Showing posts with label About My Blog. Show all posts
Showing posts with label About My Blog. Show all posts

6.11.15

Wajah baru... TQ Sis Najiah

AssaLamualaikum
Saja nak abadikan di sini juga. Walaupun mungkin ramai yang dah perasan. Haha! Apa yang korang lihat sekarang, inilah wajah baru blog picisan ku. Tempat meluah segala rasa, tempat berkongsi suka duka. Menulis sekadar suka-suka dan hobi. Terima kasih pada semua sahabat-sahabat blogger yang selalu singgah. You all sudah jadi sebahagian dari hidup aku. Sayang semuanya! 
Saja abadikan disini, wajah blog sebelum ini. 
Akan jadi kenangan suatu hari nanti.

Terima kasih banyak pada sis Najiah yang sudi membuatkan blog ini seperti sekarang. Suka sangat design yang beliau buat. Simple, kemas dan menarik. Angkat bakul sendiri. Haha. Mana tahu ada kengkawan yang  berminat nak cantikkan blog, bolehlah hubungi beliau. Pasti puas hati dengan harga yang amat berpatutan. Jumpa lagi!

14.7.14

My Blog Tak Boleh View

AssaLamualaikum
Pelik bin ajaib hari ini. Dari pagi hingga sekarang tak dapat nak view blog ku. Adoi! penyakit apa plak ni. Tak pernah plak jadi macam ni. Jadinya sehari lah tak BW rumah korang. Dok tekan-tekan lah "view blog" tu dari pagi. Tensen I. Tapi kan, setakat nak view Dashboard tu boleh plak. Nak melihat keseluruhan blog tu yang tak boleh (eh! paham ker ni masalah aku. Haha). Harap-harap esok OK lah. Pernah jadi tak kat korang?? Share please. OK, Jumpa lagi ya! Bye.
WasSaLam^_^

29.5.14

Blog - Tukar Kulit Lagi

AssaLamualaikum
Kadang rasa jemu juga ngadap blog sendiri. Haha! itu adalah aku ya. Sejak dua tiga hari lepas macam rimas plak pandang blog sendiri. Haha! itu yang bercita-cita nak tukar wajah lagi. Tunggu mood rajin datang. Dan semalam rajin itu datang. Maka terhasil lah kulit baru bak kata Kak Hainom OKje. Hehe!  tapi header tetap samalah masih wajah budak tumpis sorang tu. Dah tak tau nak letak apa, so letak lah muka pujaan hati a.k.a bujangan Ibu.  Haha! 
Korang jangan lah bosan nengok muka dia yo! kihkih.
selamat tinggal kulit lama (bibir). Hehe!
Cik akak yang perasan pertukaran kulit blog picisan ni:)
Harapnya korang tak bosan berkunjung kesini, walaupun dah berapa kali bertukar wajah. Terima kasih pada kalian yang tak jemu berkunjung. Sayang semuaaaaa!
*Sebenarnya bab-bab edit blog ni memang tak reti, buat yang basic sahaja tau lah. 
Godek-godek, jadilah juga. Suka biru polkadot. Simple kan? Hehe!*
WasSALam^_^

31.12.13

::Hasil Tulisanku di Google 2013...

AssaLamualaikum
Pergh! tajuk boleh blah! haha! Sepanjang aktif ber blog di tahun 2013 ini, adalah juga yang tertempek di carian Google. Sekadar berkongsi, bukan untuk menunjuk-nunjuk. 
Suka-suka menulis sekadar hobi di masa lapang.
 
Entry di SINI. Publish pada 27/05/2013
Entry di SINI. Publish pada 25/07/2013
Entry di SINI. Publish pada 08/03/2013 
Entry di SINI & SINI publish pada 11/01/2013
Harapnya memberi manfaat pada semua. Sama-sama kita berkongsi ilmu kan. Moga minat menulis ini akan berterusan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Apa yang penting hubungan silaturrahim yang terjalin sesama kita walaupun tidak pernah bersua. Indahnya ukhuwah! Salam sayang buat semua:)
WasSALam

27.12.13

:: Template Baru lah Konon...

AssaLamualaikum
Erm! perasan tak template blog baru ku ni? haha (perasan ada orang yang ambil kisah). Haha! Saja nak habaq mai sebab mengada-ngada. Kihkih. Al-kisahnya memang ada cadangan nak tukar template dan header baru sebab dah naik jemu juga menghadap warna blog yang sama. Mula-mula cadang nak tempah dengan kengkawan blogger yang pandai buat semua benda ni. Tapi memikirkan malas nak berhubung email segala, kesimpulan nya diriku memandai-mandai buat sendiri. Haha! buatlah juga yang basic ni hah! boleh lah yo! jangan kome bosan pula tengok warna blog baru ini. Suka plak bila latar putih sahaja. Rasa tenang jak bila nak menaip entry (yo lah tu! alasan semata). Haha!
Bye-bye latar blog lama:
Saja nak abadikan disini sebab nanti boleh tengok perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang ber blog. Moga semuanya perubahan yang baik, sama juga dengan diri ku. Hehe!
Jangan jemu singgah sini bah! Korang adalah sebahagian dari duniaku:)
WasSaLam^_^

23.9.13

::Bermain-main Dengan SEO...

