Showing posts with label Cerita Raya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Raya. Show all posts

1.7.18

Salam Syawal 1439H

Assalamualaikum.
Salam Syawal 1439H. Masih dalam mood bulan Syawal kan?. Apa khabar you all?? nampaknya blog makin sepi, makin suam. Silap-silap nanti terus tenggelam. Haha! Entah apa yang di sibukkan, ada jer ni. Pagi pergi kerja, petang balik rumah - masak - tidur. Haha! itulah rutin seharian sekarang ni. Teringat juga kawan-kawan blog sekalian, tapi tu lah nak mencoret sesuatu ya ampun malasnya. Hehe! InsyaAllah lepas ni, manatau lebih rajin. Doakan ya.
Jumpa lagi.

*Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1439H - from Lahad Datu with LOVE: Ibu, baba & abg Pae
*Maaf andai ada tersilap kata & bahasa sepanjang ber blog :)
*0-0

9.9.16

Salam Aidil Adha 1437H

Assalamualaikum semua.
Lama tak bersua dialam maya ini. Mood memang dah terbang ke Lautan Hindi. Haha! singgah hanya nak ucapkan Salam Aidil Adha 1437H. Moga raya korban kali ini lebih bermakna buat kita semua.
Dalam hidup ini, menuntut banyak pengorbanan. Mungkin setiap daripada kita melalui pengorbanan yang berbeza-beza. Yang pasti setiap pengorbanan yang kita lakukan, Allah sudah menjanjikan sesuatu diakhirnya. Sesuatu yang pasti manis! Hanya perlu sabar & redha. 
Jumpa lagi,
Salam sayang dari Bumi Sabah.
atieYusofPa'e.

22.7.16

Cerita Syawal Kami 1437H

AssaLamualaikum sahabat blogger semua. Moga semuanya sihat di bulan Syawal mulia ini. Baru nak bersiaran. Baru nak up entry. Orang dah habis cerita raya aku baru nak mula. Hahaha! Abaikan! Kami raya di kampung suami Kg Jus, Selandar, Jasin Melaka. 04hb/07/16 tu baru fly balik ke KL. Jumpa dengan en Kuling di KLIA sebab dia dari Sibu. Aku dan hero si abang Pae lah travel berdua dari Tawau. Gambar raya tak banyak, sebab sibuk memanjang. Hehe! 
Ini sahaja gambar yang agak perfect sedikit! Yang lain berterabur plus muka anak bujang teruna yang merajuk dipagi raya sebab tak dapat beli pedang mainan. Haha!
Tuan tanah bersama en Kuling :)

Ahli keluarga sebelah suami. Kakak ipar, abang ipar dan anak-anak buah. 
Meriah, penuh rumah mak mertua. Setahun sekali berkumpul memang seronok. 
Moga Syawal ini memberi seribu kegembiraan buat semua.
Salam sayang! Maaf zahir & batin. 0-0 ya! Jumpa lagi.
With LOVE,
Ibu & abg Pae.

2.7.16

Salam Lebaran 1437H

Assalamualaikum. 
Kami nak bercuti dah. InsyaAllah flight ke KL 04/06/16-Isnin. Doakan perjalanan kami ya.
Di kesempatan ini, keluarga kecil ku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan :
Ibu, Baba & Abang Pae
Maafkan andai ada tersilap kata sepanjang perkenalan maya kita. Yang tersurat dan tersirat. Sesungguhnya kita hanya manusia lemah tak lepas dari kesalahan. Kepada yang balik kampung, berhati-hati dijalan raya. Moga perjalanan dilindungi dan baik-baik sahaja. Selamat bergembira dengan keluarga tersayang, dalam masa yang sama jangan lupa pada yang telah tiada. Sedekahkan Al-Fatihah. Moga kita berjumpa lagi.
*Blog akan bercuti raya. hehe! InsyaAllah jumpa 13hb/07/16
*Tuan tanah, En Kuling dan Abang Pa'e akan beraya di Kg Jus, Selandar Jasin Melaka:)

30.6.16

Dah Kurus??

