Susah nak tangkap gambar berdua. Amat jarang sebenarnya. Kulingku ni kekadang ada mood untuk bergambar. Ada masanya langsung tak nak bergambar. Bila tengok gambar ni, terasa nak diabadikan di sini. Janga marah ya! Tuan rumah enterframe. Haha..
Ini pun snap masa makan-makan di Hotel D'Leon tempoh hari. Kebetulan Kulingku ikut sekali. Dapat lah beramah mesra dengan kawan-kawan sepejabat.
** Thank you Allah atas jodoh ini. Suami yang dapat menerima segala kekuranganku. Teman suka duka ku selamanya. Mood: JIWANG! haha..
AssaLamualaikum
Renungan buat kita semua. Sebagai manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.
picture: FB
Apapun yang terjadi sentiasa lah muhasabah diri. Jangan asyik menuding jari pada orang lain. Mungkin kita juga ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Peringatan buat diriku sendiri dan kawan-kawan tersayang.
Rakyat di bumi Sabah tengah bercuti-cuti sakan. Cuti sempena Pesta Menuai@ Pesta Ka'amatan@ Harvest Festival. Long weekend lah kami. 4 hari cuti. Erm! Tak tahu nak buat apa. Nak berjalan pun babah tak dapat cuti. Tak kan nak berjalan berdua dengan budak tumpis tu. Lagi satu tak sampai hati nak tinggalkan babah sorang-sorang kat rumah, walaupun ada juga babah bersuara suruh aku dan Pa'e jalan kemana-mana. Uiks! mana best jalan tanpa suami kan? hehe.
picture: Google
Kesimpulannya kami bercuti-cuti dirumah sahaja jawabnya. Ada juga my sister a.k.a Mak Cu Pa'e datang melawat kami di Lahad Datu ni. Sempena cuti sekolah. Masih memikirkan kemana nak bawa dia jalan-jalan di LD ni. Selamat bekerja buat-buat kawan-kawan di bumi Semenanjung. Kami rehat-rehat dulu ya! :).
Nak tahu lebih lanjut tentang Pesta Ka'amatan ni boleh baca di SINI dan SINI.
AssaLamualaikum
Cerita si budak tumpis dah makin bertambah dari hari ke hari. Ada sahaja yang ditanyakan, ada sahaja yang nak diceritakan. Alhamdulillah, makin ceria hidup keluarga kecil ku. Semalam balik kerja, masuk dapur nak goreng cekodok pisang. Perbualan kami:
Pa'e : Ibu masak ape? (bahasanya dah campur2 pelat Semenanjung+Sabah) Ibu : Goreng cekodok pisang.. jangan dekat-dekat Ibu, nanti kena minyak. Pa'e : Abg Pa'e nak tengok Ibu macak (masak) Ibu : Abg Pa'e nak tolong ibu masak kah? Pa'e: Abg Pa'e kan kecil lagi Ibu.. nanti abg Pa'e besar, baru abg Pa'e tolong ibu macak ya... Ibu : Haha.. ya lah sayang..
Ada je kan budak-budak ni. Bercakap dah macam orang dewasa. Macam dia dah faham semua. Macam Pa'e ni kekadang sampai tak terlayan nak bercakap. Bila dah tak boleh jawab, aku diam sahaja. Lama-lama dia pun senyap. Haha..
*Sabah Public Holiday hari ni & esok. So, weekend kami 4hari..cuti-cuti dirumah..:) WasSALam^_^
Rabu lepas unit kami ada buat makan-makan di Hotel De LeonLahad Datu. Dah lama tak makan-makan sekaligus meraikan beberapa kemenangan unit kami sejak kebelakangan ni. Banyak juga plan kami untuk acara malam tu. Siap ada tema bagai. Dan tema yang menjadi pilihan kami semua adalah "Tema Denim". Konon-konon semua kena pakai baju & seluar ala jeans. Tak kira lah jeans jenama apa, janji kain denim. Disamping makan-makan ada juga dua tiga permainan yang kami buat. Memamg happening!
Acara bermula jam 8.00pm dan berakhir sekitar jam 11.00pm. Macam-macam gaya yang melucukan. Kami dibahagi kepada 3 kumpulan. Aku kumpulan 2 dan kami berjaya menang 1 permainan iaitu permainan 'cari kasut siapa'. Haha. Ada juga acara tukar-tukar hadiah sesama kami. Budak tumpis a.k.a Pa'e dan Babah pun ikut. Pa'e melekat je denga Babah, dapatlah Ibu join game, kalau idak pening den nak control dia dengan keaktifan nya. Haha!
