Showing posts with label Sekadar Cerita. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Cerita. Show all posts

20.10.19

Rileks Weekend

Assalamualaikum. Buat apa tu?? Hehe! Hujung-hujung minggu ni terasa malas sangat nak keluar. Dah jarang keluar. Kecuali ada hal yang nak diselesaikan, baru lah kami keluar sekali jalan-jalan.   Dah selalu sangat duduk rumah hujung minggu. Selesaikan kerja-kerja rumah, masak, makan & rehat (tidur!).Tambahan cuaca panas, memang idok lah nak jalan. Haha! 


Macam si Uting ni  kalau dapat tidur, punya syok.
Sarapan pagi ini lempeng (request anak bujang) dan roti bersalut telur. Alhamdulillah! 
Selamat berhujung minggu semua.
*Note : Kucing jalanan yang dah jadi kucing kesayangan kami. Nama Uting:)

20.9.19

Sibuk? entahlah!

Assalamualaikum.
Beberapa hari ini agak blur juga. Teringin nak update blog, tapi entah apa yang mau diceritakan. Walhal banyak ja benda boleh cerita. Hah! camno tu?? Poning sendiri den! Dah terlampau lama tak menulis, bila mood nak menulis tu ada, nak cari idea tu plak yang susah. Hahaha. Bersabar lah!
Nampaknya kena polish lagi lah ni. Moga minat menulis tu tak padam. Sayang rasanya sebab banyak kebaikan yang diperolehi hasil daripada menulis, berblogging dan membaca hasil tulisan orang lain. Sahabat blog pun ramai. Betul tak??
Happy weekend.
Jumpa lagi.

30.10.16

Sarapan ala kadar..

Selamat berhari minggu. Bila hujung minggu layan anak tekak lah. Versi sarapan pagi ala kadar. Nasi goreng ikan bilis selalu jadi kesukaan abang Pae. Minum dengan Teh O kosong. Hehe. Kuih tu breakfast kat kedai sementara tunggu majlis graduasi abang Pae bermula. Minum dengan Nescafe dan Horlick susu suam. Jadi lah untuk alas perut. Alhamdulillah! Jumpa lagi you all.

28.5.16

Plan hari ini 28/06/16

Entry ringan di hari Sabtu.
Ukur jalan kah you all?
Aku pagi ini ambil abang Pa'e dari sekolahnya. Tak sabar nak ketemuan (walhal baru semalam berpisah). Lepas tu mungkin singgah dipasar sekejap beli lauk. Peti sejuk dah kosong. Isnin 30/06/16 En Kuling akan balik dari Sibu, Sarawak. Sebulan lebih tak balik. Rindu ya (jiwang). Haha. Esok mungkin di rumah sahaja. Nak habaq juga, Sabah & Sarawak cuti Isnin, Selasa ni. Sempena Harvest Festival-Pesta Kaamatan. So, kami 4 hari berholiday ya! jangan jeles. Haha.
Bye. Jumpa lagi.

21.5.16

Entry berkurung di rumah...

Salam Sabtu.
Setiap weekend sekarang ni jarang dapat berjalan-jalan. Tak berapa yakin sangat lagi nak bawa si Abang Pa'e jalan berdua. Sesekali tu boleh lah. Dengan kesesakan, cuaca panas lagi. Memang tak sanggup nak hadap. Tunggu En Kuling balik sini, baru aktiviti ukur jalan dapat dilakukan. Buat masa ni baik lah duduk di rumah sahaja, bertapa main masak-masak dengan bujang sorang ni. Kalau mood rajin datang, segala yang nak dimakan akan dibuat. Request si abang Pa'e pun cuti-cuti nilah nak masak.
Selamat berhujung minggu semua! Ada yang keluar shopping baju raya?? hehe.
Jumpa lagi..

11.11.15

Kupu-Kupu hinggap Malam..

Assalamualaikum
Kupu-kupu, mungkin tersesat masuk rumah. Aku cuba bukakan pintu, tapi tetap tak mahu keluar. Yang si abang Pae plak ketakutan. Hahaha. Adoi dia ni Kupu-Kupu pun takut. Nama je anak bekas askar. Sabar jak lah! Aku cakap kat Pae "mungkin ada orang nak datang pinang Pae". Hahaha. Dia cakap, ye ker, Ibu?? Amboi.. entah tau ker idak makna perkataan "pinang" tu. Hihi. Jumpa lagi..

2.11.15

Mood lemau a.k.a ngantuk..

