Memang puas hati bila dapat bagi bagi kad raya hasil buatan sendiri kan? :)
WasSaLam^_^

1.8.13

::Minggu Yang Sibuk...

AssaLamualaikum
Tajuk ntah apa-apa! Haha. Kepala sudah blank. Banyak sangat kerja minggu ni. Esok ada pelancaran projek 5S. Last-last minit unit kami dipertanggung jawabkan untuk menyediakan segala jenis persiapan untuk acara tersebut. Adui! punyalah kelam-kabut. Lain lagi mood raya. Fikir rumah lagi tak habis kemas. Plan nak buat sejenis dua kuih pun tak jadi lagi. Nak buat kerja pun dah lemau. Haha! Apa pun moga majlis esok berjalan lancar esok.
Jangan cari, aku tiada dalam pic:)
Nanti dah free, aku balas jejak kawan-kawan ya:)
Selamat bekerja!
WasSaLam^_^