Rambut anak bujang ni memang cepat benar panjang. Bila dah panjang tu mula lah rimas. Babah pula jenis nya bila nak pergi potong rambut jarang ajak ibu sekali. Sebab ibu cerewet sedikit bab-bab potong rambut ni. Ibu memang tak suka potong rambut Pa'e ala askar tu. Nampak kasar pula pada pandangan Ibu. Haha. Baru ni babah bawa Pa'e potong rambut lagi, bila Ibu balik kerja rambut bujang tu dah pendek. Isk! tak suka tengok tau rambut baru nya tu. Dah komplen kat Babah, lain kali jangan potong macam ni. Pot pet pot pet juga mulut tak puas hati. Haha!
rambut baru
rambut lama
Ntah lah! memang tak berkenan dengan pesen rambut baru bujangan ni. Cepat lah panjang wahai rambut anak Ibu. Hehe. You all bila anak-anak potong rambut siapa yang tentukan fesyen nya? :)
Abg Pa'e sangat suka kartun Ultraman. Setiap masa kalau boleh nak tengok Ultraman. Isk! rimas juga kadang-kadang. Dah kena bergaduh pula dengan anak berebut remote tv tu hah! hihi. Baru-baru ni belikan lah dia patung Ultraman tu. Dah lama janji, baru tertunai. Harga RM23.90. Sukanya dia dapat patung. Diusung ke sana kemari. Tidur pun sekali. Haha! Segala nama Ultraman pun dia dah hafal.
Baju Ultraman pun kalau boleh hari-hari nak pakai. Tak kira siang atau malam. Dah naik pening, macam dah takde baju lain. Dulu-dulu dia layan juga baju gambar Doraemon, baju angry birds, Ben 10. Sekarang dah takde makna. Haha. Sabor je lah! Paling tak tahan bila Pa'e cakap "Abg Pa'e nak jadi Ultraman, nak bunuh raksasa". Siap buat gaya ala Ultraman silangkan tangan. Haha. Adoi! pening den melayan hero tumpis ni. Ibu saborrr je lah :)
Takut bila terbaca info tentang anak-anak yang selalu yang dipukul.Ya Allah! semoga aku tidak tergolong dalam kategori ibu yang suka 'naik tangan'. Kesian anak, kan kecil lagi. Kena tegas dalam mendidik, tapi tak mahu lah sampai naik tangan.
Kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.
Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.
Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Awas dan beringatlah dalam mendidik anak..kesan itu bukan sahaja nampak dalam jangka masa pendek tetapi akan meninggalkan kesan untuk jangka masa panjang.
Selalu berdoa agar diberi kesabaran dalam mendidik putera kecil ku itu. Amin!
AssaLamualaikum
Selamat berhari minggu kawan-kawan. Plan ke mana hari ini? Cuti sekolah dah bermula, ramai lah yang merancang aktiviti bersama keluarga. Macam aku ni belum ada anak bersekolah (Pa'e tu je lah yang ada:) jadi belum merasa macam mana suasana cuti sekolah. Hehe.. Agaknya nanti bila dia dah bersekolah, apa pula ceritanya kan?
picture: Google
Seronok bila baca cerita kawan-kawan yang ada aktiviti cuti sekolah ni. Ada yang balik kampung, ada yang pergi makan angin dan ada juga yang masak sedap-sedap buat anak-anak yang pulang ke rumah terutama bagi anak-anak yang tinggal di asrama. Masa cuti ni lah nak merasa makanan Ibu masing-masing kan. Pada ayah ibu selamat melayan karenah anak-anak yang sedang bercuti. Selamat bercuti sekolah pada anak-anak & adik-adik! :)
Rancangan terbaru di AXN 701 setiap Rabu jam 9:00pm yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tony Fernandes, CEO Air Asia. Program ini melibatkan peserta-peserta dari seluruh Asia (Malaysia, Indonesia, China, Thailand, Filiphina, India & Singapura). Peserta akan diberi kumpulan dan mereka akan bersaing untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Pemenang pada akhirnya nanti akan diambil bekerja bersama Jutawan Asia itu. Memang best rancangan ni.