Assalamualaikum
Dapat idea nak buat N3 ni sebab terbaca di blog MAMA MIA. Laju tangan menekan link untuk melihat berapa SEO blog yang tak seberapa ini. Haha! perasan glamer konon mana tau angka SEO tinggi. Haha! Check punya check dapat peratus seperti  dibawah :)


Boleh lah melebihi 36%. Nak jadi blog SEO yang baik kena capai 80%. Kena tingkatkan lagi. Cuma yang hairan Madam Nuff jarang plak nak menyinggah di blog Ibu Pa'e ni. Haha! kesian mungkin blog ku terlalu old fashion. Apa pun aku tetap gembira dengan kedatangan kawan-kawan blogger ke sini. Yang penting dapat berkenalan sesama kita walaupun tak bersua muka. Sayang kamu, kamu & kamu sangat! 
Korang sebahagian dari duniaku sekarang :)

Korang boleh juga check SEO di SINI.
WasSaLam^_^

11.5.13

::Teruja Follower 505 - En Abil Fikri...

Assalamualaikum
Saja buat gempak. Macam lah aku sahaja yang En Abil Fikri ni Follow kan?..haha.
Tapi sebenarnya betul-betul terkejut bila En Abil Fikri follow blog ku ini. Kenal tak dengan Abil Fikri? Duda idaman Malaya kot sekarang ini. (jangan marah tau En Abil:). Beliau pernah mewarnai media tempatan dengan kisah pengorbanan dalam menjaga isteri yang sakit. Sehingga sanggup berhenti kerja demi menguruskan keperluan isteri tercinta. Kini Kak Gee telah meninggalkan beliau buat selamanya (kembali ke rahmatullah baru-baru ini). Al-Fatihah buat arwah Kak Gee, moga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin! Sesungguhnya arwah Kak Gee beruntung mendapat seorang suami sebaik En Abil. Cinta dan sayang pada isteri membuatkan En Abil sanggup berkorban apa sahaja. Masa, tenaga, wang ringgit & kasih sayang tak berbelah bagi. Sehinggakan beliau mendapat gelaran SUAMI SATU DALAM SEJUTA. 
picture : Google
Sekarang ini En Abil aktif dalam program-program motivasi. Alhamdulillah boleh juga beliau kongsikan pengalaman-pengalaman beliau. Memang contoh suami mithali diabad ini. Aku buat entry ini bukan niat mengatakan bahawa Kuling ku tak baik. Hehe! Sebaliknya kisan En Abil & Kak Gee ini boleh kita jadikan motivasi. Kepada para suami, isteri adalah tanggungjawab dan amanah anda! Sekadar menjadikan kisah beliau & isteri sebagai motivasi pada diri agar sentiasa menyayangi pasangan dalam keadaan apa jua. Bak kata En Abil " Allah pinjamkan isteri saya sementara ketika dia sihat & sakit. Sekarang Allah ambil dia kembali". Walau sekasih manapun saya pada Gee, Allah lebih menyayangi dia". Terharu sangat bila baca kisah mereka. Kepada En Abil moga terus tabah dalam menjalani kehidupan selepas ini. Sudi-sudikan lah berkongsi ilmu dengan para pembaca di blog anda.
WasSaLam^_^

5.5.13

:Rumah a.k.a Blog bertukar Wajah:

AssaLamualaikum
Bukan rumah tempat tinggal ku tau. Rumah tempat mencurah rasa a.k.a blog. Haha! Sempena hari mengundi, saja gatal-gatal tangan menukar wajah blog picisan ini. Bertukar angin, kalau lama-lama asyik template yang sama takut pengunjung bosan juga kan?. Apa pun template/wall ni sekadar hiasan untuk mata. Yang lebih utama pengunjung datang untuk membaca entry dan melihat bentuk pengisian nya. Betul tak?
Selamat tinggal template lama:)
Warna pastel menjadi pilihanku kali ini. Bukannya pandai sangat nak edit-edit template ni. Yang asas sahaja boleh lah. Kang setting sana-sini lain pula jadi nya. Haha! Sepanjang berblog baru kali ke -3 menukar template. Apa pun selamat berkunjung ke blog yang tak seberapa ini. Happy reading! :)
WasSaLam^_^

25.4.13

::Follower ke 500 - Terima Kasih Semua..

AssaLamualaikum
Terima kasih kepada semua teman-teman blogger yang selalu sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini. Sesungguhnya kehadiran kalian dalam persahabatan alam maya ini amat bermakna. Dah menjadi sebahagian dari hari-hari ku (fuh! ayat..haha). Dan alhamdulillah! Jumlah follower dah genap 500 pada hari ini. Korang pembakar semangat untuk terus menulis di blog picisan ini. Walaupun sekadar tulisan yang ntah apa-apa. 
Follower ke-500 itu adalah CIK ROSE Cute
Terima kasih Cik Rose sebab sudi follow sini. 
Moga ukhuwah yang terjalin diantara kita semua berkekalan sampai bila-bila. Teringat zaman mula-mula berblog dulu lepas tulis mesti baca sendiri. Menulis sekadar suka-suka. Nak meluahkan sesuatu by verbal tu memang amat susah bagiku. Lebih suka menulis. Menulis suka hati tapi tiada maksud nak menyinggung sesiapa. Hanya sekadar berkongsi perjalanan kehidupan keluarga kecil ku dan menambah ilmu dari blog kawan-kawan lain juga. Terima Kasih! Betul bah! Sayang korang semua. Ikhlas dari Bumi Sabah :)
WasSaLam^_^