Assalamualaikum. Ramadhan hampir di penghujung. Sayu juga rasa hati. Entah bertemu lagi tahun hadapan atau tidak. Semua menjadi rahsia Allah! Perihal Ramadhan ni, pasti ramai juga yang berjaya turunkan berat badan. Betul tak??. Hehe. Sekilo dua pasti ada yang kurang. Cuma itu lah, risau bila raya nanti lupa diri plak tengok makanan depan mata. Macam aku lah tu. Hahaha.
 Puasa ini dah berjaya turun 3kg. Tup-tup raya naik 5, 6 kg plak. Haha. Seram memikir. Balik rumah mertua lagi tak boleh tahan, mak mertua siap tanya menantu jauh ni nak makan apa-apa. Siap di masakkan lagi. Setahun sekali balik memang best. Semua benda nak makan ada depan mata. Tak pasal-pasal jadi macam cik Meow diatas. Bertabahlah akan pertambahan berat badan nanti. Haha. 
Jumpa lagi.

16.6.16

Biskut Raya - Buat atau beli??

AssaLamualaikum. Tiga hari bertapa. Tahap kemalasan melanda lagi. Mentang-mentang puasa, blog pun macam puasa juga. Haha! Cerita kuih raya tahun ini. Aduh! semua makin mahal. Tahun-tahun lalu ada juga buat sendiri sejenis dua, yang selebihnya memang beli. Tapi bila tengok harga biskut raya tahun ini, semua dah naik harga. Fuh! Berfikir juga bila nak beli banyak. Selalu beli untuk rumah sendiri dan untuk rumah Mak sekali.
Antara katalog yang aku perolehi tahun ini. 
Kira murah sedikit, berbanding yang lain. RM28 - 50biji
Sama juga RM28 - 50biji

Yang lain-lain semua kebanyakkan harga sama RM32 / RM35 - 50 biji. Pergh! berpinar biji mata nak membeli. Hahaha! Kira-kira budget, nampaknya terpaksa dilakukan pengurangan untuk budget biskut tahun ini. Sabar ja lah! Mungkin akan lebihkan kerepek-kerepek atau rajinkan diri nanti. Huhu.
Bagi korang harga diatas mahal kah murah??

29.9.15

Aidil Adha 1436H yang sederhana

Assalamualaikum
Masih dalam mood Hari Raya Aidil Adha kah? hehe! kami raya kali ini memang tak kemana. Dirumah sahaja sebab hari Jumaat 25/09 tu dah kerja semula. Takut kalau lama cuti melayan perasaan pula. Haha! (first time beraya suami jauh). So, buat-buat happy ajalah di pagi Aidil Adha. En Kuling telefon pun buat-buat happy. Haha! berlakon. Kita ni dok teringat lah dia makan apa kat Sibu nun. Kawan-kawan sana pun ramai yang non-muslim. Huhu.
Gambar di tengah hari Aidil Adha. 
Fokus muka tumpis tu, tak puas hati bila di suruh bergambar. Haha. Ini sahaja yang ada:)

Nasib baik Nenek Pa'e dan MakCu nya ada. Penghibur suasana. Sempat lah masak rendang daging seciput, Nasi Himpit Nona, Tom yam campur dan ayam masak lemak. Budak Tumpis tu kita sibuk masak lain dia sibuk request tomyam. Haha! Layan jak lah. Raya korang mesti meriah kan? 
WasSalam

23.9.15

Salam Aidil Adha 1436H

Assalamualaikum
Lama tidak bersua dengan sahabat-sahabat alam maya sekalian. Apa khabar you all? aduh! terasa janggal plak nak menulis. Haha! padan muka. Terima kasih pada kawan-kawan yang masih sudi berkunjung walaupun blog sunyi sepi. Sayang korang! Hobi menulis ntah apa-apa ni dah makin pudar! Hari ini singgah diblog sendiri untuk mengucapkan Salam Aidil Adha 1436H pada semua. Moga Aidil Adha kali ini lebih membawa makna dan mengajar kita semua erti pengorbanan yang sebenar. 
Korang balik kampung tak? kami berhari raya di Lahad Datu sahaja bersama mak dan MakCu tumpis. En Kuling tak dapat balik raya haji kali ini. Erm! sedih juga, nak buat macam mana itulah pengorbanan. Huhu. So, En Kuling beraya di Sibu dan kami disini. Bersabarlah kan! Percaya setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Moga PJJ kami akan cepat berakhir dan dapat berkumpul semula. Amin! Jumpa Lagi. Rindu you all.
WasSaLam

12.8.15

Syawal #27: Baru nak tunjuk kad raya..