Peserta The Apprentice Asia
Episod pertama telah ditayangkan pada 22/05/2013 lalu dan menyaksikan peserta pertama yang disingkir ialah Mr Hendy Setiono dari Indonesia. Hendy mengetuai kumpulan lelaki. Mereka diberi tugasan untuk menjual ikan di pasar basah. Kumpulan yang mengaut keuntungan paling banyak dikira sebagai pemenang. Dan minggu pertama kumpulan wanita berjaya mengalahkan kumpulan lelaki. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rancangan ini boleh lawat di SINI.
*Rancangan The Apprentice dulu2 dipengerusikan oleh Mr Donal Trumph-Jutawan Dunia. Sekarang versi Asia pula*
Berkongsi tips kebahagiaan rumahtangga. Mari sama-sama menjaga keharmonian rumahtangga.
sumber :FB
Suka belajar tips-tips seperti ini. Dapat juga menambah pengetahuan. Maklum usia perkhawinan boleh dikatakan baru setahun jagung berbanding kawan-kawan blogger yang lain. Apa yang diimpikan semoga kasih sayang suami isteri sentiasa terpelihara, sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Amin!
Drama terbaru yang ku layan. "Teduhan Kasih" setiap Isnin-Khamis TV3 jam 7.00-8.00pm. Memang akan duduk depan TV. Tapi yang tak best nya kena berebut juga dengan budak tumpis sorang tu. Dia sibuk nak tengok segala kartun masa ni. Haha! Jalan penyelesaian terpaksa buka kan laptop untuk dia layan Upin Ipin. Haha. Aci tak?
Lirik Lagu Hanya Aku - Hyper Act
Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku
Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu
Ulang:
Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku
Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku
Jarang dapat tengok TV sebenarnya. Tapi bila dah start tengok drama bersiri mesti akan ikut. Korang tengok tak cerita "Teduhan Kasih" ni? permulaan cerita ni memang sedih. Kisah watak utama 'Iffah' yang diceraikan sebab suami ada skandal dengan sahabat baiknya sendiri. Isk! seram plak, tergamak sahabat baik rampas suami. Huhu (eh! dah melalut2 plak dah ni). Tengok lah sendiri ye...hehe:)
*psst! heroin dalam video klip diatas orang Lahad Datu tau! Wawa Zainal*
Tajuk ntah apa-apa! Haha.. Cerita makan-makan lah petang ini. Menu yang menjadi kegemaran tapi hanya dapat dimakan sekali-sekala. Ye lah! tak kan nak makan kat Sugar Bun tu selalu. Kopak i..haha..
Laksa pula, masak masa weekend baru ni. Babah Pa'e lah tiba-tiba request nak makan laksa. Buat lah juga yang termampu walaupun tak sesedap mana. Haha! Janji dapat makan. Sebab di sini susah nak jumpa kedai makan yang jual laksa. Jarang sangat! Kena juga buat sendiri baru lah dapat makan:)
Aduh! hari ini sangat bosan. Idea pun tiada. Haha! hari blur sedunia. Oleh kerana bosan dan blur, maka aku melayan diri ku dengan melihat gambar-gambar bujangan ku ini. Boleh ketawa sendiri bila teringat gaya-gaya dia di rumah. Macam-macam.
Kekadang pandai juga buat perangai. Pelik kan budak-budak ni, bila dia duduk dengan maid satu hari takde menangis. Perangai pun elok je. Erm! tapi bila Ibu balik dari kerja mula lah buat perangai. Merengek-rengek tanpa sebab. Kekadang tension jugak tau. Ya Allah! beri aku kesabaran dalam mendidik nya. Bila di fikir-fikir sebenarnya mesti dia nak perhatian dari Ibu kan? Kesian anak Ibu. Maafkan Ibu sayang! Kekadang pandai juga 'naik suara' bila dah terlalu penat. Ibu cuba perbaiki diri ya nak!
AssaLamualaikum
Jaga kesihatan cara Rasulullah S.A.W. Bila tengok dalam gambar begini lagi senang nak faham. Kan?
Picture:FB
Sama-sama kita menjaga kesihatan. Tak susah sebenarnya untuk mengikut sunnah Rasulullah S.A.W ni, cuma kadang-kadang benda yang senang & mudah itulah yang susah untuk kita ikuti. Betul tak?
