Showing posts with label Produk. Show all posts
Showing posts with label Produk. Show all posts

18.5.15

Produk HOKO

AssaLamualaikum
Sekadar berkongsi produk jenama HOKO ni. Aku tak pasti sama ada ianya ada di semenanjung atau tidak. Kalau disini memang agak terkenal jugalah. Produk yang berasaskan koko. Kalau diikutkan Sabah memang pengeluar koko utama suatu masa dulu. Masa kecil-kecil dulu selalu dapat makan buah koko segar, sebab arwah bapa kerja bersebelahan kilang koko. Hehe!
Yang ini selalu kami makan dengan roti. Coklatnya pekat & sedap!
Chocolate stick kegemaran abang Pa'e. 
Ala-ala Choki-choki lah ni

Kalau ikutkan aku ni memang hantu coklat dan semua produk yang berasaskan koko. Abang Pa'e plak macam dah kurang minatnya pada coklat. Dah beralih kepada makanan berasaskan strawberry. Sama macam babahnya kurang minat coklat. So, Ibu selalu layan coklat/produk koko sorang-sorang. Tiada saingan, Haha! 
*Di Tawau memang ada MUZIUM KOKO tapi kami belum pernah pergi. Nanti kami terjah!*
WassaLam^_^

22.9.14

Soyfresh Hershey's..Pernah Rasa??

AssaLamualaikum
Petang-petang biasalah, ngantuk pastu lapar balik walaupun dah lunch. Haha! Asyik nak mengunyah dan minum jak. Pergi kedai kat bawah opis ni dan beli minuman kotak Soyfresh Hershey's. Wah! memang lemak dan sedap. Terus mata rasa segar. Korang pernah cuba tak? 
Aku beli yang perisa Mocha.
Satu lagi perisa coklat. Nanti baru  nak cuba:)
Kat kedai hospital ni biasalah mahal sikit. Tempat lain mungkin murah sikit. Sini RM1.80 sekotak. Korang kalau nak rasa, cuba lah. Hehe!
WasSaLam^_^

8.10.13

::Burger OBLONG RamLY....

AssaLamualaikum
Uwaaa... Penyakit malas sudah datang. Nak BW pun lemau! 
Pernah makan burger Oblong Ramly? Memang sedap kan? Kami 1st time beli tau. 
Selalunya beli yang burger daging atau burger ayam sahaja. 
Kali ini Babah tiba-tiba nak merasa burger oblong plak.
Kami selalunya beli dan babah yaang akan buatkan burger home made:)
Picture : Google
Kami beli yang Oblong Klasik. 
Rasanya memamg sedap (orang lain dah biasa kot! kami yang 1st time merasa. Haha!)
Limpahan sos cili. 
Guna bahan-bahan yang ada dirumah sepenuhnya. 
Kami guna roti keping yang biasa sebab kehabisan roti burger. 
Budak tumpis Pa'e memang sangat suka termasuk lah Ibu & Babah dia sekali. Hehe!
WasSaLam^_^

12.9.13

::Jus Kurma+Kismis LENO...

AssaLamualaikum
Ada sesiapa yang minum Jus Kurma+Kismis ni? Memang baguskan. 1st time aku minum masa di rumah kakak ipar di Klang. Perut masa tu rasa tak selesa. Kak Ipar bagi minum, lepas minum alhamdulillah memang rasa selesa sangat. Esoknya sakit perut terus hilang. Request dengan kak ipar nak beli bawa balik Sabah. Tu yang terus ke stokis Leno Shah Alam. Beli 2 botol dan bawa balik. Sesuai untuk seisi keluarga. Pa'e pun minum. Tapi yang bestnya, jus kurma ni juga menambahkan selera makan budak kecik tu. Kuat makan dah sekarang. Tak macam selalu, pandai skip makan. Bertambah-tambah selera makan Pa'e. Terkejut juga.






Cuma bila cari kat google Jus Kurma Leno ni macam tak terjumpa plak. Ada pun jenam lain. Mungkin baru lagi kot. Tu yang ramai tak tau. Janji khasiat kurma&kismis tetap sama.

*Hubby dah request kalau tak jumpa juga di Sabah ni, kena lah order dari Semenanjung minta tolong dengan Kak Ipar*
WasSaLam^_^

17.12.12

:: Yogurt Bliss ::

AssaLamualaikum..
Korang suka tak dengan minuman Yogurt Bliss ni?? 
Kalau aku memang salah satu minuman kegemaran ni.. Bila ada duit lebih (kesian..haha:D) mesti akan beli minuman ni sebotol.. perisa favourite aku manggo & buah-buahan tropika..
Maksudnya minuman hari Selasa & Jumaat :D
sumber :FB Nestle
Tapi kan mesti akan berebut dengan Pa'e kalau dah beli Yogurt Bliss ni tau..haha:)
Budak kecik ni pun suka minum ... walau pun dah  dibelikan minuman lain (mcm ribena) untuk dia, bila sampai rumah conform dia nak juga kita punya ni... huhu... last-last berkorban utk anak... opss! belum lagi cerita en hubby yang juga suka Yogurt Bliss... bila nampak dalam peti ais, pasti di teguk juga!...
Kesimpulan nya sang Ibu ni dapat minum tak sampai setengah botol... 
dah dihabiskan oleh hero-hero ku... uwaaa..:D
Antara kebaikan Minuman Yogurt NESTLÉ BLISS ialah kaya dengan Inulin. Inulin merupakan prebiotik, serat pemakanan boleh larut yang juga mudah dihadam. Ia meresap ke dalam usus untuk membantu sistem penghadaman yang sihat.
Untuk mengetahui lebih lanjut kebaikan Yogurt ni  boleh lah BACA SINI dan lawat web INI.. Banyak info2 utk kesihatan yang boleh dijadikan panduan.
WasSaLAm^_^