Assalamualaikum. 
Hai semua. Dekat sebulan menyepi. Blog pun dah makin suam-suam kuku. Haha! Punyalah malas nak update. Banyak cerita pun sampai dah basi. Terperap. Ni baru nak tunjuk projek kad raya unit kami. Tiap-tiap tahun buat photo shoot raya. Dah jadi kelaziman. Lepas tu buat kad raya untuk hantar di setiap unit. Tahun 2015, inilah hasil nya:
Ini gambar yang kami pilih untuk Kad raya unit kami
Taraaa.. Kad raya yang dihantar ke setiap unit. Cantik tak? :) 

 Masih dalam mood Syawal ke you all? Raya tahun ini kami sekeluarga kurang berjalan, sebab sibuk dengan perkhawinan adik lelaki. Mesti raya korang gempak kan? hehe! kena ber'marathon' lah jawabnya.Mudah-mudahan mood berblog akan kembali. Jumpa lagi. Rinduuuu semua:)
WasSaLam

15.7.15

Salam Lebaran 1436H

AssaLamualaikum
Apa khabar teman-teman alam maya sekalian? Patik mohon ampun dan maaf lama tak bersiaran. Hehe! biasalah mood tak menentu. Ramadhan pun akan berlalu pergi, semoga kita telah memanfaatkan bulan penuh barokah ini dengan amal ibadat. Moga Allah akan menemukan kita dengan Ramadhan yang mendatang pula. Amin!
Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" pada semua kawan-kawan blogger. Mengenali kalian amat bermakna buat aku. Silaturrahim yang terjalin terasa begitu indah walau kita tak pernah bersua muka. Maafkan diri ini, andai ada salah silap tersurat dan tersirat sepanjang perkenalan kita. Mana tahu ada komen atau kata-kata yang kurang berkenan. Kosong-kosong ya! Sayang kalian kerana Allah!
Bagi yang balik kampung, berhati-hati dijalan raya. Moga selamat pergi dan kembali. 
Salam sayang dari Bumi Sabah. Ikhlas dari atie, En Kuling & My Tumpis si abang Pa'e.
Jumpa lagi! 

15.10.14

Cerita 11 Zulhijjah 1435H

AssaLamualaikum
Cerita raya haji yang terpendam. Haha! baru nak muncul. Jangan bosan membaca. Masa 11 Zulhijjah tu adik-adik office mate nak datang berkunjung ke rumah di Tawau. Awal-awal depa pesan "kak, mo makan laksa ya". Aku turutkan sahaja. Sesekali depa jejak kaki ke Tawau apa salahnya menjamu dengan makanan kesukaan mereka. Pagi-pagi dah siapkan Laksa, buat salad buah dan sedikit kuih muih. Lepas tengok wayang depa datang berempat. Sampai rumah dalam pukul 1.30pm gitu.
Kuih tunjuk. Selfie sambil makan kuih-muih:)
sedikit juadah untuk adik-adik office mate:)
Alhamdulillah, lepas makan dan sholat Asar kami bertolak balik ke Lahad Datu. En Kuling kan bekerja raya tu, so aku dan tumpis tumpang sekali lah balik ke Lahad Datu.
WasSaLam^_^

9.10.14

Kami Punya Cerita Aidil Adha 1435H

AssaLamualaikum
Baru nak up cerita Aidil Adha kami. Aidil Adha yang sederhana. Aidil Adha yang kami rayakan tanpa En Kuling lagi. Berkorban bila En Kuling tiba-tiba kena bekerja lagi disebabkan masalah yang tak terduga di tempat kerjanya. Erm! redha jak lah! walaupun sedih sebab en suami kena kerja, raya tetap raya kan. Bersederhana sahaja.
Rangkuman gambar di pagi raya:)
Inilah jer lah gambar tumpis yang OK. 
Lain-lain semua penuh dengan memek muka ntah apa-apa.
Baju recycle jak Raya Aidil Fitri lepas :)
Bersama Ibunda tercinta selepas melawat kuburan adik kedua bongsu.
Lihat lah pipi yang tembam itu. Aduh! memang berat badan naik lagi. Haha!
Adik beradik yang berbeza muka semua. Hihi! 
Pak Ngah & Mak Lang Tumpis yang hujung-hujung tu kembar tak seiras:)
Pagi raya lepas sholat raya, kami ada buat kenduri doa selamat dan kenduri arwah. Lepas acara makan-makan tu, acara bebas dah. Hehe! 
WasSaLam^_^

