AssaLamualaikum dan selamat pagi sahabat blogger. Sebagai tanda kasih-sayang dan sokongan sempena anniversary yang ke-21 Kak
Hainom Okje, marilah beramai-ramai join GA anjuran beliau.
Tak sangka. Kak Hainom ada bakat melukis. Kagum tau!
**Kak Hainom ni peramah sangat. Awet muda & ceria selalu. Mempunyai 3 orang anak dara yang ayu macam beliau juga. Anak bujang nya pula hensem seperti Pak Jilapah (Haha! pujian ikhlas tau).
** Start berkenalan dalam dunia blog semenjak hujung 2012 lagi kalau tak silap. Suka baca setiap entry beliau, sebab ringan, lucu, santai dan menarik. Pasti tertunggu-tunggu entry baru (Walau kadang ada yang aku tertinggal sebab penyakit 'M' ku menyerang. Haha!) Persahabatan bersambung ke Facebook hingga kini.
**Pernah berjanji untuk berjumpa di alam realiti, setiap kali aku balik ke kampung En Kuling, tapi selalunya tak kesampaian. Masa selalu tak mengizinkan. Akhirnya borak di Whatapps sahaja. InsyaAllah, lain kali kita jumpa betul-betul ye kak :)
Ucapan KHAS sempena Anniversary Kak Hainom Okje:
*Happy Anniversary yang ke -21 buat Kak & Pak Jilapah.
*Kekanda Hainom - atieYusof & abang Pae doakan moga perkhawinan hingga ke syurga. Saling menyayangi, saling melengkapi hingga hujung nyawa. Menerima kekurangan masing-masing sebagai asam garam dalam kehidupan.
*Suka tengok Kak Hainom & Pak Jilapah sentiasa romantik dan sporting selalu (ter inspirasi tau).
*Bahagia selamanya bersama anak-anak yang soleh & solehah.
Sekian.