Showing posts with label Sekitar Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sekitar Sabah. Show all posts

25.10.19

Riang Ria di Pantai Payang-Lahad Datu

Assalamualaikum. Aktiviti bersama office mate bulan September hari itu. Plan untuk mandi-manda dan release tension lah konon. So pakat-pakatlah nak ke pantai. Kami pilih Pantai Payang untuk bersuka ria bersama rakan-rakan office yang lain. Lagi pun Pantai Payang telah ditambah baik dari segala kemudahan untuk pengunjung dan agak terkenal di sini dikalangan penduduk setempat dan daerah sekitar. Perjalanan dari bandar Lahad Datu untuk ke sini lebih kurang dalam 30 minit juga. 

Office mate yang gila-gila dan ceria

Sporting tak bos yang baring depan tu? haha!
 
 
Tengok abang Pae tu. Seronok mandi.
 
seronok mereka bermandi-manda
 
Geng Ibu-ibu & adik-adik
 
 
Tempat parking kereta. Berkumpul sebelum balik.
Bila hujung minggu memang ramailah yang kesini. Kena pergi awal untuk booking tempat (pondok-pondok tepi pantai). Tempat untuk buat BBQ pun ada disediakan. Nak memancing pun boleh bagi yang berminat. Memang sesuai untuk buat aktiviti keluarga. Buka seawal pagi dan tutup jam 6.00PM. Tiket masuk RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Ada juga disediakan gerai untuk membeli makanan dan minuman.
Selamat berhujung minggu guys.
Thanks for reading!

9.10.19

Kursus di Hotel Ibis Styles, Kota Kinabalu Part 1

Assalamualaikum.
Cerita terbelakang lagi. Cerita terperam lama. Haha! Cerita kami berkursus di Hotel Ibis Styles, Inanam Kota Kinabalu. Pergi sekali dengan Project Manager dan seorang lagi rakan office. 3 hari 2 malam, sekali lah jalan-jalan di Kota Kinabalu. Dua dalam satu. Maklum jarang ke sana. Dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu naik flight MAS Wing dalam 45 minit sampai. 1st time check in di hotel ni, kagum juga dengan interior dan design hotel.
Ini gambar dari Google

Lukisan penyambut tetamu
 
Sekeping pic tuan tanah
Bersama Project Manager & office mate
 
suasana cafe
 
Sebarang kursus @ event akan dipaparkan disini
 
Sudut Komputer untuk cari sebarang maklumat
suasana Cafe 
 
yang macam paip tu Lampu tau :)
 
Lampu di kepala katil. Unik!
View dari rooftop
View dari rooftop 
 
View dari rooftop 
Hari pertama kami just rileks dan sesi suai kenal serba sedikit. Esoknya baru kursus bermula. Sempatlah ronda-ronda kawasan sekitar. Jalan-jalan cari makan. Malamnya ke Bandaraya Kota Kinabalu. Naik Grab. Senang. Sambung next entry ya.
Thanks for reading!

14.7.17

Pasar Gantung, Tawau musnah dalam kebakaran

Assalamualaikum. Berita sedih bagi warga Tawau pagi tadi. Tempat membeli ole-ole paling famous di Tawau musnah dalam kebakaran awal subuh hari ini. Dikenali sebagai Pasar Gantung, tempat ini memang menjadi tumpuan warga Tawau mahupun para pelancong yang datang. Di sinilah tempat untuk membeli segala macam kain batik, baju, segala jenis perhiasan rumah yang berasaskan kraftangan, mutiara, kerongsang dan pelbagai lagi. Sedih, moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik nantinya.
Dari kecil aku membesar di Tawau dan tempat ini selalu aku kunjungi. Sahabat-sahabat dari serata tempat juga pasti kesini jika menjejakkan kaki ke bumi Tawau. Salam Takziah pada semua peniaga dan keluarga yang terlibat. Moga ada hikmah disebalik kejadian.
Kredit gambar : Tawau