3.10.14

Salam Aidil Adha 1435H

AssaLamualaikum
Pasti ramai yang dah bercuti. 
Sebelum cuti sempena Raya Aidil Adha ini, kami sekeluarga juga ingin mengucapkan :
Selamat balik kampung pada yang pulang ke kampung halaman. Berhati-hati dijalan raya ya! Moga selamat sampai ke destinasi dan merayakan Aidil Adha bersama keluarga tersayang. InsyaAllah sama-sama kita hayati konsep "pengorbanan yang sebenar".
*Kemungkinan blog akan bercuti, lepas raya baru jumpa lagi ya..hehe*
WasSALam^_^

10.9.14

Ringkasan Gambar Syawal 1435H

AssaLamualaikum
Baru nak tayang gambar raya 2014 yang tak berapa nak raya. Raya yang suam-suam kuku. Sebab En Kuling kerja, so tak meriah mana. Syawal ke-3 baru dapat berjalan. Itupun setakat melawat saudara mara terdekat. Sempatlah melawat 3 buah rumah. Erm! memang sadis sikit raya tahun ni. Huhu!
Yang peace tu pangkat 'sepupu'. Bakal bergelar guru, graduan USM. 
Yang dua lagi MakCu & MakLang si Tumpis.
Anak-adik perempuan ku. 
Yang lelaki semua menghilang entah kemana.
Ahli keluarga yang sempat dilawati:)
Lepas ke rumah mereka, tukar plak depa datang rumah sebelah malam nya.
Duit raya untuk anak-anak yang datang ke rumah:)
Apapun tetap bersyukur, sebab dapat juga menyambut Syawal dengan aman damai. Berbanding saudara-saudara kita di Gaza masa ini, pasti keseronokan raya tak dapat dirasai pada masa itu. Alhamdulillah, umur panjang jumpa lagi di Syawal mendatang.
WasSALam^_^

21.8.14

Raya di Rumah BOS

AssaLamualaikum
Masih cerita tentang Syawal 1435H. Jumaat lepas 15/08/14 kami beraya di rumah bos. Bos masak-masak dan jemput semua staff kami. Meriah juga, makanan pun pelbagai. Kami yang staff perempuan adalah juga menolong dirumah bos, sebab bos kami ni masak semuanya sorang-sorang. Tak cukup tangan juga dibuatnya sebab nak sediakan pelbagai menu untuk tetamu.
Tudung pink tuan rumah.
Menu: Ada Soto Johor (sebab Bos asal dari Muar). Mee kari, ayam masak sambal, daging masak sate, sayur campur, bubur kacang hijau dan kuih-muih. Majlis Puan kami ni bermula pukul 11.00am-9.00pm. Ramai juga lah tetamu yang datang selain daripada staff IT yang lain. 
Alhamdulillah! terima kasih Puan Ayu  atas jemputan.
WasSaLam^_^

7.8.14

Baru Nak Ucap : " Salam Syawal 1435H "

AssaLamualaikum
Hai semua. Hehe! pekabar you all?? diharap semua sihat-sihat belaka ya! Rindu kamu semua. Minta maaf lah, mood masih 'kureng', itu yang sebab menyepi. Ya Allah! malas nya daku nak update. Haha! di kesempatan ini atie & yusof family nak ucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Salam Syawal. Salam Lebaran.
Nak minta maaf, takut-takut ada kesilapan, ada yang tersinggung sepanjang perkenalan alam maya kita. Tersurat dan tersirat.
Maafkan daku, hamba yang tidak sempurna. 
Raya tahun ni tak banyak gambar, erm! ntahlah! sebab en Kuling bekerja di hari raya kot, tu yang malas nak bergambar bagai. Budak Tumpis pun gambarnya ada sahaja yang tak kena. Asyik buat memek muka. Asyik berselfie tapi tak menjadi. Tensen den! Haha! 
Apa pun Salam Lebaran Ya! Masih dalam mood syawal, kan?? :)
WasSaLam^_^

