29.8.19

Tugu MONAS - Jakarta 04.04.2018

Assalamualaikum. Setelah berbulan-bulan juga buat research tentang Jakarta dan Bandung, akhirnya 03/04/2018 malam kami menjejakkan kaki ke bumi Jakarta, Indonesia. Alhamdulillah, walaupun dalam flight dah mengucap banyak kali sebab sepanjang KL-Jakarta hujan turun lebat. Memang cuak bila flight bergegar kuat. Masa ni lah dok teringat kat Pae dirumaah. Haha!
Sempat ke Tugu Monas. Tugu yang menjadi trademark Jakarta.
Jalan kaki dari hotel dalam 10 minit gitu terus jumpa.
1st photo dari en Kuling di area Monas
Nampak dekat kan Tugu Monas di belakang tu, tapi nak menapak memang boleh tahan juga. Jangan bimbang, ada disediakan kereta percuma yang ulang alik. So, naik sahaja kereta (kereta wisata) tu sampai betul-betul di Tugu Monas. 

Area tugu ni luas, so ini antara persekitarannya
Sempat ronda-ronda kawasan sekitar sahaja
Pelbagai monumen ada di Monas ni.
sempat bergambar di sign board Asian Games Palembang 2018.

Sempat naik kat atas Tugu Monas tu dan melihat kotaraya Jakarta dari atas. Beratur panjang juga nak naik atas, tapi dah alang-alang sampai. So kami redah juga. Haha! Di tingkat pertama tugu Monas terdapat galeri seolah-olah muzium yang menempatkan segala lukisan dan arca tentang kemerdekaan Indonesia. Sangat menarik untuk dihayati.
Kami stay sehari di Jakarta lepas itu ke Bandung naik keretapi petang tu juga. Nanti aku sambung pengalaman naik train ke Bandung plak ya.
Jumpa lagi! 

27.8.19

Wordless Wednesday 69 # Throwback 05.04.18

Assalamualaikum.
Cakkk :)
Less word : Throwback our 10 years anniversary @ Atlantic City Hotel, Bandung.
Mencipta memori bersama suami @ En Kuling ke Jakarta dan Bandung. Lain-lain cerita nanti menyusul ya, kalau ada kerajinan.
*(Pssst : ini last year  punya anniversary. Tahun ni menyepi. Duk diam di rumah. Haha)
Jumpa lagi.