2.6.16

View Of Kundasang, Sabah

AssaLamualaikum.
Sebahagian daripada gambar yang aku snap masa cuti-cuti bulan April 2016 yang lalu. Keindahan bumi Kundasang, Sabah. Aman, damai, sejuk & saujana mata memandang.
Ambil dari Facebook. Replika sayur Kobis ditengah-tengah jalan.
Ini aku ambil dari atas Kundasang Memorial Park. View dari atas.
Perumahan dilereng bukit, Kundasang. Sejuk !
Saujana mata memandang:)
Kundasang ni, ala-ala Cameron Highland kalau diSemenanjung. Sejuk! pergi sekali pasti nak pergi lagi. Melihat keindahan alam semulajadi. Lain-lain tempat dan gambar untuk tempat yang kami lawati, di lain entry ya! (kalau tak lupa lah). Haha! 
Jumpa lagi semua..

12.11.15

Anak Tawau...

AssaLamualaikum
Nak kenal serba sedikit tentang orang Tawau, Sabah. Ini lah aku :
Buat pengetahuan Kak Paridah Ishak yang pernah bertanya, yup kak! saya anak jati Tawau. Sebab ramai yang ingatkan aku asal Semenanjung. En Kuling a.k.a babah abang Pae orang Melaka (Jasin). Automatik si abang Pae tu darah keturunan Hang Tuah. Eh! yakah?? Haha! saya dilahir & dibesarkan di Tawau yang juga dikenali sebagai Bumi Peladang. Tawau yang kaya dengan hasil pertanian nya, kaya dengan hasil lautnya. Puas hati kalau dapat makan seafood bila berada disini. So, kalau ada kengkawan blogger yang nak datang ke Tawau jangan lupa roger-roger, boleh aku belanja sayap ayam panggang dan keropok Amplang. Haha! Jumpa lagi..

20.10.15

Risau! Jerebu...

AssaLamualaikum
Lahad Datu dan Tawau, sangat terkesan dengan jerebu kali ini. Selalu nya tahun-tahun lepas kami jarang alami masalah jerebu ni walaupun kawan-kawan di Semenanjung dah jadi macam acara tahunan kan. Huhu! Tapi tahun ni memang terasa kesannya. Sampai anak-anak kena bercuti sekolah. Tak pernah terjadi tau! Sabar jak lah.
Pinjam pic kawan dari FB. 
Kalau ikutkan bila di posisi ini akan nampak Bukit Silam yang menghijau.
 Erm! nampaknya dah diselubungi asap :(

Aku risau sebab Mak aku ada asma. Kadang semput. Si abang Pae pun macam dah start batuk. Uish! risau hidu asap. Hari ini dan semalam abang Pae duduk rumah. Sebelum pergi kerja tadi, ibu dah pesan jangan main kat luar. Sebab bila keluar rumah pun dah bau asap. kena minum air kosong banyak-banyak. Si abang kata OK ibu! hihi
Harapnya cepat lah beredar wahai jerebu. Pergi jauh-jauh. Tak sukaaa.

9.6.15

Hujan. Sabah Masih bersedih

Salam petang Selasa
Hujan petang ini. ALhamdulillah rahmat Allah turun setelah beberapa hari panas dan berbahang hingga ke malam. Masih terkesan dengan gempa bumi yang berlaku pada Jumaat 05/06/15. Turut merasai kehilangan mereka yang terkorban. Walau tak mengenali tetap terasa. Moga keluarga mereka tabah. Tak dapat bayangkan perasaan mereka yang kehilangan. Buat masa ini Lahad Datu dan Tawau tidak merasai gegaran. Mudah-mudahan dijauhkan dari segala bencana alam. Amin! Doakan Bumi Sabah baik-baik sahaja. Bye. Jumpa lagi.

