AssaLamualaikum sahabat blogger semua. Moga semuanya sihat di bulan Syawal mulia ini. Baru nak bersiaran. Baru nak up entry. Orang dah habis cerita raya aku baru nak mula. Hahaha! Abaikan! Kami raya di kampung suami Kg Jus, Selandar, Jasin Melaka. 04hb/07/16 tu baru fly balik ke KL. Jumpa dengan en Kuling di KLIA sebab dia dari Sibu. Aku dan hero si abang Pae lah travel berdua dari Tawau. Gambar raya tak banyak, sebab sibuk memanjang. Hehe!
Ini sahaja gambar yang agak perfect sedikit! Yang lain berterabur plus muka anak bujang teruna yang merajuk dipagi raya sebab tak dapat beli pedang mainan. Haha!
Tuan tanah bersama en Kuling :)
Ahli keluarga sebelah suami. Kakak ipar, abang ipar dan anak-anak buah.
Meriah, penuh rumah mak mertua. Setahun sekali berkumpul memang seronok.
Moga Syawal ini memberi seribu kegembiraan buat semua.
Salam sayang! Maaf zahir & batin. 0-0 ya! Jumpa lagi.
With LOVE,
Ibu & abg Pae.