25.7.14

Projek Kad Raya 2014

AssaLamualaikum
Akhirnya projek kad raya 2014 dari unit kami siap. Dekat seminggu juga nak siapkan. 
Nasib baiklah ada adik-adik yang rajin menolong. 
Bermula dengan menggunting dan menampal kotak serta gambar. Letih juga. Hehe!
Dan semalam berlangsungnya sesi penghantaran ke setiap unit. Semua ada 38 unit. 
proses membuat, daripada kotak:)
Simple! 
Lilin ini wangi tau. Wangian aroma therapy:)
Sesi menghantar ke unit-unit:)
Siap guna troli untuk mengangkut semua kad raya. Punya semangat.
Seronok bila yang menerima pun gembira. Maklum zaman ini sudah jarang yang menghantar kad raya.
Happy dapat menggembirakan orang lain.
WasSaLam^_^

17.7.14

Posing Untuk Kad Raya IT

AssaLamualaikum
Semangat nak buat kad raya sendiri makin berkobar. Nak di hantar ke unit-unit lain. Memang menjadi tradisi kami setiap tahun. Dan setiap tahun juga lah kami akan ambil gambar untuk buat kad raya. Posing gitu. Hehe. So, selasa baru ni kami pun adakan sesi bergambar yang dibuat di atas bumbung hospital. Tak pernah dibuat orang. 
Ko hadee?? Haha! maka memanjatlah kami ke tingkat 7.
Di atas bangunan berlatarkan langit nan biru :)
Taraa! pemandangan dari atas bumbung Hospital. Saujana mata memandang:)
Nantikan Projek Kad Raya 2014 dari unit kami. 
Tengah di design oleh pakar multimedia kami. Haha!
Tahun lepas punya kad raya boleh tengok SINI. 
Lagu raya telah mula berkumandang di sana sini menandakan Syawal akan menjelma.
WasSALam^_^

15.10.13

::SaLam Aidil Adha...

AssaLamualaikum
Selamat Hari Raya Qurban you all! 
Moga kita semua dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar. AMin! 
Aku dan keluarga kecil ku hanya beraya bertiga. 
Nak balik pun alang-alang. Rabu dah kerja semula. 
Memang tak dapat cuti. Weekend nanti baru cuti.
picture:google
Moga hari ini disambut dengan gembira dan penuh kesederhanaan. 
Korang beraya di mana? mesti balik kampung masing-masing kan? Masak pun mesti sedap2. Ye lah semua kawan-kawan blogger kan OTAI dalam masakan. Hehe!
WasSaLam^_^

18.9.13

::Raya IT-2013...

AssaLamualaikum
Sambungan ENTRY INI. Pada 9/9/2013 last week bersamaan Isnin, kami pun buat Rumah Terbuka IT. Memang meriah.
Ramai juga staff yang datang memeriahkan termasuklah Pengarah Hospital. 
Makanan semua sold out. 
Puas hati sebab penat lelah berbaloi juga akhirnya. 
Di bawah sebahagian gambar makanan yang sempat di snap.
Penat lelah memasak memang berbaloi. Tapi sorry takde plak gambar masa ramai tetamu tu. Maklum masing-masing sibuk melayan tetamu & memastikan hidangan mencukupi. Gambar Laksa Penang pun tak sempat snap, sebab tuannya sudah letih yang melampau. Untuk makluman Laksa 10kg ikan tu memang aku buat sendiri dari menyiang ikan (hubby ada tolong kejap), merebus & memisahkan tulang. Pergh! 1 malam tak tidur you all. Tak dapat bantuan, sebab semua pun sibuk dengan tugas menyediakan hidangan masing-masing. Habis je majlis, memang mata dah berbintang-bintang, pening2 lalat. Haha! apapun kami semua happy:)
WasSaLam^_^