29.5.15

Pokok Tecoma ala-ala Bunga Sakura

AssaLamualaikum
Fuh! lega! Lepas sudah beban tugasan minggu ini. 
Tinggal tunggu follow up minggu hadapan. 
Alhamdulillah! bolehlah cuti-cuti hujung minggu dengan senang hati. 
Kami nak balik kampung ni, ke Tawau jak pun. Lepas kerja nanti InsyaAllah terus balik. Hehe! 
Lokasi : Persisiran Trausen atau Haiway Tawau

Pokok ini akan mengeluarkan bunga dan akan gugur ke tanah dalam masa setahun di waktu-waktu tertentu. Cantik kan? ala-ala di Korea pula. Di tepi pantai
inilah tempat lepak-lepak sambil hirup udara petang. Apa pun selamat berhujung minggu semua. 
Sabah bercuti Isnin nanti (01/06/15) sempena Pesta Kaamatan @ Pesta Menuai.
Bye. Jumpa lagi.

8.10.14

Oh! My Sabah-Banjir & Jalan Retak

AssaLamualaikum
Petang-petang ni baru ada sedikit mood. Hehe! Itu pun mood sedih sebab kejadian banjir yang berlaku di Penampang, Sabah. Berlaku tiba-tiba sejak semalam, moga makin surut lah. Dah masuk TV3 juga semalam. Simpati pada semua mangsa. Moga tabah menghadapinya. 
Musibah melanda, datang tanpa diduga.
Banjir di Penampang. Macam tenggelam dah bandar ni :(
Sumber: Sabahan.FM
Ini pula gambar jalan retak disepanjang jalan Donggongon-Tambunan km 45.6km dari Kota Kinabalu. Jabatan Kerjaraya menasihatkan org ramai agar tidak melalui jalan tersebut kerana mengalami keretakan teruk dan jalan tersebut tidak selamat untuk dilalui.
Doakan agar Bumi Sabah sentiasa dalam lindungan-NYA ya!
WasSaLam^_^

1.10.14

Bunga Kristal Di MsKristal, Kunak

AssaLamualaikum
Koleksi bunga-bunga kristal buatan sendiri oleh sahabat baik (bekas rakan sekerja). 
Memang kreatif dan cantik-cantik. Harga pun berpatutan. 
Memang ramai yang beli untuk dijadikan perhiasan di meja dan sudut. 
Terbaru 
Yang ini gambar yang aku snap masa singgah di kedai kawan ni beberapa bulan yang lepas.
Kedai kawan aku ni terletak di Kampung Getah Kunak, Sabah. 
Kira 1 jam perjalanan dari Lahad Datu atau Tawau. 
Banyak lagi koleksi menarik dan terbaru.
Berminat boleh lihat dan PM di Facebook MsKristal MurniSamsudin
WasSaLam^_^

11.2.14

Demi sebuah Pembangunan, katanya...

AssaLamualaikum
Masih cerita sepanjang perjalanan pergi balik ke Tawau weekend tu. Gambar ini aku ambil masa balik dari Tawau ke Lahad Datu. Erm! beginilah kejadian nya, memang banyak dah hutan-hutang yang di gondolkan dan dibakar. Sedih kekadang. 
Habitat di hutan itu entah lari kemana dah, konon nya demi sebuah pembangunan.
Inilah yang terpaksa kita bayar.
Lihat pembakaran hutan itu. 
Masa kami lalu ni memang asap berkepul-kepul naik.
Mungkin akan diganti dengan tanaman sawit. Hutan tebal sebelum ini tiada lagi.

Agaknya cucu-cicit kita nanti sempat tak jumpa hutan-hutan ni? Fikir-fikirkan.
Sayangi alam sekitar. Peace!
WasSaLam^_^

