28.8.14

Blog - Cuti lagi Seketika...

AssaLamualaikum
Mungkin blog akan sepi lagi. Sedikit sibuk untuk dua tiga hari ni. Ada majlis yang kena dilaksanakan. Nanti baru cerita ya. Doakan semua berjalan lancar. Doakan majlis kami mendapat keberkatan walaupun dibuat sudah agak terlewat. Semuanya untuk anakanda kami yang tersayang Our LOVE son, Muhammad Irshad Rifae. InsyaAllah moga Allah menerima. Amin!
Jumpa nanti. Jangan nakal-nakal tau. Hehe!
WasSaLam^_^

27.8.14

Burger Bakar Abg Burn

AssaLamualaikum
Cerita lama yang terpendam. Asyik cerita makan plak kan. Layan jak lah! Hehe.
Cerita kamek makan burger bakar Abg Burn masa balik Melaka hari tu. 
Masa jalan-jalan di muara Sungai Melaka, ada gerai burger bakar Abg Burn.
Kebetulan plak! dah selalu sangat tengok di TV.
Belum pernah rasa, so beli lah satu.
Harga dalam RM12.90. Boleh tahan jugak:)
Besar burger ni. Cukup kami makan bertiga:)
Kat sini memang tak dapatlah nak makan burger bakar ni. 
Belum pernah jumpa lagi. 
Setakat burger biasa tu banyak lah. 
Kena tunggu tahun depan lagi kalau nak makan burger bakar ni. Hehe!
WasSaLam^_^


26.8.14

"Ibu Punya P.Ramle"..katanya..

AssaLamualaikum
Dok santai-santai dengan si Tumpis tu. Tiba-tiba dia ambil songkok, pakai senget dan kata 
" Ibu, tengoklah P.Ramlee Ibu ni". Haha! ada-ada jak Pa'e ni bah. Lucu!
Kadang selalu buat Ibu ketawa, 
tapi tak kurang juga buat Ibu jadi singa. Haha!
Tengok tu muka tak boleh blah! haha. 
Suka cemik muka, tak kira masa.

Tapi tulah, sekarang start lagi meragam pagi. Tak bagi ibu pergi kerja. 
Marah dia. Ibu yang stress. Huhu!
Status FB pagi ini: 
"Kenapa Ibu kena Kerja?? Kenapa?? Ibu tak payahlah kerja, abg Pa'e janji tak minta beli mainan lagi. Susu pun takmo minum dah, abg Pa'e kan dah besar"... 
(tiap pagi sarapan ayat2 ini..sedih ooo! )
WasSALam^_^

25.8.14

Oh! Durian...

AssaLamualaikum
Musim durian datang lagi. Maka banyaklah terjumpa di tepi jalan atau di pasar buah.
Di kawasan Lahad Datu atau Tawau ni memang mahal lah durian. Tak macam di Semenanjung. Kat sini paling murah pun rm6 atau rm8 sekilo. Mahalkan? Tapi bila dah teringin sangat tu belilah juga sesekali.
Yang ini pun favorite. Tempah dengan member RM10 (6 ketul). Sedap!
En Kuling balik kerja, bawa balik durian. Kuling cakap kebetulan jumpa yang murah. Rezeki anak isteri. Memang makan puas-puas lah! Pa'e pun suka tau makan durian ni. 
Anak beranak hantu durian. Haha!
WasSaLam^_^

22.8.14

Makanan Sepagi & Sepetang

AssaLamualaikum
Sebulan berpuasa. Diikuti puasa sunat enam dibulan Syawal. Alhamdulillah! sekarang ini aktiviti makan bermula lagi. Dok belajar nak stabilkan perut. Kalau boleh tak mau berat badan naik lagi. Nak kekalkan atau turunkan lagi berat badan. Hehe!
Sarapan pagi ini+secawan Nescafe
Batang Buruk dari Muar, Johor. Sedap! Tiap tahun kirim, bila Puan Bos balik sana. 
Kak OKje dan Kak Zakie tau kot batang buruk ni. Kat Sabah memang takde jual lah. Hehe! Tiap petang balik kerja, duk depan TV makan. Tak sedar dah nak habis:)
Adakah plan dietku akan berhasil?? haha!
WasSaLam^_^

