AssaLamualaikum
Apa khabar teman-teman alam maya sekalian? Patik mohon ampun dan maaf lama tak bersiaran. Hehe! biasalah mood tak menentu. Ramadhan pun akan berlalu pergi, semoga kita telah memanfaatkan bulan penuh barokah ini dengan amal ibadat. Moga Allah akan menemukan kita dengan Ramadhan yang mendatang pula. Amin!
Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" pada semua kawan-kawan blogger. Mengenali kalian amat bermakna buat aku. Silaturrahim yang terjalin terasa begitu indah walau kita tak pernah bersua muka. Maafkan diri ini, andai ada salah silap tersurat dan tersirat sepanjang perkenalan kita. Mana tahu ada komen atau kata-kata yang kurang berkenan. Kosong-kosong ya! Sayang kalian kerana Allah!
Bagi yang balik kampung, berhati-hati dijalan raya. Moga selamat pergi dan kembali.
Salam sayang dari Bumi Sabah. Ikhlas dari atie, En Kuling & My Tumpis si abang Pa'e.
Jumpa lagi!