Assalamualaikum
Pagi yang agak muram. Cuaca seakan menyuruh tido. Haha! Lemau lah. Seawal jam 4.20pagi dah bangun siap-siap. Nak balik ke LD, kerja. Si abang Pae pun nak sekolah masuk pukul 7.30 pagi. Risau juga kalau terlewat. Abang Pae siap pesan 'Ibu, teacher pesan sebelum pukul 8 pagi kena ada kat sekolah dah'.  Ye lah sayang! Takut sangat dia kalau lambat. Haha.
Ini pic di perjalanan pagi tadi. Damai suasana. Masa begini belum banyak kenderaan. So, En Kuling drive pun rileks sahaja. Dalam 2 jam setengah sampai lah ke Lahad Datu. Memulakan rutin kerja. En suami plak balik rumah sambung tidur lah tu. Tadi dia tanya anak kesayangan tu nak makan apa? mungkin nak masak lah tu. Dalam hati bagus juga ada orang masakkan. Haha! balik nanti tinggal makan. Sementara cuti ni dapatlah tolong apa-apa yang patut. Petang pula baru jumpa. 
Sekian. 

7.10.15

Bestnya! Makan banyak pun tak gemuk :)

Entry saja-saja. Layan ngantuk. Haha!
Betul kan situasi ini??:
Berbahagia lah orang-orang seperti diatas. Jeles! haha!
Selalunya depa ni makan lah banyak mana pun badan still juga kurus dan slim. Bestnya! yang kita ni berhabis lah nak diet bagai, badan naik juga. Susah sangat nak turunkan berat badan. Kihkih. Stress mak. Apo nak buek? 
Jumpa lagi! Bye. 

16.4.15

Banyaknya Cerita

AssaLamualaikum
Lama menghilang dari alam blog. Haha! semuanya sebab malas. Tapi sebenarnya hari-hari dok terfikir kamu-kamu semua. Hihi. Ya lah, macam dah sebati dalam kehidupan. Banyak nak cerita, insyaAllah dah ada semangat nak membebel semula ni. So, jangan jemu datang ke blog picisan ini ya. Hihi! Alhamdulillah bila lama sepi banyak cerita baru. Ramai juga kengkawan yang bakal menambah ahli keluarga baru. Seronok nya. Tahniah semua. Abang Pa'e juga yang belum ada rezeki nak beradik. Siap hari-hari tanya " Ibu, bila abang Pa'e nak ada adik ni?? (fuh! berpeluh nak jawab soalan ko nak!) haha! Aku percaya dengan ketentuan Allah! Doakan aku ya.
WasSaLam^_^

14.1.15

Hallo...hallooo....

AssaLamualaikum
Apa khabar teman-tema blog ku sekalian.. haha (ayat punya skema)! diharapkan kamu, kamu & kamu sihat sejahtera hendaknya. Anak-anak dah mula sekolah, so pasti semuanya sibuk. Sama juga aku. Dah mula belajar bangun lebih awal daripada biasa. Hehe! sebab Tumpis dah masuk Tadika untuk 5 tahun. Ya Allah! tak sedar, anak Ibu dah masuk 5 tahun. Banyak cerita kawan-kawan dah ni yang tertinggal. Nak kena buka langkah seribu mengejar. Haha! InsyaAllah yo, kalau mood rajin tu datang. Apapun you all sentiasa di hati ku. Rinduuuuu kamu semua:)
WasSaLam^_^

7.11.14

Pembuka Kata.. Test..Test..:)

AssaLamualaikum
Salam Jumaat. Ada yang rindu tak?? haha! perasan lah ko atie oi. kihkih. Sekadar nak khabar, aku ada lagi, sihat walafiat. Tumpis pun sihat, makin mengada-ngada dan manja. Haha! Eh! melalut plak. Sekadar renungan penuh makna:
sentiasa percaya dan yakin. InsyaAllah setiap masalah pasti ada jalan penyelesainnya. 
Allah sentiasa bersama kita. Semua perancangan-NYA pasti yang terbaik.
Salam Rindu ku titipkan, dari bumi Sabah! Korang sentiasa dalam ingatanku.
WasSaLam^_^

18.10.14

7.10.14

1.10.14

Begitu Cepat Masa Berlalu

AssaLamualaikum
Cepatnya masa berlalu. Hari ini kita dah masuk Oktober 2014. Macam-macam yang berlaku sepanjang sepuluh bulan tahun ini. Ada yang manis, ada yang pahit. Yang manis majoritinya sudah terpahat di blog ini. Yang pahit biarlah aku pendam sendiri. Hehe! 
Apapun tinggal 2 bulan sebelum kita melangkah ke tahun baru.
Moga semuanya baik-baik sahaja.
WasSaLam^_^

12.9.14

Sakit Kepala plak!