21.8.14

Raya di Rumah BOS

AssaLamualaikum
Masih cerita tentang Syawal 1435H. Jumaat lepas 15/08/14 kami beraya di rumah bos. Bos masak-masak dan jemput semua staff kami. Meriah juga, makanan pun pelbagai. Kami yang staff perempuan adalah juga menolong dirumah bos, sebab bos kami ni masak semuanya sorang-sorang. Tak cukup tangan juga dibuatnya sebab nak sediakan pelbagai menu untuk tetamu.
Tudung pink tuan rumah.
Menu: Ada Soto Johor (sebab Bos asal dari Muar). Mee kari, ayam masak sambal, daging masak sate, sayur campur, bubur kacang hijau dan kuih-muih. Majlis Puan kami ni bermula pukul 11.00am-9.00pm. Ramai juga lah tetamu yang datang selain daripada staff IT yang lain. 
Alhamdulillah! terima kasih Puan Ayu  atas jemputan.
WasSaLam^_^

20.8.14

Random Picture Pa'e - 14

AssaLamualaikum
Dah lama rasanya tak buat entry tentang Budak Tumpis ni. Sekarang Alhamdulillah dah 4 tahun 8 bulan. Makin aktif. Makin banyak cakap. Makin banyak persoalannya. Makin pening nak jawab. Makin manja pun ia, makan masih nak bersuap. Belum boleh harap makan sendiri.
Tetiba mau plak Ibu snap gambar. Selalu punya susah! siap senyum lagi. Haha!
Candid dok sibuk nak makan kepci! :)
Bangun Pagi, sibuk minta Ibu buatkan coco crunch. Suka sangat dia makan.
Makin semangat badan dia sekarang. Syukur lah, kadang pandai minta makan kalau lapar. Tumpis ni kan jenis susah makan. So, kalau dia minta nak makan tu memang Ibu laju lah bagi. Persoalan tak boleh tahan dari mulut tumpis ialah "dalam perut Ibu, ada baby erk?". Ya Allah! anak ini teringin sangat nak jadi abg. Siap cakap " Kalau abg Pa'e takde adik, macam mana nak jadi Abg?? ". Adoi! sabar jak lah nak, nak buat macam mana. Belum ada rezeki :(
WaSsaLam^_^

18.8.14

Bila Aircond Terlampau Sejuk= Sakit Kepala

AssaLamualaikum
Petang baru nak update. Seharian menahan sakit kepala di office ni. Tak pasti sebab apa? mungkin kah sebab aircond kami terlalu sejuk hari ini. Otak pun blur. Tak dapat berfikir dengan baik. Haha! Tensen kekadang, sampai ke tulang-tulang  rasa sejuk. Uwaaaa. Ok lah, jumpa lagi.
WasSaLam^_^

16.8.14

Sabtu-Plan Balik Kampung

AssaLamualaikum
Buat apa tu? open house lagi ker? ? hehe. Masih ramai yang ambil peluang untuk buat open house kan?. Pada sesiapa yang dapat jemputan tu, elok lah pergi. Dapat juga eratkan silaturrahim. Ya tak? Kak Ipar yang duduk Kajang pun hari ini ada buat open house. Kami sekadar perhati dari jauh jak lah. Tak dapat nak join. Hehe. Melalut plak cerita,  haha. Nak balik Tawau petang ni dalam pukul 4.30pm macam tu. Nak balik lawat Mak. Ada benda nak diuruskan. Nanti aku cerita lain ya. Selamat Berhujung Minggu semua. Nah! Sekeping gambar tumpis yang buat-buat tidur. Bukan tidur betul pun. Haha.
WasSaLam^_^

15.8.14

Makan Sate di Fujimart - Tawau

AssaLamualaikum
Cerita lama sudah lama dipendam. Cerita sebelum balik kampung, Melaka hari tu. Sampai Tawau dari Lahad Datu dah kelaparan, so decide cari makan dulu sebelum balik rumah Mak. Kebetulan mak dan MakCu Pa'e dah tunggu di bandar, Tawau. Kami pilih untuk makan sate di Fujimart. Selalu juga terdengar tentang kesedapan sate disini, so teringin lah juga nak mencuba. 
Harga dah tak ingatlah berapa secucuk, RM0.80 sen kot! besar-besar dan sedap;)

Tumpis tu sibuk jak nak minum Slurpy. Makan pun tak mau. Alhamdulillah kenyang, sempat lagi selfie. Haha! . masa ni muka nampak kembang jak kan? haha. Alhamdulillah sepanjang Ramadhan aku berjaya turun 4kg. Syukur! dah ringan sikit badan. Hehe!
WasSaLam^_^