Keyword pelik kali ini ialah 'Tak suka sembang kosong dengan jiran'. Ada pula? haha. Tapi ada betulnya keyword tu. Jarang keluar menyembang dengan jiran, kecuali jika ada hal penting. Bukan sombong, tapi dah memang perangai begitu. Lagi suka layan karenah Pa'e didalam rumah sambil rempit basikal dia tu. Happy weekend semua! :)
Agak lama menyepi dari post tentang kesihatan. Kali ini aku kongsikan 12 jenis makanan untuk menghasilkan tenaga. Moga bermanfaat pada semua:
Picture : FB
Makanan paling aku suka di atas tu ialah Pisang, Orange & Yogurt. Kalau beli coklat pula mesti beli yang ada Almonds. Jarang makan telur, sebab muka sensitif dengan telur. Muka senang tumbuh jewarat bila makan telur. Huhu. Korang suka makan apa dari senarai di atas?
AssaLamualaikum
Jarang beli handbag. Bukan apa, selalu tak jumpa yang berkenan di LD ni. Selalu kalau beli masa balik Tawau ataupun ada jalan-jalan ke Sandakan. Entah! susah nak cari yang berkenan di jiwa. Tapi sekali beli memang sadis juga. Haha! beg murah-murah, janji selesa dipakai.
Beli beg ni minggu lepas. Belum lagi terpakai setakat ini. Terasa besar sangat lah pula. Haha! macam mana lah nak puas kan hati sendiri ni. Adui!
AssaLamualaikum
Selalu sangat situasi dibawah terjadi zaman ini kan?. Ntah lah, susah juga. Tapi bila kita tak menegur dah kira tahap bersubahat. Jadi tepuk dada tanya Iman (eh! ada kena mengena kah:)
Picture:FB
Hidup di zaman serba moden ini amat mencabar. Kehidupan bermasyarakat tidak sama dengan dulu. Situasi amat berbeza bila tinggal di bandar. Bukan semua tapi majoriti. Ditegur salah, tak ditegur lagi salah. Jadinya serba salah. Renung-renungkan! :) WasSaLam_^
Subhanallah! betapa besar jiwa pejuang mujahid ini. Moga segala pengorbanan mereka mendapat ganjaran setimpal di sisi Allah S.W.T. Ya Allah! nak menangis aku tengok video ini:
Di saat bertarung dengan nyawa, bacaan Al-Quran tak lekang dari mulutnya. Kita yang sihat ni pun kekadang pandai terleka. Kekadang nak baca Al-Quran pun terkejar-kejar (aku lah tu!). Betapa daif nya diri ku ini. Semoga menjadi ikhtibar buat semua dalam menjadikan Qalam Allah ini amalan dalam kehidupan harian kita. Amin!
AssaLamualaikum
Lama tak update entry tentang anak bujangku nan sorang itu. Budak tumpis banyak cakap.
Abg Pa'e semakin aktif. Makan makin kuat. Susu makin kuat. Sesekali semput aku bila dia minta dukung. Haha. Boleh tahan berat. Alhamdulillah membesar dengan sihat. Dulu anak Ibu ni keding je, sekarang tulang-tulang dah makin keras. Sekali dia buat gaya Ultraman dan kena aku, adui! menjerit juga tau. Sakit badan bila dia tiba-tiba datang hempap kita. Nak bergurau lah konon. Haha!
Beli kuih cincin dari office mate. Kuih cincin ni hanya terdapat di Sabah kot! Orang kata Kuih Cincin buatan Daerah Papar paling sedap. Betul tak MAMA REY? :)
RM6/pcs
RM4.50
Kudapan petang dihujung minggu sambil bersantai bersama keluarga kecil ku.
Bila memeluk anak-anak terasa nyaman je kan? Hilang semua penat dan stres bila balik dari kerja. Abg Pa'e memang suka memeluk. Bila balik kerja, dia akan berlari peluk aku. Siap jerit Ibu.. terus datang dan peluk aku. Bila malam pula waktu nak tidur memang dia akan suruh peluk. "Peluk lah abg Pa'e Ibu".
Picture:Google
Keajaiban pelukan terhadap anak tersayang:
* 4 kali pelukan sehari menyumbang kestabilan emosi anak pada kadar yang minimum
* 8 kali pelukan sehari memberi pengukuhan emosi anak dengan lebih baik dan anak menjadi seorang yang lebih berani apabila berada di khalayak ramai seperti sekolah
* 12 kali pelukan sehari membentuk dalaman anak secara positif dan seterusnya menjadikan mereka anak yang mendengar kata dan berkelakuan baik secara keseluruhannya.
