AssaLamualaikum
Salam hujung minggu you all! Mesti hari ini dan esok adalah hari untuk membersih dan mengemas rumah. Maklumlah, bagi yang bekerja hujung minggu inilah kesempatan tu baru ada. Mana tau bolehlah guna petua-petua dibawah ini dalam proses mengemas rumah:)
Kuasa Kopi Menghilangkan Bau Tandas:
Mungkin tidak ramai yang tahu khasiat hampas kopi bukan?
Kopi bukan sahaja untuk diminum. Hampas kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya ialah masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.
Mengembalikan Seri Lantai Marmar
Bagi mengembalikan seri lantai marmar, ambil setengah baldi air yang dicampurkan dengan semangkuk kecil kapur sirih serta lima sudu besar garam halus. Gunakan campuran ini untuk membersihkan permukaan marmar dan lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Cicak Anti Kulit Telur Ayam
Sekiranya ingin mengelakkan keadaan ini daripada berterusan, anda boleh cuba elakkan kehadiran cicak tersebut menggunakan kulit telur ayam. Ini kerana cicak alergi dengan mineral kulit telur ayam. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan membasuh dan keringkan kulit telur selama 2 atau 3 hari . Pecahkan kecil-kecil sehingga membentuk saiz lima atau sepuluh sen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod menggunakan gam dan tempatkan di mana-mana sudut yang anda ingin elakkan daripada di kunjungi cicak.
Selamat mencuba. Moga memberi manfaat.
WasSaLam^_^