14.8.14

Dato' Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku

AssaLamualaikum
Layan lagu lah dipagi Khamis ini. Lagu oleh Dato Siti Nurhaliza. Salah satu lagu OST untuk cerita Rindu Awak 200% yang ditayangkan di TV3(Isnin-Khamis, 7.00-8.00pm). Lepas Maghrib, sempatlah layan cerita ni, itupun kalau tak bergaduh dengan Pa'e nak tengok kartun. Haha!
Selamat mendengar! 
Boring-boring, bolehlah menyanyi sekali. Hehe.
WasSaLam^_^

13.8.14

Tumpis- Nak Sangat Mandi Kolam!

AssaLamualaikum
Semalam kata malas nak update, hari ni mood rajin datang plak. Haha! apalah ko atie oi. Hihi! pasang surut mood ni hah. Nak cerita tentang Tumpis yang suka sangan nak berendam dalam air kan. Ye lah semua budak-budak memang suka pun. Masa balik kampung En Kuling hari tu sempatlah menyinggah di Sogo konon-konon nak cari baju raya untuk Tumpis. Dalam sibuk-sibuk carikan dia baju, sibuk juga dia berkenan nak beli kolam mandi. Adoi! Pae'. Kat situ jugalah dia merengek-rengek buat perangai nak kolam tu. Tak menyabar tau. Tensen aku dan en Kuling. Sabor jak lah!
Kalu boleh hari-hari request nak mandi hah! Layan jak lah! janji awak happy Pa'e:)
Dalam dok tensen-tensen tu, beli lah juga kolam ni hah. Harga kat Sogo RM74.90. Isk! lari budjet tau. Haha! Kang tak beli mau meraung sepanjang perjalanan balik. 
Itu yang kalah. Pa'e... Pa'e.
WasSaLam^_^

12.8.14

Tak Tahu Nak Cerita Apa??

AssaLamualaikum
Hai you all! dah makin menjadi-jadi penyakit malas update ni! adoi! entah virus apa yang menyerang kali ini. Haha! rindunya nak berjalan-jalan rumah korang macam biasa. Tapi entahlah! Maaf ya! cerita sebenarnya banyak nak kongsi, sampai dah tak tahu nak start dari mana. haha! sabor jak lah. Tengah fikir-fikir juga sama ada kena stop berblog dulu atau macam mana (itupun nak fikir ke atie oii. hihi). Sedikit kusut juga sebenarnya plus selalu plak sakit kepala dua tiga hari ini. entahlah!
Sekian, 
WasSaLam^_^

8.8.14

Palestin Sentiasa Di Hatiku

AssaLamualaikum
Salam Jumaat semua. Walaupun masih dalam mood Syawal, nasib saudara-saudara seagama kita di bumi Palestin tak pernah dilupakan. Tak pernah lupa menitipkan doa buat mereka. 
Moga kemenangan akan menjadi milik mujahidin disana. 
Moga Bumi Palestin akan kembali kepada umat Islam seluruhnya. Al-Aqsa akan terus dipertahankan dan menjadi milik umat Islam sejagat. DOAKAN GAZA, DOAKAN PALESTIN! Allahuakhbar!!
WasSaLam^_^

7.8.14

Baru Nak Ucap : " Salam Syawal 1435H "

AssaLamualaikum
Hai semua. Hehe! pekabar you all?? diharap semua sihat-sihat belaka ya! Rindu kamu semua. Minta maaf lah, mood masih 'kureng', itu yang sebab menyepi. Ya Allah! malas nya daku nak update. Haha! di kesempatan ini atie & yusof family nak ucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Salam Syawal. Salam Lebaran.
Nak minta maaf, takut-takut ada kesilapan, ada yang tersinggung sepanjang perkenalan alam maya kita. Tersurat dan tersirat.
Maafkan daku, hamba yang tidak sempurna. 
Raya tahun ni tak banyak gambar, erm! ntahlah! sebab en Kuling bekerja di hari raya kot, tu yang malas nak bergambar bagai. Budak Tumpis pun gambarnya ada sahaja yang tak kena. Asyik buat memek muka. Asyik berselfie tapi tak menjadi. Tensen den! Haha! 
Apa pun Salam Lebaran Ya! Masih dalam mood syawal, kan?? :)
WasSaLam^_^