AssaLamualaikum
Sakit kepala plak petang ini. 
Takkan sebab makan nasi lemak sotong dan kerang pagi tadi. Tiada kena mengena kot. Haha! Alhamdulillah, pagi tadi semua staff kena sponsor nasi lemak dari en Bos. Bos beli 25 bungkus. Mahal juga, kena RM4.50 sebungkus. 
Sedap  makan, sampai nak tangkap gambar pun tak sempat. haha! Sabor je lah!
OK lah, jumpa lagi.
WasSaLam^_^

8.9.14

AssaLamualaikum.. Tajuk nya:)

AssaLamualaikum
Hai semua. Apa khabar? harap semua sihat lah ya. Macam dah kekok nak menaip ni hah! haha! adoi! (teruk sangat penyakit malas ko ni atie). Ini baru entry pertama di bulan September. Tengok tu, punya dasyat kemalasan aku sekarang ini. Maafkan beta ya! Beta lagi mengumpul mood. Haha! Entah bila mood baik punya nak datang. Sabar jak lah! Bila mood rajin datang, confirm hari-hari aku bertandang rumah korang. Tapi bila malas itu sudah mari, maka berhari-hari lah aku menyepi. Haha!
Apapun, aku tak pernah lupakan korang. Selalu ingat. selalu di hati.
Sekeping gambar tuan tanah bersama budak Tumpis & En Kuling.
Jangan menyampah plak! kihkih.
WasSaLam^_^

18.8.14

Bila Aircond Terlampau Sejuk= Sakit Kepala

AssaLamualaikum
Petang baru nak update. Seharian menahan sakit kepala di office ni. Tak pasti sebab apa? mungkin kah sebab aircond kami terlalu sejuk hari ini. Otak pun blur. Tak dapat berfikir dengan baik. Haha! Tensen kekadang, sampai ke tulang-tulang  rasa sejuk. Uwaaaa. Ok lah, jumpa lagi.
WasSaLam^_^

12.8.14

Tak Tahu Nak Cerita Apa??

AssaLamualaikum
Hai you all! dah makin menjadi-jadi penyakit malas update ni! adoi! entah virus apa yang menyerang kali ini. Haha! rindunya nak berjalan-jalan rumah korang macam biasa. Tapi entahlah! Maaf ya! cerita sebenarnya banyak nak kongsi, sampai dah tak tahu nak start dari mana. haha! sabor jak lah. Tengah fikir-fikir juga sama ada kena stop berblog dulu atau macam mana (itupun nak fikir ke atie oii. hihi). Sedikit kusut juga sebenarnya plus selalu plak sakit kepala dua tiga hari ini. entahlah!
Sekian, 
WasSaLam^_^

12.7.14

Hari Ini Punya Plan

AssaLamualaikum semua. Salam Sabtu. Apa plan korang hari ni? Kami mungkin balik kampung petang ni. Kampung yang tak jauh tu. Ke Tawau lah jawab nya! Hehe. InsyaAllah nak balik berbuka dan bersahur bersama bonda tersayang. Kalau rajin dan sempat nak menyiapkan kuih batang buruk ku hari ini. Assistant Tumpis sedia membantu. Jangan tak percaya. Haha! Ops! nak cerita sahur tadi kamek hanya sempat makan kurma, air & kuih popia lebihan semalam. Dah 2 hari tak jamah nasi. Tahan plak perut aku ni. Haha. Ok lah, jumpa lagi. WasSaLam. **tempek gambar Tumpis peace sambil tutup mata**

8.7.14

Aku Rindu Kamu

AssaLamualaikum
Lama tak menulis. Betul-betul sibuk seminggu dua ni. Di tambah plak dengan mood lemau setiap hari. Haha! Minggu ni sibuk mengajar jururawat-jururawat baru cara menggunakan sistem eHIS di hospital sini. Memang dugaan mengajar di bulan Ramadhan ni. Kena bercakap untuk berbelas orang dalam satu sesi. Kadang sehari dua sesi, pagi dan petang. Kering jugak lah air liur. Haha! Sabar. Dah namanya kerja kan? Apapun aku rindu korang semua. Lamanya tak BW. Masa betul-betul tak mengizinkan. 
Jumpa nanti ya. 
WasSaLam^_^