Moga bermanfaat. Lepas ni boleh lebih kerap peluk anak-anak kita. Banyak faedahnya dan kebaikannya disamping mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu bapa. WasSaLam^_^
Banyak entry hari ini berkisar tentang Hari Ibu. Hari untuk kita merayakan & menghargai jasa Ibu kita. Walaupun pada hakikat nya jasa & pengorbanan mereka tak akan terbalas dek kita. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Apa yang mampu kita lakukan adalah SAYANGI orang tua kita selagi hayat dikandung badan. Sentiasa doakan kesejahteraan hidup mereka hingga akhir hayat.
Picture : FB
Pada Ibu ku. Mak, Terima kasih kerana melahirkan ku, membesarkan ku, menyayangiku dan mendidikku hingga dewasa. Moga Mak sentiasa diberi kesihatan berpanjangan dan dilindungi Allah S.W.T. Sesungguhnya jasamu tak terbalas. Terima kasih kerana diatas segalanya!
*Pada semua Ibu di luar sana, SELAMAT HARI IBU ya! Setiap hari adalah HARI IBU buat kita semua:)
AssaLamualaikum
Kes malas nak masak lauk. Jadi nya minta tolong Kuling ku beli sayap ayam. Cepat dan mudah! siap terus makan dengan nasi putih panas-panas. nyum!
Hari malas sedunia! mentang-mentang Hari Ibu, demand siap minta hubby belanja. Haha! saja menyakat, bila lagi kan?..
Saja buat gempak. Macam lah aku sahaja yang En Abil Fikri ni Follow kan?..haha.
Tapi sebenarnya betul-betul terkejut bila En Abil Fikri follow blog ku ini. Kenal tak dengan Abil Fikri? Duda idaman Malaya kot sekarang ini. (jangan marah tau En Abil:). Beliau pernah mewarnai media tempatan dengan kisah pengorbanan dalam menjaga isteri yang sakit. Sehingga sanggup berhenti kerja demi menguruskan keperluan isteri tercinta. Kini Kak Gee telah meninggalkan beliau buat selamanya (kembali ke rahmatullah baru-baru ini). Al-Fatihah buat arwah Kak Gee, moga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin! Sesungguhnya arwah Kak Gee beruntung mendapat seorang suami sebaik En Abil. Cinta dan sayang pada isteri membuatkan En Abil sanggup berkorban apa sahaja. Masa, tenaga, wang ringgit & kasih sayang tak berbelah bagi. Sehinggakan beliau mendapat gelaran SUAMI SATU DALAM SEJUTA.
picture : Google
Sekarang ini En Abil aktif dalam program-program motivasi. Alhamdulillah boleh juga beliau kongsikan pengalaman-pengalaman beliau. Memang contoh suami mithali diabad ini. Aku buat entry ini bukan niat mengatakan bahawa Kuling ku tak baik. Hehe! Sebaliknya kisan En Abil & Kak Gee ini boleh kita jadikan motivasi. Kepada para suami, isteri adalah tanggungjawab dan amanah anda! Sekadar menjadikan kisah beliau & isteri sebagai motivasi pada diri agar sentiasa menyayangi pasangan dalam keadaan apa jua. Bak kata En Abil " Allah pinjamkan isteri saya sementara ketika dia sihat & sakit. Sekarang Allah ambil dia kembali". Walau sekasih manapun saya pada Gee, Allah lebih menyayangi dia". Terharu sangat bila baca kisah mereka. Kepada En Abil moga terus tabah dalam menjalani kehidupan selepas ini. Sudi-sudikan lah berkongsi ilmu dengan para pembaca di blog anda.
Lawak dipetang hari ini. Mengantuk lah saat ini (ular sawa lah tu).
cari sesuatu yang boleh menghiburkan hati. Hilangkan ngantuk!
picture:FB
Adakah cikgu-cikgu diluar sana yang buat seperti ini. Haha. Bagi anak-anak murid JANGAN sesekali mengurat suami cikgu anda. Kalau cikgu dapat tahu, kena berdiri diluar atau atas meja jawabnya:)
Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar: 1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir) 2- Tak payah lah simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir) 3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir) 4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)
5- Senyum la sikit muke masam je dah macam malaikat mungkar nangkir dah aku tgk. (jatuh kafir)
6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)
7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)
8- Kalau murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)
9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kafir)
10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)
"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta"
Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.
P/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada kita semua dan diri sendiri.
*Sekadar perkongsian untuk kita bersama. Moga kita TIDAK tergolong dalam kategori orang-orang diatas. Jagalah adab & perkataan kita. WasSaLam^_^