Salam Jumaat semua
Sibuk akhir-akhir ini sebenarnya dok busy dengan barangan Tupperware Brands. Hehe! Dah terjatuh cinta gamaknya. Sekaligus boleh dapat
side income. Member
Geng Karas yang ajak join. Suka-suka, daripada tak buat apa. Bosan jugak kadang kat rumah. Minggu lepas kami buat ala-ala
road show, buka booth untuk pendaftaran ahli. Alhamdulillah ramai juga yang mendaftar.
Booth kami minggu lepas berhadapan Econ Save, Lahad Datu
antara barangan untuk kempen bulan ini
Menarik untuk dimiliki. Eco bottle paling mendapat sambutan
Paling lucu si abang Pae dok tanya, "Ibu sudah berhenti kerja kah?" 'Ibu, kerja jual Tupperware kah?".. hahaha. Siap kempen kat anak-anak jiran "Ibu abang Pae jual Tupperware tau!". Adoi lah anak. Haha. Kadang bawa juga dia ke booth, cuma tu lah risau sebab dia asyik berlari kesana kemari. Takut terleka. Last-last tinggal kat rumah. Doakan moga usaha dan hobi baru ini dapat berjalan dengan lancar. Jumpa lagi kawan-kawan.
*Weekend ini besok & lusa booth kami akan buka pula di tingkat bawah Darvel Bay, Lahad Datu. Jemput datang! :P