Hanya Di Tawau @ Pasar Tanjung

AssaLamualaikum
Weekend baru ini sebenarnya kami balik Tawau. Rindu Bonda dan nak jumpa adik lelaki ku yang nak balik Pahang Isnin semalam (dia balik cuti sempena Tahun Baru Cina). Walaupun balik hanya satu malam, terubat juga rindu dengan mak dan bumi Tawau. Hehe! Sebelum nak balik ke Lahad Datu semula pada Ahad petang tu kami singgah di Pasar Tanjung, Tawau. 
Pasar yang terkenal dengan pelbagai jualan hasil bumi Tawau. 
Kalau korang nak tahu, Pasar Tanjung ini adalah Pasar Tertutup yang terbesar di Malaysia.
Hah! inilah yang paling best bila ke Pasar Tanjung ni. 
Pelbagai pilihan ikan masin, bilis, sotong kering, rumpai laut 
dan macam-macam lagi dengan harga yang murah. Puas hati bila membeli.
En Kuling tengah memilih ikan masin & bilis yang nak dibawa balik ke Lahad Datu. 
Isk! macam semua nak di beli. Haha! rambang mata oohh.

Kalau di Tawau memang di sinilah tempat nak beli makanan laut. Boleh didapati dengan harga murah dan berkualiti berbanding di tempat lain. Siap boleh request, kalau kita nak kirim atau bawa balik ke mana-mana, penjual akan bungkuskan siap-siap dalam kotak. Memang memudahkan pembeli.
WasSaLam^_^

17.11.13

::Tragedi Pulau Pom-Pom - Semporna...

AssaLamualaikum
Kisah menakutkan terjadi lagi. Di kedamaian bumi Sabah ini, tiba-tiba bergolak dengan kejadian tembakan dan penculikan pelancong warga Taiwan di kepulauan Pom-Pom Semporna. Mungkin ramai yang sudah tahu kan? harapnya tiada sesuatu yang buruk akan berlaku lagi. Dah penat lah hidup dalam ketakutan. Dan kalau boleh dah tak mahu ada lagi nyawa yang terkorban. Info lanjut boleh baca DI SINI
Imej daripada Google Earth yang menunjukkan kedudukan lima chalet 
atas air yang terletak di Pulau Pom Pom Resort.
Suspek dipercayai mengikat bot mereka di bawah tiang chalet atas air. 
Sebelum menembak mati seorang pelancong warga Taiwan serta menculik isteri mangsa.
Pihak polis & tentera saling bekerjasama dalam mencari dalang peristiwa ini. Semoga mangsa culik masih di pelihara oleh Allah walaupun suami mangsa terkorban akibat ditembak. Ya Allah! Lindungi lah negeri kami ini dari anasir-anasir jahat. Kekalkan lah keamanan di Bumi Malaysia ini. Amin!
*Kami sekeluarga pernah pergi di Pulau Pom-Pom di hujung tahun 2011. Masih teringat suasana Pulau nya yang damai, air laut yang jernih & kehijauan*
WasSALam^_^

15.4.13

::OTW Lahad Datu - Tawau::

AssaLamualaikum
Dulu pernah kongsikan dengan kawan-kawan tentang pemandangan perjalanan balik dari Tawau ke Lahad Datu di awal pagi hari. Hari ni nak kongsikan pula gambar-gambar pemandangan dari Lahad Datu ke Tawau yang sempat di snap masa balik kampung hari tu. Kami balik pada waktu petang minggu lepas. Alhamdulillah selamat sampai walau perjalanan kami di selangi hujan.
Melepasi kawasan Silam, LD
Nak fokus trak askar tu, tapi blur plak:)
Kawasan Tingkayu
Kawasan Madai
SMK Madai, Kunak
Bandar Sri Indah Tawau, Batu 10
SMK Kinabutan, di Batu 5 Tawau. Sekolah ku ting 1-5.

Sepanjang perjalanan balik ke Tawau, aku jarang tidur. Suka menikmati pemandangan sedia ada disamping menemani en Yusof drive. Jalan memang sedikit bengkang-bengkok dan kekadang lori pun banyak, itu yang kena lebih berhati-hati. Sebab hanya ini lah satu-satunya jalan utama menghubungkan daerah Tawau ke Kunak, Lahad Datu, Sandakan seterus nya ke Kota Kinabalu.
WasSaLam^_^